Bilakah boleh merasai pergerakan bayi saya?
Amboi tajuk...he3....tapi bukan saya aka Nurul yang dimaksudkan ek... Ini sekadar perkongsian untuk anda.....[dalam hati..bila ler nak merasa semua ni ek...ha3]...Ok2...jom kita baca sama2 k...
Gambar sekadar hiasan |
Untuk kehamilan kali pertama, pergerakan bayi selalui dirasai pada
kandungan berusia antara 18-22 minggu tetapi kadang kadang ia mungkin
mengambil masa lebih lama sehingga 25 minggu. Bagi kandungan kedua dan seterusnya, wanita mungkin boleh merasai pergerakkan seawal 14 minggu.
Minggu 12: Bayi anda sepatutnya mula bergerak dengan aktif, tetapi anda mungkin tidak akan dapat merasa apa-apa kerana saiz bayi hanya kira-kira 6 cm panjang.
Minggu 16: Sesetengah wanita hamil akan mula berasa seperti pergerakan rama-rama yang kecil di dalam rahim, tetapi ia tidak semestinya pergerakan bayi.
Minggu 20: Pada ketika anda sudah benar-benar mula merasa pergerakan pertama bayi anda, yang dipanggil "quickening."
Minggu 24: Bayi kini mempunyai berat kira-kira 500g dan pergerakan itu mula menjadi lebih kuat.
Minggu 28: Bayi anda sering bergerak sekarang dan berat kira-kira 1.2 kg. Beberapa sepakan dan tendangan boleh menyebabkan anda tidak merasa selesa.
Bagaimana rasanya semasa bayi bergerak?
Ibu-ibu selalunya mengambarkan pergerakan awal bayi mereka seperti rama-rama atau pergerakan yang sangat lembut pada bahagian rahim mereka. Pada mulanya anda mungkin sukar untuk membezakan antara pergerakan usus atau angin tetapi apabila kehamilan anda sudah beralih kepada lewat trimester ke 2, pergerakan bayi anda menjadi lebih kuat dan kerap.
Kajian telah menunjukkan bahawa pada trimester ketiga, bayi akan bergerak kira-kira 30 kali setiap jam. Bayi-bayi cenderung untuk bergerak lebih kerap pada masa-masa tertentu. Mereka biasanya paling aktif pada jam 9 malam sehingga 2 pagi dan akan menyebabkan tidur anda mungkin terganggu. Aktiviti aktif bayi dikaitkan dengan tahap gula dalam darah ibu yang lebih rendah pada waktu ini.
Bayi juga boleh bertindak balas terhadap bunyi atau sentuhan dan suami anda mungkin boleh merasai tendangan bayi anda sekiranya dia menyentuh perut anda.
Ingin mencuba Set Kehamilan Shaklee? SINI
Dapatkan harga kasih sayang dengan sms ker 013-4381929 atau email cnurul79@yahoo.com

No comments:
Post a Comment