jom baca pasal ikan..
Ikan Salmon - selain dikenal sebagai makanan bagi otak juga memiliki khasiat sebagai makanan untuk menjaga kulit sihat. Ikan salmon juga dapat mengawal kesan penuaan pada kulit dan memeliharan penampilan kulit tetap sihat. Selain kaya dengan omega, salmon juga mengandungi protein tinggi dan coenzim Q-10 iaitu antioksidan.
Ikan Haruan
- Mempunyai asid amino dan lemak yang dapat menyembuhkan luka dalam
serta amat baik untuk mengubati penyakit gastrik. Ikan haruan juga
mengandungi sejumlah besar vitamin A yang dapat membantu menambah daya
penglihatan, melembabkan kulit dan bertindak sebagai antioksidan yang
melambatkan proses penuaan. Lendir ikan haruan mengandungi asid olelik
dan linolik tidak tepu iaitu komponen utama lipid sepenuhnya.
Menariknya, ikan haruan turut mengandungi kolagen tinggi bagi mencantikkan kulit.
Ikan Tongkol
- Selain enak dimakan, ikan tongkol juga mengandungi khasiat yang cukup
khusus iaitu merangsang pertumbuhan sel-sel darah merah dan menghambat
proses penuaan. Jika ingin awet muda, disarankan makan daging ikan
tongkol. Jika dimakan secara rutin, minimum tiga kali dalam seminggu
sebagai menu utama, ia dikatakan dapat membantu mencegah beberapa penyakit seperti rheumatisme dan anemia dan juga mampu menghindarkan kulit kusam
menarik bukan?
Assalamualaikum,.... dr ohsemtv:
ReplyDeletesuka sgt sy pada awet muda... sbb muka nampak lebih muda dr pada umur... bila di lihat :)
w'salam..
Deletesy pu suker... ;)
info yang bagus...
ReplyDelete