nuRul nFe...

Saya adalah pengedar sah SHAKLEE dan pengamal produk Shaklee tegar (highly diciplined consumer) Blog ini lebih kepada perkongsian hasil kerja Make-up, pengalaman bershaklee, dan testimoni2 sendiri walaupun ada banyak sekali testimoni2 keluarga dan customer2 saya

Dr Shaklee adalah Orang Pertama Mencipta Vitamin dan Kajian Beliau Bertepatan dengan Alam Semulajadi, Beliau Percaya Apabila Sesuatu Itu Berharmoni Dengan Alam Semulajadi, lanya Adalah Baik Untuk Kesihatan

Nurul cnurul79@yahoo.com sms / whatsapp 013-5847882 Penghantaran Seluruh Malaysia

Jom dapatkan HARGA PROMOSI bersama saya Pengedar Sah Shaklee ■ Perunding Vitamin Shaklee secara Percuma & Penerangan cara makan Vitamin Shaklee dengan cara yang betul ■ Walk in dimana-mana Branch / HQ Shaklee diseluruh Malaysia dengan menggunakan ID No. 921401 untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee hanya RM65

Juga kepada anda yang ingin menambah pendapatan, anda boleh hubungi saya Saya akan masukkan anda dalam secret group InsyaAllah saya akan guide anda sebaik mungkin Jika betul-betul fokus dalam masa 3 bulan ke atas insyaAllah akan merasa income 4 angka

Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud,"

CEBURILAH KEGIATAN PERNIAGAAN KERANA DI DALAMNYA TERDAPAT 9/10 SUMBER REZEKI"(Al-Tirmizi)

Exchange LINK

Friday, April 12, 2013

Puasa Ketika Hamil

Bila dikira-kira, ada 90 hari sebelum kita menyambut bulan Ramadan. Sudah kah anda mengganti puasa bagi yang masih berhutang. Atau sudahkah anda bersedia untuk berpuasa ketika hamil ?

Pesanan saya, gali ilmu untuk mempersiapkan diri menggantikan baki hutang puasa sambil melatih diri untuk persediaan Ramadan. Apa-apa muhasabah diri yer... larat tak larat, tu semua datang dari mindset kita jer tapi kena tahu tahap kesihatan masing-masing serta jangan sampai membahayakan diri, baby & sekeliling kita.

Berikut adalah antara Tips pemakanan dari sumber Dr. Zubaidi
Untuk mengelakkan kekurangan tenaga dan nutrient yang sepatutnya digunakan oleh bayi di dalam rahim, ada beberapa tips yang boleh digunakan bagi persiapan berpuasa.
  • Minumlah air yang banyak ketika bersahur dan berbuka (Iftar) bagi mengurangkan dehidrasi yang merbahaya pada bayi.
  • Makanlah makanan yang memberikan tenaga secara beransur-ansur seperti kurma dan kekacang ketika berbuka puasa. Makanan seperti ini akan memberikan tenaga berterusan walaupun beberapa jam telah berpuasa.
  • Elakkan makanan yang bergula yang boleh menyebabkan paras gula tinggi secara mendadak, kerana apabila insulin dikeluarkan ia akan menyebabkan paras gula menjadi rendah, dan kita akan rasa mengantuk. Selain itu ia hanya memberikan tenaga yang cepat tetapi hanya sebentar saja.
  • Makan makanan yang banyak protein – daging dan telur untuk pembesaran fizikal bayi.
  
 Cadangan pilihan dari Shaklee
Semoga dipermudahkan segala urusan harian ibu hamil semasa berpuasa ni.
Supplement yang lain makan selepas berbuka & sebelum tidur.

Selain itu bagi wanita yang hamil, boleh mengikuti cara-cara berikut untuk mengelakkan keletihan ketika berpuasa.
  • Rancang jadual seharian agar dapat rehat secukupnya.
  • Elakkan berjalan jauh atau membawa barang-barang berat.
  • Elakkan terdedah pada cuaca yang panas kerana ini akan mempercepatkan dehidrasi.
  • Kurangkan kerja-kerja rumah yang berat dan minta tolong suami untuk melakukannya.
  • Elakkan membuang masa dengan memperbanyakkan bacaan al- Quran.
Bagi yang mempunyai komplikasi kehamilan seperti berikut sila berbincang dengan Doktor anda. Ini sangat penting terutama bagi wanita yang mempunyai sejarah kehamilan yang bermasalah (complicated pregnancy) sebelum ini.
  • diabetes mellitus
  • penyakit buah pinggang
  • penyakit hati (liver) yang tidak berfungsi
  • penyakit bronchial asthma yang kuat
  • penyakit tekanan darah tinggi yang tidak terkawal
  • kehamilan kembar
  • mengalami risiko kelahiran pramatang
  • masalah-masalah lain berkaitan kehamilan yang serius
Jika terdapat tanda-tanda berikut, sebagai panduan asas, wanita hamil boleh berbuka puasa. Antaranya :
  • Rasa pening, lemah, pitam atau penat walaupun telah berehat selama 30 min hingga sejam.
  • Rasa loya dan mula muntah sehinggakan tiada cara lain selain memakan ubat penahan muntah.
  • Rasa sangat haus, warna air kencing menjadi keruh dan baunya sangat hancing, menandakan fenomena dehidrasi. Bila dehidsrasi berlaku wanita hamil akan berasa amat lemah dan membahayakan diri dan bayinya. Beliau haruslah berbuka jika perlu meminum air atau dimasukkan air saline ke dalam saluran darahnya secaraintravenous.
  • Jika umur kehamilan melebihi 20 minggu dan bilangan pergerakan bayi dalam rahim menjadi kurang daripada 10 kali pergerakan. Kebiasaannya bayi akan bergerak selepas ibunya makan kerana pada masa itu bayi dalam rahim mendapat nutrisi yang dibekalkan. Kekurangan pergerakan bayi menunjukkan bayi itu memerlukan nutrient dan berada dalam keadaan yang bahaya. Adakalanya apabila wanita itu berbuka puasa, pergerakan bayi dapat dirasakan semula.
  • Rasa sakit perut memulas-mulas seperti mahu melahirkan. Ini mungkin tanda kelahiran pramatang. Dengan makan dan minum, nutrien dapat diberikan kepada bayi dan proses kelahiran pra matang dapat dielakkan.
  • Wanita hamil tidak mengalami pertambahan berat badan atau mengalami kekurangan berat badan. Ini bermakna tenaga dan nutrient yang disimpan semakin berkurangan yang sepatutnya disimpan secukupnya untuk proses kelahiran nanti.
  • Mengalami sakit kepala, atau demam yang mana harus memakan ubat bagi menyembuhkan kesakitan dan demamnya.

Semoga tips ini dapat membantu ibu2 hamil ;) Yang masih belum ganti puasa tu cepat-cepat rancang sebelum terlambat !!!
 

No comments:

Post a Comment