nuRul nFe...

Saya adalah pengedar sah SHAKLEE dan pengamal produk Shaklee tegar (highly diciplined consumer) Blog ini lebih kepada perkongsian hasil kerja Make-up, pengalaman bershaklee, dan testimoni2 sendiri walaupun ada banyak sekali testimoni2 keluarga dan customer2 saya

Dr Shaklee adalah Orang Pertama Mencipta Vitamin dan Kajian Beliau Bertepatan dengan Alam Semulajadi, Beliau Percaya Apabila Sesuatu Itu Berharmoni Dengan Alam Semulajadi, lanya Adalah Baik Untuk Kesihatan

Nurul cnurul79@yahoo.com sms / whatsapp 013-5847882 Penghantaran Seluruh Malaysia

Jom dapatkan HARGA PROMOSI bersama saya Pengedar Sah Shaklee ■ Perunding Vitamin Shaklee secara Percuma & Penerangan cara makan Vitamin Shaklee dengan cara yang betul ■ Walk in dimana-mana Branch / HQ Shaklee diseluruh Malaysia dengan menggunakan ID No. 921401 untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee hanya RM65

Juga kepada anda yang ingin menambah pendapatan, anda boleh hubungi saya Saya akan masukkan anda dalam secret group InsyaAllah saya akan guide anda sebaik mungkin Jika betul-betul fokus dalam masa 3 bulan ke atas insyaAllah akan merasa income 4 angka

Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud,"

CEBURILAH KEGIATAN PERNIAGAAN KERANA DI DALAMNYA TERDAPAT 9/10 SUMBER REZEKI"(Al-Tirmizi)

Exchange LINK

Thursday, July 31, 2014

Kisah Benar : Kesan Regividon ke atas Penyusuan Susu Ibu

As salam.

May you have a great time, lots of fun and be full of energy, Amin~ Perkongsian motivasi yang sangat menyuntik inspirasi ini saya kongsikan di sini dari secret group kami. Kisah ni dah lama. Saya cuba untuk mengumpulkan dalam blog ini. Bukan apa, esok2 kemudian atau sape2 yang mempunyai masalah yang sama, dapat sy kongsikan untuk panduan. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas pengalaman dan semangat ini. Betul tak??? Semoga anda juga terbooster dengan semangat juang Azlydia ini... Kita ikuti rentetan email beliau.
Tanggal 19 April - detik perkenalan mommaMia dgn Azlydia yang katanya baru merangkak utk mengumpul EBM utk anak ke-3nya yang baru berusia 3 bulan. Bermacam2 usaha beliau - amik pil asi, instant longan read dates tea, oat + aier 3 liter... hasilnya tak menentu kadang pg dpt 4-6oz tetiba tghari jd 2 oz.. mlm baru 3-4 oz. beliau pam ever 2 1/2 jam - 3 jam... masa 1st chil buta BF... Maka beliau mencuba Set B + ESP + Osteomatrix/Kalsium
After 2 weeks 4 May 2011 - 
Beliau mengadu susah hati sbb susu makin kurang, makin kurang... sebelum makan shaklee kebiasaan hasil pumping beliau...
  • 5-6am : 4-7oz
  • 8-9am : 3-4oz
  • 11-12pm: 2.5oz
  • 2-3pm : 2-4oz
  • 5pm : 2.5oz
  • 11pm : 3oz
  • Total ----> ~average 17oz - 23oz   
Sy perasan kuantiti macam makin hari makin kurang walaupun jadual pump tetap sama!! Sy dah 2 minggu lbh mkn vit ni. lani dpt dlm 1.5-3 je tiapkali pam..sy risaula kak.nape sy makin kurang lak ye? Susu nmpk kuning khijauan pun cuma lps mkn alfalfa je.lps tu susu putih smula,smpaila mkn alfalfa sterusnya. apa pdpt akak ye? Tlg sy kak.huu..
Ya Allah mencabar sungguh dugaan Azlydia ni kan... So, Alin minta beliau reducekan dulu intake alfalfa sebab kepekatan darah beliau mungkin tak sekata. Just mintak beliau continue jer & bersabar... tapi akhirnya terbongkar juga punca sebenar yang membuatkan susu beliau drop... 

May 6, 2011 8:16 AM
Akum kak lin..gd mrng! Hukhuk,akak smlm pam dpt average 2oz je kak. subuh td kul 3 dpt 1oz.kul 530 pun 1oz.. kak, adakah pil prancang regividon mpengaruhi production susu?  sy br 3 mgu mkn pil tu. mlm td last mkn pastu rehat 7 hr. pg td sy spot mcm dtg period. adakah dtg period juga mpengaruhi production susu? Pls advise kak.thanks ye..
Tu dia... Punca segala masalah susu beliau drop!!! YES pil perancang + period sgt2 membantu dalam mengurangkan production susu. Tahukah anda pil perancang yg ada estrogen sangat mengganggu penyusuan... progestron tak ganggu penyusuan. So far hanya 3 jenis je yang tak mengganggu... iaitu noriday, depo injection dan implan. yang lain tu tak sure...
Sent: May 6, 2011 1:30 PM
Dh 3 mgu since pil tu utk 21 hr.exactly lastnite was d 21th. b4 sy mmg amik noriday, tp misi tu ckp sy kna tukar ke regividon sbb sy dh penah mixed susu bdn & susu fm masa pntg dulu. tu pun sbb desakan parents (biasala tu,orgtua kita,rite?)..misi ckp hormon noriday ada 1 je & 1 lg dbntu oleh bf. dh x ckup kuat utk sy sbb sy bg fm kt anak. sy pun xfhm nape dia ckp cmtu sbb sy tetap gak pam ikut jdual & direct bf. hormon regi lg kuat katanya.but now im 100% bf..so sy rasa ok je klu amik noriday. tul x kak? anyway next week sy ada apointmt utk fmily planing ni.nti nk bincg lg dgn misi.
Hormon Regividon lebih kuat!! MasyaAllah no wonder la susu beliau semakin drop & drop walaupun beliau seorang yang sangat disiplin dalam mengepam... Maaf sebab saya kurang pakar tentang regividon ni tp better get doktor advice daripada misi advice sbb kekadang misi suke buat judgment sendiri base on experience. To me pernah campur formula milk & susuibu x bermakna u x bleh bf 100% semula. Kalo baby on fm 100% tu lain citer. Saya pun merancang pakai implanon. Alhamdulillah so far ok cuma kalo pakai pil mmg kene pilih betul2. So far hanya 3 jenis jer yg dikatakan tidak mengganggu penyusuan iaitu noriday, depo injection dan implan. 
 

