Kita semua idamkan rambut lebat dan
ramai yang pasti tertanya-tanya, bagaimana rambut seseorang itu boleh tumbuh
cepat berbanding dengan orang lain? Jika anda ingin tahu, semuanya bergantung
kepada diet pemakanan, yang memainkan peranan penting dalam mendapatkan rambut
sihat.
Memandangkan rambut dibuat dari protein, ia akan tumbuh lebih panjang dalam jangka waktu pendek sekiranya lebih banyak protein diambil. Oleh itu, amalkan memakan makanan berprotein seperti telur dan avokado pada waktu pagi.
Pengambilan sayuran seperti kubis, bayam dan daun salad juga amat penting untuk makanan tengahari. Untuk makan malam pula, biasakan diri memakan makanan berprotein tanpa lemak seperti ikan dan ayam. Kacang walnut juga elok diambil sebagai snek untuk menjaga kesihatan kulit kepala.
Makanan tambahan yang boleh diambil adalah seperti biotin, yang juga dikenali sebagai B7 dan membantu mengawal kesihatan rambut dan kuku. Di samping itu, anda juga digalakkan mengambil viviskal, iaitu sebuah makanan tambahan yang berfungsi menggalakkan pertumbuhan rambut. Ia juga mengandungi biotin, zink, besi dan minyak ikan. Ramai model mengambilnya selepas sibuk dengan pertunjukan fesyen untuk menolong membaiki semula rambut.
Berikan penuh perhatian terhadap kulit rambut ketika mandi. Pastikan folikel rambut diurut dan dibersihkan dengan betul agar bebas dari kotoran yang menghindarkan pertumbuhan sihat. Syampu anti-kelimumur amat sesuai digunakan kerana berupaya mengelupas sel kulit mati.
Di samping itu, anda juga boleh membuat tonik rambut sendiri dengan menggunakan campuran cuka tuak epal dan air. Tonik buatan sendiri ini boleh membersihkan kulit kepala dari kotoran dan menggalakkan pertumbuhan rambut.
Semoga mendapat manfaat.
No comments:
Post a Comment