nuRul nFe...

Saya adalah pengedar sah SHAKLEE dan pengamal produk Shaklee tegar (highly diciplined consumer) Blog ini lebih kepada perkongsian hasil kerja Make-up, pengalaman bershaklee, dan testimoni2 sendiri walaupun ada banyak sekali testimoni2 keluarga dan customer2 saya

Dr Shaklee adalah Orang Pertama Mencipta Vitamin dan Kajian Beliau Bertepatan dengan Alam Semulajadi, Beliau Percaya Apabila Sesuatu Itu Berharmoni Dengan Alam Semulajadi, lanya Adalah Baik Untuk Kesihatan

Nurul cnurul79@yahoo.com sms / whatsapp 013-5847882 Penghantaran Seluruh Malaysia

Jom dapatkan HARGA PROMOSI bersama saya Pengedar Sah Shaklee ■ Perunding Vitamin Shaklee secara Percuma & Penerangan cara makan Vitamin Shaklee dengan cara yang betul ■ Walk in dimana-mana Branch / HQ Shaklee diseluruh Malaysia dengan menggunakan ID No. 921401 untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee hanya RM65

Juga kepada anda yang ingin menambah pendapatan, anda boleh hubungi saya Saya akan masukkan anda dalam secret group InsyaAllah saya akan guide anda sebaik mungkin Jika betul-betul fokus dalam masa 3 bulan ke atas insyaAllah akan merasa income 4 angka

Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud,"

CEBURILAH KEGIATAN PERNIAGAAN KERANA DI DALAMNYA TERDAPAT 9/10 SUMBER REZEKI"(Al-Tirmizi)

Exchange LINK

Friday, September 26, 2014

Salur Darah Tersumbat

Kebiasaannya kita akan mencurahkan air panas serta chemical pada paip singki bagi mengelakkan ianya tidak tersumbat dan perkara ini sering dilakukan setidak-tidaknya sebulan sekali pasti perlu dilakukan. Betul tak?

TAPI KENAPA TIDAK KEPADA SALUR DARAH KITA??

Paip sinki berkenaan boleh diganti pada harga yang murah tetapi salur darah kita tidak ada dijual di mana-mana kedai serta tidak boleh ditukar ganti kalau kita lambat bertindak untuk membersihkannya serta merawatnya, terutama pada mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Ini kerana plug telah melekat pada dinding darah terutama di bahagian jantung dan buah pinggang. Maka kita mudah mendapat sakit jantung dan buah pinggang.

 
Di Shaklee, kami menyediakan supplement Phytocol-ST bagi merawat lebihan kolesterol pada salur darah.  Dapatkan info lanjut berkaitan dengan supplement ini dengan menghubungi saya seperti di bawah ;


Shaklee id : [921401] Pengedar Shaklee Perak

SMS / Whatsapp : [017-4387016]
Email : cnurul79@yahoo.com
 LIKE Fan Page : PengedarShakleePerak

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Thursday, September 25, 2014

Kunyah kekacang; bagus dijadikan kudapan atau snek

Makanan mempengaruhi kesihatan & kecantikan kulit?

Tadi saya baca yang kekacang seperti badam, gajus, kacang hazel, kacang pecan bagus dijadikan kudapan (snek). Berkhasiat sebab kandungan antioksidan tinggi dan kaya dengan vitamin E dimana berkesan membantu mengekalkan lembapan dalam kulit, kulit lebih anjal, lebih berseri. Kalau macam kacang pistachio dan walnut pulak kaya dengan omega-3. Pun bagus untuk kulit.. 
 
Saya pun suka makan kacang. Tips tambahan : kalau nak lebih power, ambil hidangan badam yang dicampur bersama keju cottage (sumber selenium) sebab vitamin E kalau gandingkan dengan selenium akan meningkatkan kepoweran antioksidanya.. haa gitu lah lebih kurang 
So lepas ni jangan kunyah junk food yer, gi kunyah kekacang banyak-banyak kalau nak dapatkan khasiat Vitamin E nya. Kalau di Shaklee kami ada produk Vitamin E yang sudah dilengkapi dengan SELENIUM. Vitamin E kan boleh tutup pori2 kat muka. Sebelum ni saya asik lenyek tomata jer, but now sgt mudah just picit n sapu. Adik saya test sekali je pakai, kata best lah muka macam madu....Inilah Vitamin Cinta saya sampai sekarang iaitu Vitamin E  grape seed with Selenium.. 
Sangat2 teruja sebab kebaikan grape extract seed untuk kecantikan mmg sgt2 fofularr..and saya rasa akan mengurangkan healing crisis vit e ni untuk first timer. Dah tau kebaikan vit e with selenium, now add dengan grape seed extract lagi lah powerr..
Antara kebaikan grape seed extract yang saya cari kat en google td (ayat carca marba - ayat di-direct translate by google...ekekekeke)
Ekstrak biji anggur mengandungi pelbagai besar bahan-bahan kesihatan memberi, seperti protein, lipid, karbohidrat dan polifenol (yang datang terutamanya dalam bentuk flavonoid, juga dikenali sebagai bioflavonoids). Flavonoid istilah digunakan untuk kelas bahan kimia tumbuhan yang dikenali untuk aktiviti mereka sebagai antioksidan yang sangat kuat, dan dengan itu keupayaan mereka dalam melindungi tubuh daripada kerosakan oksidatif dan radikal bebas. Ia tidak benar-benar mengejutkan apabila anda mempertimbangkan kajian saintifik: mereka menunjukkan bahawa kuasa antioksida polifenol adalah 20 kali lebih berkuasa daripada vitamin E, dan 50 kali lebih besar daripada vitamin C.
A good "side effect": Younger looking skin. also bond with collagen, the most abundant protein in the body and a key component of skin, gums, bones, teeth, hair and body tissues.
Tu sikit je..banyak lagi kebaikannya. Best kan..