After lebih 3 minggu beliau stop Regividon & konsinten consume Set B = ESP + Osteomatrix/Kalsium... ni feedback yang saya terima dari beliau...
26 May 2011
A'kum akak....Akak apa kbr? Hehe...Akak, sy mood happy 2,3 hr ni..Alhamdulillah syukur sgt pd Allah, production susu sy dh bertambah skit..
Contohnya pumping session pg td kt ofis sy dpt almost 6oz..!! Sy notice pertambahan ni dh 2,3 hr.. 23/5 total ebm 18.7oz dgn 4x pumping.. 24/5 16.5oz dgn 5x pumping..Smlm total ebm sy 20oz dgn 7x pumping..
Ni lebih kurang jadual  & type pumping sy.
  •  5.30am tendum pumping 3oz
  •  830-930am double pumping 3.5-5oz
  •  11-12pm double pumping 3.5-4oz
  •  2.30-3pm double pumping 3oz
  •  5-530pm double pumping 2-3oz
  •  9pm tendum pumping 2oz1 
  • 2am double pumping 2-3oz
Sbnrnya sy br je trjumpa entry kak lin psl tendum pumping yg kerap akan membantu menambah lg production.. dan juga every pumping session selama 20-30 minit tu,kita bahagi2kan kpd 2 subsession lak.. Bila buat cmni, sy leh dpt letdown lebih..1st subsession, pump 10min, letdown..rehat 1 or 2 min,sambung pump 10-15min leh dpt letdown lg.. Sy dh try 3 hr.. Alhamdulillah dua2 teknik ni menjadi kak..Sy sukaaaaaaa sgt!!! Sy terima ksih sgt2 sgt2 kt akak sbb byk membantu sy secara directly juga indirectly...
Sy juga amalkan bc surah alkauthar & tambahan kpd doa sblm ni iaitu mohon diprbykkan pengaliran susu sepertimana byknya aliran air dlm sungai kauthar..juga wirid ya matin... Syukur alhamdulillah sgt2...Moga perjalanan sy dlm berjuang utk breastfeed anak sy ni berjaya hingga ke 2 tahun..
Salam syg,Lydia...
Dan lagi testemoni beliau.. semoga dapat kita mengambil iktibar & pengajaran dari pengalaman beliau... So tiada alasan malas untuk mengepam during weekend kalo anda tahu caranya... kan? 

30May 2011
A'kum kak lin..
Ni perkembangan terbaru lg..hehe..biasanya weekends, sy mmg x dpt langsung nk simpan stok atau simpan ebm utk digunakan hr isnin.. Biasanya mmg kena amik frozen ebm la.. TETAPI, disbbkn oleh teknik tendum pumping yg kak lin suggest tu, sy berjaya simpan 5 botol x 3oz utk digunakan hr isnin.. Hehe..happy sgt2 ;) Syukur alhamdulillah sgt2..

Psl nk sharing journey sy kt blog akak tu, sy ok je kak..Sy pun suka gak cite sy dpt jd pedoman  bg semangat pd ibu2 lain utk terus berusaha gigih tanpa penat & tanpa putus asa..
Sekurang2nya sy dpt buktikan frasa 'keturunan xde susu..', 'susu xde' & mcm2 lg tu adalah tidak betul sama sekali melainkan kita malas & xde usaha.. Dulu masa anak pertama, sejak tempoh berpantang lg sy dh campur dgn susu formula sbbnya masa tu sy cetek ilmu penyusuan..Juga disbbkan sy percayakan kata2 frasa td tu..
Bila kurang direct breastfeeding & juga kurang mengepam, mmg susu kurang.. pam pun cuma leh dpt 4oz dlm sehari utk 4-5 kali session.. bila masuk bulan ke 5,susu mmg terus kering.. Itulah kesilapan sy..
Alhamdulillah, utk anak kedua ni, dr mula mengandungkan dia lg sy dh mula mencari2 ilmu penyusuan yg betul, mengumpul gadget2 utk breastfeeding, menyimpan duit utk beli pam spectra3 selengkapnya dgn accesoriesnya (backpack, cooler bag, icepack, storage bottles,etc)..Walaupun hanya spectra3 yg sy mampu, alhamdulillah amat berjasa pd sy..

Sehingga hr ini, parents sy masih lg berkata 'Kamu kena ajar anak kamu tu minum juga susu formula tu, takut2 nti bila susu kamu tu kurang or kering, baby x meragam & x reject susu formula tu'. Sedih sgt bila dgr ayat2 mcm tu..Mmg menghiris sgt2 hati sy..Tp xpe, sy kuatkan jugak semangat & katakan dlm hati yg mungkin parents sy tu x tahu ilmu penyusuan yg betul..

Oklah kak lin..Smpai sini je dulu perkongsian sy..Harap dptlah kak lin sebarkan juga pengalaman sy ni bersama kawan2 lain.. Terima kasih kak lin ye..

