Sejujurnya, sebelum saya menyertai Shaklee, byk istilah-istilah yang digunakan dalam dunia kesihatan/nutrisi tidak saya ketahui. Sebagai contoh, penyakit SLE, ADHD, GDM dan banyak lagi. Yer
la..saya tak ader pengalaman sebagai pesakit tersebut...dan saya bukannya nutritionist, apatah lagi seorang
doktor...no..no..no..saya hanya ordinary person yang kadangkala bertukar
menjadi extraordinary...he3...
Bila saya menyertai Shaklee dan melihat keberkesanannya kepada yang menggunakannya, saya semakin banyak meneroka ilmu dalam dunia nutrisi dan kepentingannya dalam kehidupan kita. Kemudian saya kongsikan ilmu-ilmu tersebut kepada sesiapa sahaja, kerana saya pasti, kesedaran dalam diri kita mengenai kepentingannya akan hadir dengan sendirinya. Cuma lambat atau cepat. Untuk diri saya, mungkin agak lewat saya mengenali dan meneroka dunia nutrisi ni yang pada mulanya saya mencari ilmu/info hanya untuk diri sendiri sebelum menjadi pengguna. Lama-kelamaaan saya merasakan blog adalah platform terbaik untuk sy berkongsi ilmu yang tak seberapa dan meramaikan kenalan. Tapi orang ckp, better late than never kan...
Bila saya menyertai Shaklee dan melihat keberkesanannya kepada yang menggunakannya, saya semakin banyak meneroka ilmu dalam dunia nutrisi dan kepentingannya dalam kehidupan kita. Kemudian saya kongsikan ilmu-ilmu tersebut kepada sesiapa sahaja, kerana saya pasti, kesedaran dalam diri kita mengenai kepentingannya akan hadir dengan sendirinya. Cuma lambat atau cepat. Untuk diri saya, mungkin agak lewat saya mengenali dan meneroka dunia nutrisi ni yang pada mulanya saya mencari ilmu/info hanya untuk diri sendiri sebelum menjadi pengguna. Lama-kelamaaan saya merasakan blog adalah platform terbaik untuk sy berkongsi ilmu yang tak seberapa dan meramaikan kenalan. Tapi orang ckp, better late than never kan...
Entry kali ni..pada mula saya tak tau apa itu ADHD. Bila saya dibawa ke group ekslusif kami, ramai yang bertanyakan supplement untuk ADHD. Saya jadi silent reader jer membaca perkongsian masalah yang dihadapi dan mulalah timbul minat untuk mengetahui lebih lanjut...so..apa lagi...Mr Google ler jadi pilihan saya untuk menuntut ilmu secara online. Entry ini saya kongsikan untuk anda semua.
Apa itu "ADHD"
Selalunya ibu bapa dan guru-guru menggambarkan kanak-kanak yang mudah terangsang, lasak atau tidak mendengar cakap ini sebagai hiperaktif. Istilah gangguan hiperaktif atau kurang tumpuan (ADD) digunakan oleh profesional dalam bidang perubatan untuk menggambarkan masalah yang lebih serius dan berpanjangan pada kanak-kanak.
Gangguan kurang tumpuan (ADD) tanpa hiperaktif (terutama sekali jenis yang tidak memberi perhatian penuh) adalah subkategori kepada ADHD. Biasanya, kanak2 dalam golongan ini kurang memberi perhatian penuh dan tumpuan mudah terganggu. Adalah dikatakan bahawa ADD tanpa hiperaktiviti kerapkali tidak didiagnose dengan tepat. Gangguan hiperkinetik merupakan satu lagi sitilah yang digunakan untuk menggambarkan ADHD.
Dikatakan 1 daripada 25 kanak-kanak mengalami masalah ADHD dan diandaikan ADHD dialami oleh sekurang-kurangnya seorang kanak-kanak di setiap bilik darjah. ADHD lebih kerap didiagnose pada kanak-kanak lelaki berbanding dengan kanak-kanak perempuan. Ini mungkin berlaku kerana ADD tanpa hiperaktiviti lebih berpengaruh dalam diri kanak-kanak perempuan dan tidak di lebih berpengaruh dalam diri kanak2 perempuan dan tidak didiagnose dengan tepat. Kebanyakkan kanak2 yang mengalami gangguan ini hanya mendapat bantuan pada usia 6-9 tahun walaupun kebanyakan ibu bapa menegaskan masalah yang dihadapi anak mereka mula dikesan pada usia yang lebih muda. ADHD dianggap sebagai penyakit yang akan kekal sepanjang hayat dan sedikit sebanyak dibawa ke alam dewasa.
Apakah tanda-tanda ADHD
Kanak-kanak ADHD haruslah menunjukkan tingkah laku yang terdapat dalam 3 kategori utama yang sering berlaku dalam beberapa persekitaran seperti di rumah, di sekolah dan sebagainya :-
1. Hiperaktiviti
- Kerap menggerak tangan atau kaki atau mengeliang geliut di tempat duduk.
