nuRul nFe...

■ Saya adalah pengedar sah SHAKLEE dan pengamal produk Shaklee tegar (highly diciplined consumer) ■ Blog ini lebih kepada perkongsian hasil kerja Make-up, pengalaman bershaklee, dan testimoni2 sendiri walaupun ada banyak sekali testimoni2 keluarga dan customer2 saya ■

■ Dr Shaklee adalah Orang Pertama Mencipta Vitamin dan Kajian Beliau Bertepatan dengan Alam Semulajadi, Beliau Percaya Apabila Sesuatu Itu Berharmoni Dengan Alam Semulajadi, lanya Adalah Baik Untuk Kesihatan ■

■ Nurul ■ cnurul79@yahoo.com ■ sms / whatsapp 013-5847882 ■ Penghantaran Seluruh Malaysia ■

■ Jom dapatkan HARGA PROMOSI bersama saya Pengedar Sah Shaklee ■ Perunding Vitamin Shaklee secara Percuma & Penerangan cara makan Vitamin Shaklee dengan cara yang betul ■ Walk in dimana-mana Branch / HQ Shaklee diseluruh Malaysia dengan menggunakan ID No. 921401 untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee hanya RM65 ■

■ Juga kepada anda yang ingin menambah pendapatan, anda boleh hubungi saya ■ Saya akan masukkan anda dalam secret group ■ InsyaAllah saya akan guide anda sebaik mungkin ■ Jika betul-betul fokus dalam masa 3 bulan ke atas insyaAllah akan merasa income 4 angka ■

Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud,"

CEBURILAH KEGIATAN PERNIAGAAN KERANA DI DALAMNYA TERDAPAT 9/10 SUMBER REZEKI"(Al-Tirmizi)

Exchange LINK

Showing posts with label Set Triple M [3M] Ibu menyusu. Show all posts
Showing posts with label Set Triple M [3M] Ibu menyusu. Show all posts

Thursday, July 31, 2014

Kisah Benar : Kesan Regividon ke atas Penyusuan Susu Ibu

As salam.

May you have a great time, lots of fun and be full of energy, Amin~ Perkongsian motivasi yang sangat menyuntik inspirasi ini saya kongsikan di sini dari secret group kami. Kisah ni dah lama. Saya cuba untuk mengumpulkan dalam blog ini. Bukan apa, esok2 kemudian atau sape2 yang mempunyai masalah yang sama, dapat sy kongsikan untuk panduan. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas pengalaman dan semangat ini. Betul tak??? Semoga anda juga terbooster dengan semangat juang Azlydia ini... Kita ikuti rentetan email beliau.
Tanggal 19 April - detik perkenalan mommaMia dgn Azlydia yang katanya baru merangkak utk mengumpul EBM utk anak ke-3nya yang baru berusia 3 bulan. Bermacam2 usaha beliau - amik pil asi, instant longan read dates tea, oat + aier 3 liter... hasilnya tak menentu kadang pg dpt 4-6oz tetiba tghari jd 2 oz.. mlm baru 3-4 oz. beliau pam ever 2 1/2 jam - 3 jam... masa 1st chil buta BF... Maka beliau mencuba Set B + ESP + Osteomatrix/Kalsium
After 2 weeks 4 May 2011 - 
Beliau mengadu susah hati sbb susu makin kurang, makin kurang... sebelum makan shaklee kebiasaan hasil pumping beliau...
  • 5-6am : 4-7oz
  • 8-9am : 3-4oz
  • 11-12pm: 2.5oz
  • 2-3pm : 2-4oz
  • 5pm : 2.5oz
  • 11pm : 3oz
  • Total ----> ~average 17oz - 23oz   
Sy perasan kuantiti macam makin hari makin kurang walaupun jadual pump tetap sama!! Sy dah 2 minggu lbh mkn vit ni. lani dpt dlm 1.5-3 je tiapkali pam..sy risaula kak.nape sy makin kurang lak ye? Susu nmpk kuning khijauan pun cuma lps mkn alfalfa je.lps tu susu putih smula,smpaila mkn alfalfa sterusnya. apa pdpt akak ye? Tlg sy kak.huu..
Ya Allah mencabar sungguh dugaan Azlydia ni kan... So, Alin minta beliau reducekan dulu intake alfalfa sebab kepekatan darah beliau mungkin tak sekata. Just mintak beliau continue jer & bersabar... tapi akhirnya terbongkar juga punca sebenar yang membuatkan susu beliau drop... 

May 6, 2011 8:16 AM
Akum kak lin..gd mrng! Hukhuk,akak smlm pam dpt average 2oz je kak. subuh td kul 3 dpt 1oz.kul 530 pun 1oz.. kak, adakah pil prancang regividon mpengaruhi production susu?  sy br 3 mgu mkn pil tu. mlm td last mkn pastu rehat 7 hr. pg td sy spot mcm dtg period. adakah dtg period juga mpengaruhi production susu? Pls advise kak.thanks ye..
Tu dia... Punca segala masalah susu beliau drop!!! YES pil perancang + period sgt2 membantu dalam mengurangkan production susu. Tahukah anda pil perancang yg ada estrogen sangat mengganggu penyusuan... progestron tak ganggu penyusuan. So far hanya 3 jenis je yang tak mengganggu... iaitu noriday, depo injection dan implan. yang lain tu tak sure...
Sent: May 6, 2011 1:30 PM
Dh 3 mgu since pil tu utk 21 hr.exactly lastnite was d 21th. b4 sy mmg amik noriday, tp misi tu ckp sy kna tukar ke regividon sbb sy dh penah mixed susu bdn & susu fm masa pntg dulu. tu pun sbb desakan parents (biasala tu,orgtua kita,rite?)..misi ckp hormon noriday ada 1 je & 1 lg dbntu oleh bf. dh x ckup kuat utk sy sbb sy bg fm kt anak. sy pun xfhm nape dia ckp cmtu sbb sy tetap gak pam ikut jdual & direct bf. hormon regi lg kuat katanya.but now im 100% bf..so sy rasa ok je klu amik noriday. tul x kak? anyway next week sy ada apointmt utk fmily planing ni.nti nk bincg lg dgn misi.
Hormon Regividon lebih kuat!! MasyaAllah no wonder la susu beliau semakin drop & drop walaupun beliau seorang yang sangat disiplin dalam mengepam... Maaf sebab saya kurang pakar tentang regividon ni tp better get doktor advice daripada misi advice sbb kekadang misi suke buat judgment sendiri base on experience. To me pernah campur formula milk & susuibu x bermakna u x bleh bf 100% semula. Kalo baby on fm 100% tu lain citer. Saya pun merancang pakai implanon. Alhamdulillah so far ok cuma kalo pakai pil mmg kene pilih betul2. So far hanya 3 jenis jer yg dikatakan tidak mengganggu penyusuan iaitu noriday, depo injection dan implan. 
 

After lebih 3 minggu beliau stop Regividon & konsinten consume Set B = ESP + Osteomatrix/Kalsium... ni feedback yang saya terima dari beliau...
26 May 2011
A'kum akak....Akak apa kbr? Hehe...Akak, sy mood happy 2,3 hr ni..Alhamdulillah syukur sgt pd Allah, production susu sy dh bertambah skit..
Contohnya pumping session pg td kt ofis sy dpt almost 6oz..!! Sy notice pertambahan ni dh 2,3 hr.. 23/5 total ebm 18.7oz dgn 4x pumping.. 24/5 16.5oz dgn 5x pumping..Smlm total ebm sy 20oz dgn 7x pumping..
Ni lebih kurang jadual  & type pumping sy.
  •  5.30am tendum pumping 3oz
  •  830-930am double pumping 3.5-5oz
  •  11-12pm double pumping 3.5-4oz
  •  2.30-3pm double pumping 3oz
  •  5-530pm double pumping 2-3oz
  •  9pm tendum pumping 2oz1 
  • 2am double pumping 2-3oz
Sbnrnya sy br je trjumpa entry kak lin psl tendum pumping yg kerap akan membantu menambah lg production.. dan juga every pumping session selama 20-30 minit tu,kita bahagi2kan kpd 2 subsession lak.. Bila buat cmni, sy leh dpt letdown lebih..1st subsession, pump 10min, letdown..rehat 1 or 2 min,sambung pump 10-15min leh dpt letdown lg.. Sy dh try 3 hr.. Alhamdulillah dua2 teknik ni menjadi kak..Sy sukaaaaaaa sgt!!! Sy terima ksih sgt2 sgt2 kt akak sbb byk membantu sy secara directly juga indirectly...
Sy juga amalkan bc surah alkauthar & tambahan kpd doa sblm ni iaitu mohon diprbykkan pengaliran susu sepertimana byknya aliran air dlm sungai kauthar..juga wirid ya matin... Syukur alhamdulillah sgt2...Moga perjalanan sy dlm berjuang utk breastfeed anak sy ni berjaya hingga ke 2 tahun..
Salam syg,Lydia...
Dan lagi testemoni beliau.. semoga dapat kita mengambil iktibar & pengajaran dari pengalaman beliau... So tiada alasan malas untuk mengepam during weekend kalo anda tahu caranya... kan? 

30May 2011
A'kum kak lin..
Ni perkembangan terbaru lg..hehe..biasanya weekends, sy mmg x dpt langsung nk simpan stok atau simpan ebm utk digunakan hr isnin.. Biasanya mmg kena amik frozen ebm la.. TETAPI, disbbkn oleh teknik tendum pumping yg kak lin suggest tu, sy berjaya simpan 5 botol x 3oz utk digunakan hr isnin.. Hehe..happy sgt2 ;) Syukur alhamdulillah sgt2..

Psl nk sharing journey sy kt blog akak tu, sy ok je kak..Sy pun suka gak cite sy dpt jd pedoman  bg semangat pd ibu2 lain utk terus berusaha gigih tanpa penat & tanpa putus asa..
Sekurang2nya sy dpt buktikan frasa 'keturunan xde susu..', 'susu xde' & mcm2 lg tu adalah tidak betul sama sekali melainkan kita malas & xde usaha.. Dulu masa anak pertama, sejak tempoh berpantang lg sy dh campur dgn susu formula sbbnya masa tu sy cetek ilmu penyusuan..Juga disbbkan sy percayakan kata2 frasa td tu..
Bila kurang direct breastfeeding & juga kurang mengepam, mmg susu kurang.. pam pun cuma leh dpt 4oz dlm sehari utk 4-5 kali session.. bila masuk bulan ke 5,susu mmg terus kering.. Itulah kesilapan sy..
Alhamdulillah, utk anak kedua ni, dr mula mengandungkan dia lg sy dh mula mencari2 ilmu penyusuan yg betul, mengumpul gadget2 utk breastfeeding, menyimpan duit utk beli pam spectra3 selengkapnya dgn accesoriesnya (backpack, cooler bag, icepack, storage bottles,etc)..Walaupun hanya spectra3 yg sy mampu, alhamdulillah amat berjasa pd sy..

Sehingga hr ini, parents sy masih lg berkata 'Kamu kena ajar anak kamu tu minum juga susu formula tu, takut2 nti bila susu kamu tu kurang or kering, baby x meragam & x reject susu formula tu'. Sedih sgt bila dgr ayat2 mcm tu..Mmg menghiris sgt2 hati sy..Tp xpe, sy kuatkan jugak semangat & katakan dlm hati yg mungkin parents sy tu x tahu ilmu penyusuan yg betul..

Oklah kak lin..Smpai sini je dulu perkongsian sy..Harap dptlah kak lin sebarkan juga pengalaman sy ni bersama kawan2 lain.. Terima kasih kak lin ye..

Salam sayang,
Lydia..
Tears... Speechless... Lihatlah betapa kuat & gigihnya semangat beliau dalam menjayakan penyusuan susuibu kepada anaknya... Anda ibu hebat Azlydia... Bertuah anak-anak beribukan Azlydia... Yes, siapa kata breastfeeding itu mudah??! Bercakap mmg mudah, tapi hanya ibu yang dah melaluinya faham betapa sukar sebenarnye sebab tu kita panggil penyusuan ni PERJUANGAN... Pengorbanan…. Ala2 berjuang di medan perang. Yang tak mengalaminya mungkin tak faham… Memang cabaran ibu-ibu menyusu nih macam-macam... i.e bengkak susu, stress, kurang support, keliru puting, susu drop etc... Bagaimana kita tackle situasi masalah tu?? Berbalik pada proses. So jangan lupa kepada 3 teras proses kejayaan penyusuan
  • Bayi disusukan sekerap mungkin atau sesi perahan yang sentiasa konsisten....jangan TIDAK PAM hanya kerana payudara tidak bengkak. Pastikan pam sehingga payudara kosong untuk mengelakkan BENGKAK SUSU atau clog duct. 
  • Minum 3 L sehari. Cuba sediakan indicator. Kalau tak minum banyak dan tak mengepam dengan konsisten...memang takkan nampak impak yang hebat. 
  • Doa yang berterusan bukan sekadar dari niat dari hati atau tadah tangan semata-mata. Perlu ada amalan yang mendekatkan diri kita denganNya. Membaca Al Waqiah setiap malam, berzikir memuji kebesaranNya. Bersedekah dan berbuat baik sesama manusia di mana di samping itu membersihkan hati dari siap wasangka terhadap ALLAH. Bila ada wasangka itu lah kekadang membuatkan rezeki kita terbantut. Kita kena yakin dengan amalan kita dengan ALLAH. Sesungguhnya ALLAH itu MAHA PEMBERI. Mintalah nescaya DIA memperkenankan.

Kajian psaikologi mengatakan bahawa orang yang ada fokus kemudian dia memfokus pada proses, pada usaha, pada langkah-langkah tindakan menuju kepada satu matlamat, akhirnya dia akan dapat juga apa yang dia mahu (hasil). Syaratnya, dia tidak boleh berganjak dari matlamat asal, dia tidak boleh menjadi orang yang merubah-ubah matlamat.
Credit 
Tahukah anda???
Anda yang MEMILIH dan MENENTUKAN apa yang anda nak !!
Setiap cabaran itu pula pasti ada JALAN penyelesaian  
jika kita punya KEMAHUAN untuk berjaya.

Wednesday, July 9, 2014

Ramadhan dan Penyusuan Ibu

Tatkala Ramadhan menjelang tiba, sudah pasti setiap ibu yang menyusukan anak melahirkan kebimbangan di hati. Bukan tidak mampu untuk menunaikan ibadah yang tercatit dalam Rukun Islam tetapi kegusaran mengenangkan bagaimana untuk menyusukan bayi sedangkan diri terikat dengan ibadah puasa. Yang dikhuatirkan ialah pengeluaran susu ibu semakin berkurang dan ibu tidak dapat menyesuaikan diri dalam keadaan berpuasa. Itulah stigma yang seringkali kita dengar bahkan seringkali disogokkan oleh kebanyakan orang. 

Dalam Islam, setiap ibu yang menyusukan ataupun hamil dibolehkan berbuka puasa sebagai satu bentuk keringanan yang ditawarkan. Tetapi perlu ada sebab mengapa diberikan pilihan untuk berbuka kerana ia mempengaruhi cara penggantian hari berpuasa yang ditinggalkan. Sebab itulah, setiap wanita yang menyusukan bayi ataupun hamil perlu memahami perkara-perkara yang bersangkutan dengan pengurusan berpuasa iaitu bila keharusan untuk berbuka dan kesannya dari segi qadha' dan fidyah.

Namun, dengan kajian-kajian yang dilakukan oleh ramai penyelidik, berpuasa tidak mendatangkan kemudaratan terhadap ibu-ibu yang menyusukan anak. Dengan itu, kaum ibu tidak perlu risau akan kekurangan penghasilan susu dan kesannya terhadap bayi selagi mana mereka istiqamah dalam mengamalkan pemakanan yang seimbang dan sihat semasa di bulan Ramadhan. Kebimbangan dan kekhuatiran tidak seharusnya timbul apatah lagi berpuasa sebenarnya lebih banyak memberi kemanfaatan kepada semua berbanding kemudaratan. Kemudaratan hanya berlaku dalam kes-kes terpencil yang diharuskan dalam agama untuk berbuka puasa.

Pelbagai persoalan yang timbul di fikiran ibu-ibu yang menyusukan bayi berkenaan dengan puasa. Namun, ia mungkin akan terjawab jika kita sendiri faham akan erti pengurusan puasa dan juga tahu akan natijahnya dari sudut perspektif sains. Kadangkala bukan ibu yang menyusukan bayi bimbang akan kesihatan tetapi masyarakat sekeliling ataupun keluarga terdekat yang mempengaruhi minda dan pemikiran ibu-ibu bahawa berpuasa boleh membahayakan bayi yang disusui. Lantas, sebab itulah perlunya pemahaman yang mendalam tentang puasa dan pentingnya penyusuan susu ibu agar pilihan untuk berbuka puasa itu dapat diminimumkan. Ia merupakan satu langkah yang proaktif supaya tidak timbul masalah yang mendatang dan kesihatan ibu dan anak juga akan diberkati Allah natijah daripada manfaat puasa itu sendiri.

Banyak kajian menyatakan bahawa berpuasa tidak akan mengurangkan pengeluaran susu ibu tetapi berlakunya dehidrasi yang teruk kepada si ibu akan menyebabkan bekalan susu ibu akan berkurangan. Jika kita lihat, berpuasa hanya melibatkan penahanan diri daripada makan dan minum hanya memakan tempoh yang sekejap. Jadi tidak timbul masalah dehidrasi jika kita mengamalkan cara pemakanan yang telah dianjurkan dan minum air dalam kuantiti yang cukup. Ada sesetengah individu yang kekurangan air di dalam badan adalah disebabkan kurangnya pengambilan air yang mencukupi sewaktu berbuka puasa dan kesannya adalah kepada badan untuk keesokan hari. Badan yang kekurangan air akan menyebabkan keletihan yang berpanjangan, sebab itulah disarankan agar mendapat bekalan air yang mencukupi untuk badan segar dan bertenaga terutamanya bagi ibu- ibu yang menyusukan bayi.

Ada juga sesetengah pendapat mengatakan bahawa, jika ibu- ibu berpuasa, akan meningkatkan penghasilan toksin di dalam badan dan akhirnya juga terdapat dalam susu ibu yang akan memberi kesan terhadap bayi. Namun, perlu kita ingat, bayi juga memiliki sistem imun yang dapat menahan diri mereka daripada serangan penyakit. Tanggapan sebegini perlu kita ambil iktibar dan diterjermahkan dalam ertikata puasa yang kita jalani. Allah mensyariatkan berpuasa kepada hamba-hambaNya kerana pelbagai faedah dan manfaat yang diperolehi daripadanya. Terpulang kepada diri kita untuk memanifestasikan puasa dalam kehidupan yang sebenar dengan situasi seperti ibu- ibu yang menyusukan bayi. 

Kajian yang dijalankan di Afrika Barat mendapati bahawa berpuasa pada bulan Ramadhan tidak memberi kesan kepada pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi tetapi kemungkinan komposisi susu ibu tersebut akan berubah. Hal ini adalah sejajar jika dikaitkan dengan pemakanan ibu semasa bulan Ramadhan kerana nutrien susu adalah bergantung kepada pemakanan ibu. Seandainya pemakanan sihat dan sempurna yang diamalkan, ia tidak akan mengundang masalah terhadap komposisi susu tersebut tetapi jika terdapat kekurangan dalam pengambilan makanan, kemungkinan komposisi tersebut akan berubah. Namun, ia tidak mendatangkan masalah terhadap kesihatan bayi. Ini kerana, ia boleh dilihat sebagai suatu kitaran iaitu, ibu-ibu boleh menggantikan makanan atau zat yang tidak cukup tersebut selepas waktu berbuka. Selagi mana pemakanan sihat diutamakan, tiada masalah yang diundang buat ibu dan bayi yang menyusu.

Penyelidikan yang dijalankan di Amerika Syarikat juga menunjukkan tiada kesan yang signifikan terhadap pengurangan susu ibu semasa berpuasa di bulan Ramadhan. Badan wanita yang menyusukan bayi akan membuat beberapa penyesuaian metabolik semasa berpuasa untuk memastikan agar pengeluaran susu ibu tidak terganggu. Sungguh hebat penciptaan Allah. Penyusuan susu ibu digalakkan di dalam Islam dan dalam masa yang sama disyariatkan berpuasa dalam bulan Ramadhan. Suruhan ini terkandung implikasi yang mendalam terhadap kesihatan setiap manusia khususnya yang bergelar ibu. Malah ada pula rukhsah yang dibolehkan berbuka puasa, istimewa untuk golongan tersebut jika berlaku kekhuatiran dan keadaan yang tidak diduga. Tetapi, bagi kita yang ingin merebut peluang berpuasa di bulan yang mulia seharusnya tidak menjadikan penyusuan susu ibu sebagai suatu halangan untuk mendapat dua ganjaran yang hebat tersebut dalam masa yang sama. Ditambah lagi, kajian-kajian sains terkini yang membuktikan tiada permasalahan yang menghalang wanita yang menyusukan bayi untuk berpuasa dari segi kesihatan ibu dan bayi itu sendiri. Malah, kita seharusnya percaya, sudah pasti ada hikmah dan keistimewaan yang tersirat di samping yang tersurat dengan apa yang Allah telah tentukan buat hambaNya yang bergelar wanita dan ibu.

Sesungguhnya Ramadhan akan menjadi lebih bermakna jika sebagai ibu, kita tidak mengambil mudah akan hal melaksanakan puasa dan meneruskan penyusuan bayi. Seboleh yang mungkin untuk meminimumkan pilihan berbuka puasa jika tiada apa- apa masalah ketika menyusukan bayi. Sebagai langkah proaktif bagi ibu-ibu, seharusnya mengambil peluang untuk mengkaji lebih mendalam hakikat disyariatkan penyusuan susu ibu dan tidak menjadikan Ramadhan sebagai satu halangan untuk memberhentikan penyusuan ibu mahupun mengambil langkah berbuka puasa sewenang-wenangnya untuk menyusukan bayi tanpa ada sebab yang munasabah. Yang paling penting ialah pendidikan pemakanan yang sihat harus disemai dalam setiap diri ibu yang menyusukan bayi agar dapat mengharungi bulanpuasa dengan sihat dan cergas tanpa sebarang masalah. 

Kredit : IKIM

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=e2575ed7d2c481c414c10e688bcbc4cf


Shaklee id : [921401] Pengedar Shaklee Perak 
SMS / Whatsapp : [017-4387016]
Email : cnurul79@yahoo.com
 LIKE Fan Page : PengedarShakleePerak 

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Tuesday, July 9, 2013

Selamat Menyambut Ramadhan | time to ponder how we can serve Allah better

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak buat semua sahabat2 blogger semua. Semoga mendapat keberkatan segala amalan...

Di sini saya menyusun kata memohon ampun dan maaf atas sebarang kesilapan secara langsung atau tidak yang sensungguhnya tidak lari dari sifat seorang manusia biasa yang tidak pernah sempurna.

Tips berpuasa dengan sihat:
Ini suplemen yang saya ambil sekarang sejak mengenali SHAKLEE dan akan terus ambil sepanjang berpuasa untuk kekal bertenaga sebab nak melipatgandakan amalan dan preparation kekal berseri dipagi Syawal..Insha Allah

Sahur - set mighty 3gems [ ESP + Mealshake + PD]
After berbuka - Vitalea, Alfalfa
Sebelum tidur - Kolagen, Vita E @ GLA Complex.

Shaklee id : [921401] 
Call.SMS : [013-4381929]
Whatsapp : [017-4387016]
Email : [cnurul79@yahoo.com]

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Monday, May 27, 2013

Khas untuk Ibu | kerana dirimu begitu berharga !!!

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu

Bila keseorangan, yang sentiasa disampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu
*****************************************

Dalam kesibukan harian kadang kita [ibu] terlupa untuk menjaga kesihatan diri sendiri [ibu].  Fitrah seorang ibu lebih mementingkan kesihatan anak-anaknya, dipastikan anaknya mendapat makanan, susu dan penjagaan terbaik.  Kadang pemakanan untuk diri sendiri [ibu] diabaikan, sering berlaku ibu-ibu makan ala kadar, makan tak tentu masa, kadang skip makan. 

Makan banyak dengan makan sihat sama sekali tidak sama. Makan banyak boleh jadi makan HAMPAS sahaja. Tambahan pula jika ibu itu:
  • Kerap makan di luar (biasanya ibu bekerja) 
  • Makan makanan segera, makanan rapu, etc
  • Sangat sibuk hingga selalu skip makan
  • Selalu berada dalam keadaan stress
  • Kurang rehat
  • Tak cukup tidur
  • Sering sakit
  • Mengalami masalah kesihatan
Ini belum cerita tentang khasiat makanan yang diambil, maklum sajalah kalau beli makanan di luar belum tentu dimasak dengan suhu yang betul, tahap kebersihannya, belum diambil kira bahan pengawet, perisa tambahan dan macam-macam lagi.

Jadi ibu ini memerlukan sokongan dari segi vitamin/suplement  bagi memenuhi keperluan tubuh yang tidak dapat dipenuhi/dirosakkan oleh perkara-perkara di atas.

Vitamin yang sesuai untuk ibu-ibu adalah seperti berikut:
Credit : Mommy lina
Jadi para ibu sekalian, jagalah kesihatan diri agar kita [ibu] sihat dan mampu menjaga kesihatan keluarga tersayang! Kepada anak2 [ibu], kasihilah ibu anda. Berikan yang terbaik buat mereka.

Hubungi saya untuk mendapatkan diskaun istimewa. 

Shaklee id : [921401] 
Untuk belian dan pertanyaan produk :
 SMS : [013-4381929]
Order form : SINI
Email : [cnurul79@yahoo.com]
 
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Thursday, May 9, 2013

Tanda-tanda anak kekurangan kalsium


Setelah bayi mencecah umur 2 tahun, perlukah mereka kepada susu?

YA! Mereka sangat memerlukan kalsium yang tinggi untuk membina tulang dalam badan mereka. Walaupun ia adalah susu formula, anak-anak sangat perlukannya. Setelah susu ibu mencegahnya daripada jangkitan penyakit ataupun alahan selama 2 tahun, besar kemungkinan susu formula tidak akan menyebabkannya berpenyakit kronik. Semuanya dengan izin Allah.

Kanak-kanak sedang dalam proses perkembangan. Semua organ, otot dan juga tulang masih dalam proses pertumbuhan. Oleh kerana itu, sekiranya ibu-ibu menghentikan pemberian susu kepada anak selepas 2 tahun penyusuan, ibu-ibu perlu meneruskannya dengan menggalakkan anak meminum susu formula. Sekiranya tidak, mereka mungkin akan mengalami masalah pertumbuhan. Seperti masalah gigi rosak dan sebagainya.

Tanda-tanda anak kurang kalsium :
  • Selalu berpeluh ketika tidur 
  • Sukar tidur lena
  • Terkejut, menangis pada waktu malam 
  • Hyperaktif
  • Tiada selera makan, memilih makanan
  • Lewat tumbuh gigi (Selepas 10 bulan)
  • Lambat berjalan (Selepas 13 bulan)
  • Kaki bengkok, tak boleh berdiri tegak
  • Rendah, lemah badan
[sumber :pendidikanawal.wordpress.com & mynutrisi.com]

Inginkan Set Breastfeeding?
KLIK SINI

_______________________________________________________________
 Sebarang pertanyaan dan info lanjut berkenaan dengan produk Shaklee, sila hubungi saya;

Shaklee id : [921401] 
Call.SMS : [017-4387016]
Email : [cnurul79@yahoo.com]
 
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Cara dan tips menambahkan stok susu

Salah satu usaha untuk menambah stok susu ibu ialah dengan mengamalkan TANDEM NURSING (sebelah menyusukan bayi dan sebelah lagi mengepam)..Mula-mula memang rasa kekok nk buat kedua-dua perkara ni serentak..tapi,seperti biasa, PRACTICE MAKES PERFECT..Biasakan dengan amalan ini,In Sha Allah perkara ni akan jadi rutin biasa bagi anda. Cuba lah yer... :)
Antara amalan mengepam lain yang boleh diamalkan untuk menambah stok susu ibu ialah:
  1. Pam di waktu pagi sebelum bayi bangun tidur. Biasanya waktu pagi buubies sedang engorge. 
  2. Pam sedikit sebelum menyusukan bayi. Biarkan hisapan bayi mengosongkan payudara.
  3. Pam selepas menyusukan bayi (sekiranya tidak pam sebelumnya) untuk mengosongkan payudara.
  4. Pam semasa bayi tidur.
  5. Pam sebelum ibu tidur.
  6. Pam di antara waktu tidur (bangun malam untuk pam).
Tips tambah susu ibu secara natural
Teknik hypnobreastfeeding:
  1. Set minda & yakin boleh menyusukan secara eksklusif dgn susu ibu tanpa tambahan susu formula 
  2. Kekalkan ketenangan perasaan & minda dgn cara :
  • melihat sesuatu yg boleh menimbulkan rasa tenang & bonding. Cth:melihat anak tertidur selepas menyusu - hilangkan rasa risau, sakit, stress, ragu-ragu untuk menyusukan
  • Masuk ke bilik yang sunyi
  • Pasang zikir/muzik yang menenangkan
  • Pasang aromaterapi yang menenangkan
  • Duduk tegak
  • Rilekskan otot
  • Baca selawat sekurang-kurangnya 3 kali
  • Tarik nafas secara dalam, tahan selama 10 saat, lepas melalui mulut dengan bunyi heh
  • Bila rasa tenang, ulang lagi pernafasan tersebut, bayangkan anda melepaskan semua perasaan negatif risau, sakit, stress, ragu-ragu untuk menyusukan 
  • Masukkan setting positif "Aku boleh menyusukan anakku secara eksklusif selama 6 bln, 12 bln, 18 bln, 2 tahun".
Shaklee menawarkan set makanan tambahan untuk meningkatkan production susu ibu. Shaklee supplement : 
SELAMAT, BERKESAN, SEMULAJADI.

 Sebarang pertanyaan dan info lanjut berkenaan dengan produk Shaklee, sila hubungi saya;

Shaklee id : [921401] 
Call.SMS : [017-4387016]
Email : [cnurul79@yahoo.com]
 
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Wednesday, March 20, 2013

LEMAK vs OTOT

Jom kita faham apa itu lemak dan apa itu otot.  Gambar menceritakan segalanya.
 
Credit to Nad
Gambar Kiri: Sebelum menggunakan Shaklee. Berat 50 kg.
Gambar Kanan: Selepas naik 17 kg (ketika pregnancy) dan turun kepada 49 kg.

Sewaktu baby berusia 1 bulan, saya mula mengamalkan breastfeeding set 3M (Vitalea, Vita C, B Complex, ESP, Alfalfa) dan later saya mula ambil Ostematrix dan GLA pula.

Pengambilan ESP especially, membina sel-sel yang sihat dan juga otot. Sebab itulah protein (ESP/Cinch/Meal Shakes) dicadangkan kepada mereka yang ingin mengurangkan berat badan. Ini kerana protein bukan sahaja membantu mengenyangkan perut tetapi juga memastikan badan tidak menggeleber setelah lemak hilang. Kebanyakan pengguna, baju-baju dah mula longgar (inchloss). Oleh kerana lemak sama berat dengan otot, so tak nampak berat turun.

Dua gambar ini, berat badan saya lebih kurang (beza 1 kg je) tetapi banyak beza pada pipi saya :) Saya hanya menggunakan supplement Shaklee.

Gambar b
awah pula menerangkan segala-galanya. Lemak dan otot sama berat tetapi size lemak lebih besar berbanding otot :)


Friday, March 1, 2013

SET [3M] Set Penyusuan Paling Hot/Best

Selalunya, ibu bf banyak yang rasa tak nak pump lagi sebab cik B rasa belum penuh or belum rasa engorgemen. Sebenarnya, cukup masa, pump je terus, Tak perlu rasa cik B pernuh or tunggu susu meleleh. Namun, dengan set Triple M ini, ramai ibu yang memberi feedback bahawa cik B mereka cepat rasa penuh. Alhamdulillah.

Jadi, jangan sesekali meninggalkan rutin mengepam jika mahu production susu maintain. Jika asyik skip sahaja atau hanya memberi direct waktu malam dan tidak mengepam langsung waktu siang, lama kelamaan production susu akan berkurang dan stop. Dengan pengambilan milk booster sekalipun, penyusuan secara eksklusif akan gagal jika ibu tidak mengepam secara konsisten.

Apa set Triple M [3M] ni? Ia terdiri dari  SET B, Ostematrik/Kalsium dan ESP/Energizing Soy Protein. Maklumat lanjut boleh refer label Set Triple M [3M]. 

Siapa yang perlu ambil Triple M [3M] ?
  • Digalakkan kepada ibu yang mempunyai masalah penyusuan. 
  • Si ibu yang mula nak menyimpan stok.
  • Si ibu yang mahukan anaknya mudah lena tidur malam.
  • Ibu yang sedang realktasi atau induce lactation.
  • Ibu yang tak dapatkan sumber protein secukupnya.
  • ibu yang hendak berdiet.
  • Ibu yang sedang mencuba SET B atau E tapi masih tidak mencapai tahap pengeluaran yang dikehendaki walaupun kerap mengosongkan payudara.
  • ibu yang sering keletihan.
 Kandungan Set Triple M

Vitalea : 
  • Menampung keperluan dan kekurangan penyerapan vitamin dari makanan. 
  • Menjaga kesihatan untuk jangka masa panjang. 
  • Mengandungi lebih 28 vitamin dan mineral dengan komposisi yang mencukupi untuk keperluan harian termasuklah beta carotene untuk penglihatan dan pembinaan tisu juga kalsium, vitamin C dan D untuk tulang dan gigi yang sihat.
Vitamin C :
  • Anti oksida yang baik. 
  • Membantu tubuh melawan radikal bebas dan memelihara sel-sel badan. 
  • Menguatkan antibodi.
  • Sebiji Vitamin C Shaklee berntindak mengikut pelepasan masa jam demi jam dan bersamaan dengan 7 biji oren. Hebatkan?
  • Vitamin C membantu kesihatan ibu supaya berupaya melawan penyakit dari menjadi lebih serius dan berpanjangan. 
B Complex :
  • Sangat penting untuk metabolisme lemak dan membantu pembentukan sel darah merah. 
  • B Complex Shaklee yang lengkap kesemua jenis vitamin B bertindak bersama akan memberi kesan yang hebap dengan memberi kesegaran dan anti stress. 
  • Amat penting untuk mood ibu supaya kekal ceria dan gembira untuk penghasilan susu yang mantap.
Alfalfa :
  • Merupakan penggalak susu
  • Bukan sekadar penggalak susu, akar alfalfa yang menjalar jauh ke bumi membuatkan ia mampu mengaut pelbagai jenis zat dan galian.
  • Berupayan membuang angin, melancarkan pelawasan, membantu kitaran haid, penawar keputihan seterusnya membantu keintiman.
  • Daunnya yang kaya klorofil adalah detox semulajadi dan bersifat lembut.
Ostematrix :
  • Ostematrix Shaklee terdiri dari Kalsium, Magnesium, Vitamin, Zink dan Copper. 
  • Semuanya membantu membina tulang dan gigi yang sihat. 
  • Kesan yang amat disukai ramai adalah - ia turut memberi kesegaran di awal pagi dan menambah susu badan jika diambil dengan aturan dan amalan yang betul.
  • Ibu yang menyusu sememangnya memerlukan kalsium tambahan dan Ostematrix Shaklee adalah lebih baik kerana ia mudan dan diserap badan.
Energizing Soy Protein :
  • Susu ibu terbina dari protein. 
  • ESP Shaklee yang kaya dengan protein amat membantu dalam penghasilan susu ibu. 
  • Ia adalah soya terbaik kerana dipelihara dari peringkat awal pembenihan dan pemprosesan jadi hasilnya sangat berkualiti tinggi.
Tara..Inilah dia.
Untuk harga istimewa, hubungi saya ya. Terdapat set lengkap untuk 4 bulan bagi kebanyakkan produk atau set percubaan.