nuRul nFe...

Saya adalah pengedar sah SHAKLEE dan pengamal produk Shaklee tegar (highly diciplined consumer) Blog ini lebih kepada perkongsian hasil kerja Make-up, pengalaman bershaklee, dan testimoni2 sendiri walaupun ada banyak sekali testimoni2 keluarga dan customer2 saya

Dr Shaklee adalah Orang Pertama Mencipta Vitamin dan Kajian Beliau Bertepatan dengan Alam Semulajadi, Beliau Percaya Apabila Sesuatu Itu Berharmoni Dengan Alam Semulajadi, lanya Adalah Baik Untuk Kesihatan

Nurul cnurul79@yahoo.com sms / whatsapp 013-5847882 Penghantaran Seluruh Malaysia

Jom dapatkan HARGA PROMOSI bersama saya Pengedar Sah Shaklee ■ Perunding Vitamin Shaklee secara Percuma & Penerangan cara makan Vitamin Shaklee dengan cara yang betul ■ Walk in dimana-mana Branch / HQ Shaklee diseluruh Malaysia dengan menggunakan ID No. 921401 untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee hanya RM65

Juga kepada anda yang ingin menambah pendapatan, anda boleh hubungi saya Saya akan masukkan anda dalam secret group InsyaAllah saya akan guide anda sebaik mungkin Jika betul-betul fokus dalam masa 3 bulan ke atas insyaAllah akan merasa income 4 angka

Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud,"

CEBURILAH KEGIATAN PERNIAGAAN KERANA DI DALAMNYA TERDAPAT 9/10 SUMBER REZEKI"(Al-Tirmizi)

Exchange LINK

Showing posts with label Bengkak susu / clog duct. Show all posts
Showing posts with label Bengkak susu / clog duct. Show all posts

Wednesday, January 29, 2014

Petua Atasi Bengkak Susu

Biasanya apabila sudah terjadi bengkak susu, cara mengepam payu dara tidak dapat menyelesaikan masalah. Seolah-olah saluran susu itu tersumbat hingga menyebabkan susu yang dipam tidak keluar. Hanya hisapan secara langsung daripada bayi sahaja dapat menghilangkan masalah bengkak susu.

Ingatlah bahawa payu dara bengkak adalah tanda yang positif, iaitu anda sedang menghasilkan susu untuk bayi anda. Masalah bengkak susu disebabkan oleh hormon lacta (hormone susu) banyak dihasilkan pada waktu tengah malam hingga ke subuh.

