nuRul nFe...

Saya adalah pengedar sah SHAKLEE dan pengamal produk Shaklee tegar (highly diciplined consumer) Blog ini lebih kepada perkongsian hasil kerja Make-up, pengalaman bershaklee, dan testimoni2 sendiri walaupun ada banyak sekali testimoni2 keluarga dan customer2 saya

Dr Shaklee adalah Orang Pertama Mencipta Vitamin dan Kajian Beliau Bertepatan dengan Alam Semulajadi, Beliau Percaya Apabila Sesuatu Itu Berharmoni Dengan Alam Semulajadi, lanya Adalah Baik Untuk Kesihatan

Nurul cnurul79@yahoo.com sms / whatsapp 013-5847882 Penghantaran Seluruh Malaysia

Jom dapatkan HARGA PROMOSI bersama saya Pengedar Sah Shaklee ■ Perunding Vitamin Shaklee secara Percuma & Penerangan cara makan Vitamin Shaklee dengan cara yang betul ■ Walk in dimana-mana Branch / HQ Shaklee diseluruh Malaysia dengan menggunakan ID No. 921401 untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee hanya RM65

Juga kepada anda yang ingin menambah pendapatan, anda boleh hubungi saya Saya akan masukkan anda dalam secret group InsyaAllah saya akan guide anda sebaik mungkin Jika betul-betul fokus dalam masa 3 bulan ke atas insyaAllah akan merasa income 4 angka

Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud,"

CEBURILAH KEGIATAN PERNIAGAAN KERANA DI DALAMNYA TERDAPAT 9/10 SUMBER REZEKI"(Al-Tirmizi)

Exchange LINK

Showing posts with label Jaundice (demam kuning). Show all posts
Showing posts with label Jaundice (demam kuning). Show all posts

Wednesday, January 29, 2014

Jaundis, haruskah bimbang antara Bahaya atau Tidak ?

Jaundis atau kuning adalah penyakit yang biasa dialami oleh bayi yang baru lahir. Dikatakan 6 daripada 10 orang bayi akan menghidap kuning setelah 3 hari kelahiran. 

Sel darah merah mempunyai jangka hayat tertentu. Setelah beberapa ketika, ia akan mati dan perlu diuraikan. Proses penguraian ini menghasilkan partikel yang dipanggil bilirubin. Bilirubin ini tidak larut air dan akan dihantar ke hati untuk diubah kepada larut air. Selepas itu, bilirubin akan dikeluarkan melalui air kencing dan najis. Sebab itu warna keduanya kuning.
 
Jaundis terjadi apabila terlalu banyak sel darah merah yang rosak / pecah dan diuraikan secara serentak dalam satu masa. Ini menyebabkan tahap bilirubin dalam darah meningkat sehingga dapat dikesan melalui warna kekuningan pada badan bayi.

Bahaya atau tidak? 
Menurut Dr Zubaidi Ahmad, kekuningan perlu dirisaukan sekiranya berlaku dalam masa 24 jam selepas kelahiran atau mungkin semenjak lahir. Ini menandakan organ hati bayi mempunyai masalah samaada jangkitan kuman atau kecacatan sejak lahir.
 
Sekiranya tidak dirawat dengan cepat, Kernicterus akan berlaku. Kernicterus adalah keadaan dimana serum bilirubin berlebihan dan menembusi lapisan otak bayi. Sekiranya tidak dirawat, ia akan menyebabkan kerosakan otak dan sawan. Selain itu gangguan pendengaran juga akan berlaku.

Haruskah saya bimbang jika anak saya jaundis? 
Bayi anda mungkin sihat jika : 
Bayi anda cukup bulan dan tidak berisiko untuk terjadi jaundis yang teruk.
Jaundis terjadi selepas 48 jam selepas lahir dan tiada peningkatan jaundis yang teruk.Bayi anda sihat dan aktif. Walau bagaimanapun, sila dapatkan pemeriksaan doktor untuk penilaian lanjut.
  
Apakah tanda-tanda bahaya yang patut saya perhatikan? 
Anda harus dapatkan pemeriksaan doktor segera sekiranya : 
  • Jaundis terjadi dalam masa 24 jam selepas dilahirkan.
  • Peningkatan kekuningan yang cepat.
  • Bayi anda mengalami defisiensi G6PD.
  • Anak anda terdahulu pernah mengalami jaundis teruk.
  • Bayi anda kelihatan tidak aktif dan tidak mahu menyusu.
  • Najis bayi anda kelihatan pucat atau air kencingnya menjadi pekat.
Rawatan terbaik bagi jaundice adalah dengan kerapkan bayi anda menyusu. Dalam susu ibu telah terhasil formula terbaik untuk anak melawan semua jenis penyakit temasuk jaundis. Ibu seharusnya mengelakkan pengambilan jamu dan makan makanan seimbang.

Rujukan:
Kementerian Kesihatan Malaysia
Dr Zubaidi Ahmad
Grup Nutrisi Remedi Alami Malaysia (GNRAM)



Shaklee id : [921401] Pengedar Shaklee Perak
SMS / Whatsapp : [017-4387016]
Email : cnurul79@yahoo.com
 LIKE Fan Page : PengedarShakleePerak

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Friday, April 26, 2013

ALERT! PETUA JAUNDIS YANG BAHAYA KEPADA BAYI!

ALERT! PETUA JAUNDIS YANG BAHAYA KEPADA BAYI!- sinambungan dari Petua Orang-Orang Tua

Feel free to SHARE | LIKE | TAG Rahsia sihat dan kurus langsing


1. Jemur bayi di bawah matahari  
  • Ramai ibu percaya dengan menjemur di bawah matahari dapat menghilangkan kekuningan. Namum ibubapa harus memastikan melakukannya dalam waktu yg di benarkan iaitu dari jam 830 papgi ke 930 pagi selama 10-15 min sahaja...
  • Sekiranya bayi didedahkan terlalu lama, di khuatiri akan menyebabkan masalah lain seperti kerosakkan retina dan strok. Namun kebanyakkan pakar perubatan tidak menggalakkannya kerana hanya cahaya lampu di hospital saja memberi kesan positif pada bayi
  • Nota: PASTIKAN MATA BAYI DITUTUP
2. Minum susu kambing
  • Memberi bayi minum susu kambing boleh memberi kesan kepada bayi. Ini kerana belum terdapat sebarang kajian menyatakan susu kambing mampu mengurangkan tahap bilirubin pada bayi. Malah pemberian keterlaluan akan menyebabkan masalah lain seperti cirit birit atau radang usus. 
  • Nota: SEELOKNYA IBU YANG MINUM SUSU KAMBING DAN KEMUDIAN SUSUKAN BAYI DENGAN SUSU IBU
3. Makan jamu dan halia
  • Banyak makan jamu yang tidak diketahui kandungan bahan kimia akan menyebabkan pengurangan enzim yang membantu dalam penyingkiran bilirubin apabila bayi disusukan. Begitu jugak dgn halia yang bole menyebabkan bilirubin meningkat. Sebaiknya diambil dalam kadar sederhana saja. 
  • Nota: TERLALU BANYAK JAMU BOLEH MENYEBABKAN BAYI CIRIT BIRIT JUGA.
4. Memberi air glukos pada bayi
  • Ramai mencadangkan supaya diberi air glukos kepada bayI bagi mangurangkan masalah demam kuning. Sebenarnya petua ini amat MERBAHAYA kerana air glukos boleh menyebabkan perut kembung dan bilirubin tidak dapat dikeluarkan melalui najis. 
  • Nota: SEELOKNYA SUSUKAN BAYI ANDA SEKERAP MUNGKIN DENGAN SUSU IBU SUPAYA BILIRUBIN DAPAT DIBUANG DARI NAJIS
 
 
Supplement Shaklee untuk berpantang merupakan satu supplement yang terbaik untuk para ibu memastikan badan kekal sihat dan bertenaga. Tidak ada panas badan dan tidak ada juga rasa dan bau jamu yang kurang menyenangkan. dan apa yang paling best suplement shaklee tetap boleh terus dimakan walaupun anak mengalami jaundis.
 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Sunday, February 24, 2013

Jaundice & Set Berpantang Shaklee

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjcKM7K0_5XZxPBk5hhqfJkLFAhFaCojlo_qrBIA5crE5PyppdqAyzQPiLmpdPYPvQT5u1gEN1zyoUliYb8CvNx4DaUFfB_TyeU-LwCu5c9Rg9YE-zFbvwjeecqoaTUPixXtF8z9a5uDg/s1600/nutrisi+ibu+berpantang.jpg
Anda ingin berpantang dengan tenang, sihat, cergas dan bertenaga?
Namun hakikatnya, berapa ramai ibu2 yang benar2 melalui tempoh berpantang dengan tenang. Kebanyakkannya akan rasa lesu, letih dan tak bermaya kerana badan masih lemah, ditambah pula dengan kehadiran bayi yang biasanya berjaga ri waktu malam. Ada juga baby yang sering menangis dari malam hingga ke pagi. Ditambag lagi bila bayi kita mengalami demam kuning / jaundice, ibu tak dapat nak makan jamu, kerana jamu akan menyebabkan penyakit kuning baby bertambah teruk.

Pengalaman berpantang anak pertama :-
Cerita asal disini  

Inilah yang saya alami ketika berpantang anak pertama 5 tahun dulu. Letih, lesu dan langsung tidak bermaya. Kelahiran normal setelah di induce (overdue). Selepas bersalin saya ada masalah nak membuang air kecil. Bukan sebab sakit bersalin, rasa nak buang air kecil tu ada tetapi tidak keluar. Sehingga keesokkan harinya saya masih tidak dapat nak buang air, sampaikan saya rasa sakit teramat di pundi kencing disebabkan urine dah penuh.

Hasil pemeriksaan, doktor mengesahkan saya terkena jangkitan kuman di pundi kencing semasa proses kelahiran. Dijadikan cerita, doktor beri saya antibiotik dan terpaksa menahan saya di wad untuk beberapa hari lagi. Selepas 3 hari saya dibenarkan pulang ke rumah. 2 hari selepas itu anak saya terkena Jaundice dan terpaksa dimasukkan ke NICU. Bacaan agak tinggi juga. 

Saya masih ingat pesanan doktor di NICU kepada semua ibu-ibu yang sedang menemani bayi masing2 agar terus berikan baby susu ibu sekerap mungkin. Ini bertujuan supaya baby lebih kerap buang air kecil dan besar agak bilirubin di dalam badannya turut disingkirakan melalui urine dan najis baby. Katanya baby yang terkena jaundice memang lebih banyak tidur dari berjaga. Jadi ibu2 perlu kejutkan baby untuk menyusu bila tiba masanya. Sebab katanya susu ibu adalah sebaik-baik penawar JAUNDICE. Saya akan ingat pesanan doktot itu sampai bila2. 

Di wad, saya dan ibu-ibu baru yang lain bergilir2 tidur untuk berehat dan bangun semula untuk menyusukan baby sekerap mungkin. Alhamdulillah keesokkan harinya bacaan jaundice anak turun ke parasa normal dan dibenarkan pulang. Masa tu barulah terasa badan sangatlah penat kerana tidak cukup rehat. Alhamdulillah kini puteri sulong saya dah berusia lima tahun. Sihat walafiat. 

Pengalaman berpantang anak kedua :- 
Alhamdulillah pengalaman melahirkan anak kedua saya sangat mudah. Sakit sekejap sahaja. Alhamdulillah lahir secara normal dan sihat tanpa jaundice. Kani ini saya dapat berpantang dengan gembira, luka bersalin cepat sembuh dan sentiasa bertenaga. saya sudah boleh berpantang sendiri selepas dua minggu bersalin. Syukur sangat2 dipermudahkan proses melahirkan dan berpantang saya kali kedua ini.

Jaundice kebiasaan berlaku kepada :-
  • Bayi yang punya kumpulan darah berbeza dengan kumpulan darah ibu
  • Bati lahir pra-matang
  • Bayi yang sakit
  • Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang diabetes
  • Bayi yang dilahirkan setelah ibu diberi ubat oencetus kontraksi (induce) atai pitocin.

Kenapa bayi jaundice perlu disusukan sekerap mungkin?
Menyusukan bayi dengan kerap akan membuatkan bayi membuangkan air kecil dan najisnya dengan lebih kerap. Maka dengan itu lebih banyak lah bilirubin dapat dibuang / dikeluarkan dari tubuh bayi. Dikatan kolostrum juga turut bertindak sebagai julap yang turut membantu memproses dan  menyingkirkan lebihan bilirubin dari tubuh bayi. Kajian menunjukkan penyusuan susu ibu 7 kali atau lebih dalam masa sehari, dapat mengurangkan risiko jaundice.

Sebab itulah ibu2 baru bersalin digalkkan menyusukan bayi seawal dan sekerap mungkin di awal kelahiran agar bayi dapat merasakan nikmat dan kebaikan susu ibu seterusnya dapat mengelakka dari terkena jaundice. Kita hanya berusaha, Allah jualah yang menentukannya.

Apa alternatif ibu berpantang untuk memastikan badan sihat?
Jawapannya ialah SUPLLEMEN SHAKLEE. Supplement sangat penting untuk memastika badan ibu kekal sihat dan bertenaga. Tak ada panas badan dan tak ada juga rasa dan bau jami yang kurang menyenangkan. Alhamudlillah, ramai ibu-ibu di luar sana yang uas hati dengan set bersalin Shaklee. Mari kita tengok apa kata ibu ini dalam tempohnya berpantang.

Peringatan : Alfalfa berunsurkan herba, maka tidak digalakkan diambil di awal kelahiran, Sekurang-kurangkan selepas seminggu bergantung kepada keadaan bayi. Jika ada yang berminat untuk mencuba Alfalfa semasa berpantang, perlulah pantau keadaan bayi terleih dahulu sebelum mencubanya. Walaupun Alfalfa adalan agen 'booster susu' tapi di awal kelahiran bayi tidak digalakkan pengambilan Alfalfa kerana pengambilan Alfalfa semasa berpantang juga boleh mendatangkan risiko bengkak susu jika ibu2 tidak menyusukan kerap baby dan melakukan pam susu. sebab itulah Alfalfa adalah sampingan untuk Set Berpantang kami. Ibu2 boleh gantikan Alfalfa dengan Ostematrix atau ESP. 

Amaran : Alfalfa tidak boleh diambil oleh penghidap penyakit SLE.      
 
 

Set Berpantang mengandungi Vita-Lea (with iron formula), B-Complex, Vitamin C dan Zinc. Jika ada lebihan bajet, boleh tambah ESP dan OsteMatrix dikatakan boleh membantu mengurangkan risiko jaundice. 

Sila hubungi saya untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian dari saya sebagai Shaklee Independent Distributor anda.


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.