nuRul nFe...

Saya adalah pengedar sah SHAKLEE dan pengamal produk Shaklee tegar (highly diciplined consumer) Blog ini lebih kepada perkongsian hasil kerja Make-up, pengalaman bershaklee, dan testimoni2 sendiri walaupun ada banyak sekali testimoni2 keluarga dan customer2 saya

Dr Shaklee adalah Orang Pertama Mencipta Vitamin dan Kajian Beliau Bertepatan dengan Alam Semulajadi, Beliau Percaya Apabila Sesuatu Itu Berharmoni Dengan Alam Semulajadi, lanya Adalah Baik Untuk Kesihatan

Nurul cnurul79@yahoo.com sms / whatsapp 013-5847882 Penghantaran Seluruh Malaysia

Jom dapatkan HARGA PROMOSI bersama saya Pengedar Sah Shaklee ■ Perunding Vitamin Shaklee secara Percuma & Penerangan cara makan Vitamin Shaklee dengan cara yang betul ■ Walk in dimana-mana Branch / HQ Shaklee diseluruh Malaysia dengan menggunakan ID No. 921401 untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee hanya RM65

Juga kepada anda yang ingin menambah pendapatan, anda boleh hubungi saya Saya akan masukkan anda dalam secret group InsyaAllah saya akan guide anda sebaik mungkin Jika betul-betul fokus dalam masa 3 bulan ke atas insyaAllah akan merasa income 4 angka

Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud,"

CEBURILAH KEGIATAN PERNIAGAAN KERANA DI DALAMNYA TERDAPAT 9/10 SUMBER REZEKI"(Al-Tirmizi)

Exchange LINK

Wednesday, May 21, 2014

Kerap bersin?

Sedia maklum, semua orang ader masalah resdung / allergic. Bezanya cuma teruk atau tidak.

Saper sini yg pagi2 suka bersin!!!
Amalkan set resdung dan kulit ni. Istiqamah betul2..jgn culas2... InshaAllah berkurangan.

Cegah sebelum parah



Shaklee id : [921401] Pengedar Shaklee Perak
SMS / Whatsapp : [017-4387016]
Email : cnurul79@yahoo.com
 LIKE Fan Page : PengedarShakleePerak


Monday, May 19, 2014

MUSIM CUTI SEKOLAH HAMPIR TIBA; RAWAT KUTU DIKEPALA ANAK2 ANDA DENGAN BASIC-H

Kini banyak teknologi baru tersedia di pasaran untuk basmi kutu kepala yang banyak melanda kanak2 sekolah, gadis remaja dan juga wanita dewasa. Kita sangka ini masalah dikampung2 sahaja, terkejut kita bila tahu di Amerika Syarikat masalah kutu pun meruncing. Justeru pakar Amerika cipta satu mesin khas untuk bersih rambut kepala dari ratusan atau ribuan kutu serta telor2 sekali gus di LICE NINJA Salon. Ada satu machine khas digunakan utk pecahkn telur kutu.. Kemudian dia akan guna ubat khas n sikat buang telur n keluarga kutu... Masa rawatan, budak2 duduk atas kerusi sambil tgk cerite kartun. Harga bergantung kepada panjang rambut anak anda. Ada yang yang kater RM80 rambut pendek. Wallahualam...boleh lah survey sendiri yer kalau nak menggunakan rawatan teknologi moden ni.


Nak lagi murah dan jimat?

Dannnnn......Jangan tak tau yer, dengan kos yang hanya beberapa sen sahaja, ramai ibu2 merawat kutu di kepala anak2 mereka dengan hanya menggunakan Basic H Shaklee. Hanya beberapa titik shj diperlukan. Rujuk sini untuk JADUAL KEGUNAAN BASIC H

Kenapa Perlu Memilih Shaklee Basic H2? Ini adalah kerana Basic H2: 
  • BEBAS TOKSIK
  • SEMULAJADI
  • HYPO-ALLERGENIC (iaitu kurang menyebabkan alahan)
  • TANPA KESAN SAMPINGAN
  • TANPA BAU, TIDAK MELEKAT dan TIADA MINYAK Ia membantu memberikan rambut dan kulit rambut yang bersih, rasa semulajadi tanpa menyebabkan iritasi pada kulit
 
 
Shaklee Basic H2 ialah merupakan agen pembasah (surfactant) organik seluruhnya dan terbiodegradasi yang dihasilkan "secara harmoni dengan alam persekitaran dan kesihatan yang baik", sama seperti lain-lain produk Shaklee.
Sebagai agen pembasah, ia akan menembusi lapisan luar kutu ataupun larvanya dan menyebabkan mereka sesak nafas lalu mati. Ia juga akan melembutkan dan menembusi telur-telur kutu agar anak-anak mereka tidak menetas.
  1. Isikan 10 titik Basic H2 dan air ke dalam botol boleh picit 
  2. Gunakan campuran syampu di atas ke atas rambut anda sama seperti syampu-syampu lain
  3. Tambahkan air jika perlu bagi mendapatkan jumlah buih yang sesuai
  4. Balut kepala anda dengan tuala selama 15 minit
  5. Bilas dengan air
  6. Letakkan krim pembilas pilihan anda ke atas rambut. Biarkan rambut bersih dan terurus