Anda juga mungkin berminat : Pemakanan untuk meningkatkan kesuburan



Shaklee id : [921401] Pengedar Shaklee Perak

SMS / Whatsapp : [017-4387016]
Email : cnurul79@yahoo.com
 LIKE Fan Page : PengedarShakleePerak
 
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Tuesday, September 23, 2014

Usaha, Doa, Tawakal dalam berblogwalking...BAGAIMANA?

Tetiba pagi ni nak wat entry TIPS berblogging cara saya...hehe... 

Untuk anak cucu cicit Shaklee saya, jangan ler segan nak berblogging yer. Dengan berblogging sedia maklum, kita boleh melawati ke blog seantero dunia, kita dapat kumpul kenalan... Mengenal kenalan dengan cerita / passion mereka tersendiri. Begitulah sebaliknya. Kita berkongsi passion kita dengan mereka. Seronok tau berblog ni. Betul tak...? Tu sebab ramai yang jadikan platform blog ni sebagai side income, sebagai soft-copy diaries..sbg informative platform...bla...bla... Sebab dengan berblog / online ni, no limitation to introducing our-self, our products, our passion, etc. Betul tak....NUFFNANG pun masyukkkkk tau !!!!...he3...

Ok...jangan lupa, hati manusia ni tuhan yang pegang, bukan manusia.. Kalau manusia ni suka dengan apa yang kita promote atau jual atau kongsikan, sekejap je Tuhan boleh bolak balikkan hati manusia untuk suka atau benci.

Jadi teruskan berkongsi cerita dan kebaikan di blog yer kawan2. Kalau boleh biarlah perkongsian yang bermanfaat. Perkongsian yang boleh memberi dan mendapat pahala juga untuk bekalan akhirat. Perkongsian adalah satu ilmu. Tak gitu kawan2. Oleh itu,  jangan berhenti ajak orang datang dan baca entry kat blog kita (blogwalking) yer.... TAPI, kalau ajak tu, jangan la sekali ajak je.. kena berkali-kali.. 

Blogwalking kena buat setiap hari. Guna ayat yang tak memaksa.... Contohnya ayat yang tak memaksa. ..begini.. 
"Hai, salam perkenalan". "seronok baca entry awak tentang .....". "saya ada share tips .... kat blog saya, jemputlah datang blog semoga bermanfaat".....
Mana tahu kali pertama ajak dia tak datang, kali ke-5 baru dia sudi datang blog kita. Macam I cakap tadi, HATI manusia ALLAH pegang... Kita usaha dengan ajak dia datang blog kita, seminggu ajak sekali, setiap minggu ajak.. janganla sehari berkali2 ajak blog yang sama.. lemas orang tu.. heheh.. Kita usaha lepas tu DOA Tuhan hantar kat kita orang2 yang suka dengan apa yang kita kongsikan di blog. Sama gak macam dengar lagu kat radio.. DJ akan pasang lagu yang sama ulang2 kali. Petang skali mlm skali pagi skali.. mule2 dengar tak sedap, masuk kali ke tiga kali ke lima.. eh sedap pulak lagu ni.. TAPI ada gak lagu yang dengar puluh kali pun kita rasa TAK SEDAP.. bukan salah DJ Tu.. tp dah memang tak suke..tul tak???

Sama gak macam berblogwalking, kadang ajak beribu kali pun ada orang yang taknak dan tak suka blog kita.. Nak buat cemana, dah cita rasa tak sama.. hihi.. Jadi jangan berhenti berkongsi.

Nampak tak.. itu baru nama USAHA, DOA, TAWAKAL... bukan terus menerus update blog tapi lupa berdoa atau asyik berdoa tapi usaha takde atau usaha dah, doa dah tapi yakin tu pulak takde.. DOA tapi tak yakin Allah pegang hati manusia..

Doalah dengan penuh yakin.. InsyaAllah ramai yang datang blog anda. SUKA dengan perkongsian anda. Kalau yang tak suka pun tak ramai mana....kan..kan..kan!!!

 

Ha...per lagi....korang2 yang datang blog ni, kalau nak dapatkan produk Shaklee atau nak join Shaklee boleh consult dengan I yer. Kalau tak nak dua2 ni, jgn lupa pulak untuk picit2 sekali Iklan Nuffnang I tu ehhh....  :)

Sekian, 
Daaaaaaaa....
Tulus Ikhlas dari Nurul NFE

Pentingkah kulit cantik?

Wanita dan kecantikan adalah sinonim. Ibarat kembar siam. Sebenarnya bukan wanita sahaja sukakan kecantikan, kaum lelaki juga tak kurang sama. Setiap orang dikurniakan Allah dengan paras rupa yang cantik, cuma darjah kecantikan itu sukar diukur dengan satu skala tertentu kerana setiap orang mempunyai persepsi yang berbeza.  Walaupun begitu setiap daripada kita sudah tentu akan berusaha untuk mengekalkan kecantikan dan keremajaaan kulitnya.  Ada yang suka pakai kosmetik tepek diluar, ada yang amalkan makan herba tertentu sebagai penjagaan dalaman, ada juga yang amalkan kaedah tertentu untuk menjaga kulit.  Penjagaan kulit yang paling berkesan adalah melalui penjagaan dalaman iaitu dengan mengambil supplement tertentu yang dapat memelihara keanjalan dan kecantikan kulit.

Antara supplement yang sering disebut-sebut berkaitan penjagaan kulit adalah vitamin E, vitamin B complex dan vitamin C.

American Academy of Dermatology (AAD) telah membuat kajian tentang kegunaan vitamin E dan Vitamin C dalam bidang kecantikan kulit. Daripada kajian yang dijalankan didapati vitamin ini sangat memberi kesan dalam penjagaan kulit.  Jom kita baca fungsi dan peranan setiap vitamin tersebut.