Cuba amalkan petua berikut apabila ibu mengalami masalah bengkak susu.
  • Pakailah coli menyusu yang memberi sokongan, termasuk pada waktu malam. Pastikan ia benar-benar padan dan tidak terlalu ketat.
  • Susukan bayi anda dengan kerap, iaitu setiap dua atau tiga jam, walaupun terpaksa mengejutkan bayi anda daripada tidur. Pastikan bayi menyusu daripada kedua-dua belah payu dara pada setiap penyusuan. Cuma pastikan sebelah yang pertama tadi telah dihisap sepenuhnya sebelum memberikan yang sebelah lagi. Pada sesi penyusuan yang berikutnya, mulakan dengan sebelah payu dara yang terakhir dihisap.
  • Mungkin sukar untuk bayi melekap pada payu dara ibu apabila areola, iaitu kawasan kulit gelap di sekeliling puting, sangat keras. Untuk memastikan bayi melekap dengan betul, perah dengan tangan atau pam susu keluar sehingga areola menjadi lembut.
  • Satu cara untuk memudahkan pengeluaran susu ialah dengan meletakkan tuala panas di dada, ataupun mandi dengan air suam sebelum memerah. Air suam mandian itu sendiri mungkin boleh menyebabkan susu keluar dengan sendirinya dan dapat melembutkan areola. Ini mungkin akan memakan masa. Sabarlah, dan teruskan mencuba!
  • Semasa bayi sedang menyusu, urut payu dara yang sedang dihisapnya perlahan-lahan. Ini dapat membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan turut melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payu dara.
  • Jika payu dara terlalu penuh dengan susu, menggunakan pam sekali-sekala untuk mengeluarkan susu berlebihan adalah elok dan tidak akan memburukkan keadaan. Penghasilan susu yang berlebihan hanya akan berlaku jika si ibu mengepam lebih daripada keperluan bayinya sedangkan bayi itu sudah menyusu dengan baik.
  • Menyikat payu dara yang bengkak (sikat menghala ke puting).
  • Sesetengah wanita mendapati, meletakkan daun kubis segar pada payu dara boleh membantu melegakan kesakitan, walaupun tiada bukti untuk menyokongnya. Daun kubis itu mungkin ada kesan penyejukkan tetapi ia tidak dapat mengubati penyebab sebenar payu dara bengkak iaitu susu tidak dikeluarkan daripada payu dara dengan efisien (buat sesekali sahaja kerana jika diamalkan selalu boleh menyebabkan susu kering).
  • Ambil cuka makan dan campurkan dengan air di dalam piring. Ambil kapas, celup dan sapu pada sekeliling payu dara. Jangan sampai terkena bahagian puting. Lakukan setiap hari sehingga tiada lagi masalah bengkak.
  • Ambil beberapa helai daun sirih dan disapu minyak zaitun di permukaan hadapan. Layur daun sirih tersebut di atas tudung periuk. Tekap pada payu dara bila daun agak-agak suam. Selain daripada melancarkan pengeluaran susu, ia juga mengurangkan rasa sakit bengkak.
  • Urut payu dara sedikit sebelum mengepam. Buat urutan membulat seperti pemeriksaan payu dara pada kawasan yang ada rasa berketul-ketul. 
 
Jika anda tidak dapat menahan sakit, anda boleh ambil ubat tahan sakit seperti paracetamol dengan nasihat daripada doktor.


Shaklee id : [921401]  
SMS / Whatsapp : [017-4387016]
Email : [cnurul79@yahoo.com
 LIKE Fan Page : PengedarShakleePerak



Friday, April 12, 2013

Kebaikan Vitamin E Shaklee kepada IBU MENYUSU

Bagi mereka yang ‘celik suplemen’, vitamin E adalah salah satu vitamin penting yang diberi macam2 nama.. Vitamin Cintalah, dan yang nyata vitamin E ni adalah antioksidan yang baik.

Vitamin E ni banyak sangat kebaikan dia. Tapi saya nak cerita tentang kebaikan vitamin E kepada ibu yang menyusukan anak.

Ibu yang menyusukan anak memerlukan Vitamin E lebih dari orang biasa, malah lebih dari ibu hamil. Kenapa ibu menyusu memerlukan vita-E ?
 
Mengelakkan anemia pada bayi
Menurut Jan Riordan, penulis buku “Breastfeeding and Human Lactation”, vitamin E diperlukan untuk mengelakkan anemia di kalangan bayi. Laporam Kids’ Health pula menyatakan, ibu yang kekurangan pengambilan vitamin E menyebabkan bayi yang disusuikan kurang bekalan vitamin E.
Anemia bermakna kekurangan oksigen yang dibawa oleh darah akibat kekurangan sel darah merah. Ia amat bahaya kepada bayi yang sedang dalam proses membesar.

Menjaga kesihatan otot untuk menurunkan berat badan lepas bersalin
Lumrah ibu yang baru lepas bersalin ingin mendapatkan berat asal. Namun, kekurangan vitamin E mungkin boleh mengganggu kerana menurut Eileen Behan, dalam bukunya “Eat Well, Lose Weight While Breastfeeding”, ibu yang ingin turun berat badan memerlukan vitamin E untuk pembentukan otot yang sihat. Otot yang sihat dapat membakar lemak dengan lebih efektif.

