Selama 40-44 hari dikira dari pertama bersalin, adalah diadatkan kepada ibu-ibu menjalani tempoh berpantang. Kebanyakan wanita muda masih mengutamakan cara berpantang tradisional serta petua orang-orang tua bagi menjaga kesihatan diri sewaktu berpantang.
Berikut adalah sebahagian petua / tips untuk menjaga badan selepas bersalin. Ada yang moden ada yang tradisional. Terpulang pada individu nak pilih yang mana yer...ini saya campor2 kan berdasarkan cerita dari emak dan info2 dari internet yang boleh dipercayai.
- Balik sahaja dari hospital, minta suami cari daun sirih, buah manjakani dan rebus kedua2nya sebanyak 7 helai daun sirih dan 7 biji manjakani. Reneh di dalam periuk tanan sehingga tinggal 2 cawan. 1 cawan diminum bersama air kisaran kunyit. 1 cawan lagi dibuat basuh bahagian pintu rahim. Kalau mahu cepat pulih (mak saya cerita), suruh suami gosokkan buah manjakani di belakang lesung batu dan sapukan manjakani itu pada jahitan pintu rahim yang digunting sewaktu melahirkan. Mak saya cerita lagi, klu boleh mintalah suami tolong buatkan supaya si suami tak akan cari perempuan dan setia sampai bila2. Maksudnya...agar si suami mudah2an akan merasa lebih faham akan kesakitan yang ditanggung oleh si isteri..makin bertambah sayang dengan perngorbanan isteri...
- Kemudian kalau boleh, cari bengkung perut dari kain yang panjang berjela dan ikat lipan iaitu bersilang-silang supaya perut boleh dibentuk menjadi ramping. Sapukan kapur sireh bercampur minyak kayu putih pada perut sebelum memakai bengkung. Kalau mahu ikatan kemas dan ketat, boleh memakai sambil berbaring. Kalau dahulu, saya selalu tgk bidan kampung arwah Opah Gayah watkan untuk jiran2 ketika berpantang biler lepas berurut.
- Makan makanan yang berkhasiat seperti ikan, daging, sayur sawi, brokoli. Lobak putih dan pucuk geti juga bagus untuk menambah susu badan. Kalau Perak, kami panggil pucuk geti. Tapi bila saya google, ada gak yang panggil daun turi. Sebenarnya sama. :). Ini ropernya daun geti atau daun turi.
- Jangan terlepas waktu makan. Makan tepat pada waktunya. Pastikan kita minum dan minum tidak bertambah. Maksud saya makan hanya satu pinggan nasi dan minum segelas air. Jangan sekali-kali tambah. Mak cakap nanti kembang kalau minum banyak air. Wallahhualam.... :)
- Bagi yang melahirkan anak pertama, anda boleh cuba makan semua jenis ikan sayur. Di sini baru kita tahu ikan mana yang kita makan akan menyebabkan terasa gatal. Sebab setiap individu ada alahan pada makanan yang berbeza. Jadi anda kena tahu mana makanan yang boleh anda amil atau tidak. Jadi bila pantang anak seterusnya anda sudah dapat mendisplinkan diri anda.
- Ketika dalan pantang anda kena sentiasa jaga langkah anda dan jangan banyak berjalan kerana dikuatiri kaki tersadung sesuatu dan menyebabkan darah turun lebih banyak dan akan terasa sakit di bahagian peranakan. Org tua2 selalu pesan, takut bentan.
- Selain itu, amalkan pemakanan "supplement" yang terbaik seperti produk shaklee yang antaranya terdiri daripada Vitamin E, Zinc, Vitamin C, B compleks, Multivitamin, protein dan alfalfa yang baik untuk penyembuhan, membina sel baru dan memberi tenaga kepada si ibu.
- Amalkan senaman ringan memanas badan sebelum anda mandi dalam masa 10 minit sehari agak memadai agar badan rasa ringan dan segar.
- Pantang anda akan terganggu sekiranya anak mendapat jaundice. Jadi, bagi mengelakkannya, pastikah semua brangan bayi tidak terdapat walau sedikitpun warna kuning. Sekiranya dia masih terkena jaundice juga, anda cari akar kayu di kedai ubat cina untuk merawat jaundice dengan merebus akar kayu tersebut dan airnya digunakan untuk memandikan bayi anda. Bayi boleh juga dijemur di bawah cahaya matahari pagi sebelum jam 8.30 am. Sekiranya masih berlarutan bawa berjumpa doktor.
- Kalau anda boleh bertahan berpantang selama 40 hari tanpa menjejakkan kaki ke tanah Ins Shaa Allah badan anda akan sentiasa cergas dan kekal awet muda.
Untuk panduan selepas berpantang SINI
Jika anda berminat untuk mendapatkan set breastfeeding B, set breastfeeding E atau set breastfeeding 3M shaklee boleh hubungi saya.
Shaklee id : [921401]
Call.SMS : [013-4381929]
Email : [cnurul79@yahoo.com]
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug
Administration. These products are not intended to diagnose, treat,
cure, or prevent any disease.
No comments:
Post a Comment