Salam sayang,
Lydia..
Tears... Speechless... Lihatlah betapa kuat & gigihnya semangat beliau dalam menjayakan penyusuan susuibu kepada anaknya... Anda ibu hebat Azlydia... Bertuah anak-anak beribukan Azlydia... Yes, siapa kata breastfeeding itu mudah??! Bercakap mmg mudah, tapi hanya ibu yang dah melaluinya faham betapa sukar sebenarnye sebab tu kita panggil penyusuan ni PERJUANGAN... Pengorbanan…. Ala2 berjuang di medan perang. Yang tak mengalaminya mungkin tak faham… Memang cabaran ibu-ibu menyusu nih macam-macam... i.e bengkak susu, stress, kurang support, keliru puting, susu drop etc... Bagaimana kita tackle situasi masalah tu?? Berbalik pada proses. So jangan lupa kepada 3 teras proses kejayaan penyusuan
  • Bayi disusukan sekerap mungkin atau sesi perahan yang sentiasa konsisten....jangan TIDAK PAM hanya kerana payudara tidak bengkak. Pastikan pam sehingga payudara kosong untuk mengelakkan BENGKAK SUSU atau clog duct. 
  • Minum 3 L sehari. Cuba sediakan indicator. Kalau tak minum banyak dan tak mengepam dengan konsisten...memang takkan nampak impak yang hebat. 
  • Doa yang berterusan bukan sekadar dari niat dari hati atau tadah tangan semata-mata. Perlu ada amalan yang mendekatkan diri kita denganNya. Membaca Al Waqiah setiap malam, berzikir memuji kebesaranNya. Bersedekah dan berbuat baik sesama manusia di mana di samping itu membersihkan hati dari siap wasangka terhadap ALLAH. Bila ada wasangka itu lah kekadang membuatkan rezeki kita terbantut. Kita kena yakin dengan amalan kita dengan ALLAH. Sesungguhnya ALLAH itu MAHA PEMBERI. Mintalah nescaya DIA memperkenankan.

Kajian psaikologi mengatakan bahawa orang yang ada fokus kemudian dia memfokus pada proses, pada usaha, pada langkah-langkah tindakan menuju kepada satu matlamat, akhirnya dia akan dapat juga apa yang dia mahu (hasil). Syaratnya, dia tidak boleh berganjak dari matlamat asal, dia tidak boleh menjadi orang yang merubah-ubah matlamat.
Credit 
Tahukah anda???
Anda yang MEMILIH dan MENENTUKAN apa yang anda nak !!
Setiap cabaran itu pula pasti ada JALAN penyelesaian  
jika kita punya KEMAHUAN untuk berjaya.

Kenapa SUSU kurang?

Ramai yang mengadu berkenaan masalah susu badan yang semakin kurang, terutama apabila ibu dah kembali bekerja. Dari pengamatan saya, masalah yang dihadapi oleh ibu-ibu berkenaan berpunca dari: 
  • Tidak disiplin mengepam. Maklum saja bila dah kerja bukan boleh suka-suka hati nak tinggal kerja, terutama yang sentiasa kena ‘on-call’ atau ‘stand-by’. Ibu yang bekerja di kaunter, kerja di production line, dsb biasanya menghadapi masalah untuk mengepam secara konsisten. 
  • Bayi keliru puting. Ada bayi yang apabila diberi puting botol, maka dia lebih menggemari puting botol berbanding ibunya sendiri. Ini menyebabkan ibu kurang mendapat rangsangan penyusuan kerana bayi kurang menyusu di payudara.
  • Kurang minum air. Maklumlah bila dah sibuk tu, nasiblah bernafas ni tak payah nak diperingat. Kalau tak bernafas pun lupa.
  • Stress. Tak ramai yang sedari bahawa dia sebenarnya dalam keadaan stress. Stress ni tak semestinya datang dalam keadaan kita tertekan, rasa nak bunuh diri, etc.. stress juga terjadi bila terlalu banyak benda nak difikir/dibuat dalam satu masa, walaupun kita rasa “Eh, aku OK je” tapi kimia-kimia dalam tubuh kita kadang tak dapat nak cope.


Saya pernah berkongsi susu perahan saya bertambah dari 24 oz ke 40 oz dan juga bagaimana susu badan saya semakin banyak, namun saya juga ada mengalami susu merudum. Ia berlaku pada hari saya sangat sibuk atau sangat penat. 2 hari lepas saya cuma dapat pam 18 oz sahaja (biasa average 24 oz). Pada hari itu saya meeting tak berhenti (tipu, mana ada meeting tak berhenti) dan badan sangat penat lagi mengantuk, sampai saya tertidur semasa mengepam. 

Bila stress, tubuh kita dah sedia ‘bekerja’. Stress dan penghasilan susu ibu mempunyai hubungan yang istimewa. Bila menyusu / mengeluarkan susu, hormon yang melegakan stress dikeluarkan, dan kita akan berasa tenang. Namun, untuk mengeluarkan susu, kita memerlukan hormon anti-stress itu juga. Laksana air mutlak, suci lagi menyucikan. Penyusuan ibu juga, tenang lagi menenangkan. Jadi bila susu semakin kurang, cuba buat spot check sikit:
  • Adakah mengepam di pejabat 2-3 jam sekali? 
  • Adakah bayi masih gemar menyusu di payudara seperti semasa bercuti?
  • Adakah cukup minum air (biasa 8 gelas sehari, bagi yagn mengambil supplement 3 litersehari)
  • Adakah menghadapi tekanan walaupun sedikit?
  • Adakah cukup rehat?

Jadi pastikan jawapan2 utk bersoalan di atas:

  • YA 
  • YA
  • YA
  • TIDAK
  • YA

Jika tak sama, cube lah sama kan ikut skema soalan bocor di atas.

Pengambilan supplement, itu sepatutnya up-front, bukan last resort. Begitu juga milk booster yang lain. Yang penting, stimulasi. Kalau yang atas tu tak dipenuhi, makan ler milk booster dari planet marikh pun, pasti tak dapat hasil yang memuaskan.
credit

Mahu mencuba vitamin Shaklee & mendapat harga istimewa dari saya? Boleh email saya di cnurul79@yahoo.com atau sms.whatsapp di 017-4387016. Konsultasi percuma. Untuk senarai set penyusuan boleh rujuk SINI.

Tuesday, July 22, 2014

Shaklee & Israel

Bila bercerita tentang Gaza, ada yang memandang serong kepada kami Pengedar Shaklee..!! Ada yang menuduh kami buta hati kerana mengejar kekayaan dunia. Sanggup bersekutu dengan Israel. Sampai ada yang mempersoalkan berkat tak berkat rezeki kami. Berat sungguh tuduhan dan fitnah.

Tapi kami tersenyum dan terus tersenyum kerana kami tahu apa yang kami lakukan. Kami tahu apa yang mereka-mereka tidak tahu. Ingat ye, dosa Fitnah tu besar azabnya.