Pilihan Petua Tradisional

Jika anda memilih untuk mencuba cara tradisional, ini ader petua tradisional yg mungkin berkesan untuk dicuba oleh anda. Caranya mudah je, tumbuk beberapa ulas bawang putih dan gaulkan dengan minyak masak sehingga sebati. Lumurkan pada kepala dan celah-celah rambut hingga rata. kemudian bungkus kepala dengan palstik dan biarkan setengah jam. Lepastu basuh kepala dan rambut bersih-bersih dan keringkan. Ulang beberapa kali sehingga kutu tiada.

Selamat mencuba !!!
 


Shaklee id : [921401] Pengedar Shaklee Perak
SMS / Whatsapp : [017-4387016]
Email : cnurul79@yahoo.com
 LIKE Fan Page : PengedarShakleePerak

Friday, May 16, 2014

TIGA ASAS : Dalam sebulan turun 9kg - kekal langsing dan rapi dengan SHAPE-UP program

Jika anda ada masalah dlm konflik berat badan, sama ada anda seorang ibu menyusu atau individu normal. (lelaki atau wanita,bujang atau dah berkahwin)...,jgn risau.. tak salah anda mencuba supplemen ini... Shaklee mmg ada menawarkan Shape up Program... Antara item didalam Shape up Program adalah Cinch Shake, Lecitin, Herblax 

Basically untuk anda yang ingin berdiet atau ingin menurunkan berat badan yang berlebihan atau ingin maintainkan berat ideal sekarang.. Anda perlukan:-

Secara asasnya, utk diet... Anda perlu
Detoks (Herblax/Alfalfa)
 +
Protin (Cinch Shakes / ESP)
 +
Lecitin

  • Kenapa kene detoks? Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. :)... tahukah anda... kunci asas untuk kurus adalah detox dulu yaaa..) Utk detoks, anda boleh pilih samada nak Fiber atau Herblax.. ikut budget naa.. Antara fiber dan herblax..fiber lebih optimum resultnya... Fiber akan memanjangkan tempoh makanan dalam perut dan memberikan rasa kenyang sepenuhnya. Ia berupaya menyerap lebihan air dan lemak dalam badan.Disamping tu kalau anda makan fiber ni, kerja2 ‘melabur’ akan jadi mudah, usus dicuci sepenuhnya jadi akan elakkan perut buncit.selain berfungsi untuk melancarkan penghadaman.. Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum).
  • Kenapa protin? Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%.
  • Kenapa perlu Lecitin?: ..berfungsi untuk memecahkan lemak2 ...Lecitin dinamakan "pengemulsi semulajadi" kerana ia mempunyai kesan melekat kat lemak....dalam perkataan ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu terapung kat dalam darah...dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membrane.. Lecitin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh bdn..

    Cinch™ Shake memberi jawapan segera dan sihat kepada persoalan "Apa yang harus saya makan untuk sarapan pagi?" atau "Apa yang harus saya makan untuk makan tengah hari?". Cinch™ Shake merupakan minuman yang sungguh lazat dan berzat untuk membantu anda memelihara otot yang penting dan menjadikan anda sentiasa berasa kenyang dan berpuas hati di samping mengurangkan berat badan.
  • Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa santapan manis
  • Mengandungi Cinch Pro™ iaitu suatu campuran protein eksklusif diperkaya dengan asid amino leusina
  • Diperkaya dengan Leucine™ untuk memelihara otot
  • Terdapat 24 gram protein dalam setiap sajian
  • Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian
  • Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga
  • Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting
  • Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan
  • Soya bukan GMO
_____________________________________

Itu sebahagian dari info mengenai Cinch Shake (Protin Shake).. Tetapi jika anda ibu menyusu, memadai ambil Lecitin dan ESP.... ESP juga adalah protin shake cuma lebih selamat utk ibu dan bayi... Dan jgn lupa vitamin2 asas iaitu Vitalea, B Complex dan Vitamin C..

Okey cukup cerita tentang fakta2 ni.. mari terus ke cerita utama hari ini.. cerita yg anda tunggu2. turun 9 kg dalm masa 1bulan??! hehe.. apa kata kita baca kisah Pn Aliza dari Miri.. pengakuan beliau yang dah cuba suplemen Shaklee ni.. 


