Ini kisah malam tadi. Segmen Semanis Kurma bersama Dr Azizan Osman. Mula2 dengar segmen ni, dalam keadaan mamai ngantuk, konon dalam proses nak terlelap depan TV ler tu kan...alih2 suara yang kedengaran menjadi tetamu tu seolah2 dikenali jer..idola ini tau..ekekeke....sekali, ku cuba segarkan biji mata, mmg betul sangkaan. Suara tu milik Dr Azizan (DAO). Disebabkan ngantuk menguasai, maka ku rakam kan jer segmen Semanis Kurma mlm tu. Bajet nak tgk pagi2 buta esoknya.
Ini antara intipati yang dapat saya sharekan untuk semua selepas menonton rakaman tersebut. Topiknya B.A.N.G.K.I.T.
Antara point yang saya dapat :
B - Berani berhijrah
A - Attitude ~ orang berjaya ade sifat orang yang berjaya (mahmudah bkn mazmumah)
N - Niat, misi, matlamat
G - Gigih untuk keep going
K - Komitment
I - Ilmu
T - Taqwa
Proses bangkit tak semudah yang dikata. Ada orang mengambil masa yang agak lama. Memerlukan kekuatan untuk bangkit. Cthnya DAO pun banyak kali gagal. SPM 2x, lesen 2x. Malah bisnes pun pernah gagal. Dikejar AhLong, lelong rumah mak beliau. Allah bagi ujian untuk kita rendahkan diri kepadaNya. Kembali bersujud pada Dia. Antara inspirasi DAO untuk berjaya ialah
- Ibu berumur 71 tahun
- Seorang cina menasihatkan perlu ada MENTOR yang berjaya dalam bisnes.
DAO juga bercerita, selepas tu dia dah berjaya, tapi dia leka. Dengan kelekaan itu rumahtangga runtuh. Leka hubungan dengan Allah, Solat, Tahajud, Dhuha.
Bangkit perlukan kekuatan dalaman.. Allah bagi kekuatan. La haula wala kuwwa ta illa billah. Doa DAO untuk mencari yang terbaik untuk dirinya selama 4 bulan. DAO melakukan tahajud setiap malam dan membetulkan semula niat dan hubungan dengan Allah. Antara kebangkitan dan matlamat beliau;
- bisnes yang boleh berjaya dunia akhirat
- bisnes utk manfaat org lain.. bg kekayaan sebanyak mana pun tapi untuk manfaat org lain
- masa yg banyak - jg diri.. amalan.. keluarga.. Ibu
- Nak mendekati Allah. Jaga hubungan dengan Allah, Allah akan jaga kita. Kejayaan mesti seimbang dunia akhirat.
Beliau juga bercerita kaitan kepompong menjadi rama-rama. Saintis pernah tolong pecahkan kepompong. Rama-rama tersebut keluar tapi tak dapat terbang. Ini kerana rama-rama perlu pecahkan sendiri kepompong untuk activate kekuatan kepaknya untuk terbang.
Kejayaan yang dikejar, mestilah seimbang dunia akhirat. Antara 7 aspek yang perlu seimbang yang sempat saya catit;
- personal interest - spend time dengan diri (main bola, memancing, etc)
- spiritual - hubungan dengan Allah
- Kewangan
- Kerjaya / perniagaan / tugasan
- Hubungan silaturahim dengan orang lain - spend masa dengan ibu bapa akan dapat ketenangan.
- Contribution - sumbangan kepada masyarakat atau orang keliling.
- Thought, emotion, physiology - ketiga2 ini perlu bergerak serentak.
Solat merupakan terjemahan hidup, mengajar erti FOKUS. Hidup yang lebih hebat, cabaran pun akan lebih hebat. Sebagai contoh, pendapatan Pilot yang bawak 200 penumpang tak sama dengan pemandu bas yang membawa 40 penumpang. Lagi besar tanggungjawab yang kita bawa, lagi besar reward yang kita boleh dapat. Kalau sedang bersedih, segeralah tukar suasana dan pilih kawan yang betul. Jangan gesek biola memanjangkan kesedihan itu.
Akhir sekali, bacalah surah Al-Insyirah : "setiap kesusahan pasti ada kesenangan" ~ ulang selalu surah ni.
No comments:
Post a Comment