Alzheimer atau sebutannya alz-zhai-me, merupakan sejenis penyakit penurunan fungsi saraf otak yang kompleks dan progresif. Penyakit Alzheimer bukannya sejenis penyakit berjangkit. Penyakit Alzheimer adalah keadaan di mana daya ingatan seseorang merosot dengan teruknya sehinggakan pengidapnya tidak mampu mengurus diri sendiri. Penyakit Alzheimer bukannya `nyanyuk' yang sekadar satu proses penuaan. Sebaliknya, ia adalah sejenis masalah kesihatan yang amat menyeksakan dan perlu diberikan perhatian.
Individu Yang Berisiko Mendapat Penyakit Alzheimer :
Individu Yang Berisiko Mendapat Penyakit Alzheimer :
- Menghidap hipertensi apabila mencecah usia 40 tahun keatas.
- Penghidap penyakit kencing manis / diabetes
- Kurang melakukan senaman
- paras kolesterol yang tinggi
- Faktor keturunan - mempunyai ahli keluarga yang menghidap penyakit ini pada usia lingkungan 50 an.
Peringkat Alzheimer
- Lupa meletakkan kunci kereta, mengambil baki wang, tidak mahu membeli barang ke kedai, lupa nombor telefon atau dos ubat yang biasa dimakan antara sebahagian gejala ringan.
- Apabila pesakit lupa mencampurkan gula dalam minuman, garam dalam masakan atau cara-cara membancuh air dikategorikan sebagai peringkat sederhana.
- Apabila pesakit sudah tidak mampu melakukan perkara asas seperti menguruskan diri sendiri, keliru dengan keadaan persekitaran di rumah, tidak mengenali rakan-rakan atau ahli keluarga terdekat, ia menandakan tahap pesakit di peringkat yang serius.
- Pesakit juga boleh menjadi seorang yang agresif, cepat marah dan hilang minat untu berinteraksi atau hobi yang pernah diminatinya. Dianggarkan bahawa pada sekitar 1950-an kira-kira 2.5 juta penduduk dunia menghidap penyakit ini. Pada tahun 2000, penghidap Alzheimer dijangka mencecah hingga enam juta orang.
- Pesakit yang berada di tahap sederhana dan teruk akan menunjukkan tingkah laku yang pelik. Antaranya, seperi menjerit, terpekik dan mengikut penjaga ke mana sahaja walaupun ke tandas.
Apa kaitannya dengan OMEGAGUARD ni?
Omega 3 bukan sahaja penting untuk perkembangan memori bayi dan kanak2, tetapi ia juga dapat mengurangkan risiko alzheimer yang semakin tinggi peratusannya di kalangan warga tua malahan di kalangan dewasa.
Peranan Omega 3 lambatkan Alzheimer.
Sebenarnya penyakit Alzheimer atau nyanyuk tiada penawar tetapi kita boleh melambatkan kehadiran nyanyuk itu melalui pemakanan yang sihat, rajin bersenam dan mengurangkan stress.
Berdasarkan hasil kajian Framingham, seorang dewasa yang mengambil hidangan asid lemak Omega 3 secukupnya iaitu 2-4 gm setiap hari, tubuhnya mempunyai cukup kandungan DHA yang membantukan menurunkan kebarangkalian untuk mendapat penyakit Alzheimer atau nyanyuk sebanyak lebih 9 tahun berbanding orang yang tidak mengambil cukup Omega 3.
Setiap kapsul Shaklee omega guard, mengandungi 100mg Omega 3 yang mana pengambilan sebanyak 3 kapsul Shaklee Omega setiap hari dapat menampung keperluan harian omega 3 bagi orang dewasa.
Selain itu, mungkin ramai yang berfikir asid folik penting untuk bayi, kanak2, ibu menyusu dan ibu mengandung. Sebaliknya orang dewasa pun amat memerlukan asid folik untuk melambatkan Alzheimer. Asid folik menurunkan homosistein dan meningkatkan fungsi kognitif manusia.
Oleh itu, ambillah Shaklee Omega Guard dan B complex (lengkap dengan asid folik) untuk menyokong kekuatan memori anda dan juga melambatkan Alzheimer.
Mencegah lebih bagus dari mengubat kan ?
ReplyDelete