  • Aliza Mohammad Dlm 1bulan dah trn 9kg....memang best shaklee...wajah dah seri2 ni....tak da sebb nak behenti mkn prduk shaklee...memang baik punya,cyalah.
    October 27 at 3:06pm ·
  • Aliza Mohammad Bg liza selepas mkn...lecitin n fiber...dlm 1hari memang nmpak kesan..tambh lg mkn vitamin shaklee..memang ketara lah kesan,sakit pinggang,letih,sengugut wktu dtg period dll tak ada lg dlm kamus liza...liza syukur alhamdulliah sekrng bdn dah ramping x lah...paling best zink masalah rambut gugur tak ada lg..rambut dah lebat n hitam..shaklee pilihan hatiku..teman siang dah mlm hehehe
    October 27 at 3:23pm ·

 

Shaklee id : [921401] Pengedar Shaklee Perak
SMS / Whatsapp : [017-4387016]
Email : cnurul79@yahoo.com
 LIKE Fan Page : PengedarShakleePerak
 
 

Thursday, May 15, 2014

Berkat nekad, azam dan usaha...Dulu 34, Sekarang 29

Bagaimana hari anda hari ini??? Since kita bakal menyambut Ramadhan dan Syawal tidak lama lagi, puasa dah habis ganti ker??? Bagi yang ingin berdiet boleh jadikan Testimoni kak Hasmah ni sebagai pendorong untuk anda... Dulu saiz 34 sekarang 29!! Untuk kurus sebegitu kita perlu istiqamah dan sabar disamping dengan cara yang betul... bukan makan jer baru hasilnya wooww....

Jom kita ikuti apa yang beliau lakukan sehingga berjaya!

Ini lah saya sebelum dan selepas (sekaranglah tu)..
berat saya masa pakai baju oren kat atas tu lebih kurang 74kg.. 
BMI terlebih berat badan..saya cuma nak dapatkan berat ideal je..dan sekarang berat saya lebih kurang 60kg..BMI berat normal..tinggi tak lah tinggi mane pun 159cm..rasanya dah cukup kot berat takat ni..xmo kurus lagilah sebab banyak baju lama dah tak boleh pakai kene kecikkan..huhu..

Saya mula sedar yang badan naik sejak anak ke 2 saya berumur 6bln.. selera makan membuak2.. dan badan juga bagai dipam2.. lagilah saya ni menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu, saya tak boleh nak diet beria2.. jadi saya bedal je apa makanan yang terlintas difikiran ni nak makan.. yang sangat sedihnya bila seluar Jeans saya yang saiz 34 tu dah tak muat lagi..huhu...

Jadi saya mula berazam nak muatkan semula seluar Jeans yang saiz 34 tu.. sebab saya sayangkan seluar tu.. dan tambah lagi saya sayangkan badan saya yang slim masa anak dara dulu.. ceh..slim ke..haha..
Jadi jom saya sharekan apa yang saya buat bermula dari bulan 3 tapi yang betul2 dietnya dari bulan 6 2011 ni lah..
  1. Saya kurangkan makan Nasi. Mula2 makan dalam jumlah yang sedikit.. ada juga beberapa bulan saya tak sentuh nasi dalam 2 bln macam tu lah.. memang susah nak biasakan tapi lama2 saya jadi terbiasa..
  2. Saya kurangkan minum air manis terutama sekali minuman dalam tin. Gula dalam minuman tin tu sangat tinggi tau..
  3. Saya kurangkan fastfood. (No KFC, No Pizza)
  4. Saya bersenam dalam rumah je.. senaman ape yang saya buat ye.. saya skipping dan saya main hullahoop yang gelung rotan gelek2 kat pinggang tu lah.. ;) memang berpeluh.. mula2 saya digelakkan oleh anak2 dan suami..huhu..
  5. Saya mula AEROBIC kat Tmn Pulai Perdana JB dah dekat sangat dengan rumah.. baru mula 2 bln.. saya ambil program "Shape Your Body"..buat ape dengan program ni.. sebab saya perlu untuk saya bentukkan semula badan saya yang dulunya gemok dengan beraerobic.. memang terbaekkk..
  6. Saya banyakkan makan sayur dan makanan yang kurang kalori seperti meehoon sup.. mula2 memang tak seleralah nak makan tapi "alah bisa tegar biasa"..
  7. Saya banyakkan minum AIR MASAK.. sebab air masak juga membantu untuk meningkatkan metabolisma badan kita..
  8. Saya KAWAL NAFSU MAKAN saya yang dulunya sangat suka makan makanan yang berlemak seperti masak lomak cili api.. haha..maklumlah saya orang N9..
  9. Saya menjalani PROSES DETOX dengan HERB-LAX SHAKLEE.. sebab untuk kuruskan badan wajib menjalani proses penyikiran toksin dalam badan dahulu supaya mudah untuk proses penyerapan vitamin berlaku..maklumlah dah hampir 30 tahun hidup perut ni pun dah macam2 terima jenis makanan..
  10. Saya ISTIQAMAH makan LECITHIN SHAKLEE sebab ia membantu untuk saya dapatkan berat idaman saya.. dan juga kalau dulu saiz jeans 34 pastu 31 dan sekarang dah saiz 29.. macam tak caye je..tapi kene percaya... ;)
Memang lambat untuk saya daptkan berat ideal dengan ketinggian saya dan ambil masa yang lama juga.. tapi dek NEKAD dan AZAM saya teruskan juga..seiringlah dengan USAHA..bukan angan2 je..