Peranan Vitamin E dalam kecantikan kulit:
  • Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
  • Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
  • Menjaga kelembapan kulit
  • Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel
Peranan Vitamin C dalam kecantikan kulit:
  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
  • Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit
  • Mencerahkan kulit
Peranan Vitamin B Complex dalam kecantikan kulit:
  • Sebagai pelembap
  • Mencegah pigmentasi
  • Melambatkan tanda penuaan
  • Mengubati jerawat
Kombinasi Vitamin E, B Complex dan Vitamin C menghasilkan:
  • Mengurangkan kedutan dan pembentukan garis-garis halus
  • Mencegah penuaan
  • Menjadikan kulit lebih kenyal
  • Mencerahkan kulit
  • Menjaga kulit dari sinaran UV
  • Mengurangkan parut jerawat
  • Menjadikan wajah bersinar dan bermaya
  • Menjadikan kulit wajah lebih cerah dan kemerahan
  • Menjadikan wajah lebih berseri

Kesemua set vitamin ini tersedia dalam rangkaian produk Shaklee dan sangat popular sebagai set Skincare atau ringkasnya Set D.  Sebagai tambahan, boleh juga tambahkan ESP untuk mempercepatkan pemulihan dan pembinaan sel baru.  Bila sel bertambah sihat, manfaat vitamin akan dapat diserap dengan baik oleh sel-sel tadi.  Jadi anda akan dapat lihat kesan positif dalam masa yang lebih singkat.


Shaklee id : [921401] Pengedar Shaklee Perak 
SMS / Whatsapp : [017-4387016]
Email : cnurul79@yahoo.com 

LIKE Fan Page : PengedarShakleePerak 


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Thursday, September 18, 2014

Mula percaya, kemudian jatuh cinta.

[ Shaklee Difference ]

Ramai yang "Claim" produk syarikat mereka berkesan, tapi dengan Shaklee kami MEMBUKTIKAN produk kami bukan shj BERKESAN, malah SELAMAT dan MESRA ALAM.

Ini bukan omong kosong yer..this is #‎shakleedifference. Bukan baru setahun dua bertapak. Dah lama...lebih 50 tahun di pasaran. Dah ramai mencuba, dah ramai yang merasai ‪#‎shakleeeffect‬. Makin ramai yang terus menggunakannya (bukan bermusim) dan semakin hari semakin ramai yang 'terpaksa' menjadi SID sekaligus terus jatuh cinta dgn #‎keahlianshaklee..

Ini BUKTI KUKUH...bukan produk bermusim2 yer Shaklee nih. Ini antara sebab saya percaya dan jatuh cinta dengan Produk Shaklee.
 
Buktinya ::
(1) lebih daripada 100 kertas kajian klinikal dan saintifik diterbitkan dalam jurnal saintifik yang menyokong keselamatan dan keberkesanan produk Shaklee.

(2) Penyelidikan saintifik telah menjadi teras strategi syarikat selama lebih dari 30 tahun.

(3) Shaklee mempunyai barisan saintis yang sentiasa komited dalam menjlnkan beribu-ribu kajian dan ujian kualiti terhadap 1 jenis produk sebelum satu produk itu dipasarkan. Tak ramai syarikat nutrisi yang mempunyai barisan saintis untuk membuat kajian dan ujian kualiti produk. 


 Shaklee id : [921401] Pengedar Sah Shaklee Perak 
SMS / Whatsapp : [017-4387016]
Email : cnurul79@yahoo.com
 LIKE Fan Page : PengedarShakleePerak

10 KUALITI PERIBADI YANG DISUKAI

Assalam semua rakan2 blogger sy...
Saya nak kongsikan sedikit perkongsian ilmu yang dikongsikan oleh Ustaz Dawi Cahyono Bin Nurdin dari Pusat Islam An-Nur, Universiti Teknologi Petronas baru selesai sebentar tadi.. Semoga kita bersama2 mencari hidayahNya.