- selalu meninggalkan tempat duduk ketika di kelas
- selalu berlari ke sana ke mari atau suka memanjat dan pada kebanyakkan masa kelihatan kekok
- kerap menghadapi masalah untuk bermain atau melakukan aktiviti riadah secara senyap
- selalu banyak bercakap
- sering bergerak cergas atau kerap bertindak seolah-olah "digerakkan oleh motor".
- sering gagal memberi tumpuan yang teliti kepada butir2 terpeerinci atau cuai serta membuat kesilapan semasa membuat kerja sekolah atau aktiviti2 lain.
- selalu tidak mematuhi arahan dan gagal menyiapkan kerja sekolah, kerja harian atau tugas.
- kerap mengalami masalah untuk mengatur tugas dan aktiviti2
- kerap mengelak, tidak suka atau keberatan hendak melakukan sesuatu tugas memerlukan tumpuan yang lama (seperti kerja sekolah atau kerja rumah).
- selalu kehilangan barang lama (misalnya pensil, pemadam, buku atau tugasan sekolah, mainan dan sebagainya).
- tumpuan mudah bertukar dari satu aktiviti ke satu aktiviti lain
- mudah pelupa walaupun tidak sepatutnya jika mengikut usia dan keupayaan.
- selalu memberi jawapan sebelum soalan lengkap diajukan
- kurang sabar dan hadapi masalah ketika menunggu giliran
- sering mengganggu atau mencelah perbualan atau aktiviti orang lain
- sering membuat pertimbangan yang salah dan mudah mengalami kemalangan
Apabila anak anda gagal mencapai kejayaan yang cemerlang di sekolah atau tidak pandai berinteraksi sesama rakannya, mungkin ini menandakan anak anda menghadapi masalah tingkahlaku hiperaktiviti. Kerapkali kanak-kanak yang hiperaktif dianggap sebagai nakal atau jahat. Walaupun kanak-kanak adakalanya menunjukkan tingkahlaku yang terlalu aktif atau lasak, ibu bapa harus berhati-hati agar tidak tersilap membuat andaian dan menganggap anak mereka hiperaktif. Semangat berkobar-kobar, berntindak mengikut gerak hati dan suka bergurau dianggap normal. Tetapi semuanya bergantung kepada usia dan tahap pertumbuhan mereka. Jika anda ragu-ragu, rujuklah doktor anda untuk penilaian selanjutnya.
Bolehkah gangguan lain mengiringi ADHD?
ADHD sukar hendak didiagnose kerana ADHD kerap disertai dengan masalah-masalah lain. Gangguan perkembangan seperti kelewatan pertumbuhan global (misalnya kerencatan mental) atau gangguan spektrum autistik.
Kesukaran pembelajaran secara khusus iaitu kanak2 menghadapi masalah untuk menguasai bahada atau kemahiran akedemik yang tertentu misalnya membaca dan matematik. Masalah emosional dan tingkah laku, orang lain mungkin akan menganggap kanak-kanak ini sebagai kanak-kanak yang terganggu emosinya. Pada hakikatnya, kanak-kanak itu sendiri sentiasa bergelumang dengan kekecewaan dan terpaksa meluahkan emosi mereka.
Masalah ADHD
Kesukaran pembelajaran secara khusus iaitu kanak2 menghadapi masalah untuk menguasai bahada atau kemahiran akedemik yang tertentu misalnya membaca dan matematik. Masalah emosional dan tingkah laku, orang lain mungkin akan menganggap kanak-kanak ini sebagai kanak-kanak yang terganggu emosinya. Pada hakikatnya, kanak-kanak itu sendiri sentiasa bergelumang dengan kekecewaan dan terpaksa meluahkan emosi mereka.
Masalah ADHD
- masalah sosial. Mereka kerap disisihkan dan tidak dihiraukan oleh rakan-rakan sebaya. Mereka jua kerap berdepan dengan masalaj akademik
- masalak keluarga. Kanak-kanak ini kerap menimbulkan masalah kepada mereka yang tingaal serumah dengan mereka atau mereka yang berinteraksi dengannya sehingga menimbulkan keadaan tegang. Ibu bapa sering salahkan diri kerana tingkahlaku anak-anak mereka.
- pencapaian akademik rendah yang disebakan masalah pembelajaran yang lain
- kurang daya tumpuan kerana epilepsi atau sawan jenis 'petit mal'.
- infeksi atau jangkitan telinga yang menjejaskan pendengaran sesekali.
- suka memusnahkan barang atau tidak responsif akibat keresahan atau kemurungan.
- menghadapi masalah di rumah.
Tiada siapa tahu apakah punca ADHD. Punca ADHD tidak dapat dikenalpasti dengan tepat kerana terdapat terlalu banyak kemungkinan. Yang pasti ADHD bukan disebabkan oleh perkara2 berikut.
- menonton telivisyen
- alah pada makanan
- gula yang berlebihan
- keadaan hidup yang miskin
- sekolah bertaraf rendah.
Ibu bapa tidak sepatunya mencari alasan-alasan yang mungkin menjadi ADHD. Sebaliknya, setiap keluarga haruslah mengorak langkah ke hadapan sekali gus mengenal pasti cara-cara yang boleh membantu anak-anak mereka mendapatkan bantuan sewajarnya. Kita baca pengakuan seorang ibu di bawah.
No comments:
Post a Comment