Kita hukum orang ikut yang kita nampak dan dengar saja apa percakapan org lain. Jikalau kita tahu yg tersirat di dlm hati, nescaya kita akan lebih waspada kawal lidah kita. Nescaya kita akan tambah taqwa kpd ALLAH.. Ya Allah !!! Mohon ihsankan dan sempurnakan zat intipati diri kita dan buatlah denganya tiang teguh untuk lindungi kita di dunia dan juga di akhirat dan kurniakan kita sangkaan baik terhadap setiap hamba Allah... Amin.

Alhamdulillah, takyah saya cakap banyak-banyak. Terima kasih Mr Roger Bradford dan Shaklee Malaysia for response. Sejuk hati kami bila terima email dari Shaklee Highest Management. "WE WANTED TO MAKE IT VERY CLEAR THAT SHAKLEE IS AGAINST VIOLENCE OF ANY KIND ANYWHERE IN THE WORLD." Ayuh para AglowJutawan tersayang, sekarang kita fokus untuk doa banyak-banyak dan memberi sebanyak yang mungkin (sebab tu kena pulun bonus besar jadi boleh beri banyak2)

Isu Shaklee sokong Israel, Shaklee sumbang dana ke Israel bukan satu isu baru. Kisahnya berpunca daripada website satu badan bebas namanya Keneseth Israel. Website tersebut telah mengelirukan banyak pihak dengan meletakkan logo rasmi Shaklee di websitenya. Siapa2 yang klik logo itu akan link ke page salah seorang ahlinya, Dave Miller dan ahlinya ini adalah pengedar bebas Shaklee. Sedangkan Shaklee tak terlibat menyumbang dana israel. Faham tak? Dan saya percaya ia menyebabkan ramai yang panik dan membuat andaian sendiri kononnya Shaklee sokong Israel, sumbang dana ke Israel dan macam2 lagi tuduhan dan andaian liar. Perkara ini pernah diajukan kepada Shaklee Malaysia dan mereka dah pun mengesahkan yang Shaklee tidak ada kaitan. Bila dah diterangkan, reda sekejap. Tapi biasa lah kan, dah nama pun isu berbangkit. Bila datang balik musimnya, ramai lagi yang membuat tuduhan dan andaian bukan2. Nah sekarang pihak Shaklee Management telah mengeluarkan kenyataan rasmi hitam putih berkaitan isu tersebut. Bacalah sendiri yer. 


Mana-mana yang masih ragu-ragu, yang masih tak puas hati, terserah. Niat saya nak berkongsi kebaikan. Tuhan sahaja yang tahu apa yang ada dalam hati saya dan niat saya. Ini bukan isu tegak benang basah atau apa. Kalau nak boikot, biar kita tahu kenapa dan mengapa, bukan sekadar andaian atau ikut-ikutan. Boikot ni bukan macam fesyen baju yang ada trend fesyen bermusim. Fahamkan terlebih dahulu istilah yahudi, zionis, israel dan maksud boikot sebenar-benarnya. Boleh baca di link UZAR : Hukum berbisnes dengan yahudi

Okaylah, panjang2 karang jadi cerita lain pulak :). Lebih baik saya terus berdoa dan membantu mana mampu. Mari warga AglowJutawan kita berusaha membuat lebih banyak kebaikan di mukabumi ini. Lagi banyak bonus dapat, lagi banyak kita boleh berikan ke jalan yang sepatutnya. Betul tak?. Bukan Dave Miller sorang je boleh buat dana, kita pun boleh kumpul dana dengan usaha kita sendiri. Jadi tanya diri kita banyak mana kita dah berusaha?  

Kesimpulannya, saya tetap sayang Shaklee sebab always safe, always work, always green dan yang penting Shaklee produk natural yang menentang segala bentuk keganasan kat dunia.


Shaklee id : [921401] Pengedar Shaklee Perak 
SMS / Whatsapp : [017-4387016]
Email : cnurul79@yahoo.com 

LIKE Fan Page : PengedarShakleePerak 


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

#PrayforMH17 | Care for MH017 Fund with PETRONAS

Assalamualaikum and good day to all readers;

I was working in one of the subsidiaries of PETRONAS located in PERAK; Here I want to share with readers all about raising funds for the MH17. PETRONAS has been announced the setting up of a seed fund called ‘Care for MH017. We invite anyone and also all business corporation that wishes to contribute in this fund to assist the government in providing support to the families of the victims. Let's do our part now.
Dear Colleagues, 
We woke up this morning hoping that the disaster of MH17 was a just nightmare. We are deeply saddened by this shocking tragedy. As Malaysia still mourns over the unsolved disappearance of MH370, another aviation tragedy of this magnitude is simply incomprehensible.
MAS confirms that MH17 was carrying a total of 298 people – 283 passengers, including three infants of various nationalities, and 15 Malaysian crew members. Initial reports confirmed that the passengers include members from within our oil & gas industry. 
In light of this, PETRONAS has set up a seed fund named ‘Care for MH17’, which is intended to assist in providing support to the families of the victims. We have started the ball rolling with a RM10 million contribution, and we welcome other concerned corporate citizens from within and outside the oil & gas industry to pull their resources towards this fund. 
On a related note, I would like to also implore all members of my PETRONAS family, in this blessed month of Ramadan to step forth and partake in this endeavor. Those who wishes to contribute may do so by contacting careforMH017@petronas.com.my
While nothing in this world will undo this tragedy, let us not underestimate the small changes we can make. May our prayers and this small deed lighten the burdens of those in sufferings. 
Our heartfelt condolences, thoughts and prayers go out to all 283 passengers and 15 crews on board Flight MH17, and to their families and friends. 
TAN SRI DATO’ SHAMSUL AZHAR ABBAS  
President & Group CEO  
PETRONAS
18 July 2014
 

Monday, July 21, 2014

#PrayforGAZA : Terkini Perang hari ke 14 | Kisah briged Izuddin Al-qassam

Terkini | Perang Hari ke-14

Briged Izzuddin Al-Qassam sebentar tadi melaporkan berjaya menembak mati seorang tentera Israel di Bukit Rais di tengah Semenanjung Gaza.