1. Ketulusan (Keikhlasan) 
  • Menempati peringkat pertama sebagai sifat yang paling disukai oleh semua orang. Ketulusan membuat orang lain merasa aman dan dihargai, karena yakin tidak akan dibohongi. Orang yang tulus selalu mengatakan kebenaran, tidak suka mengada-ada, berpura-pura, mencari-cari alasan atau memutarbalikkan fakta. Prinsipnya “Ya diatas Ya dan Tidak diatas Tidak”. Tentu akan lebih ideal bila ketulusan yang selembut merpati itu diimbangi dengan kecerdikan seekor ular. Dengan begitu ketulusan tidak menjadi keluguan yang dapat merugikan diri sendiri. Ikhlas adalah asas pengabdian dalam Islam Surat Al-Bayyinah ayat 3.
2. Rendah Hati  
  • Berbeda dengan rendah diri yang merupakan kelemahan, kerendahan hati justru mengungkapkan kekuatan. Hanya orang yang kuat jiwanya yang boleh bersikap rendah hati. Ia seperti padi yang semakin berisi semakin menunduk.Orang yang rendah hati dapat mengakui dan menghargai kelebihan orang lain. Ia boleh menjadikan orang yang diatasnya merasa oke dan membuat orang yang dibawahnya tidak merasa rendah diri.
3. Kesetiaan.
  • Sudah menjadi barang langka dan sangat tinggi harganya. Orang yang setia selalu dapat dipercaya dan diharapkan. Dia selalu menepati janjinya, mempunyai komitmen yang kuat, rela berkorban dan tidak suka berkhianat.
4. Bersikap positif  
  • Orang ini Selalu berusaha melihat segala sesuatu dari kacamata positif, bahkan dalam situasi yang buruk sekalipun. Dia lebih suka membicarakan kebaikan daripada keputusasaan, lebih suka mencari solusi. Dia selalu berusaha memahami dan mengerti orang lain daripada frustasi, lebih suka memuji daripada mengecam, dsb.
5. Ceria  
  • Karena tidak semua orang dikaruniai penampilan ceria, maka keceriaan tidak semstinya diartikan ekspresi wajah dan tubuh, tapi sikap hati. Orang yang ceria adalah orang yang boleh menikmati hidup, tidak suka mengeluh dan selalu berusaha meraih kegembiraan. Dia dapat mentertawakan situasi orang lain, juga dirinya sendiri. Dia punya potensi untuk menghibur dan mendorong semangat orang lain.
Rasulullah SAW berpesan :’ Kamu tidak boleh menggembirakan semua orang dengan harta kekayaan yang kamu miliki, tetapi kamu boleh menggembirakan orang lain dengan dengan wajah yang ceria dan akhlak yang baik” ( Al- Hadis)
6. Bertanggung jawab  
  • Orang ini akan melaksanakan kewajibannya dengan sungguh-sungguh. Kalau melakukan kesalahan, dia berani mengakuinya. Ketika mengalami kegagalan, dia tidak akan mencari kambing hitam untuk disalahkan, bahkan kalau dia merasa kecewa dan sakit hati, dia tidak akan menyalahkan siapapun. Dia menyadari bahwa dirinya sendirilah yang bertanggung jawab atas apapun yang dialami dan dirasakannya. ( S. Al-Zalzalah ayat 7-8)
7. Rasa percaya diri  
  • Memungkinkan seseorang menerima dirinya sebagaimana adanya, menghargai dirinya dan menghargai orang lain. Orang yang percaya diri mudah menyesuaikan diri dengan lingkungan dan situasi yang baru. Dia tahu apa yang harus dilakukannya dan melakukannya dengan baik.
8. Berjiwa besar  
  • Dapat dilihat dari kemampuan seseorang memaafkan orang lain. Orang yang berjiwa besar tidak membiarkan dirinya dikuasai oleh rasa benci dan permusuhan. Ketika menghadapi masa-masa sukar dia tetap tegar, tidak membiarkan dirinya hanyut dalam kesedihan dan keputusasaan. ( S. Alim Imran 159)
9. Orang-orang yang “Easy Going” menganggap hidup ini ringan.  
  • Dia tidak suka membesar-besarkan masalah kecil. Bahkan berusaha mengecilkan masalah-masalah besar. Dia tidak suka mengungkit masa lalu dan tidak mahu khawatir dengan masa depan. Dia tidak mahu terbeban dengan masalah-masalah yang berada diluar kontrolnya.
10. Empati  
  • Adalah sifat yang sangat mengagumkan. Orang yang berempati bukan sahaja pendengar yang baik, tapi juga dapat menempatkan diri pada posisi orang lain. Ketika terjadi konflik dia selalu mencari jalan keluar terbaik bagi kedua belah pihak, tidak suka memaksakan pendapat dan kehendaknya sendiri. Dia selalu berusaha memahami dan mengerti orang lain.

 Shaklee id : [921401] Pengedar Shaklee Perak 
SMS / Whatsapp : [017-4387016]
Email : cnurul79@yahoo.com
 LIKE Fan Page : PengedarShakleePerak

Wednesday, September 17, 2014

Allah, kuatkanlah keyakinan hati ini bahawa rezeki itu adalah milik Mu.

BERBAIK SANGKA LAH DENGAN ALLAH

Sebagai orang Islam, kita dah diajar oleh ibu bapa kita, nenek kita, guru dan ustazah kita. Walau apapun yang kita lakukan, walau bisnes apa pun yang kita jalankan, kita perlu berbalik kepada Dia, Allah Maha Pencipta. Dalam setiap proses kehidupan atau proses perniagaan, kita perlu ada Dia disisi kita. Bukan sahaja sewaktu kita mula mencari-cari idea untuk bisnes, tetapi juga sewaktu kita sudah berada di puncak. Orang lain mungkin silih berganti, tetapi Dia pasti tetap bersama kita.

Tapi, apa yang berlaku kita bermula dengan tidak berasa yakin Allah boleh membantu kita. Sebab itulah kadang-kadang kita nak resign pun masih ragu-ragu. Maaf, saya bukan nak encourage orang untuk berhenti kerja, tetapi ini untuk mereka yang dah tak berminat bekerja, mereka yang lebih berminat nak berbisnes. Hati dah tak berada dalam ofis tu, jiwa dah memberontak, diri merasakan terseksanya terpaksa bangun pagi setiap hari, meninggalkan anak kecil dijaga dan dibelai oleh bibik saban hari. Tapi bila hati dah kuat nak resign, mulahlah rasa bolehkah kita hidup kalau berhenti kerja di company yang kukuh ini? Company yang besar ini? Biasanya bonus 4 bulan, ada juga company yang beri bonus 12 bulan?..

Semua ini berlaku kerana kita tidak yakin dengan Allah. Di mulut memang kata yakin, tapi sebenarnya kecut perut. Nak start buat bisnes pun takut-takut. Takut gagal ! Kenapa kita takut gagal sedangkan kita ada Allah? Inilah dia kerana kita tidak memulakan sesuatu perbuatan itu bersama-sama Allah. Kita tidak tanyakan kepada Dia dulu. Minta idea Dia dulu, minta permission Dia dulu?..

Setiap apa yang kita lakukan sebenarnya kita perlu sandarkan dan bergantung dengan Allah. Tapi, kita perlu yakin dan berbaik sangka dulu bahawa Allah itu adalah segalanya. Berbaik sangkalah dengan Dia. Bila kita mula berbaik sangka dengan Dia, barulah dia akan memberi, memberi dan memberi lagi. Dulu saya pun sama, kita sentiasa terasa kita ni banyak dosa dengan Dia. Kita terlalu diajar tentang takutkan api neraka..betul..memang tak salah..supaya itu akan menghindar kita dari melakukan dosa.