SABAR adalah kunci utama untuk DIET ni.. sebab badan nak ambil masa sehari untuk gemok dan juga badan tak ambil masa sehari untuk kurus...biar lambat asalkan selamat.. jom saya sharekan info produk Shaklee yang boleh anda pilih untuk DIET.. Ianya cuma saranan..terpulang pada anda dan juga bajet ye..tiada paksaan..sebab kalau tengok 10 perkara yang saya buat 2 je bantuan dari Supplement.. yang 8 lagi silalah baca..hehe..
Mahu seperti kak Hasmah? Jom dapatkan rahsia beliau di sini. TIGA SUPPLEMENT ASAS JIKA ANDA MAHU KURUS.

Shaklee id : [921401] Pengedar Shaklee Perak

SMS / Whatsapp : [017-4387016]
Email : cnurul79@yahoo.com
 LIKE Fan Page : PengedarShakleePerak

Wednesday, May 14, 2014

G6PD (G6PD Deficiency) : Apakah Definisi dan Langkah Pengawasan Yang Perlu Diketahui??

Baru-baru ini ada seorang sahabat membeli set resdung terus mendaftar sebagai member Shaklee. Beliau juga bercerita kepada saya bahawa anaknya kekurangan G6PD dan penghidap Autism. Namun demikian sahabat saya bukanlah penghidap G6PD. Jadi saya minta kepada semua sahabat lain, jika boleh sebelum mendapatkan sebarang produk Shaklee terutamanya suplemen daripada saya, mohon untuk maklumkan terlebih dahulu jika anda menghidapai sebarang penyakit yg sedang dipantau oleh pakar perubatan. Mohon juga untuk mendapat khidmat nasihat dari pakar perubatan anda sebelum mengambil sebarang suplemen atau produk kesihatan yg lain. Untuk makluman anda juga, produk Shaklee adalah suplemen yg insyaALLAH boleh membantu tetapi bukanlah ubatan yg boleh merawat atau mengdiagnosis sebarang penyakit.

Oklah berbalik pada topik kita hari ini. Saya nak berkongsi sedikit mengenai Masalah Kekurangan enzim G6PD (G6PD Deficiency). 

Apa yg dimaksudkan dengan kekurangan G6PD (G6PD Deficiency)?

G6PD (glucose-6-phosphate dehydrogenase) adalah suatu enzim keturunan dalam sel darah merah manusia. Enzim G6PD melindungi sel darah merah daripada dimusnahkan dengan lebih awal daripada hayat biasa. Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, ubat-ubatan tertentu ataupun melalui makanan.  
Masalah kekurangan G6PD bukanlah satu kecacatan atau penyakit. Ia adalah satu fenomena keturunan yang melibatkan kedua-dua jantina, lelaki dan perempuan, tetapi lebih sering dialami oleh bayi lelaki. Ia secara am, ditemui pada mereka yang mana ibu bapa mereka berasal dari daerah yang pernah sering mengalami Malaria.

 Pada kebiasaanya, sebaik sahaja bayi dilahirkan, darah tali pusat bayi akan dihantar untuk pemeriksaan enzim G6PD di makmal. Di antara ujian yg akan dibuat ialah dengan mengambil paras sebenar enzim G6PD bayi dari lahir. Sekiranya enzim G6PD kurang, sel darah merah senang pecah dengan lebih awal. Ini boleh menyebabkan bayi menghidap penyakit kuning (jaundis) dan pucat serta mungkin boleh memudaratkan bayi.

 Disebabkan kekurangan G6PD ini biasanya adalah penyakit keturunan, dengan itu ia adalah sepanjang hayat. Namun demikan Doktor perubatan yang merawat anak sahabat saya ini memberitahu ia boleh hilang apabila umur semakin meningkat bergantung kepada imunisasi badan anak beliau.  Kini anak beliau berumur 8 tahun.

Bagi bayi yang didapati kekurangan enzim G6PD, bayi perlu diawasi dalam wad untuk lebih kurang seminggu supaya kejadian pucat dan kuning dapat dipantau dan dirawati. Selalunya, rawatan akan meliputi penggunaan alat cahaya fototerapi untuk kuning dan sekiranya bayi terlalu pucat, kemungkinan perlu untuk dimasukkan darah. Sedikit darah bayi perlu diambil mengikut kekerapan yang ditetapkan untuk pengawasan paras kuning atau pucatnya. Bayi kemudian akan dibenarkan pulang ke rumah setelah dipastikan tiada sebarang masalah yang lain.  

Apakah Langkah-langkah pengawasan yang boleh anda lakukan sekiranya anda atau anak anda menghidapi masalah kekurangan enzim G6PD ini?  

Sebagai ibu bapa kepada anak yg menghidapi masalah kekurangan enzim G6PD ini, anda haruslah peka dan sentiasa memantau setiap ubatan ataupun makanan yg anak anda ambil. Elakkan anak anda daripada mengambil sebarang ubatan atau makanan yg boleh menyebabkan kemusnahan sel darah merah dengan lebih awal.