Vitamin E sebagai ‘first aid’
Vitamin E harus selalu ada dalam stok ibu menyusu sebagai ‘first aid’ bila mengalami bengkak susu. Ini kerana vitamin E membantu mengurangkan bengkak dan inflamasi.

Persoalannya, apakah vitamin E yang sesuai dengan ibu menyusu?

UNTUK PENGAMBILAN VITAMIN E HARIAN

Untuk bekalan vitamin E harian ibu menyusu, GLA complex lebih sesuai kerana kandungan vitamin E-nya rendah – 15IU dalam satu kapsul.

UNTUK FIRST AID
Vita-E Complex sesuai untuk first aid sewaktu bengkak susu dan nipple luka. Pastikan ia sentiasa ada dalam stok!

Jangan lupa dapatkan promosi produk vitamin E special untuk ibu menyusu. Hubungi saya untuk tawaran best ni!

Shaklee id : [921401] 
Call.SMS : [013-4381929]
Email : [cnurul79@yahoo.com]
 
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Sunday, February 24, 2013

Jaundice & Set Berpantang Shaklee

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjcKM7K0_5XZxPBk5hhqfJkLFAhFaCojlo_qrBIA5crE5PyppdqAyzQPiLmpdPYPvQT5u1gEN1zyoUliYb8CvNx4DaUFfB_TyeU-LwCu5c9Rg9YE-zFbvwjeecqoaTUPixXtF8z9a5uDg/s1600/nutrisi+ibu+berpantang.jpg
Anda ingin berpantang dengan tenang, sihat, cergas dan bertenaga?
Namun hakikatnya, berapa ramai ibu2 yang benar2 melalui tempoh berpantang dengan tenang. Kebanyakkannya akan rasa lesu, letih dan tak bermaya kerana badan masih lemah, ditambah pula dengan kehadiran bayi yang biasanya berjaga ri waktu malam. Ada juga baby yang sering menangis dari malam hingga ke pagi. Ditambag lagi bila bayi kita mengalami demam kuning / jaundice, ibu tak dapat nak makan jamu, kerana jamu akan menyebabkan penyakit kuning baby bertambah teruk.

Pengalaman berpantang anak pertama :-
Cerita asal disini  

Inilah yang saya alami ketika berpantang anak pertama 5 tahun dulu. Letih, lesu dan langsung tidak bermaya. Kelahiran normal setelah di induce (overdue). Selepas bersalin saya ada masalah nak membuang air kecil. Bukan sebab sakit bersalin, rasa nak buang air kecil tu ada tetapi tidak keluar. Sehingga keesokkan harinya saya masih tidak dapat nak buang air, sampaikan saya rasa sakit teramat di pundi kencing disebabkan urine dah penuh.

Hasil pemeriksaan, doktor mengesahkan saya terkena jangkitan kuman di pundi kencing semasa proses kelahiran. Dijadikan cerita, doktor beri saya antibiotik dan terpaksa menahan saya di wad untuk beberapa hari lagi. Selepas 3 hari saya dibenarkan pulang ke rumah. 2 hari selepas itu anak saya terkena Jaundice dan terpaksa dimasukkan ke NICU. Bacaan agak tinggi juga. 

Saya masih ingat pesanan doktor di NICU kepada semua ibu-ibu yang sedang menemani bayi masing2 agar terus berikan baby susu ibu sekerap mungkin. Ini bertujuan supaya baby lebih kerap buang air kecil dan besar agak bilirubin di dalam badannya turut disingkirakan melalui urine dan najis baby. Katanya baby yang terkena jaundice memang lebih banyak tidur dari berjaga. Jadi ibu2 perlu kejutkan baby untuk menyusu bila tiba masanya. Sebab katanya susu ibu adalah sebaik-baik penawar JAUNDICE. Saya akan ingat pesanan doktot itu sampai bila2. 