Tapi, bila saya lebih faham apa yang diajar oleh Mentor, berbagai 'law' yang diajar, kita relatekan dengan agama kita, dengan kefahaman kita. Ini lah 'law of attraction'. Apa kata kita mula ingatkan syurga. Sentiasa menyebut syurga, barulah kita dapat syurga dan sentiasa ingat Allah itu Maha Penyayang, Maha Pengampun. Maka kita akan rasa lega sangat. Rupanya Allah mengampunkan dosa kita kerana Allah tu Maha Penyayang. Allah itu Maha Pemberi Rezeki, bukannya syarikat yang kukuh itu yang memberi rezeki tapi semuanya datang dari Allah jua..

Sebenarnya, bila kita dah mula berbaik sangka dengan Allah, segala rintangan dalam bisnes dan sebagainya, kita akan rasa tenang sangat. Pasti Allah nak menguji kita supaya kita menjadi lebih kuat dan Dia dalam proses nak menaikkan darjat kita lagi. Allah nak memberi lagilah tu. Bila berbaik sangka dengan Allah, terasa hidup sangat mudah. Doa dapat..doa dapat..doa dapat...Yang best lagi, bila kita mula berbaik sangka dengan Allah, terasa nak melekat je kat sejadah, terasa nak berlama-lamaan di situ merayu-rayu dan meminta-minta pada Dia. Dulu selalu rasa pelik kenapa la tok kita, mak ayah kita, kalau solat tu lamanyaa tak habis-habis. Kita ni, berapa minit je dah setel. Rupanya bila kita kenal Allah barulah tahu betapa nikmatnya berlama-lamaan di atas sejadah. Betapa nikmatnya bila dapat berkomunikasi dengan Allah. Dalam kereta ke, dalam ofis ke atau di mana sahaja kita boleh berkomunikasi dengan Allah. Semakin banyak kita berkomunikasi dengan Allah, semakin banyak kita berdoa dengan Allah semakin timbul perasaan baik sangka dengan Allah.

Di rumah juga, kita kurangkan menakut-nakutkan anak-anak kita dengan api neraka, tetapi lebih kepada menampakkan mereka dengan syurga Allah. Pagi-pagi semasa minum pagi dengan anak-anak, kami berdoa" Ya Allah, berkatilah rezeki yang Engkau berikan kepada kami dan masukkanlah kami ke dalam syurgaMu.." kalau ikutkan, doa asalnya.."Ya Allah, berkatilah rezeki yang Engkau berikan kepada kami dan jauhkanlah kami dari api neraka". Kami tukar kepada syurga kerana pagi-pagi tak naklah bayangkan api neraka..pagi-pagi kami nak bayangkan keindahan syurga...

Bukankah bila kita sentiasa menampakkan kebaikan Allah, kita semakin berbaik sangka dengan Allah? Dan bila kita mula berbaik sangka dengan Allah, kita akan rasa Allah nak beri lagi..nak beri lagi..nak beri lagi...

ALLAH MAHA ADIL...ALLAH MAHA PEMBERI REZEKI
Kredit : Page Anis Choc
 
 

Wednesday, September 10, 2014

JANGAN Ikut BUDAYA Melayu, IKUT Apa Yang NABI Ajar !

JANGAN ikut BUDAYA Melayu. IKUT apa yg Nabi AJAR. 

Cerita penceramah & pakar kaunseling rumahtangga TUAN HJ HUSSIM, sahabat baik Dato Fadzilah Kamsah. Dia mengaku sgt bahagia bersama isterinya... 
Katanya," Sy bangga nak bagi tahu semua, dulu waktu anak-anak kecik, sayalah tukang cuci punggung anak2, salin lampin, sampai anak pancut kat muka, sayalah tukang basuh baju lampin semua...tu kerja saya...Isteri sy kata, "abg, malam2 abg ambik alih buat kerja tu semua ok"...kita sama2 kerja. 

"Saya nak bagitahu, dalam rumahtangga, suami kena rajin. Tak boleh malas...Lani dah senang, baru saya cari pembantu kat isteri saya. Tapi saya bangga nak bagi tahu itu yg sy buat dalam rumhatangga selama ini. Jemur baju kat luar, jiran sebelah tegur. Semua tu kerja saya dan sy tak malu mengaku.." 

Berforum pula sy dgn USTAZ NIZAM KADIR, katanya..
  • suami kena rajin, sampai siapkan makan untuk isteri sampai isteri boleh mkn, 
  • siapkan pakai sampai suami tolong iron baju isteri,  
  • siapkan rumah sampai suami yg jaga kebersihan rumah, mengemas semua suami,

Habis isteri?
Isteri sediakan diri untuk suami, bercantik2, picit2 suami, bermuka manis. Kalau isteri buat kerja rumah, isteri dapat pahala.
 
Sebab tu kalau sama2 kerja, sama2 buat, tapi suami kena lebih sebab tu memang tanggungjawab suami.  
 
Isteri kalau buat lebih, suami jangan lepas tgn pula, kena ada belas kasihan sebab ni bukan tugas isteri. Tapi hari ini perempuan buat kerja sampai tak ada masa rehat langsung, Mana tak tarik muka, mana muka tak nampak penat. Mana tak komplen suami. Macam mana nak bahagia rumahtangga?

Kita hari ni org Melayu nampak suami buat lebih sikit, kita kata isteri dia queen control, Padahal itu yg Islam suruh. Org perempuan buatlah kerja macam2, dlm hati dok menyumpah seranah, dalam hati dok kata nak redho tapi tak ikhlas2 juga, sia2 saja.Last2 penat dpt, dosa pun dpt"

USTAZ ZAHAZAN MOHAMAD:
"Menurut pendapat masyhur kalangan EMPAT MAZHAB, seorang isteri tidak diwajibkan melayani suaminya iaitu menyediakan makan, mencuci pakaian dan seumpamanya. Seandainya isteri melakukannya, ia hanyalah sebagai kesopanan atau akhlak mulia terhadap suami. Bukan kerana kewajipannya.

