nuRul nFe...

Saya adalah pengedar sah SHAKLEE dan pengamal produk Shaklee tegar (highly diciplined consumer) Blog ini lebih kepada perkongsian hasil kerja Make-up, pengalaman bershaklee, dan testimoni2 sendiri walaupun ada banyak sekali testimoni2 keluarga dan customer2 saya

Dr Shaklee adalah Orang Pertama Mencipta Vitamin dan Kajian Beliau Bertepatan dengan Alam Semulajadi, Beliau Percaya Apabila Sesuatu Itu Berharmoni Dengan Alam Semulajadi, lanya Adalah Baik Untuk Kesihatan

Nurul cnurul79@yahoo.com sms / whatsapp 013-5847882 Penghantaran Seluruh Malaysia

Jom dapatkan HARGA PROMOSI bersama saya Pengedar Sah Shaklee ■ Perunding Vitamin Shaklee secara Percuma & Penerangan cara makan Vitamin Shaklee dengan cara yang betul ■ Walk in dimana-mana Branch / HQ Shaklee diseluruh Malaysia dengan menggunakan ID No. 921401 untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee hanya RM65

Juga kepada anda yang ingin menambah pendapatan, anda boleh hubungi saya Saya akan masukkan anda dalam secret group InsyaAllah saya akan guide anda sebaik mungkin Jika betul-betul fokus dalam masa 3 bulan ke atas insyaAllah akan merasa income 4 angka

Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud,"

CEBURILAH KEGIATAN PERNIAGAAN KERANA DI DALAMNYA TERDAPAT 9/10 SUMBER REZEKI"(Al-Tirmizi)

Exchange LINK

Monday, May 27, 2013

Khas untuk Ibu | kerana dirimu begitu berharga !!!

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu

Bila keseorangan, yang sentiasa disampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu
*****************************************

Dalam kesibukan harian kadang kita [ibu] terlupa untuk menjaga kesihatan diri sendiri [ibu].  Fitrah seorang ibu lebih mementingkan kesihatan anak-anaknya, dipastikan anaknya mendapat makanan, susu dan penjagaan terbaik.  Kadang pemakanan untuk diri sendiri [ibu] diabaikan, sering berlaku ibu-ibu makan ala kadar, makan tak tentu masa, kadang skip makan. 

Makan banyak dengan makan sihat sama sekali tidak sama. Makan banyak boleh jadi makan HAMPAS sahaja. Tambahan pula jika ibu itu:
  • Kerap makan di luar (biasanya ibu bekerja) 
  • Makan makanan segera, makanan rapu, etc
  • Sangat sibuk hingga selalu skip makan
  • Selalu berada dalam keadaan stress
  • Kurang rehat
  • Tak cukup tidur
  • Sering sakit
  • Mengalami masalah kesihatan
Ini belum cerita tentang khasiat makanan yang diambil, maklum sajalah kalau beli makanan di luar belum tentu dimasak dengan suhu yang betul, tahap kebersihannya, belum diambil kira bahan pengawet, perisa tambahan dan macam-macam lagi.

Jadi ibu ini memerlukan sokongan dari segi vitamin/suplement  bagi memenuhi keperluan tubuh yang tidak dapat dipenuhi/dirosakkan oleh perkara-perkara di atas.

Vitamin yang sesuai untuk ibu-ibu adalah seperti berikut:
Credit : Mommy lina
Jadi para ibu sekalian, jagalah kesihatan diri agar kita [ibu] sihat dan mampu menjaga kesihatan keluarga tersayang! Kepada anak2 [ibu], kasihilah ibu anda. Berikan yang terbaik buat mereka.

Hubungi saya untuk mendapatkan diskaun istimewa. 

Shaklee id : [921401] 
Untuk belian dan pertanyaan produk :
 SMS : [013-4381929]
Order form : SINI
Email : [cnurul79@yahoo.com]
 
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Friday, May 24, 2013

Elak Alzheimer dengan OMEGA GUARD

Alzheimer atau sebutannya alz-zhai-me, merupakan sejenis penyakit penurunan fungsi saraf otak yang kompleks dan progresif. Penyakit Alzheimer bukannya sejenis penyakit berjangkit. Penyakit Alzheimer adalah keadaan di mana daya ingatan seseorang merosot dengan teruknya sehinggakan pengidapnya tidak mampu mengurus diri sendiri. Penyakit Alzheimer bukannya `nyanyuk' yang sekadar satu proses penuaan. Sebaliknya, ia adalah sejenis masalah kesihatan yang amat menyeksakan dan perlu diberikan perhatian.