Di wad, saya dan ibu-ibu baru yang lain bergilir2 tidur untuk berehat dan bangun semula untuk menyusukan baby sekerap mungkin. Alhamdulillah keesokkan harinya bacaan jaundice anak turun ke parasa normal dan dibenarkan pulang. Masa tu barulah terasa badan sangatlah penat kerana tidak cukup rehat. Alhamdulillah kini puteri sulong saya dah berusia lima tahun. Sihat walafiat. 

Pengalaman berpantang anak kedua :- 
Alhamdulillah pengalaman melahirkan anak kedua saya sangat mudah. Sakit sekejap sahaja. Alhamdulillah lahir secara normal dan sihat tanpa jaundice. Kani ini saya dapat berpantang dengan gembira, luka bersalin cepat sembuh dan sentiasa bertenaga. saya sudah boleh berpantang sendiri selepas dua minggu bersalin. Syukur sangat2 dipermudahkan proses melahirkan dan berpantang saya kali kedua ini.

Jaundice kebiasaan berlaku kepada :-
  • Bayi yang punya kumpulan darah berbeza dengan kumpulan darah ibu
  • Bati lahir pra-matang
  • Bayi yang sakit
  • Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang diabetes
  • Bayi yang dilahirkan setelah ibu diberi ubat oencetus kontraksi (induce) atai pitocin.

Kenapa bayi jaundice perlu disusukan sekerap mungkin?
Menyusukan bayi dengan kerap akan membuatkan bayi membuangkan air kecil dan najisnya dengan lebih kerap. Maka dengan itu lebih banyak lah bilirubin dapat dibuang / dikeluarkan dari tubuh bayi. Dikatan kolostrum juga turut bertindak sebagai julap yang turut membantu memproses dan  menyingkirkan lebihan bilirubin dari tubuh bayi. Kajian menunjukkan penyusuan susu ibu 7 kali atau lebih dalam masa sehari, dapat mengurangkan risiko jaundice.

Sebab itulah ibu2 baru bersalin digalkkan menyusukan bayi seawal dan sekerap mungkin di awal kelahiran agar bayi dapat merasakan nikmat dan kebaikan susu ibu seterusnya dapat mengelakka dari terkena jaundice. Kita hanya berusaha, Allah jualah yang menentukannya.

Apa alternatif ibu berpantang untuk memastikan badan sihat?
Jawapannya ialah SUPLLEMEN SHAKLEE. Supplement sangat penting untuk memastika badan ibu kekal sihat dan bertenaga. Tak ada panas badan dan tak ada juga rasa dan bau jami yang kurang menyenangkan. Alhamudlillah, ramai ibu-ibu di luar sana yang uas hati dengan set bersalin Shaklee. Mari kita tengok apa kata ibu ini dalam tempohnya berpantang.

Peringatan : Alfalfa berunsurkan herba, maka tidak digalakkan diambil di awal kelahiran, Sekurang-kurangkan selepas seminggu bergantung kepada keadaan bayi. Jika ada yang berminat untuk mencuba Alfalfa semasa berpantang, perlulah pantau keadaan bayi terleih dahulu sebelum mencubanya. Walaupun Alfalfa adalan agen 'booster susu' tapi di awal kelahiran bayi tidak digalakkan pengambilan Alfalfa kerana pengambilan Alfalfa semasa berpantang juga boleh mendatangkan risiko bengkak susu jika ibu2 tidak menyusukan kerap baby dan melakukan pam susu. sebab itulah Alfalfa adalah sampingan untuk Set Berpantang kami. Ibu2 boleh gantikan Alfalfa dengan Ostematrix atau ESP. 

Amaran : Alfalfa tidak boleh diambil oleh penghidap penyakit SLE.      
 
 

Set Berpantang mengandungi Vita-Lea (with iron formula), B-Complex, Vitamin C dan Zinc. Jika ada lebihan bajet, boleh tambah ESP dan OsteMatrix dikatakan boleh membantu mengurangkan risiko jaundice. 

Sila hubungi saya untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian dari saya sebagai Shaklee Independent Distributor anda.


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Tuesday, February 12, 2013

[Successful Story] Vitamin E, Vitamin Ajaib

Vitamin E memang diketahui umum penting dan berkesan untuk membantu mendapatkan kulit yang cantik dan sihat. Amalkan secara konsisten dan ambil dos mengikut saranan. 400iu sehari Vitamin E memberi pelbagai kesan positif terhadap anda.

Seronok bila baca komen-komen best dari customer tentang kebaikan yg mereka terima lepas consume Shaklee after a few months. Alhamdulillah...tak der lah CN nak claim melampau tentang Shaklee ni. Tapi ianya boleh membantu anda memperbaiki taraf kesihatan kepada yang lebih baik. 

Jom baca sikit info tentang Vitamin E sebelum CN share testimoni2 customer yang happy dengan perubahahan mereka sejak berShaklee.

Vitamin E Shaklee mengandungi keperluan lengkap oleh tubuh iaitu 400iu berserta Selenium.
  • merupakan antioksida yang penting utk membantu pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular.
  • memperbaiki peredaran darah seterusnya menyumbang pada baik pulih tisu dan mengurangkan prementrual sindrom.
  • memelihara pembekuan darah yang normal dan menyembuh serta mengurangkan parut akibat kecederaan.
  • membantu mengurangkan tekanan darah, risiko katarak dan mengendurkan otot akibat kekejangan.
  • bagi lelaki, Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran dan kualiti sperma.
  • mengekalkan kesihatan saraf dan otot serta menguatkan dinding kapilari.
  • anti aging, hilangkan parut dan jeragat.
  • bagi ibu yang mengalami bengkak susu atau clog duct, bolehlah mengambil 2 biji vitamin E sbg alternatif tapi bukan untuk jangka masa berterusan.   
  • Ada kes dimana, pesakit mengalami benjolan seperti ketumbuhan di bahagian kemaluan. Selepas mengambil Vitamin E selama 7 hari sebanyak 2 biji sehari, ketumbuhan telah mengecut dengan sendirinya. Ini kerana Vitamin E membantu mengecutkan pertumbuan sel yang abnormal dan melancarkan saraf.
  • bagi ibu yang mengalami masalah kedinginan terutama selepas melahirkan anak, Vitamin E turut membantu. Antara punca kedinginan adalah hormon prolaktin yang tinggi berbanding hormon estrogen. Dengan pengambilan Vitamin E, InsyaAllah, dapat membantu dengan menstabilkan hormon.
  • Pengambilan Vitamin E secara konsisten juga amat membantu mencerahkan kawasan aerola para ibu. Perasankan, selepas kita mempunyai anak, kawasan tersebut menjadi semakin gelap. Jadi, vitamin E mampu mencerahkannya kembali. 
  • Vitamin e juga dikenali sebagai 'Vitamin Cinta' kerana ia boleh membantu dalam perhubungan suami isteri. Malah wnaita hamil, menyusukan anak, mengambil pil hormon dan melalui fasa menopous memerlukan Vitamin E.     
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEix-61yeqvGwI5g4uHIVKFJeY5HxY2ZcSiczQ3CH5mUR41lIEd2r7rBIgyDKd91byZVawnxe2BFxhf4pe86v6-FgahpxwZpuLTpyRGHXMblZV6CcRlDpxOk7w2dE21Gdqb99EjA9eMF798/s1600/vitamin+e+di+majalan+sihat.jpg
  

Berminat nak cuba; 
Price list : SINI
Shaklee id : [921401]  
Call.SMS : [013-4381929]
Email : [cnurul79@yahoo.com]

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.  

** Testimoni ini adalah pengalaman sendiri dan hasil dari setiap consumer mungkin berbeza. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut.