Hi all;
Hari ni nak share Format Online Exam untuk Penguasa Kastam pula. Berkait rapat dengan entry semalam. Tips dan format ni saya ambil dari Infokerjaya
Resources di mana saya adalah salah seorang subscriber untuk mendapatkan maklumat yang tepat sebagai rujukan sebelum2 ni. Jadi saya panjangkan perkongsian ini yang mungkin berguna untuk para candidate...
Format Peperiksaan Penguasa Kastam W41 ini mempunyai 3 seksyen yang baharu seperi berikut :
Seksyen A – Pengetahuan Am
Dalam seksyen ini, calon diuji pengetahuan berkenaan urusan perkastaman, bidang ekonomi dan kewangan, perdagangan antarabangsa, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, keselamatan negara, undang-undang, sosial, dasar-dasar kerajaan dan lain-lain perkembangan dalam negara dan luar negara.
Masa : 40 minit
Soalan : 50 (aneka pilihan)
Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut:
(i) Kemahiran Logik
Calon diuji dari aspek pengetahuan, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat.
(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data
Calon diuji dengan menggunakan pelbagai perangkaan dan data-data untuk dianalisis.
(iii) Konsep Matematik dan Akaun
Calon diuji dengan konsep Matematik dan Akaun, kemahiran numeric serta kuantitatif untuk mengukur kemahiran asas matematik, pemahaman konsep dan kebolehan berfikir secara kuantitatif.
Masa : 45 minit
Soalan : 40 (aneka pilihan)
Seksyen C – Ujian Psikometrik
Calon-calon dikehendaki menjawab item-item yang mengukur gagasan personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran.
Masa : 1 jam
Soalan : 200 (aneka pilihan)
Kalau uols berminat untuk mendapatkan Pakej Rujukan Peperiksaan Online Penguasa Kastam boleh dapatkan di SINI. atau Klik Gambar
Sharing is Caring!!!!
No comments:
Post a Comment