Individu Yang Berisiko Mendapat Penyakit Alzheimer :
  • Menghidap hipertensi apabila mencecah usia 40 tahun keatas.
  • Penghidap penyakit kencing manis / diabetes
  • Kurang melakukan senaman
  • paras kolesterol yang tinggi
  • Faktor keturunan - mempunyai ahli keluarga yang menghidap penyakit ini pada usia lingkungan 50 an.
Peringkat Alzheimer
  • Lupa meletakkan kunci kereta, mengambil baki wang, tidak mahu membeli barang ke kedai, lupa nombor telefon atau dos ubat yang biasa dimakan antara sebahagian gejala ringan.
  • Apabila pesakit lupa mencampurkan gula dalam minuman, garam dalam masakan atau cara-cara membancuh air dikategorikan sebagai peringkat sederhana.
  • Apabila pesakit sudah tidak mampu melakukan perkara asas seperti menguruskan diri sendiri, keliru dengan keadaan persekitaran di rumah, tidak mengenali rakan-rakan atau ahli keluarga terdekat, ia menandakan tahap pesakit di peringkat yang serius.
  • Pesakit juga boleh menjadi seorang yang agresif, cepat marah dan hilang minat untu berinteraksi atau hobi yang pernah diminatinya. Dianggarkan bahawa pada sekitar 1950-an kira-kira 2.5 juta penduduk dunia menghidap penyakit ini. Pada tahun 2000, penghidap Alzheimer dijangka mencecah hingga enam juta orang.
  • Pesakit yang berada di tahap sederhana dan teruk akan menunjukkan tingkah laku yang pelik. Antaranya, seperi menjerit, terpekik dan mengikut penjaga ke mana sahaja  walaupun ke tandas.
Sumber asal

Apa kaitannya dengan OMEGAGUARD ni?
Omega 3 bukan sahaja penting untuk perkembangan memori bayi dan kanak2, tetapi ia juga dapat mengurangkan risiko alzheimer yang semakin tinggi peratusannya di kalangan warga tua malahan di kalangan dewasa.

Peranan Omega 3 lambatkan Alzheimer.
Sebenarnya penyakit Alzheimer atau nyanyuk tiada penawar tetapi kita boleh melambatkan kehadiran nyanyuk itu melalui pemakanan yang sihat, rajin bersenam dan mengurangkan stress.

Berdasarkan hasil kajian Framingham, seorang dewasa yang mengambil hidangan asid lemak Omega 3 secukupnya iaitu 2-4 gm setiap hari, tubuhnya mempunyai cukup kandungan DHA yang membantukan menurunkan kebarangkalian untuk mendapat penyakit Alzheimer atau nyanyuk sebanyak lebih 9 tahun berbanding orang yang tidak mengambil cukup Omega 3.

Setiap kapsul Shaklee omega guard, mengandungi 100mg Omega 3 yang mana pengambilan sebanyak 3 kapsul Shaklee Omega setiap hari dapat menampung keperluan harian omega 3 bagi orang dewasa. 

Selain itu, mungkin ramai yang berfikir asid folik penting untuk bayi, kanak2, ibu menyusu dan ibu mengandung. Sebaliknya orang dewasa pun amat memerlukan asid folik untuk melambatkan Alzheimer. Asid folik menurunkan homosistein dan meningkatkan fungsi kognitif manusia.

Oleh itu, ambillah Shaklee Omega Guard dan B complex (lengkap dengan asid folik) untuk menyokong kekuatan memori anda dan juga melambatkan Alzheimer.
 

Wednesday, May 22, 2013

Nak tahu berapa liter air diperlukan mengikut keperluan berat badan?

Nak tahu berapa jumlah air yang perlu anda minum sehari??? Mudah sahaja nak buat kira-kira ni...baca lagi kat bawah ni ek...:)
 
1 liter air adalah keperluan yang diperlukan setiap 25kg berat badan.  
Ini maknanya jika berat badan anda 75kg; jadi jumlah air kosong yang perlu anda minum sehari  ialah 75kg÷25kg = 3 liter.