Gaza 4:01 AM

Sumber;
GazaNow 
21.07.2014

Tengok syarat nak join Briged Izzudin Al-Qassam. Tu lah rahsia kekuatan dan kehebatan mereka. Briged ni lah yang berjaya lancarkan roket ke Israel walaupun Israel dilengkapi sistem pertahanan, Iron Dome Israel.

Selalu tahajud, wajib solat berjemaah, itu juga antara rahsia kekuatan tentera Salahuddin Al-Ayubi yang menang dalam perang salib. Juga menjadi rahsia kekuatan tentera Sultan Muhammad Al-Fateh yang merupakan sebaik-baik barisan tentera.

Pernah dengar syarat  kemasukan ke mana-mana jabatan swasta, jabatan kerajaan, sekolah atau mana-mana institusi pengajian tinggi...
"Solat subuh berjemaah (termasuk solat fardhu lain) selama 6 bulan yang disahkan  oleh ahli qariah masjid."
Tak pernah kan? Inilah syarat utama generasi muda tentera Syahid untuk menyertai sayap elit tentera Hamas. Pasukan khas intifada pembebasan Palestin yang begitu digeruni oleh tentera Israel ini dikenali sebagai Briged  al-Qassam. Al-Qassam adalah diambil bersempena nama Sheikh Izzuddin al-Qassam, tokoh pejuang dari Syria yang terkorban syahid di Ya'bad, Palestin pada tahun 1935.

Di situlah kekuatan umat Islam, iaitu solat berjemaah. Sebab tu, ada yang mengatakan "Islam takkan pernah menang selagi jamaah solat subuh tidak seramai jamaah solat Jumaat."


Berbalik kepada tentera Elit Briged Izzudin al-Qassam, pasukan ini dianggotai oleh pemuda berusia 30 tahun dan ke bawah sahaja. Mereka bukan sahaja memiliki disiplin yang tinggi, bahkan mujahidin yang ingin berjuang atas panji al-Qassam perlulah memenuhi ciri-ciri berikut:

1.      Menjaga solat 5 waktu secara berjemaah
2.      Gigih berpegang dengan ajaran Islam
3.      Kuat mengamalkan sunnah Rasulullah saw
4.      Mengimani perjuangan pembebasan al-Aqsa dan Palestin
5.      Berdisiplin dan mentaati kepimpinan
6.      Mencintai dan bersedia Syahid

Itulah kunci kekuatan dan kehebatan sayap Hamas ini. Semangat juang yang tinggi untuk menjadi syuhada adalah tunjang kekuatan Briged al-Qassam.
Sujud syukur  menjadi amalan  tentera al-Qassam
setiap kali selepas bertempur
.

Friday, July 18, 2014

Hati ibu luluh lihat cebisan pesawat, enam sekeluarga 'pulang' selamanya

Terkejut dengan berita pesawat Boeing Malaysia Arilines MH17 terhempas du Ukraine dimana dipercayai ditembak jatuh dari darat. Pesawat dalam penerbangan dari Amsterdam ke KL membawa 295 penumpang. 

Ya Allah, apakah pentunjuk dari Mu ya Allah dengan kejadian ini? Usahkan hati ibu tua ni yang luluh. Hati ku sendiri juga luluh apabila membaca kisah kejadian ini. Sob..sob..sob... MAS mengesahkan seramai 43 rakyat Malaysia yang terkorban. Takziah kepada semua ahli keluarga mangsa. Semoga roh mereka mendapat tempat di sisi Allah s.w.t. Ameen.

Hati ibu luluh lihat cebisan pesawat, enam sekeluarga 'pulang' selamanya
KUCHING: Jamilah Noriah Abang Aji Anuar, 72, terlalu sebak untuk becerita mengenai anaknya Ariza Ghazalee, 46, menantunya Tambi Jiee, 49, bersama keempat-empat anak mereka yang menjadi penumpang pesawat MH17 yang terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia.
Dengan suara tersekat-sekat beliau memberitahu anak, menantu bersama cucu-cucunya itu sedang dalam perjalanan pulang ke tanah air selepas lebih tiga tahun berada di luar negara.
Beliau berkata anaknya mengikuti suami yang bertugas dengan sebuah syarikat milik Shell di Kazakhstan dan suami anaknya itu baru mendapat kebenaran untuk berpindah tempat kerja dari Kazakhstan ke Kuala Lumpur.
Beliau yang ditemui di kediamannya di Samariang di sini berkata sebelum ini anaknya begitu ceria hendak menyambut Aidilfitri di tanah air, malah sudah mula menempah baju warna sedondon putih untuk hari lebaran nanti.
Menurutnya pengesahan mengenai anaknya sekeluarga menjadi penumpang pesawat itu hanya diperolehnya awal pagi Jumaat dan hatinya bertambah sebak menyaksikan cebisan pesawat berselerak disiarkan di televisyen.
Kediamannya di sini sudah mula dipenuhi sanak saudara, termasuk daripada keluarga menantunya sejak awal pagi dan suasana pilu memang tidak dapat digambarkan, susulan tragedi berkenaan.
Ariza merupakan anak kedua daripada lima beradik mengambil cuti tanpa gaji selama tiga tahun daripada tugasnya sebagai jurutera di Bintulu untuk bersama suaminya di Kazakhstan.
Kakak Ariza, Madzalina Ghazalee, 47, berkata keluarganya mulai kecoh mengenai kemungkinan Ariza bersama keluarganya menaiki kapal terbang yang dilaporkan terhempas selepas ditembak, tengah malam tadi, namun tiada siapa yang dapat mengesahkannya.
Beliau berkata pada awal pagi ini, keluarnya mendapat maklumat dan pengesahan daripada Penerbangan Malaysia (MAS) mengenai adiknya bersama keluarga adalah penumpang pesawat malang berkenaan.
Madzalina berkata, Ariza bersama suami dan anak-anak mereka Muhammad Afif, 19, Muhammad Afzal, 19, Marsha Azmeena, 15 dan Muhammad Afruz, 13, dijadual tiba di Kuala Lumpur awal pagi ini dan berlepas ke Kuching tengah hari, untuk sampai di sini kira-kira 2 petang ini. 
Sumber : AstroAwani


Thursday, July 17, 2014

Petua mencerahkan dan memutihkan kulit muka

Alang2 rehat kul 1pm-2pm time bulan poser ni, maka saya baca kat internet topik tentang nak cerahkan kulit muka secara semulajadi (tanpa telan dan tepek produk2 beracun bagai ni..hihihi). Maka, dengan ini saya jumpa petua2 dibawah. Jemputlah baca dan kalau rajin haa amalkan lah..hihhi
  • BARLI : Ambil segenggam barli dan goreng tanpa minyak. Kemudian, tumbuk barli yang telah di goreng itu hingga lumat. Bancuh serbuk barli tersebut dengan sedikit perahan air limau nipis dan air masak. Sapukan bancuhan tersebut dengan rata di wajah anda sebelum tidur. Untuk mendapatkan hasil, amalkannya sekurang-kurangnya seminggu sekali. InsyaAllah anda akan dapat lihat hasilnya nanti. 
  • BERAS PULUT : Ia berfungsi untuk menanggalkan daki dan sel-sel mati serta menghaluskan kulit. Manakala serbuk beras pulut khusus untuk menanggalkan sel kulit mati, mengurangkan parut, di samping memerah dan memutihkan kulit wajah dan badan. Cara-Caranya: 
  1. Rendam beras pulut hingga lembut, kemudian tumbuk sehingga lumat.
  2. Sebelum mandi, lumurkan seluruh badan dengan beras yang ditumbuk
  3. Biarkan lumuran tadi separuh kering dan sental kulit anda perlahan-lahan.
  4. Bilas badan anda dengan air mandian. Amalkannya sekerap yang mungkin.
  5. Untuk hasil yang terbaik amalkan,2 kali seminggu.Kulit tubuh anda dijamin akan cerah.
  • NENAS : Ambil bahagian dalam nenas yang keras (palu) lalu gosokkan ke seluruh bahagian badan. Bilasa badan dengan sebersih-bersihnya. Amalkan setiap pagi dan petang. InsyaAllah kulit anda akan lebih putih, cerah dan berseri.
  • TIMUN : Parut isi timun atau hancurkan, campurkan bersama perahan limau. Tempek ke muka dan tunggu sehingga kering. Sesudah itu, bolehlah dibilas dengan air bersih atau air suam. Nak cepat hasilnya, buat setiap malam.
  • LOBAK MERAH : Parut sebatang lobak merah dan satukan bersama sebiji kuning telur dan sedikit jus limau nipis sehingga sebati. Tepek pada keseluruhan muka dan leher dan biarkan kering. Bilas dengan bersih. Amalkan tiga kali seminggu. ia menjadikan wajah lebih berseri, mulus, menegangkan kulit.
  • LIMAU NIPIS : Belah limau nipis menjadi 2,gosok pada wajah dan badan…kulit akan menjadi cerah, licin dan harum.. 
  • BERAS  : Ambil 1 gengam beras,tumbuk dan tambahkan air. kemudian sapu pada wajah sebelum tidur..ia dpt menghilanhkan jerawat batu dan of course putihkan wajah.. 
  • BUAH DELIMA : Buah delima mengandungi kandungan aktif yang merupakan agen pencerah kulit yang berkesan. Ia dapat mengenali bahagian yang berpigmentasi dan menghentikan komunikasi di antara sel bagi menghasilkan melanin. 
  • LABU : Tutup pori-pori pada wajah dengan buah labu yg bertindak membuang sel kulit mati. dgn campurkan puri labu,madu,cuka epal,tepung ubi,1 biji telur. 
  • KOPI : Serbuk akan menghasilkan minyak anti-oksidan. Ia berfungsi menghaluskan serta mencerahkan kulit anda.kalau nak putih satu badan just lulur kopi tersebut. Cara-caranya;
  1. Tumbuk biji kopi sampai halus
  2. Campurkan serbuk kopi dengan minyak zaitun dan tepung sengkuang mengikut kadar yang secukupnya.
  3. Kacau kesemua bahan hingga rata.
  4. Kemudian, sapukannya pada muka serta seluruh anggota badan anda.
  5. Sambil menyapu, gosokkan secara lembut campuran tadi pada tubuh anda.
  6. Seterusnya, biarkan ia selama 1 jam. Tujuannya supaya minyak dalam kopi tadi menyerap ke dalam tubuh anda dengan sempurna.
  7. Akhir sekali, bilas tubuh anda dengan air yang dicampurkan dengan sedikit garam. Lepas tu anda bolehlah mandi seperti biasa.
Sumber: Petua Memutihkan Muka Yang Berkesan | Fuh.My

Haa sekian petua yang menggunakan bahan2 semulajadi yang ada kat dapur atau pasar. Bagi siapa2 yang memang pengguna produk jenama Shaklee yang sememangnya terkenal dengan bahan yang semulajadi tu dan jika anda ada masalah kulit mengelupas teruk, kulit kering dan sebagainya especially baru pulang travel (kulit terjejas akibat perubahan suhu dan kurang air) maka saya syorkan anda amalkan Vivix 1-2 sudu besar sebelum tidur dan segelas ESP, Bangun pagi pula segelas COLLAGEN dengan air kosong, 2 biji vitamin C, 2 biji vitalea, 1 biji B Complex. Dan amalkan masker kolagen atau masker ESP + plain yogurt. Paling penting jangan lupa minum banyak air kosong. Sehari wajib 8 gelas okay. InsyaAllah tak sampai 3minggu, okay kulit tu... InsyaAllah.. berusaha tak salah yer tak..hihi..


Shaklee id : [921401] Pengedar Shaklee Perak 
SMS / Whatsapp : [017-4387016]
Email : cnurul79@yahoo.com 

LIKE Fan Page : PengedarShakleePerak 

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Wednesday, July 16, 2014

LAZADA Super Raya Sale

Saper sini yang rajin shopping di LAZADA? Ku rajin jugak..he3...Pada sape2 yang rajin boleh lah shopping baju raya dari Butik Hatta Dolmat kat sini dengan harga rendah. Ha....hari ini sahaja 16 JULAI 2014 yer kawan-kawan;  SUPER RAYA SALE berlangsung di LAZADA ONLINE.