Pastikan sebarang ubatan yg diambil haruslah mendapat kelulusan dan kebenaran dari pakar perubatan. Elakkan dari mengambil sebarang ubatan tanpa arahan doktor dan maklumkan kepada doktor mengenai keadaan anak yg kekurangan enzim G6PD setiap kali anak memerlukan ubatan. Elakkan dari mengambil atau memberikan anak sebarang jamu, ubatan tradisional atau ubat-ubat senseh. Dipercayai juga sebarang minyak sapu perut atau kepala boleh memudaratkan. Saya juga ada terbaca mengenai larangan menggunakan Vicks dari seorang pakar perubatan tapi tidak pasti sejauh mana kebenarannya. Apa pun tidak salah jika kita cuba elakkan.

Dari segi makanan pula, seharusnya dielakkan daripada makanan-makanan seperti kacang parang, makanan yang mengandungi pewarna tiruan methylene dan toluidine blue, kacang soya atau produk soya, semua jenis kacang atau produk kacang dan makanan berperisa menthol. Sebaiknya juga dielakkan daripada mengambil alfalfa kerana alfalfa tinggi kandungan Vitamin K.  

Berikut pula adalah ubat-ubatan serta antara makanan yang tidak boleh diambil atau perlu dielakkan oleh penghidap masalah kekurangan enzim G6PD:  
Ubat untuk Merawat Malaria:  
  • Choroquine 
  • Hydroxycloroquine 
  • Primarquine 
  • Pamaquine 
  • Quinine 
  • Mepacrine (Quinacrine)

Ubat Penahan Sakit  
  • Acetylsalicylic Acid (Aspirin) 
  • Phenacetin (Acetophenetidin) 
  • Aminopyrine (Amidopyrine)
 
Ubat Antibiotik  
  • Chloramphenicol 
  • Cotrimoxazole (Bactrim) 
  • Furazolidine 
  • Nalidixic Acid 
  • Nitrofurantoin 
  • Nitrofurazone 
  • Para-Aminosalicy Acid 
  • Ubat-ubatan berasaskan Sulfur dan sebagainya 
  • Sulfapyridine 
  • Sulfasalazine

Lain-Lain  
  • Fava Bean (jenis kacang parang) 
  • Naphtalene (Ubat Gegat) 
  • Ubat tradisional 
  • Parabenecid 
  • Dimercaprol 
  • Dapsone 
  • Procainamide 
  • Para-Aminobenzoic Acid 
  • Silver Sulphadiazine Cream 
  • Methylene Blue  
Apakah pula tanda-tanda sekiranya termakan ubat atau makanan yang tidak sesuai??

Ibu bapa semua perlu alert ya dan segera bawa anak ke hospital sekiranya terdapat tanda-tanda berikut pada anak anda ya:  
  • Anak kelihatan pucat akibat sel darah merah musnah dengan lebih cepat 
  • Anak mungkin mendapat kuning (jaundis) dengan serta merta 
  • Air kencing berdarah atau berwarna teh pekat 
  • Letih / lesu dan tidak bermaya 
  • Demam

Para ibu bapa tidak perlu risau jika anak anda mengalami kekurangan G6PD ini kerana pada dasarnya ia tidak berbahaya. Komplikasi hanya akan terjadi jika si anak terdedah kepada ubat-ubatan yang boleh menghasilkan proses homolisis di dalam darah. Dari segi yang lain, G6PD boleh menjadikan penghidap, lebih kuat melawan penyakit Malaria.
 
 
 

Vitamin asas yg perlu diamalkan oleh BF mommy adalah terdiri daripada Vitalea, Alfafa, Vita C & juga B Complex..Namun bagi bayi yg menghidapi masalah G6PD ibu2 bolehlah tukarkan Alfafa kepada vitamin lain iaitu Ostematrix/kalsium Shaklee. Ini kerana dikhuatiri bayi tersebut alah kepada Alfafa walaupun ada kes bayi G6PD tiada masalah setelah ibunya amalkan alfafa dimana ibunya hanya mengamalkan kuantiti yg paling minima setiap pengambilan...

Diharap sedikit sebanyak perkongsian hari ini dapat memberi panduan kepada anda semua ya. InsyaALLAH kekurangan enzim G6PD ini jika dikawal dan dipantau pemakanan serta ubatan yg diambil tidak akan mendatangkan apa2 kemudaratan atau masalah yg serius. Apa-apa pun sebelum pengambilan apa2 jenis produk mahupun ubat-ubatan dapatkanlah nasihat daripada pakar perubatan anda terlebih dahulu. Testimoni diatas adalah sebagai perkongsian sahaja.

Shaklee id : [921401] Pengedar Shaklee Perak

SMS / Whatsapp : [017-4387016]
Email : cnurul79@yahoo.com
 LIKE Fan Page : PengedarShakleePerak


 

Thursday, May 8, 2014

Jangan Makan Oat & Wheat kerana mengandungi Maltodextrin

Tajuk entry kali ni sama tak dengan ayat, JANGAN makan MEALSHAKE kerana Maltodextrin?? Cuma, produk jer yang berbeza.

Sebelum ini saya pernah post entry pasal Oat & Wheat yg menjadi kegilaan dan sebutan ramai. Tapi entry ni bukan nak cite pasal cookies ni. Nak cite pasal Maltodextrin. Bukannya aper, setiap kali Shaklee wat offer MEALSHAKE, pasti ada org yang terlebih bijak pandai dari Scientist Shaklee untuk menghentam kerana mengandungi Maltrodextrin. Bezanya, Oat & Wheat begitu menjadi kegemaran termasuk diri sendiri...huhuhu...Tak ader pulak entri khas yang nak menghentam @ mengutuk Oat & Wheat ni akan kandungan Maltrodextrin. Boleh refer kat belakang bungkusan dier eh.

Ok, disini sy nak bgtau terang2 yang saya tak menghentam oat & wheat ni. Takde yg salahnya makan oat tu. Makan ler yer. Saya cuma nak membuka minda sikit biar terang lagi bersuluh. Sebelum tu, sukacita sy nak maklumkan bulan May ni PROMOSI MEALSHAKE. Buy 6 Free 1. kalau kena cara boleh dapat FREE MEMBERSHIP.
 
Isu Mealshake Shaklee yang dikatakan merbahaya kepada kanak-kanak sering sahaja dibangkitkan. Kepada yang mempersoalkan isu selamat atau tidak, untuk pengetahuan anda Mealshake ini sememangnya salah satu produk yang dihasilkan oleh Shaklee untuk kanak2 walaupun sebenarnya ia boleh diamalkan oleh orang dewasa.

Bagi yang masih belum kenal, Mealshake ini juga sebenarnya adalah multivitamin dalam bentuk serbuk yang mengandungi:
  • 19 jenis vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh badan untuk tumbesaran yang sihat.
  • merupakan sumber terbaik serat dan protein
  • membekalkan kalsium harian yang diperlukan badan
  • index glisemik rendah membuatkan glukosa dilepaskan secara perlahan-lahan dan teratur bagi kegunaan badan.
Jadi kenapa ada yang mengatakan mealshake tidak selamat untuk kanak-kanak?

Isu : Mealshake Shaklee ada maltodextrin

Isu utama yang dikatakan adalah Mealshake Shaklee mengandungi maltodextrin di dalamnya. Sebelum menuduh Mealshake ini tidak selamat sebaiknya kenalah cek dan tengok dulu apa itu maltodextrin?

Maltodextrin adalah bahan yang biasa digunakan dalam makanan yang diproses sebagai "thickneker" atau "filler". Hakikatnya, maltodextrin adalah sejenis karbohidrat complex yang biasanya diekstrak dari beras, jagung, kentang , barli dan gandum. Jadi maltodextrin bukanlah bahan kimia yang dihasilkan dalam makmal atau kilang. Ia diekstrak dari makanan asas kita juga. Ia memang biasa dijumpai dalam protein shake seperti Mealshake Shaklee sebab ia diperlukan untuk bekalkan "glukos" dengan cepat kepada badan disebabkan sifatnya mempunyai  indexs glisemik yang tinggi.


BAHAYA KE TAK MALTODEXTRIN ni??

Apa itu Maltodextrin??
Maltodextrin adalah sejenis gula tiruan yang dihasilkan utk dimasukkan ke dalam makanan. Pengilang biasanya menghasilkan maltodekstrin dari tepung jagung, dan maltodektrin adalah kurang manis daripada dekstrosa. Walaupun Pentadbiran Makanan dan Dadah menganggap kedua-dua gula ini selamat untuk diambil, tp ianya perlu diambil secara sederhana. Jd jgn la dihadap bende tu sampai tak ingt dunia ya..1 plastik tu skali hadap je mmg tak bleh la...

Maltodextrin adalah polisakarida yang ringan dan mempunyai rasa yang manis. Pengilang mengeluarkan gula  tiruan ini dengan menggunakan asid atau enzim yg diekstrak dari tepung jagung. Proses ini menghasilkan rantaian glukosa sederhana panjang,juga dikenali sebagai dextrose. Pengeluar makanan biasanya menggunakan maltodexrin sebagai bahan tambahan makanan. Sesetengah individu mengalami tindak balas alergi selepas mengambil maltodektrin. Reaksi alahan biasanya menghasilkan gejala seperti ruam, asma dan gatal-gatal.

Kegunaan Maltodextrin

  • Maltodektrin boleh membantu membekalkan ketahanan tenaga. 
  • Selain itu, maltodekstrin menambah kalori untuk minuman bagi para atlit tanpa meningkatkan kepekatan gula. Atlet biasanya mengambil maltodekstrin selepas latihan untuk menggantikan simpanan glikogen dalam otot mereka dan menghalang pecahan protein otot.
  • Industri makanan juga menggunakan maltodekstrin untuk meningkatkan tekstur untuk produk makanan yang dikeluarkan.
  • Sucralose dan maltodekstrin digunakan untuk mengurangkan jumlah kalori yang terdapat dalam pelbagai produk
Ia adalah satu alternatif yang popular dan menarik untuk gula biasa kerana ia menyediakan kemanisan dalam hanya sebahagian kecil daripada jumlah yang anda perlukan untuk mendapatkan rasa yang sama dari gula biasa. Ia murah untuk diproses dan boleh membantu anda mengurangkan berat badan.