Wahh banyaknya nak kena minum!  Bukan ke nanti kerap ke tandas pula bila minum banyak ni?  Aha..Ada cara minum yang betul supaya air yang diperlukan oleh badan kita mencukupi dan diserap badan serta memberi manfaat kepada tubuh kita.  

Mula-mula mungkin agak sukar, tak biasa, asyik terlupa nak minum dan sebagainya. Lama kelamaan pasti anda akan biasa dan selesa dengan rutin baru ni.
  • Pastikan botol air yang berisi air kosong sentiasa hampir dengan kita. Bila dah depan mata jer, mesti teringin nak minum
  • minum setiap 15 minit sekurang2nya 2-3 teguk air...sikit2 lama2 jadi bukit.
  • Positifkan minda minum air kosong untuk kesihatan. Jangan asik fikir tak sedap jer...sy pun tak tau tang mana yang dikatakan tak sedap. Pada sy, minum air kosong lagi puas rasa tekak. 
Oh ya, jumlah 3 liter tu adalah jumlah AIR KOSONG sahaja. Ada yang panggil air putih. Tak kisah ler aper pun gelarannya. Yang pasti bukan termasuk teh, kopi, jus dan sebagainya. 

Kenapa kita perlu minum air kosong?    
  Nak tau kenapa...sebab fungsi air kosong adalah:
  • Dapat mengawal suhu badan 
  • Supaya organ tubuh sentiasa lembap dan berfungsi dengan baik
  • Membantu buah pinggang singkirkan bahan buangan dan toksik dari tubuh dengan lebih mudah.
  • Air merupakan pembawa dan pelarut mineral, nutrien serta oksigen ke semua sel tubuh 
  • Juga bertindak sebagai pelincir kepada sendi-sendi. Secara tidak langsung berupaya menghindari penyakit sendi dalam jangka masa panjang.
Jadi, minumlah air kosong yer...

Tuesday, May 21, 2013

Belasah Isteri hamil mengidam | Ketahui rahsia menarik MENGIDAM

Pernahkah anda tiba-tiba teringin nak makan sesuatu… ya mungkin bila dalam keadaan lapar, kita mudah teringin nak makan apa-apa. Ataupun bila terdengar atau terlihat sesuatu makanan, kita jadi teringin.

Pakar nutrisi percaya yang mengidam merupakan petunjuk bahawa badan kekurangan zat-zat makanan tertentu. Sebagai contoh, jika makanan yang anda mengidam ialah ais atau sebarang benda yang bukan makanan seperti sabun, pasir atau rokok, situasi ini seringkali dikaitkan dengan kekurangan zat besi dalam badan. Kredit kepada MommyLyna

Tapi, tahukah anda, mengidam makanan atau ‘craving’ sebenarnya berkait rapat dengan kekurangan zat dalam badan kita?

Mengidam atau teringin makanan terbahagi kepada 2 jenis – emosi dan fizikal. Mengidam secara emosi ialah perasaan teringin, mungkin tengah lapar atau tengok orang makan makanan yang sedap, menyebabkan kita pun teringin sama. namun begitu, sekiranya tubuh kita kekurangan vitamin dan mineral, kita juga akan mengidam makanan tertentu. Ini dipanggil mengidam fizikal. Tubuh kita sebenarnya memberi isyarat bahawa ia memerlukan ekstra vitamin.

Jadi, bagaimana nak kenal dan tahu antara mengidam emosi ataupun fizikal?

Jika anda mengidam COKLAT, anda mungkin kekurangan VITAMIN B & MAGNESIUM
Dapatkan vitamin B Complex Shaklee yang terdiri dari 8 jenis vitamin B yang lengkap serta Ostematrix untuk bekalan magnesium harian.

Jika anda mengidam BENDA PELIK (saya pernah dengar orang mengidam kiwi kasut, kertas, etc), and mungkin kekurangan ZAT BESI
Dapatkan Vitalea Iron Formula bagi mendapatkan bekalan zat besi anda.

Jika anda mengidam BENDA MANIS (aiskrim, kek, kuih manis, etc), anda mungkin kekurangan minerals seperti chromium, carbon, phosphorus, sulfur or tryptopha
Dapatkan Vitalea Iron Formula atau Mealshake untuk bekalan vitamin dan mineral anda.