Diskaun sehingga 92% untuk semua barangan raya dari langsir, baju raya, bakeware, dan banyak lagi...per lagi uolsss....!!!!

 

Saper2 yang masih mencari2 baju raya, peralatan rumah dan peralatan dapur bolehlah membeli belah di Lazada Super Raya Sale dan berpeluang memenangi hadiah termasuk Cash Voucher RM100 dalam online game Wheel of Raya. Antara penjimatan harga yang korang boleh dapat: 
Highlights:
- Home & Living Sale - RM77 & Below
- Home Appliances - RM99 & Below
- BIG DISCOUNTS on Samsung Gadgets
- Raya Fashion Sale



 

Friday, July 11, 2014

RESIPI | Aiskrim Oreo MEALSHAKES HOMEMADE yang SEDAP.

Jom try resipi ni. Membuat aiskrim OREO MEALSHAKES di rumah. Disebabkan saya suka makan aiskrim, maka saya sharekan resipi ni di blog Indah Itu KAMU. Resipi ni pun saya ambil dari rakan FB. Mudah jer cara nak buatnya dan bahan2 pun sikit ajer. Memang saya follow sebiji-sebiji resipinya cuma saya tambahkan dengan MEALSHAKES sekali untuk dapatkan khasiatnya.

Jadi saya dah copy paste menu ini, dan kongsikan pada anda semua, Yang dah berkeluarga, boleh cuba bagi anak-anak dan suami makan.

Aiskrim Oreo Mealshakes HANDMADE dan HOMEMADE yang SEDAP !!! kalah Oreo Mc Flurry Mc D tau...he3

Bahan-bahan
  • 1/2 tin susu pekat (ikut kemanisan masing-masing) *
  • 1 1/2 gelas susu cair (ikut kecairan atau kepekatan yang dikehendaki. *
  • 1 sudu ovallete (pastikan halal) *
  • 3 sudu MEALSHAKES SHAKLEE
  • sedikit esen vanila *
  • Biskut oreo (dihancurkan)

Cara membuatnya :
  • Blendkan bahan-bahan * sehingga gebu.
  • Gaulkan hasil yang diblend tadi dengan biskut oreo. Saya guna oreo vanila.
  • Masukkan dalam freezer.
  • Dah sesedap rupa, MAKAN ler. 

Tadaaaaaaaa. Sedap woooo. Waalllllaaahhhhhhhhhhh.
Dah pandai buat, tak perlulah beli kat McD lagi. Tak gitu ???? Kalau nak dapatkan MEALSHAKES hubungi saya yer.


Shaklee id : [921401] Pengedar Shaklee Perak 
SMS / Whatsapp : [017-4387016]
Email : cnurul79@yahoo.com
 LIKE Fan Page : PengedarShakleePerak 

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Thursday, July 10, 2014

CPUV ke-2 bulan ni dari NUFFNANG | Alhamdulillah


Dah lama tak dapat CPUV ni. Jarang sekali dapat CPUV dan selalu ler jugak tertunggu-tunggu CPUV dari Nuffnang. Tup..tup..bulan ni  jer dah dapat 2. Haaaa..koranggggg...per lagi. Kalau nampak iklan ni menari2..korang picit-picit sikit yer...bg duit raya haji in advance plak...he3..

Terima kasih Nuffnang. Harap-harap dapat banyak lagi eh...kecik tapak tangan nyiru ku tadahkan... ;)

Wednesday, July 9, 2014

Ramadhan dan Penyusuan Ibu

Tatkala Ramadhan menjelang tiba, sudah pasti setiap ibu yang menyusukan anak melahirkan kebimbangan di hati. Bukan tidak mampu untuk menunaikan ibadah yang tercatit dalam Rukun Islam tetapi kegusaran mengenangkan bagaimana untuk menyusukan bayi sedangkan diri terikat dengan ibadah puasa. Yang dikhuatirkan ialah pengeluaran susu ibu semakin berkurang dan ibu tidak dapat menyesuaikan diri dalam keadaan berpuasa. Itulah stigma yang seringkali kita dengar bahkan seringkali disogokkan oleh kebanyakan orang. 

Dalam Islam, setiap ibu yang menyusukan ataupun hamil dibolehkan berbuka puasa sebagai satu bentuk keringanan yang ditawarkan. Tetapi perlu ada sebab mengapa diberikan pilihan untuk berbuka kerana ia mempengaruhi cara penggantian hari berpuasa yang ditinggalkan. Sebab itulah, setiap wanita yang menyusukan bayi ataupun hamil perlu memahami perkara-perkara yang bersangkutan dengan pengurusan berpuasa iaitu bila keharusan untuk berbuka dan kesannya dari segi qadha' dan fidyah.

Namun, dengan kajian-kajian yang dilakukan oleh ramai penyelidik, berpuasa tidak mendatangkan kemudaratan terhadap ibu-ibu yang menyusukan anak. Dengan itu, kaum ibu tidak perlu risau akan kekurangan penghasilan susu dan kesannya terhadap bayi selagi mana mereka istiqamah dalam mengamalkan pemakanan yang seimbang dan sihat semasa di bulan Ramadhan. Kebimbangan dan kekhuatiran tidak seharusnya timbul apatah lagi berpuasa sebenarnya lebih banyak memberi kemanfaatan kepada semua berbanding kemudaratan. Kemudaratan hanya berlaku dalam kes-kes terpencil yang diharuskan dalam agama untuk berbuka puasa.

Pelbagai persoalan yang timbul di fikiran ibu-ibu yang menyusukan bayi berkenaan dengan puasa. Namun, ia mungkin akan terjawab jika kita sendiri faham akan erti pengurusan puasa dan juga tahu akan natijahnya dari sudut perspektif sains. Kadangkala bukan ibu yang menyusukan bayi bimbang akan kesihatan tetapi masyarakat sekeliling ataupun keluarga terdekat yang mempengaruhi minda dan pemikiran ibu-ibu bahawa berpuasa boleh membahayakan bayi yang disusui. Lantas, sebab itulah perlunya pemahaman yang mendalam tentang puasa dan pentingnya penyusuan susu ibu agar pilihan untuk berbuka puasa itu dapat diminimumkan. Ia merupakan satu langkah yang proaktif supaya tidak timbul masalah yang mendatang dan kesihatan ibu dan anak juga akan diberkati Allah natijah daripada manfaat puasa itu sendiri.

