nuRul nFe...

Saya adalah pengedar sah SHAKLEE dan pengamal produk Shaklee tegar (highly diciplined consumer) Blog ini lebih kepada perkongsian hasil kerja Make-up, pengalaman bershaklee, dan testimoni2 sendiri walaupun ada banyak sekali testimoni2 keluarga dan customer2 saya

Dr Shaklee adalah Orang Pertama Mencipta Vitamin dan Kajian Beliau Bertepatan dengan Alam Semulajadi, Beliau Percaya Apabila Sesuatu Itu Berharmoni Dengan Alam Semulajadi, lanya Adalah Baik Untuk Kesihatan

Nurul cnurul79@yahoo.com sms / whatsapp 013-5847882 Penghantaran Seluruh Malaysia

Jom dapatkan HARGA PROMOSI bersama saya Pengedar Sah Shaklee ■ Perunding Vitamin Shaklee secara Percuma & Penerangan cara makan Vitamin Shaklee dengan cara yang betul ■ Walk in dimana-mana Branch / HQ Shaklee diseluruh Malaysia dengan menggunakan ID No. 921401 untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee hanya RM65

Juga kepada anda yang ingin menambah pendapatan, anda boleh hubungi saya Saya akan masukkan anda dalam secret group InsyaAllah saya akan guide anda sebaik mungkin Jika betul-betul fokus dalam masa 3 bulan ke atas insyaAllah akan merasa income 4 angka

Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud,"

CEBURILAH KEGIATAN PERNIAGAAN KERANA DI DALAMNYA TERDAPAT 9/10 SUMBER REZEKI"(Al-Tirmizi)

Exchange LINK

Wednesday, November 12, 2014

REVIEW : Takluk Hati Pasangan ~ motivasi Jiwa

Assalamualaikum.

Korang pernah baca tak buku ni? Buku motivasi jiwa berjudul TAKLUK HATI PASANGAN dari Prof Madya Hj Mohd Nor Mamat

Best tau buku ni. Recommended sangat2 untuk sapa2 sahaja membacanya. Saya baru jer habis khatam buku ni, walhal beli bulan MAY yang lepas.. sebab sekali beli memang saya borong banyak2 kat MPH Online. Jadi, banyak ler buku yang tunggu turn untuk dibaca. Harga buku ni RM16 jer. Tapi saya beli thru MPH Online, that time 20% less. Senang jer...klik2....total more than RM50, postage free. Tak yah nak gi mana2 MPH outlet....after 3 days, buku dah ada depan mata, kan sonang kojo den...hehehe.
RECOMMENDED untuk DIMILIKI dan DIBACA !!

Terkesan sangat bila saya baca buku ni kerana membawa kita begitu dekat dengan setiap masalah yang dikupas dan menyedarkan kita betapa rahsia penyelesaiannya ada pada diri kita sendiri. 

Antara review buku ni, menyedarkan saya bahawa kebahagiaan adalah hasil ciptaan saya sendiri dalam untuk menjadi pasangan yang bijak menyelesaikan masalah, bukannya sentiasa menimbulkan masalah. 
"Perkongsian dua jiwa, dua hati dan dua fitrah berbeza menyebabkan mudahnya terjadi konflik dan salah sangka. Sewaktu kita sakit hati dengan tindakan pasangan, sedarilah...mungkin juga kita banyak menyakitkan hatinya. Bersihkanlah hati, mudah-mudahan segala yang mengiringi perjalanan hidup akan lebih indah dan positif. Yakinlah… kita mampu mencipta masa hadapan yang bahagia tetapi kebahagiaan yang paling hakiki adalah dalam redha ILAHI...
SETIAP kita inginkan hidup yang bahagia. Kasih sayang adalah fitrah yang wujud dalam diri; kitalah pemegang kunci sama ada untuk menyuburkannya ataupun menguburkannya. Mengenali fitrah diri menjadikan kita insan sebenar, memahami fitrah diri memandu kita kepada kebahagiaan dan menghayati fitrah diri mengajar kita menjadi lebih matang dengan ujian ILAHI.
Melayari hidup bersama adalah suatu perkongsian dua jiwa, dua hati dan dua fitrah berbeza. Kita berkomunikasi dengan manusia, bukannya robot yang boleh dibaiki atau diganti apabila tidak menepati kehendak diri. Berhentilah bermimpi untuk memiliki pasangan yang sempurna dan memenuhi segala keinginan kita sedangkan kita sendiri tidak mampu menjadi sempurna dan memenuhi setiap impian pasangan.
 
Apabila rahsia tersingkap, matlamat bahagia yang dicari dapat diraih.
 
Ini antara topik2 lain yg menarik dalam buku ni. Nak lebih tahu, korang kena dapatkan buku ni yer as your own collection. Jangan berlengah lagi. Memang best dah terkesan ke dalam jiwa...he3. 
  • Elaklah Jadi Derhaka
  • Bahagia Itu Milik Kita
  • Beramal dan Berdoalah
  • Sayang, Hormatlah Sikit
  • Abang, Romantiklah Sikit
  • Pilihlah Jalan Kebahagiaan
  • Air Bah, Pantai Kan Berubah
  • Pengaruhi Minda, Takluki Hati
  • Hargai Fitrah Hubungan Indah
  • Bahagia @ Derita, Kunci di Tangan Kita

3 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))
  1. Yu En Ahmad. Recommended ni. Silaler dapatkan senaskah yer klu blm memiliki. ;)

    ReplyDelete
  2. Serius mmg best buku ni.. Dah ada satu. :)

    ReplyDelete