nuRul nFe...

Saya adalah pengedar sah SHAKLEE dan pengamal produk Shaklee tegar (highly diciplined consumer) Blog ini lebih kepada perkongsian hasil kerja Make-up, pengalaman bershaklee, dan testimoni2 sendiri walaupun ada banyak sekali testimoni2 keluarga dan customer2 saya

Dr Shaklee adalah Orang Pertama Mencipta Vitamin dan Kajian Beliau Bertepatan dengan Alam Semulajadi, Beliau Percaya Apabila Sesuatu Itu Berharmoni Dengan Alam Semulajadi, lanya Adalah Baik Untuk Kesihatan

Nurul cnurul79@yahoo.com sms / whatsapp 013-5847882 Penghantaran Seluruh Malaysia

Jom dapatkan HARGA PROMOSI bersama saya Pengedar Sah Shaklee ■ Perunding Vitamin Shaklee secara Percuma & Penerangan cara makan Vitamin Shaklee dengan cara yang betul ■ Walk in dimana-mana Branch / HQ Shaklee diseluruh Malaysia dengan menggunakan ID No. 921401 untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee hanya RM65

Juga kepada anda yang ingin menambah pendapatan, anda boleh hubungi saya Saya akan masukkan anda dalam secret group InsyaAllah saya akan guide anda sebaik mungkin Jika betul-betul fokus dalam masa 3 bulan ke atas insyaAllah akan merasa income 4 angka

Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud,"

CEBURILAH KEGIATAN PERNIAGAAN KERANA DI DALAMNYA TERDAPAT 9/10 SUMBER REZEKI"(Al-Tirmizi)

Exchange LINK

Monday, July 8, 2013

Kesan diet Yo-Yo

Lagi 2 hari kita nak menyambut Ramadhan Almubarak. Ambil kesempatan di bulan yang mulia ini untuk mendietkan diri bagi mereka2 yang dalam usaha untuk menurunkan berat badan disamping melakukan amal ibadat dengan cergas dan bertenaga.
Antara topik yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini ialah masalah obesiti.
sumber: konsumerkini

Obesiti didefinisikan sebagai lebihan lemak tubuh yang boleh menyebabkan masalah kepada kesihatan. Obesiti berlaku apabila saiz atau bilangan sel lemak di dalam tubuh meningkat (Myers, 2004).

Indeks jisim tubuh atau Body Mass Index (BMI) merupakan kaedah yang digunakan untuk mendapatkan data asas tahap kegemukan dan obesiti. BMI digunakan dengan mengira berat badan dalam unit kilogram (kg) dan dibahagikan kepada tinggi dalam unit meter kuasa dua (m2 ).

Obesiti merupakan satu penyakit kronik yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit contohnya seperti :
  • Diabetis, 
  • Darah tinggi, 
  • Penyakit jantung, 
  • Kegagalan sistem pernafasan ,
  • Kegagalan system perkumuhan  
  • Kanser dan sebagainya.
Menurut satu kajian, (Kelishadi, WHO 2007), kes obesity semakin menular di kalangan kanak kanak dan remaja di negara- negara membangun. Penyakit obesiti merupakan satu faktor utama yang akan membawa kepada rintangan terhadap insulin dan sindrom metabolik. Sindrom metabolik juga adalah tinggi di kalangan penduduk dewasa di Asia. 

Di Malaysia, sehingga tahun 2006, 29% penduduk dewasa mempunyai berat badan yang lebih dan 14% mengalami obesiti. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan bahawa pada tahun 2015, secara kasar 2.3 bilion penduduk di dunia akan mempunyai berat badan yang lebih dan 700 juta penduduk dunia akan mengalami obesiti.
 
Ramai juga yang cuba untuk diet, tapi ramai yang kecewa. Ye lah, badan kalau nak naik sekelip mata, nak turunkan berat badan bukan sekelip mata pula.

kredit kepada MommyLyna

Hmm.. mari kita tengok kenapa kebanyakan cara nak kurus dengan ‘diet’ tak berjaya.
  • Kebanyakan orang yang mengamalkan diet mengalami kekurangan nutrisi. Bila kita ‘cut’ makanan kita, kita akan mengalami kekurangan nutrien dan kalori. Memang betul bila kita kurang kalori, badan secara semulajadi akan menggunakan lemak. Tapi sebenarnya ia melibatkan kitaran hormon semulajadi tubuh sebab kita kekurangan nutrien juga. Jadinya, tak elok pun kecuali kalau memang tak ada makanan. 
  • Diet kadangkala boleh mengganggu kehidupan sosial kita. Misalnya, serba salah nak join majlis kawan-kawan sebab takut ganggu program diet.
 
Berdiet sehingga memperlahankan metabolisma boleh mendatangkan “kesan yo-yo”

Apakah kesan Yo-Yo?

Kesan Yo-Yo atau Yo-Yo effect terjadi bila kita mengamalkan diet ketat, kerana bila badan kita kurang kalori, ia akan menggunakan lemak dan tisu otot sebagai bahan api. Nitrogen dibebaskan bila berlaku tindakbalas dari tisu otot, dan ia dibersihkan dan dikeluarkan dari tubuh sebagai air kencing. Makin banyak penggunaan tisu otot, makin banyak nitrogen terhasil dan makin banyaklah air perlu dikeluarkan. Keadaan ini boleh menyebabkan berat badan kita menurun oleh sebab pengeluaran air tadi.

Sebenarnya, berat kita masih tak ke mana-mana!

Bila badan kurang kalori, lemak dah habis dan mula guna tisu otot, sebenarnya ia melemahkan lagi fungsi tubuh kita untuk membakar kalori. Ini sebabnya, kalori dibakar oleh otot-otot. Makin besar otot, makin banyak kalori boleh dibakar. Kalau perasan, seorang ahli bina badan perlu makan banyak dan tinggi kalori, untuk memelihara ototnya.

Kita kena jaga otot kita, sebab.. kalau tisu otot kurang, maka kuranglah kalori yang dibakar. Mungkin akan bertambah gemuk.

Jadi, bagaimana cara nak kurus dengan betul?

Persamaan cara turunkan berat badan yang betul:

Pelihara otot + bakar lemak ——————->; turun berat.

Jadi, cara menurunkan berat badan yang terbaik ialah dengan PROTEIN. Hah, kenapa protein?
  • Peningkatan asid amino (leucine) membantu menurunkan kadar gula dalam darah 
  • Protein membina sel-sel otot untuk pembakaran kalori 
  • Asid amino membantu dalam sintesis protein oleh otot 
  • Membantu tubuh untuk memelihara jisim otot, pada masa yang sama membakar lemak

Produk Shaklee untuk tujuan ini yang boleh diambil ialah CINCH SHAKE MIX dan/atau ENERGIZING SOY PROTEIN.

Ibu yang menyusukan anak tidak dinasihatkan ambil Cinch Shake Mix kerana ia kurang kalori. Ibu menyusu memerlukan kalori untuk tujuan penyusuan. Jadi ibu menyusu boleh ambil Energizing Soy Protein.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:
 
Shaklee id : [921401] 
Call.SMS : [013-4381929]
Whatsapp : [017-4387016]
Email : [cnurul79@yahoo.com]

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
 

No comments:

Post a Comment