Ovarian Cysts adalah
nama yang diberikan kepada cyst atau poket yang berisi lendir/air yang
terjadi di dalam atau dipermukaan ovari. Ia adalah kejadian yang kerap
berlaku dan kebanyakkannya wanita tidak menyedari yang mereka
mengalaminya ia jarang memberikan simptom atau gejala.
Walaubagaimanapun,
kehadiran ovarian cyst mungkin menunjukkan sistem peranakan yang
bermasalah dan berkaitan dengan masalah ketidak-suburan anda. Cyst sebenarnya
berkait-rapat dengan proses reproduksi wanita. Follicular cysts adalah
cyst-cyst yang mengandungi telur daan apabila ia matang, ia akan pecah
untuk melepaskan telur untuk persenyawaan. Kadang-kadang, cyst-cyst lain
juga boleh tumbuh di dalam ovari dan cyst inilah yang selalu memberi
masalah.
Jenis-Jenis Cyst
Terdapat beberapa jenis
ovarian cyst yang kerap dialami oleh wanita. Kebanyakaan tidak
memberikan kesan serius dan hilang dengan sendiri, tetapi ada juga cyst
in boleh tumbuh dan menjadi besar dan menyebabkan ketidakselesaan.
Kadang-kadang cyst boleh menyebabkan anda sukar hamil.
- Follicular Cyst: Ia terbentuk dari folikel yang tidak pecah dan gagal mengeluarkan telur. Folikel ini kemudiannya akan menjadi cyst. Ia adalah cyst yang paling kerap terjadi dan jarang memberikan masalah atau komplikasi.
- Corpus Luteum : Corpus luteum cysts boleh terjadi selepas folikel pecah dan mengeluarkan telur. Selepas folikel pecah, lendir dan cecair terperangkap didalam folikel yang pecah tadi menyebabkan cyst terbentuk. Cyst ini selalunya akan hilang dengan sendirinya tetapi ia boleh menjadi besar dan memberikan komplikasi seperti pendarahan , pecah (burst) atau ‘twist’ dan ini akan menyebabkan kesakitan.
- Endometriomas: Endometriomas adalah cyst yang terbentuk pada mereka yang mengalami endometriosis. Ia terbentuk apabila tisu endometriosis melekat pada ovari dan darah yang terkumpul setiap bulan akan membentuk cyst pada ovari. Ia boleh menyebabkan sakit semasa seks dan haid.
- Cystademas: Cystademas adalah cyst yang terbentuk dari sel pada permukaan ovari yang tumbuh dengan sendirinya. Cyst ini selalunya dipenuhi dengan cecair mukus dan boleh menjadi sangat besar.
- Dermoid Cysts: Dermoid cysts juga terjadi dari sel ovari yang boleh membentuk gigi, rambut dan tisu-tisu lain. Ia agak jarang berlaku tetapi boleh menjadi besar dan menyebabkan kesakitan sekiranya ‘twisted”.
- Polycystic Ovaries: Terjadi apabila folikel yang sepatutnya melepas telur, gagal menjadi matang dan bertukar menjadi cyst. Kemudian, lebih banyak cyst-cyst ini akan terbentuk dan memenuhi ovari.
Siapakan yang berisiko untuk mendapat cyst ini?
Ovarian cysts sebenarnya
agak kerap terjadi. Kebanyakannya wanita mungkin sekurang-kurangnya
akan mendapat satu cyst sepanjang hidupnya. Kebanyakannya adalah cyst
biasa dan tidak "complicated".
Walaubagaimanapun, sekiranya cyst ini terjadi pada wanita berusia 50-70 tahun, ia lebih cenderung kepada kanser dan lebih merbahaya.
Walaubagaimanapun, sekiranya cyst ini terjadi pada wanita berusia 50-70 tahun, ia lebih cenderung kepada kanser dan lebih merbahaya.
GLA Complex suplemen untuk masalah OVARIAN CYST
Minyak Borage, Minyak Bunga Matahari dan Vitamin E
GLA
Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid
gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan
vitamin E.
Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan
Biasanya,
asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan
kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan
melegakan tanda-tanda putusnya haid. *
Testimoni pelanggan yang telah menggunakan GLA
Untuk mendapatkan produk ini, anda boleh hubungi saya samada melalui EMAIL atau SMS ke 013-4381929. Sila like Nutrisi Organik untuk tips-tips kesihatan terkini dan offer2 menarik.
No comments:
Post a Comment