Oleh itu, jika suami menuntut isterinya atas masalah ini ke pengadilan syariah, maka tetap isteri tidak boleh dipaksa (tidak diwajibkan) melayani suaminya. Maka, sangatlah adil kalau suami bekerja, memeras keringat untuk menanggung kehidupan keluarganya. Sedangkan isteri bekerja d i rumah melayani kepentingan keluarga.

Jika isteri bekerja di luar rumah (sama2 mencari nafkah) , maka sudah seharusnya suaminya turut membantu menyelesaikan pekerjaan di rumah. Apalagi jika mereka mempunyai anak yang masih kecil"

Jika kita tiada ilmu, jangan kita memandai-mandai menjatuhkan hukum semua urusan rumahtangga adalah kewajipan isteri.

Ikutlah acuan yg Nabi ajarkan. Saidatina Aisyah melaporkan Nabi ketika di rumahnya, bagindalah yang paling bnyk senyum pada isterinya, yg paling bnyk khidmat dan buat kerja rumah untuk isterinya....

Menjadi wanita tidak penat. Jika suami faham tanggungjawab.
Menjadi suami tidak penat, bilamana semua beban kerja hilang dgn melihat senyuman, kecantikan dan kasih syg seorang isteri.

Adilnya Islam bila kita sama2 membantu...sama2 memuliakan antara satu sama lain. Apa yang penting KERJASAMA.

SEMOGA ALLAH AMPUNKAN KITA SEMUA.
 
 

Friday, September 5, 2014

Kenapa Rahim Bengkak?


Semoga penjelasan dari pakar ni menghapuskan semua kontroversi. Jom ambik tahu yer wahai rakan2 SID sekalian terutamanya team saya. Suka saya menggalakkan anak2 buah saya agar sentiasa menggali ilmu bersama mereka yang pakar. Bukan samata untuk menjual sahaja. 
Kenapa Rahim Bengkak?
Ramai pula yang inbox saya tentang isu ini. So, better saya buat sedikit 'press conference'. hihi.. Untuk kita semua lebih jelas.

Ok.

Basically,

Rahim = Uterus (terdiri dari pangkal rahim, badan rahim dan saluran fallopian)

Kilang telur = Ovari.

Ramai pesakit saya tak pasti samada uterus atau ovari yang sebenarnya membesar, so mereka akan just kata 'rahim'.

So, jika anda berhadapan dengan perkara ini, lebih baik dapatkan diagnosis sebenar pada doktor. Uterus atau ovari yang bengkak?

Uterine fibroid atau Ovarian cyst adalah antara salah satu masalah yang selalu diperkatakan sebagai 'rahim bengkak'.

Kajian menunjukkan bahawa 20-50% wanita mempunyai sekurang-kurangnya 1 fibroid dan kebanyakkan mereka tidak pernah tahu atau tidak di diagnosis oleh mana-mana doktor ataupun accidentally dikesan semasa melakukan scan. (Rujukan: Life extension book : Disease prevention and treatment; 2003: Page 1569).

Dalam 99% kes uterine fibroid, ia adalah bukan jenis kanser.

Sehingga sekarang, tidak ada seorang doktor atau saintist yang pasti apakah yang menyebabkan uterine fibroid atau ovarian cycts ini berlaku. Anda tidak boleh menuding jari mengatakan rahim anda bengkak di sebabkan satu perkara sahaja. Sesuatu diet, produk atau apa-apa supplement.

Beberapa kajian jelas menunjukkan bahawa fibroid atau cyst berlaku disebabkan beberapa kombinasi faktor, di antaranya adalah kerana :

1. Hormon Estrogen yang berlebihan.

- fibroid atau cyst adalah ketumbuhan sel yang bergantung pada estrogen. Jika hormon estrogen dan progesteron dalam badan anda tidak seimbang, anda pasti berisiko untuk mendapat penyakit ini.

Keadaan seperti ini sangat ketara dalam mereka yang mengalami masalah PCOS yang boleh menyebabkan infertility.

Penggunaan pil perancang keluarga juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan estrogen dan boleh mengaktifkan fibroid atau cycts.

2. Lambakan xenoestrogen dalam badan.

Xenoestrogen adalah 'estrogen sintetik' yang terdapat dalam persekitaran (makanan, air, kimia dari industri pertanian dan penternakan).

Dalam kata lain, ia adalah estrogen palsu dalam badan. Ia boleh merangsang atau mengganggu fungsi estrogen dalam badan.

Dari mana datangnya xenoestrogen ini?

- phthalates (bahan dlm plastic atau getah)
- racun serangga (pesticides)
- tobacco by products.

3. Obesiti.

- Lemak berlebihan dalam badan akan mengaktifkan satu sistem yang kita panggil 'Endocanabinoid system'. Sistem ini akan mengganggu fungsi-fungsi hormon yang lain dan juga boleh menyebabkan silent inflammation atau radang yang tinggi dalam badan.

Ini bukan sahaja menyebabkan ketumbuhan, malah berisiko untuk mendapat pelbagai jenis kanser.

4. Genetik

- Jika anda mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit yang sama, anda juga boleh mempunyai risiko yang sama.

Apa tanda-tanda fibroid atau cyst?

Kebanyakkan wanita tidak mempunyai sebarang tanda. Tak sedar pun ia wujud dalam badan kita. Tetapi, jika ia semakin aktif atau membesar, ia boleh menunjukkan simptoms tertentu.

Antara simptoms-simptoms fibroid /cyst adalah :

- haid yang tidak teratur / berpanjangan
- sakit perut
- sakit ketika hubungan kelamin
- perut membuncit
- pendarahan abnormal

Perlukah operation?

Pada kebiasaannya, tidak memerlukan operation sekiranya ia tidak mengganggu dan tidak membesar. Tetapi Jika fibroid menyebabkan pendarahan yang berterusan, anda perlu melakukan pembedahan.

So? Macamana nak elakkan memandangkan kebanyakkan wanita berisiko?

Cadangan diet yang sesuai :

1. Elakkan makanan yang menggalakkan pertumbuhan fibroid seperti : Produk berasaskan tenusu, daging merah, makanan bergoreng, makanan dan minuman bergula, salt, kafein dan alkohol.

2. Buahan dan sayuran segar yang mengandungi banyak phytoestrogen. Plant estrogen ini membantu kestabilan estrogen dalam badan.

3. Makanan berserat tinggi boleh membantu mengurangkan estrogen berlebihan dalam badan - fecal estrogen meningkat. Ini menyebabkan fungsi estrogen dalam badan lebih stabil dan mengurangkan tahap xenoestrogen dalam badan.

4. Kawal berat badan

5. Tidak merokok atau menjadi perokok pasif.

Ok, ramai juga orang tanya : Soya produk tak bagus untuk wanita?

Banyak perbahasan tentang isu soya ini. Ada yang pro dan cont.

Beberapa kajian yang mengatakan wanita yang mempunyai fibroid tidak boleh mengambil soya kerana kandungan isoflavinoids Genistein dan Daidzein boleh menggalakkan estrogen aktiviti.

Kajian lain pula menunjukkan bahawa negara seperti Jepun yang mengamalkan pengambilan soya Sebagai makanan utama mempunyai kadar penyakit kanser rahim yang sangat rendah berbanding negara yang tidak mengambil soya langsung.

(Michael T. Et al, 2012), Candangan yang mengatakan pengambilan soya adalah tidak sesuai untuk wanita yang mempunyai cyst atau fibroid tidak tepat. Ini kerana isoflavinoid dalam soya mempunyai kesan estrogen yang berbeza pada sel-sel badan yang berbeza. Soy phytoestrogen tidak mempunyai kesan meransang sel fibroid tetapi ia mempunyai kesan'anti-estrogen' di mana ia membantu mengecutkan fibroid. Tetapi, pastikan sumber soya anda adalah dari jenis soya yang tidak dimodifikasi secara genetik (non-GMO).

Walaubagaimanapun, bersederhana adalah jalan yang terbaik. Cadangan pengambilan antara 45 - 90mg soy sehari.

Soya, nuts, flaxseed mengandungi phytoestrogen yang baik.

Nutrition supplement yang dicadangkan untuk anda yang mengalami fibroid atau cyst :
  • Lipotrophic factor spt Innositol dan Choline membantu detoxification estrogen - melancarkan pemecahan lemak dibahagian hati.
  • Immune enhancing nutrient - coQ10, vitamin c, vitamin e, selenium dan zinc
  • Omega 3 (EPA + DHA) - antiinflammasi.
  • Liver enhanced detox supplements - milk thislte, dandelion dan artichoke.
  • Vitamin B - membantu proses detoksifikasi (methylation) dalam sel hati.
  • Grape seed extract - strong antioxidant dengan ORAC yang tinggi
  • Green tea - powerful antioxidant

GLA boleh ke?
  • GLA adalah good omega 6 yang membantu mengurangkan randang dan membantu kestabilan hormon.
  • GLA dari minyak borage adalah yang terbaik berbangin dari EPO.
  • Minyak yang kita gunakan untuk menggoreng seperti minyak jagung, corn oil dan minyak sunflower juga mengandungi omega 6 tetapi minyak jenis ini lebih bersifat pro-radang dan menyebabkan keradangan.

Hati-hati dalam penggunaan minyak yg kita goreng, kerana ini antara sebab fibroid dan cyst boleh semakin membesar.
Semoga sedikit sebanyak memberi manfaat untuk kita semua.

Take care of your health.

Wanita - Anda Istimewa

Luv,

Dr. Malinda

Nak produce sesuatu masakan senang je. Google resipi, sediakan bahan, bancuh2 dan campak. Masakan siap. Contoh nk buat donut. Kejap je siap. Yer tak
 
TAPI
 
Suplemen shaklee tidak begitu. Tak bolih main campur2, bancuh2 kemudian tempek label Shaklee.. oh tidak.... Sebaliknya setiap produk yg dikeluarkn bukan sahaja ada clinical test, lengkap barisan saintis, jurnal, landmark study tapi fakta paling best BERTAHUN R&D dijalankan. Bertahun yer bukan sebulan dua. Contoh nutriferon amik masa 40thn. Haaaaaa..jenuh tunggu !!!  So bolih bayangkan kualitinya cam ner. Tu baru satu contoh, belum bagi contoh produk shaklee yang lain.
 
Teringat haritu perkongsian leader kat HQ Shaklee di Pleasanton. Mereka dikenalkan dengan barisan saintis yang terlibat dengan kerja2 penghasilan dan ujikaji produk. Setiap team lain task seperti team untuk produk jenis serbuk, untuk jenis tablet...dan mcm2 lg ..bukan main2 tu...

Kesimpulannya, terlalu banyak keistimewaan dan kelebihan. Fikir-fikirkanlah sendiri. Kalau saya ckp lebih-lebih, kata berat sebelah pulak.

#sayajualShaklee
#ShakleeEffect

Perangkap Ujian Psikometrik SPA Exam Penguasa Kastam

Assalamualaikum....

Wah...wah....wah...esok exam Penguasa Kastam kan???. Masih belum terlambat untuk korang menggali tips2 mencawab exam tu kan...Sini ada sedikit tips untuk menjawab seksyen Psikometrik nanti.

Dalam peperiksaan online yang baru dimulakan oleh SPA mengandungi 3 seksyen iaitu Pengetahuan AM, Penyelesaian Masalah dan juga seksyen baru iaitu Psikometrik. 

Ia lebih kepada ujian personaliti calon peperiksaan SPA. Seksyen C  iaitu Ujian Psikometrik mengandungi 200 soalan dan perlu dijawab oleh calon dalam masa 1 jam iaitu 60 minit. 

Pada seksyen ini lebih kepada soalan soalan perangkap yang boleh memerangkap calon dalam membuat keputusan. Soalannya tidaklah susah dan berbentuk ya atau tidak. Namun, kesannya kepada keputusan peperiksaan sangat besar.

Dalam peperiksaan Penguasa Kastam dikatakan seramai 85,918 orang calon dipanggil untuk peperiksaan online ini.Antara fungsi psikometrik ialah menapis calon agar memenuhi kriteria yang perlu ada pada seorang penjawat awam.

Wahhhh...ramai kan candidate yang layak. Mungkin korang antara yang The Best Among The Best!!!! InshaAllah rezeki tu ada di mana2 dan berpihak kepada yang terpilih sahaja.

GOOD LUCK !!!

Wednesday, September 3, 2014

Format Peperiksaan Penguasa Kastam W41 (06 September 2014)

Hi all;

Hari ni nak share Format Online Exam untuk Penguasa Kastam pula. Berkait rapat dengan entry semalam. Tips dan format ni saya ambil dari Infokerjaya Resources di mana saya adalah salah seorang subscriber untuk mendapatkan maklumat yang tepat sebagai rujukan sebelum2 ni. Jadi saya panjangkan perkongsian ini yang mungkin berguna untuk para candidate...
Format Peperiksaan Penguasa Kastam W41 ini mempunyai 3 seksyen yang baharu seperi berikut :

Seksyen A – Pengetahuan Am

Dalam seksyen ini, calon diuji pengetahuan berkenaan urusan perkastaman, bidang ekonomi dan kewangan, perdagangan antarabangsa, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, keselamatan negara, undang-undang, sosial, dasar-dasar kerajaan dan lain-lain perkembangan dalam negara dan luar negara.
Masa : 40 minit
Soalan : 50 (aneka pilihan)

Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut:

(i) Kemahiran Logik
Calon diuji dari aspek pengetahuan, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat.

(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data
Calon diuji dengan menggunakan pelbagai perangkaan dan data-data untuk dianalisis.

(iii) Konsep Matematik dan Akaun
Calon diuji dengan konsep Matematik dan Akaun, kemahiran numeric serta kuantitatif untuk mengukur kemahiran asas matematik, pemahaman konsep dan kebolehan berfikir secara kuantitatif.
Masa : 45 minit
Soalan : 40 (aneka pilihan)

Seksyen C – Ujian Psikometrik

Calon-calon dikehendaki menjawab item-item yang mengukur gagasan personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran.
Masa : 1 jam
Soalan : 200 (aneka pilihan)

Kalau uols berminat untuk mendapatkan Pakej Rujukan Peperiksaan Online Penguasa Kastam boleh dapatkan di SINI. atau Klik Gambar

Sharing is Caring!!!! 

http://penguasakastam.com/?aff_id=85&camp_id=1854


Tuesday, September 2, 2014

Tips Peperiksaan Penguasa Kastam 6 September 2014

Baru-baru ini SPA telah memanggil calon-calon Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41 untuk menduduki peperiksaan 6 September 2014 melalui SMS dan juga emel. Tahniah yer kepada sesiapa yang namanya tersenarai dalam jemputan tersebut. Sebelum ni jemputan untuk Penolong Penguasa Kastam. Apa pendapat korang dengan sistem peperiksaan online yang diadakan oleh pihak SPA kali ni? Sebab peperiksaan akan datang bukanlah kali yang pertama yer. Kepada yang berpengalaman sebelum ni, adakah anda berpuas hati? Entry ni, bukan nak buat survey ker apa ker...just nak share tips ngan korang2 yang akan menduduki peperiksaan tersebut. 
contoh soalan pengetahuan am matematik IQ ujian psikometrik peperiksaan penguasa kastam w41 300x157 CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN PENGUASA KASTAM W41

Panggilan peperiksaan kali ini juga adalah secara online dan diharapkan ianya berjalan lancar tidak seperti exam online sebelum ini. Terjadi kepada kawan satu office, dimana beliau dah menjawap soalan peperiksaan tersebut, malangnya bila keputusan keluar, nama beliau tidak tersenarai dalam database....Adakah GAGAL ? Adakah LULUS ? atau adakah beliau TIDAK menduduki peperiksaan tersebut? Tiada jawapan untuk soalan ni. Yang pastinya beliau memang telah menduduki peperiksaan tersebut.

Disini saya sharekan beberapa tips yang mungkin dapat membantu anda mensiap siagakan diri... :)

[Tips 1] Laptop dan internet mesti laju

Anda bakal jawab soalan secara online. Gunakan laptop atau komputer yang baru dan sambungan internet yang laju supaya anda tidak terputus sambungan semasa jawab soalan nanti. 

Apa terjadi jika komputer dan connection internet slow? Ya...anda mungkin perlu refresh kembali internet anda dan kemungkinan besar jawapan yang telah anda jawab akan hilang! Ia pernah berlaku kepada calon bagi exam yang lepas. Elakkan guna komputer pejabat jika anda menjawab soalan pada waktu pejabat. (Mungkin sebab ini yang terjadi kepada kawan saya)

Pinjam laptop rakan anda yang lebih terkini dan pastikan internet anda laju untuk elakkan anda buat kerja dua tiga kali.

Ingat...Masa anda sangat TERHAD!

[Tips 2] Dapatkan link dalam emel anda

Jangan guna link akses ke ruang menjawab soalan daripada e-semakan di halaman web SPA. Kerana pada waktu tersebut, ramai yang akan kunjungi e-semakan untuk dapatkan link pada waktu yang sama.

Trafik amat tinggi! Anda mungkin ambil masa yang lama untuk loading web tersebut sedangkan ada mereka yang lain telah mula jawab soalan.

Ini boleh buatkan anda gelisah. Solusinya, buka emel anda dan dapatkan link pautan akses pada emel yang dikirimkan oleh pihak SPA.

Ingat 2 perkara...

1. Laptop dan internet mesti laju
2. Dapatkan link dalam emel anda

Semoga tips ini memberi manfaat kepada anda.!!