Sekiranya anda teringin nak makan sesuatu, cuba periksa adakah ia berlaku sepanjang masa atau hanya dalam keadaan tertentu saja. Jika keinginan itu berlaku sepanjang masa, anda mungkin bermasalah kekurangan vitamin tersebut. Anda mungkin takut gemuk kalau asyik teringin makan coklat aje.

Jadi, apa salahnya anda dapatkan vitamin terbaik bagi mengawal keinginan terhadap makanan ni. Lebih baik mencegah dari mengubat kan?  

BERKAT ker rezeki kita setiap hari?


Tazkirah pagi. 
Kadang2 kita boleh nampak keberkatan rezeki makanan, walaupun sedikit tapi mencukupi. 
Betul ke tidak?

Sunday, May 19, 2013

MINUMAN TENAGA (ISOTONIK) | Minuman Hidrasi Tulen SHAKLEE

Tahukah anda bahawa Shaklee juga mempunyai minuman isotonik yang dikenali sebagai Shaklee Performance Drink (Pure Hydration Drink). Mungkin ada yang tertanya-tanya, apa bezanya minuman isotonik di pasaran dengan minuman isotonik Shaklee ni yer?   

Nutrisi untuk para atlet sukan Shaklee memberikan apa yang tubuh anda perlukan; sebelum, semasa dan selepas latihan, dengan formula yang terbukti secara klinikal  dapat membantu anda bertahan lebih baik, berlatih lebih lama dan kembali bertenaga dengan lebih cepat.

Minuman Hidrasi Tulen - Sebelum, Semasa dan Selepas latihan

Penghilang Dahaga untuk Si Juara
Penyahhidratan merupakan penyebab biasa bagi kelesuan dan tahap pencapaian yang kurang memberangsangkan bagi para atlet. Shaklee Performance® terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air.  Tambahan pula, Performance mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain.

Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari   dengan campuran unik karbohidrat kami  dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum. Sumber Shaklee Malaysia.

Inilah rupa terkini Shaklee Performance Drink:
Shaklee menggelarkannya “PERFORMANCE DRINK“ kerana telah terbukti di makmal (ujian makmal bersama-sama high-level athletes) bahawa:
  • Meminimumkan kehilangan cecair untuk memantapkan hidrasi badan. Kurang rasa haus. 
  • Mengalirkan elektrolit sepenuhnya ke seluruh badan, termasuklah kalsium & magnesium (tiada pada minuman isotonik jenama lain). 
  • Menstabilkan paras glukosa di dalam darah untuk mengekalkan tenaga berterusan, serta menambah stamina.
Performance Drink ini sesuai diambil ketika :
  • cuaca panas melampau (badan dehydrated)
  • badan tidak sihat (demam/ selesema/ cirit-birit)
  • beriadah
  • dan lain-lain lagi,
Golongan yang sesuai mengambil Performance Drink: 
  • Mereka yang aktif bersukan .
  • Mereka yang berpuasa (diambil semasa sahur dan berbuka).
  • Mereka yang menghidap gout.
  • Ibu yang menyusukan anak.
  • Ibu hamil yang mengalami muntah kronik (terutama muntah air) akibat dari morning sickness, dan tiada selera makan.
  • Mereka yang kurang minum air.
  • Mereka yang kerap sakit kepala.
  • Bila rasa nak demam, atau sedang demam. 
  • Kanak-kanak yang demam.
  • Menggantikan minuman ringan terutama yang berkarbonat (kerana Performance Drink tiada karbonat!

Jaminan Ketulenan Shaklee
Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.
Testimoni suami GenkiMomma:
“GenkiPapa sangat menyukai minuman ini – minuman wajib tiap kali pergi main futsal. Katanya, terasa sangat berbeza apabila minum dan tak minum (nie kes nak cepat dan tak sempat nak bancuh PD) Performance Drink nie waktu bermain futsal. Dengan kata lain, jika tak bawa Performance Drink sebagai bekalan waktu main futsal, cepat pancit!

Testimoni adik Nur Laila:
Abg mula lari Mid Dec haritu 1.6KM – 20minit. Semalam minum PD 8.5KM 55minit. Kalau dulu lari halfway nak sambung lg halfway berat kaki sgt, rasa nak jatuh. Sekarang minum PD, Alhamdulillah tak rasa letih. Memang MAXIMUM ENDURANCE SPORT DRINK!

Jika anda sedang atau bercadang untuk ganti puasa, bolehlah cuba Performance Drink ini. Memang best!!!! Rugi tak cuba~

Sila hubungi saya untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian dari saya sebagai Shaklee Independent Distributor anda.

Shaklee id : [921401] 
Untuk belian dan pertanyaan produk :
 sms.whatsapp : [017.4387016]
Order form : SINI
Email : [cnurul79@yahoo.com]
 
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Saturday, May 18, 2013

Menyusukan bayi Biarpun Caeseran (pembedahan)

Soalan
Susu takde ni macam mana? Saya bersalin secara pembedahan susu saya betol2 kurang.. saya benar2 berharap nak susu kan anak saya sehingga 2 tahun. Mohon Pencerahan.

Jawapan :
Kajian menunjukkan wanita yang melahirkan bayi secara pembedahan berjaya menyusukan bayi seperti ibu bersalin normal. Komitment tentang penyusuan adalah sangat tinggi dan galakkan dari suami dan org terdekat . Menyusukan bayi selepas pembedahan adalah agak mencabar bagi ibu yang baru.

Cara berkesan utk memperbanyakkan susu dengan...

1. Kuasa Minda
Minda yang telah anda set sedari awal sangat mempengaruhi penghasilan susu ibu. Jika anda set anda dari keturunan tiada susu, maka tiadalah susu yang keluar, tetapi jika anda set Insyaallah aku akan berjaya menyusukan si manja selama mana yang dia mahu.
Tentu ramai yang terfikir apa kaitannya membanyakkan susu ibu dan minda?
Begini. sebenarnya minda kita memainkan peranan penting untuk menghantar isyarat ke payudara untuk mengeluarkan susu.

2. Percaya Dan Yakin
Ibu-ibu perlu mempunyai kepercayaan yang tinggi pada diri sendiri khasnya ibu muda yang baru melahirkan anak pertama.
Polisi penyusuan susu ibu pun sudah menyatakan Penyusuan Eksklusif selama 6 bulan.
Yakin anda mampu menyusukan anak anda sepenuhnya tanpa bantuan susu formula.

3. Pam Dengan Konsisten
Pengepaman yang konsisten sangat membantu khasnya bagi ibu yang bekerja.
Ini kerana si ibu akan berjauhan seketika dengan anak.
Maka tujuan pam ini adalah sebagai usaha untuk mengekalkan kuantiti susu.

Berapa kali nak pam setiap hari?
Terpulang kepada kemampuan ibu, namun yang paling baik untuk ibu yang tiada masalah, memadailah 3 kali sesi mengepam sepanjang hari bekerja.
Jika ibu punyai masalah produksi susu kurang, perlu menggandakan sesi tersebut, mungkin setiap 2 jam sekali.

JANGAN sesekali anda Skipped masa mengepam, kerana ini akan menjejaskan kuantiti produksi susu.

4. Pam Sehingga Payudara Benar-benar Kosong
Ini sangat perlu kerana jika tidak mengosongkan benar-benar payudara kemungkinan akan berlaku saluran susu tersumbat, hanya susu cair saja yang banyak keluar,melambatkan proses penghasilan semula susu, bengkak susu, pengaliran susu tidak lancar.
Oleh itu pastikan ibu benar2 mengepam payudara sehingga kosong.

5. Minum Air Banyak
Amalkan minum air masak sebanyak 3 liter sehari kerana ibu yang menyusu akan membakar banyak kalori, dan mudah berpeluh dan ini menyebabkan bendalir dalam badan semakin berkurangan dan perlu sentiasa diganti.

6. Makan Seimbang
Ibu menyusu tidak perlu diet atau menyekat pemakanan. Hanya perlu memastikan mendapatkan diet yang seimbang seperti makan nasi, sayur, sumber protien seperti ayam, ikan daging,telur dan sebagainya.

7. Amalkan Suplemen
Ini bukanlah wajib, namun ianya satu additional kepada kesihatan ibu. Jika ibu kurang sihat mesti penghasilan susu ibu akan tejajas. Suplemen akan membantu mencukupkan nutrisi ibu, dan sekaligus ibu akan lebih bertenaga, sihat dan cergas.

8. Urutan
Lakukanlah urutan sekali sekala pada sekitar payudara ataupun seluruh badan. Cara ini adalah sebagai penghargaan untuk ibu supaya dapat kembali cergas dan saluran darah yang lancar.

Ok...sekian sahaja tips untuk hari ini. Selamat beramal yer ibu2.... :) 
Untuk ketahui bagaimana untuk banyakkan susu / Milk Booster SINI
 

Friday, May 17, 2013

Saya suka...anda ?

Siapa kat sini suka makan petai?
Haa..makan la selalu ok!

Petai pencegah strok..

Yang tak makan petai tu, rugiiiiii...sedap pulak tu.

Petua tak nak kasi bau bilik air, lepas makan petai jgn lupa minum susu ok....confirm tak ader bau. Cuba ler yer ...




Thursday, May 16, 2013

Testimoni Vivix - Penyakit Kronik | Kanser | Kencing Manis | Darah Tinggi

Vivix adalah satu-satunya tonic yang dapat membaik pulih sehingga ke DNA manusia. Alhamdulillah manusia hanya berusaha Allah jua yang menentukan.

Pesakit KANSER / KRONIK, ini adalah ikthiar untuk anda. Jangan putus asa dan harapan.

Penyakit: Kanser
 
Mr. Law Chu Hian, 8 tahun dulu seorang pengidap kanser, bekas pembaca berita NTV 7, sekarang.... dah jadi master shaklee pun. Marvellous.

Penyakit: Kencing Manis, Darah Tinggi , Sakit Lutut dan Asma
Penyakit: Sakit Lutut, Asma, Darah Tinggi, Nyanyuk

 
Harga yang cukup murah offer bulan MAY
Normal Price : RM475
Now : RM3++
Postage : FREE
Alhamdulillah manusia hanya berusaha Allah jua yang menentukan. Sayangi diri anda dan keluarga anda.

Shaklee id : [921401] 
Untuk belian dan pertanyaan produk :
 SMS : [017-4387016]
Order form : SINI
Email : [cnurul79@yahoo.com]
 
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Wednesday, May 15, 2013

PCOS mengganggu kesuburan. Apa itu PCOS dan bagaimana mengatasinya!

Apa itu PCOS (Sindrom Ovari Berpolisistik) ?

Menurut Dr Hamid Arshat, pakar sakit puan. : Haid yang tidak teratur pusingannya, biasanya ini terdapat dikalangan wanita yang agak gemuk atau berlebihan timbang berat ikut ukuran tingginya. Ada juga berlaku pada wanita yang tubuh badanya sederhana atau kurus akibat daripada gangguan hormon yang berlaku secara semulajadi. Bagi mereka yang gemuk, cara untuk memulihkan kitaran haid secara normal ialah dengan mengurangkan berat badan tetapi bagi mereka yang normal atau kurus berat badannya, tidak perlu bimbang selagi ia belum berkahwin. Malah keadaan keluaran haid yang jaraknya panjang antara satu haid dengan satu haid yang lain, mungkin ada kesan baik terhadap kesihatan wanita tersebut. Tentang kesuburan, memang benar wanita yang haidnya tidak teratur dan lambat datang, memang kurang subur. Tetapi keadaan ini biasanya boleh diperbetulkan dengan beberapa kaedah rawatan kesuburan.
Menurut Perunding Obstetrik dan Sakit Puan Pusat Perubatan Pantai Cheras Dr. Suriati Akmal Mahari kitaran haid yg tidak menentu antara gejala menunjukkan seseorg wanita itu mungkin mengalami sindrom ovari polisistik (PCOS) punca lazim menyebabkan seseorang itu kurang subur.

"PCOS adalah satu keadaan penyakit sistem reproduksi yg berlaku ketidakseimbangan hormon dalam badan yg memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi. Kajian menunjukkan 90% wanita yg mengalami haid tidak teratur mengalami PCOS dan 30% yang tidak mengalamni haid langsung didapati mengidap PCOS. Ia adalah masalah paling lazim yg menyebabkan seseorang wanita itu gagal utk hamil, tetapi malangnya sehingga kini tidak ramai yg menyedarinya. Ia juga turut dikenali sebagai Stein-Leventhal Syndrome"

Setiap wanita dilahirkan dengan mempunyai sepasang ovari yang bertindak sebagai organ pembiakan utama. Fungsinya ialah mengeluarkan sel telur (ovum) pada pertengahan bulan kitaran (waktu subur). Pada masa yang sama, ia turut menghasilkan hormon-hormon tertentu seperti estrogen dan progesteron.

PCOS merupakan suatu keadaan di mana ovari membengkak disebabkan oleh ovum terperangkap di dalamnya dan tidak berkemampuan untuk menetas pada waktu subur. Apabila keadaan seperti ini berlaku, lama-kelamaan ovari akan membengkak dan akhirnya menimbulkan pelbagai jenis masalah kesihatan.

Untuk pengetahuan anda, sindrom yang melibatkan gangguan endokrin atau hormon ini sering berlaku kepada lingkungan 15 hingga 20 peratus wanita di kalangan semua bangsa. Masa kini, sindrom ini kian meningkat di kalangan wanita Malaysia dan mencapai tahap yang membimbangkan kerana ia berupaya menjejaskan tahap kesuburan dan keupayaan mereka untuk hamil dan melahirkan anak. Beringatlah bahawa PCOS adalah sejenis sindrom dan bukannya penyakit kerana ia mempunyai pelbagai petanda dan simptom. Ia dapat dikenal pasti menerusi : 
Sumber - pama.karangkraf.com

1. Haid Tidak Teratur
Tanda biasa yang boleh menjadi petunjuk ialah kitaran haid yang tidak teratur. Biasanya wanita yang mengalaminya akan lambat datang haid atau kadang-kadang jarak antara haid menjadi begitu jauh sekali sehingga tiga atau enam bulan untuk datang haid yang berikutnya.

2. Obesiti
Peningkatan berat badan adalah salah satu lagi tanda lain bagi PCOS. Hal ini kerana kegemukan atau obesiti boleh menyebabkan pusingan haid tidak teratur dan menjadi punca masalah kesuburan kerana telur tidak dapat menetas dengan sempurna.

3. Hirsutism
Terdapat segelintir wanita mengalami pertumbuhan bulu seperti di muka, perut, kaki dan tangan yang disebabkan oleh hormon androgen yang berlebihan. Apabila ini terjadi, ia menandakan terdapat peningkatan hormon lelaki dalam darah wanita terbabit.

4. Ketidaksuburan
Masalah sebegini akan terjadi apabila folikel-folikel telur tidak dapat dibebaskan daripada ovari pada waktunya.

5. Tanda-tanda Lain
Ini termasuklah akantosis nigrikans (bahagian kulit tertentu berwarna gelap), kulit berminyak dan masalah kebotakan (corak lelaki).

Sehubungan dengan itu, bagi mana-mana wanita yang mengalami PCOS, mereka sangat berisiko untuk menghidap kencing manis akibat rintangan insulin yang tinggi, tekanan darah tinggi, sakit jantung, masalah berkaitan kolesterol, hyperplasia endometrium (lapisan di dalam rahim tebal), keguguran janin dan mengalami kesukaran untuk mengandung.

Walau bagaimanapun, sebenarnya PCOS boleh dikawal dengan melakukan beberapa langkah tertentu. Bagi yang disahkan mengalami sindrom ini, mereka perlu berusaha untuk mengamalkan pemakanan berkarbohidrat rendah serta kurangkan lemak dan gula. Malah, dengan melakukan senaman secara berkala dan mengurangkan berat badan sehingga 10 peratus sahaja pun, ia diyakini berupaya memperbaiki tahap hormon dalam tubuh.

Antara lain ialah dengan menggunakan pil perancang yang membantu mengurangkan hormon lelaki dan membuat kitaran haid lebih teratur. Sama juga halnya dengan cypeterone acetate yang digunakan untuk mengurangkan hormon lelaki dan hirsutism. Hormon progesteron pula diambil bagi mengeluarkan haid dan ubat diabetes iaitu Metformin boleh mengurangkan kerintangan insulin.

Penggunaan ubat subur untuk merangsang kesuburan pula adalah seperti clomiphene cutrate dan suntikan follicular stimulating hormone (FSH).

Malah dalam keadaan tertentu, pembedahan yang melibatkan prosedur laparoskopi iaitu menggerudi ovari dengan kauteri perlu dilakukan. Untuk khidmat nasihat lanjut, sila lah hubungi Dr Pakar Sakit Puan anda.

Kriteria PCOS
  • Oliovulasi/ anovulasi. 
  • Hormon lelaki (androgen/testosteron) berlebihan. 
  • Ovari polisistik di mana terdapat lebih daripada 12 folikel yang bersaiz antara 2 mm hingga 9 mm dan saiz ovari pula lebih daripada 10 sm.

Vitamin yang dicadangkan untuk mengatas masalah ini adalah GLA dan SET KESIHATAN KELUARGA / OPTIMUM

 
Kelebihan GLA Complex
  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid 
  • Membantu meningkatkan kesuburan 
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid) 
  • Membantu dalam menangani menopus 
  • Menguatkan kuku dan rambut 
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri 
  • Membantu menangani ekzema  
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid 
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri 
  • Menguatkan imuniti tubuh 
  • Memperlahankan proses penuaan (awet muda) 
  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung 
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi 
  • Mengawal kolesterol 
  • Untuk fungsi saraf 
  • Membantu menstabilkan hormon dalam badan dan mengatasi masalah kulit jeragat terutama bagi wanita selepas bersalin.
  • Mampu mengecutkan cyst
Shaklee id : [921401] 
Call.SMS : [013-4381929]
Email : [cnurul79@yahoo.com]
 
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.  

3 tahun terlantar akhirnya, mampu duduk kembali

Kisah benar ni di ceritakan oleh seorang pengamal Supplemen selama 22 tahun. Beliau mula makan sejak muda dan name beliau ialah Uncle JITENDRA

Dan bagaimana VIVIX banyak mengubah ramai kehidupan teman-temanya.

Kisah ini berlaku 4 tahun yang lalu dimana beliau sibuk menyebarkan brochure tentang VIVIX the new breakthrough ke klinik-klinik tempatan, apabila suatu hari ade seorang jururawat tu bertanya. 
 
VIVIX nie boleh tolong orang stroke tak? Uncle Jitendra cerita.. OF COURSE BOLEH sebab VIVIX telah diuji secara klinikal dan memperbaharui sel2 tubuh dengan baik. So nurse dengan semangat pun order SEBOTOL. 
 
Lepas 21 HARI Uncle Jitendra got a call from the lady suruh beliau datang ke Seremban sebab pesakit tu duduk Seremban. Bila Uncle sampai alangkah teperanjatnya Uncle nie sebab ayah nurse tu dah boleh duduk dimana die telah terlantar SAKIT SELAMA 3 TAHUN. Walaupun die tak boleh berjalan akibat terlalu lame baring, untuk dia duduk dan mampu mengangkat tanganNYA adalah satu keajaiban Tuhan berikan pada keluarga tersebut. 
 
Ini adalah antara testimonial sebenar yang di ceritakan pada kami oleh UNCLE JITENDRA yang begitu setia dengan PRODUK SHAKLEE selama 22 TAHUN dan selama itu dia telah berjaya membantu ramai keluarga untuk hidup lebih sihat!! FYI rambut dia mmg hitam k takde coluring or dye ok. Saya pun terperanjat!! dan umur dia ialah…… 56 TAHUN!!
  
Ini perkongsian beliau minggu lepas masa HEALTH TALK.. Memang mengujakan,

Apa itu VIVIX shaklee? 
VIVIX ialah satu penemuan Revolusianary dalam anti penuaan tahap sellular atau SEL. Ia adalah merupakan supplemen anti penuaan terbaik di dunia dan lebih dari 1 JUTA botol telah bun dijual. 
 
Di dalam kajian makmal, ramuan VIVIX® telah menunjukkan ia memberi impak kepada 4 mekanisma utama penuaan.
  • Melindungi dan membaiki selular DNA 
  • Memberi Impak positif keada pengawalan genetik 
  • Menggalakan biogenesis (pembentukan baru) mitochodria 
  • Melambatkan pembentukan protin AGE ( Advanced Glycation End products) 
  • Ia juga menjaga kesihatan jantung, otak, kesihatan imun sistem, kesihatan sendi, perlindungan antioksidan, peningkatan tenaga pada tahap sel dan kesihatan dan kesejahteraan.
Bulan ni bulan offer Vivix. Dapatkan dengan harga yng cukup murah untuk yang tersayang.

Shaklee id : [921401] 
Call.SMS : [013-4381929]
Email : [cnurul79@yahoo.com]
 
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.