Ok..kali ni..biarlah saya elaborate ringkas pasal jodoh lak..Tetiba lak nak bercerita pasal ini. Gara-gara terbaca 1 entry blogger kisah hidupnya sendiri semasa saya berblogwalking tadi. Dihina oleh bapa saudaranya sendiri gara2 tak kawin sehingga skrg, sehinggakan hatinya berat nak balik kampung berjumpa sanak sedara yang lain. Sedih plak bila baca kisah hidup dier, cam cite novel lak rasanya. Tapi entry ini bukan nak berbalas jawab pada artikel yang ditaip tuh...cuma untuk memberitahu kepada orang-orang yang berandaian buruk sahaja yer...
Sebenarnya berat hati nak bercerita lebih2 mengenai "kenapa tak kahwin lagi"...hahaha. Tapi rasa berat lagi hati ini nak menjawap soalan yang saya rasa dah jemu nak bagi jawapan yang sama kepada soalan yang sama. I think, after this, better print dan photostate jer entry nih untuk diedar2kan kepada penemuduga yang tak bertauliah yang hanya pandai bertanya...effective tak?...hahahaha...tapi sy tahu...depa semua amik berat pasal saya kan..kan..kan...????
So...as usual jawapan naughty saya bila ditanya bab2 kahwin ni adalah..macam mana nak kawin, dah depa tak nak orang yang cantik cam saya ni..atau..mai kasi calon satu...[dah cam iklan 'mai secawan' lak..hahaha..selalu bg jawapan yang x serius sambil gelak2..]..mmg itulah SAYA...cepat2 jer tukar topik lain lepas tu.
Kalau dibaca tajuk entry kali nih...saya tak bangga pun sebenarnya membujang sehingga sekarang. Kerana keenganan untuk berkahwin membawa kesan yang tidak baik kepada perkembangan manusia [tapi saya bukannya enggan nak kahwin ek]...cuma janganlah memandang serong dan berandaian yang buruk pada wanita mahupun lelaki yang tak kawin2 lagi kat luar sana. Sedih wooo...rasa dicucuk duri limau purut tau !!!...
Tapi mulut orang nih mmg tak boleh nak ditutup..kawin muda pun kena taruk...kawin lewat pun kena taruk...tak kawin langsung pun kena taruk...sadis kan...oleh itu..mai ler kiter sama2 bermuhasabahkan diri itu, JANGAN SALAH FAHAM TENTANG JODOH DAN PASANGAN.
Jodoh, rezeki, ajal dan maut adalah ketetapan Allah s.w.t. Segala
sesuatu sejak awal terciptanya Qalam sampai tiba hari Kiamat telah
tertulis di Lauh Mahfudz. Apakah anda akan ditakdirkan akan berkahwin atau ditakdirkan tidak akan berkahwin ternyata sudah tidak sepatutnya dipertikaikan lagi kerana ia SUDAH DITETAPKAN dan hal tersebut tidak berubah. Itulah TAKDIR namanya.
Tugas kita sebagai makhluknya adalah memikirkan dan mengikhtiarkan kehendak Allah iaitu ketetapan Allah yang ada kaitannya dengan usaha manusia. Inilah tugas kita sebagai makhlukNya. Allah mengkehendaki kita menuntut ilmu, silaturahim, solat, zikir, berdoa dan lain-lain. Termasuklah dalam hal jodoh. Allah mengkehendaki kita agar berusaha mencari dan menemukan jodoh terbaik kita masing-masing. Sebelum mendapatkkanya, kita tidak tahu siapa jodoh kita, kerana rahsianya masih tersimpan rapi dalam database ALLAH. Untuk mengetahui siapa jodoh kita, maka kita dituntut melakukan usaha, ikhtiar dan berdoa.
So..pada bujang2 di luar sana, jangan sedih2 ek...jangan stress2...klu sedih/stress ' klik sini ' sebab saya ada cerita lanjut pasal stress lak....yang hanya mampu saya katakan disini untuk anda dan untuk diri sendiri adalah...jgn sekali berputus asa. Chaiyokkkkk...
No comments:
Post a Comment