Banyak kajian menyatakan bahawa berpuasa tidak akan mengurangkan pengeluaran susu ibu tetapi berlakunya dehidrasi yang teruk kepada si ibu akan menyebabkan bekalan susu ibu akan berkurangan. Jika kita lihat, berpuasa hanya melibatkan penahanan diri daripada makan dan minum hanya memakan tempoh yang sekejap. Jadi tidak timbul masalah dehidrasi jika kita mengamalkan cara pemakanan yang telah dianjurkan dan minum air dalam kuantiti yang cukup. Ada sesetengah individu yang kekurangan air di dalam badan adalah disebabkan kurangnya pengambilan air yang mencukupi sewaktu berbuka puasa dan kesannya adalah kepada badan untuk keesokan hari. Badan yang kekurangan air akan menyebabkan keletihan yang berpanjangan, sebab itulah disarankan agar mendapat bekalan air yang mencukupi untuk badan segar dan bertenaga terutamanya bagi ibu- ibu yang menyusukan bayi.

Ada juga sesetengah pendapat mengatakan bahawa, jika ibu- ibu berpuasa, akan meningkatkan penghasilan toksin di dalam badan dan akhirnya juga terdapat dalam susu ibu yang akan memberi kesan terhadap bayi. Namun, perlu kita ingat, bayi juga memiliki sistem imun yang dapat menahan diri mereka daripada serangan penyakit. Tanggapan sebegini perlu kita ambil iktibar dan diterjermahkan dalam ertikata puasa yang kita jalani. Allah mensyariatkan berpuasa kepada hamba-hambaNya kerana pelbagai faedah dan manfaat yang diperolehi daripadanya. Terpulang kepada diri kita untuk memanifestasikan puasa dalam kehidupan yang sebenar dengan situasi seperti ibu- ibu yang menyusukan bayi. 

Kajian yang dijalankan di Afrika Barat mendapati bahawa berpuasa pada bulan Ramadhan tidak memberi kesan kepada pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi tetapi kemungkinan komposisi susu ibu tersebut akan berubah. Hal ini adalah sejajar jika dikaitkan dengan pemakanan ibu semasa bulan Ramadhan kerana nutrien susu adalah bergantung kepada pemakanan ibu. Seandainya pemakanan sihat dan sempurna yang diamalkan, ia tidak akan mengundang masalah terhadap komposisi susu tersebut tetapi jika terdapat kekurangan dalam pengambilan makanan, kemungkinan komposisi tersebut akan berubah. Namun, ia tidak mendatangkan masalah terhadap kesihatan bayi. Ini kerana, ia boleh dilihat sebagai suatu kitaran iaitu, ibu-ibu boleh menggantikan makanan atau zat yang tidak cukup tersebut selepas waktu berbuka. Selagi mana pemakanan sihat diutamakan, tiada masalah yang diundang buat ibu dan bayi yang menyusu.

Penyelidikan yang dijalankan di Amerika Syarikat juga menunjukkan tiada kesan yang signifikan terhadap pengurangan susu ibu semasa berpuasa di bulan Ramadhan. Badan wanita yang menyusukan bayi akan membuat beberapa penyesuaian metabolik semasa berpuasa untuk memastikan agar pengeluaran susu ibu tidak terganggu. Sungguh hebat penciptaan Allah. Penyusuan susu ibu digalakkan di dalam Islam dan dalam masa yang sama disyariatkan berpuasa dalam bulan Ramadhan. Suruhan ini terkandung implikasi yang mendalam terhadap kesihatan setiap manusia khususnya yang bergelar ibu. Malah ada pula rukhsah yang dibolehkan berbuka puasa, istimewa untuk golongan tersebut jika berlaku kekhuatiran dan keadaan yang tidak diduga. Tetapi, bagi kita yang ingin merebut peluang berpuasa di bulan yang mulia seharusnya tidak menjadikan penyusuan susu ibu sebagai suatu halangan untuk mendapat dua ganjaran yang hebat tersebut dalam masa yang sama. Ditambah lagi, kajian-kajian sains terkini yang membuktikan tiada permasalahan yang menghalang wanita yang menyusukan bayi untuk berpuasa dari segi kesihatan ibu dan bayi itu sendiri. Malah, kita seharusnya percaya, sudah pasti ada hikmah dan keistimewaan yang tersirat di samping yang tersurat dengan apa yang Allah telah tentukan buat hambaNya yang bergelar wanita dan ibu.

Sesungguhnya Ramadhan akan menjadi lebih bermakna jika sebagai ibu, kita tidak mengambil mudah akan hal melaksanakan puasa dan meneruskan penyusuan bayi. Seboleh yang mungkin untuk meminimumkan pilihan berbuka puasa jika tiada apa- apa masalah ketika menyusukan bayi. Sebagai langkah proaktif bagi ibu-ibu, seharusnya mengambil peluang untuk mengkaji lebih mendalam hakikat disyariatkan penyusuan susu ibu dan tidak menjadikan Ramadhan sebagai satu halangan untuk memberhentikan penyusuan ibu mahupun mengambil langkah berbuka puasa sewenang-wenangnya untuk menyusukan bayi tanpa ada sebab yang munasabah. Yang paling penting ialah pendidikan pemakanan yang sihat harus disemai dalam setiap diri ibu yang menyusukan bayi agar dapat mengharungi bulanpuasa dengan sihat dan cergas tanpa sebarang masalah. 

Kredit : IKIM

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=e2575ed7d2c481c414c10e688bcbc4cf


Shaklee id : [921401] Pengedar Shaklee Perak 
SMS / Whatsapp : [017-4387016]
Email : cnurul79@yahoo.com
 LIKE Fan Page : PengedarShakleePerak 

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease