Vitamin B Complex sering dianggap sebagai pencetus selera makan,
sekaligus menaikkan berat badan. Ramai orang 'takut' bila menyebut
tentang B Complex kerana 'takut gemuk'. Malah ada sesetengah pengamal
perubatan menasihatkan pesakit agar tidak mengambil B Complex kerana ia
boleh menaikkan berat badan.
B Complex terdiri dari 9 jenis vitamin B yang menjalankan pelbagai fungsi. Antaranya ialah:
- Membakar karbohidrat, lemak dan protein
- Memastikan perut menghasilkan asid hidroklorik yang mencukupi untuk pencernaan sempurna
- Mengekalkan paras tenaga dan stamina yang optimum
- Asid folik memastikan metabolisma protein yang sempurna sekaligus memastikan pankreas mengeluarkan paras insulin yang stabil.
- Insulin yang stabil penting untuk memastikan tubuh dapat membakar lemak dengan segera dan tak menjadi lemak terkumpul.
Lecithin pula dikenali sebagai pengemulsi lemak. Lecithin ditemui dalam cecair hempedu. Lecithin dapat memecahkan lemak menjadi komponen kecil yang lebih mudah diuruskan.
Apa pula peranan Omega dalam pengurusan berat badan?Omega-3 dan Omega-6 adalah asid lemak politaktepu yang penting untuk tubuh. Asid lemak Omega-3 terdapat dalam Omega Guard manakala Omega-6 terdapat dalam GLA Complex.
Omega-3 dan Omega-6 diperlukan oleh tubuh untuk penghasilkan eicosanoids. Eicosanoids adalah sejenis bahan yang dinamakan super hormon yang berperanan menggerakkan semua hormon dalam badan.
Eicosanoids berperanan dalam sistem penghadaman dan penyimpanan lemak. Omega-3 dan Omega-6 pula membantu melancarkan proses pembakaran lemak.
Bagaimana? Jom kurus secara sihat, Kuruskan Badan dengan B Complex, Lechitin dan Omega.
No comments:
Post a Comment