Secara umum, menurut Mayo Clinic pengganti gula dianggap selamat. Apabila digunakan dalam jumlah yang sederhana , walaupun wanita hamil adalah selamat menggunakan produk yang dibuat dengan sucralose . Maltodekstrin merupakan ramuan semula jadi yang mudah dihadam dan mempunyai jumlah kalori yang sama seperti karbohidrat gula, kira-kira empat kalori setiap gram.

Pengilang boleh mendapat maltodekstrin dari mana-mana kanji. Di Amerika Syarikat, pengeluar terutamanya menggunakan jagung, dan di Eropah, mengeluarkan terutamanya menggunakan gandum. Malrodextrin yang diperolehi dr Gandum boleh menimbulkan masalah kesihatan bagi individu yang mempunyai penyakit Celiac kerana gluten yang terdapat dalam gandum yang diperolehi maltodektrin. Walau bagaimanapun, dalam kebanyakan kes, proses pengeluaran maltodekstrin sepenuhnya membuang protein daripada gandum menyebabkan gandum yang diperolehi maltodektrin bebas gluten.

Maltodextrin boleh meningkatkan tenaga dengan mengekalkan tahap glukosa dalam aliran darah anda, memberi otot anda sumber berterusan tenaga semasa latihan. Disebabkan ia mudah diserap oleh badan, maltodekstrin digunakan untuk meningkatkan berat badan, yang sangat bermanfaat untuk pembina badan.

Jadi boleh ke makan Oat & Wheat tu??
Makan lah.. tapi berpada2 la.. sekadar kudapan di antara tempoh makan berat sudah memadai. Dan untuk pengetahuan MEALSHAKE juga mengandungi maltodextrin  dan maltodextrin dlm mealshake diextract daripada jagung yang bertujuan untuk binding antara vitamin dan mineral. Ianya sama sekali tidak sama dengan maltodextrin dalam junk food sebab ianya diproses secara semulajadi.

Untuk info mengenai maltodextrin  anda boleh jenguk
link ini- WHAT IS MALTODEXTRIN dan IS MALTODEXTRIN BAD FOR YOU?
Jadi harapnya terjawablah isu Mealshake tidak selamat ini. Pada saya terpulang pada ibu itu sendiri. Kita yang menentukan baik atau buruk untuk anak-anak kita. Bagi saya sendiri,  memang saya amalkan Mealshake ini untuk anak-anak saya. Apalah sangat sedikit sukatan Mealshake ini berbanding dengan makanan segera yang ada di luar sana yang lebih buruk kesannya kepada kesihatan anak-anak. Kadang-kadang ada ibubapa yang terlebih concern dengan isu-isu macam ni tapi sedar tak sedar, bagi anak makan macam-macam yang lebih tak elok drp Mealshake ni. ;)

Tapi, yang bestnya tu.. dalam pada ada yang melalut mengatakan Mealshake tidak selamat untuk kanak2, tapi tetapppp juga Mealshakes ini habis stoknya. Bulan ni PROMO Mealshakes yer. Kalau berminat boleh mesej saya. Ianya tidak dijumpai atau dijual di mana2 premis perniagaan mahupun farmasi hatta farmasi terkenal sekalipun. Nasihat saya, dapatkannya hanya dari pengedar berkebolehan SAHAJA dengan memberi cara makan mealshake yang betul dan cadangan pengambilan terbaik untuk kesan optimum. semestinya anda tak mahu wang dibazirkan jika tidak mendapat kesan yang sepatutnya kan?

Shaklee id : [921401] Pengedar Shaklee Perak
SMS / Whatsapp : [017-4387016]
Email : cnurul79@yahoo.com
 LIKE Fan Page : PengedarShakleePerak

Tuesday, May 6, 2014

Pantang Larang ketika Berpantang

Ini khas untuk ibu-ibu yang bakal berpantang yer. Saya sokong 200% tips ni. Orang2 lama atau mak bidan dulu2 amat menitik beratkan pantang larang ini demi untuk menjaga kesihatan dan keupayaan tubuh badan. Meh kita share sama2 eh..semoga memberi manfaat untuk anda semua.
  • Dilarang Tidur tidak berbantal  : Tidur tidak berbantal akan mengakibatkan seorang yang berada dalam pantang akan mengalami sakit kepala. Ini juga berkemungkinan darak kotor sukar untuk keluar dan angin naik ke kepala menyebabkan sakit meroyan kepada ibu yang masih lemah. 
  • Memakai Sarung Kaki (Stokin) : Cara ini untuk menjaga agar kaki tidak sejuk dan dimasukki angin, jika angin menguasai badan, kesihatan ibu-ibu akan terganggu dan menjadi lemah. Memakai sarung kaki selama dalam pantang akan menjaga kesihatan ibu.
  • Jangan Duduk Mencangkung : Jika seorang ibu yang baru melahirkan duduk mencangkung akan menyebabkan rahim yang masih lemah itu terkeluar dan ini boleh mengakibatkan ibu-ibu tumpah darah.
  • Mandi Duduk Di Bangku : Ketika mandi hendaklah duduk di bangku, ini caranya untuk menjaga kesihatan peranakan. Dengan duduk di bangku, ibu-ibu tidak banyak mengeluarkan tenaga kerana ibu-ibu yang baru melahirkan masih dalam keadaan lemah.
  • Rapatkan Kaki Bila Tidur : Jika tidur hendaklahh merapatkan kaki. Cara ini untuk mempercepatkan peranakan sembuh semula.
  • Jangan Terlalu Aktif : Ibu yang baru melahirkan hendaklah duduk diam di atas tempat tidur selama seminggu. Ada baiknya jika ada pembantu yang boleh menguruskan bayi dan rumahtangga. Duduk diam ini untuk memulihkan tenaga yang telah hilang dan supaya badan benar-benar dapat berehat.
  • Jangan Makan Ubi-Ubian : Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan makan makanan dari jenis ubi-ubian seperti keladi, keledek dan ubi kayu kerana makanan ini boleh mengganggu pencernaan dan ibu-ibu mungkin terasa kembung dan sakit perut. Terutama ibu-ibu yang menyusukan anak kerana penyakit ibu boleh berjangkit kepada anak.
  • Jangan Tidur Di Waktu Matahari Naik : Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan tidur diwaktu matahari naik, ini boleh menyebabkan badan ibu bertambah lesu dan sakit-sakit, lebih baik ibu-ibu berjalan di tepi tingkap untuk mendapatkan cahaya matahari.
  • Jangan Tidur Waktu Senja : Ibu-ibu yang baru melahirkan dilarang tidur di waktu senja, kerana di waktu senja adalah masa syaitan berkeliaran, jika diamalkan mungkin fikiran ibu-ibu yang dalam pantang akan terganggu dan boleh menyebabkan penyakit gila.
  • Jangan Menjahit Pakaian Dan Membaca : Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang menjahit dan membaca, ini disebabkan keadaan fizikal yang lemah boleh menyebabkan ibu-ibu akan cepat mengalami rabun sebelum tua.
  • Tidak Boleh Keluar Rumah Waktu Senja : Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang keluar rumah waktu senja, waktu ini syaitan berkeliaran yang mungkin boleh mengganggu ibu-ibu yang lemah fizikal dan mentalnya.
  • Ibu Jari Tidak Boleh Terantuk : Ibu-ibu yang pantang hendaklah menjaga ibu jarinya supaya tidak terantuk. Pada satu-satu tempat, jika terantuk boleh menyebabkan ibu pitam atau bentan jika ibu itu seorang yang lemah.
  • Pantang 100 Hari : Ibu-ibu digalakkan berpantang 100 hari tidak boleh mengadakan hubungan kelamin dengan suami. Cara ini akan benar-benar memulihkan peranakan ibu-ibu dan kesihatan ibu-ibu.


Jika anda ingin mendapatkan set bersalin  / berpantang Shaklee, boleh hubungi saya bersama consultation aturan makan yang tepat.

Shaklee id : [921401]  
SMS / Whatsapp : [017-4387016]
Email : cnurul79@yahoo.com
 LIKE Fan Page : PengedarShakleePerak

Sunday, May 4, 2014

Istimewanya, air lebih bersih dan sihat datang hanya dari sebuah jug !

Air tercemar? Berani bawa Water Filter korang gi holiday??

Pada awalnya sy ingatkan ia sama dgn jenama lain (untuk keselamatan & kebersihan air) cuma lebih murah.

Yer..mmg betul. Tapi Get Clean Water Pitcher ini lebih baik. Sebab produk yg kecik ni mudah dibawa ke mana2.

Lainlah kalau korang larat nak bawa penuras air di rumah tu gi holiday sama2 kan?
 

1 filter menapis lbh kurang 80 gallon air.
1 full set water pitcher  + free 3 filter = 4 filter 

So...80 x 4 filter = 320 gallon (1,212 liter) 

Katakan sebotol mineral 1.5 liter harganya rm2.00..so anggaran  

908.25 liter dari water pitcher = 808 botol mineral size besar. 

808 x rm2 sebotol = RM1,616.00.....huh..sungguh tak jimat..!!!!!  

Sedangkan water pitcher ni harganya RM460 untuk bukan ahli. Kalau untuk ahli lagi jimat berganda2...nak murah seumur hidup? Wajiblah jadi ahli

Ha...dah clearkan, jimatnya penuras air ni. Setanding jenama lain.

JIMAT KOS dan boleh bawak jalan2 sana sini lagi.

Berminat? Ctc no SID ni yer...
SID ~ 017.4387016 nurul


Shaklee id : [921401]  
SMS / Whatsapp : [017-4387016]
Email : cnurul79@yahoo.com
 LIKE Fan Page : PengedarShakleePerak