nuRul nFe...

Saya adalah pengedar sah SHAKLEE dan pengamal produk Shaklee tegar (highly diciplined consumer) Blog ini lebih kepada perkongsian hasil kerja Make-up, pengalaman bershaklee, dan testimoni2 sendiri walaupun ada banyak sekali testimoni2 keluarga dan customer2 saya

Dr Shaklee adalah Orang Pertama Mencipta Vitamin dan Kajian Beliau Bertepatan dengan Alam Semulajadi, Beliau Percaya Apabila Sesuatu Itu Berharmoni Dengan Alam Semulajadi, lanya Adalah Baik Untuk Kesihatan

Nurul cnurul79@yahoo.com sms / whatsapp 013-5847882 Penghantaran Seluruh Malaysia

Jom dapatkan HARGA PROMOSI bersama saya Pengedar Sah Shaklee ■ Perunding Vitamin Shaklee secara Percuma & Penerangan cara makan Vitamin Shaklee dengan cara yang betul ■ Walk in dimana-mana Branch / HQ Shaklee diseluruh Malaysia dengan menggunakan ID No. 921401 untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee hanya RM65

Juga kepada anda yang ingin menambah pendapatan, anda boleh hubungi saya Saya akan masukkan anda dalam secret group InsyaAllah saya akan guide anda sebaik mungkin Jika betul-betul fokus dalam masa 3 bulan ke atas insyaAllah akan merasa income 4 angka

Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud,"

CEBURILAH KEGIATAN PERNIAGAAN KERANA DI DALAMNYA TERDAPAT 9/10 SUMBER REZEKI"(Al-Tirmizi)

Exchange LINK

Friday, September 5, 2014

Kenapa Rahim Bengkak?


Semoga penjelasan dari pakar ni menghapuskan semua kontroversi. Jom ambik tahu yer wahai rakan2 SID sekalian terutamanya team saya. Suka saya menggalakkan anak2 buah saya agar sentiasa menggali ilmu bersama mereka yang pakar. Bukan samata untuk menjual sahaja. 
Kenapa Rahim Bengkak?
Ramai pula yang inbox saya tentang isu ini. So, better saya buat sedikit 'press conference'. hihi.. Untuk kita semua lebih jelas.

Ok.

Basically,

Rahim = Uterus (terdiri dari pangkal rahim, badan rahim dan saluran fallopian)

Kilang telur = Ovari.

Ramai pesakit saya tak pasti samada uterus atau ovari yang sebenarnya membesar, so mereka akan just kata 'rahim'.

So, jika anda berhadapan dengan perkara ini, lebih baik dapatkan diagnosis sebenar pada doktor. Uterus atau ovari yang bengkak?

Uterine fibroid atau Ovarian cyst adalah antara salah satu masalah yang selalu diperkatakan sebagai 'rahim bengkak'.

Kajian menunjukkan bahawa 20-50% wanita mempunyai sekurang-kurangnya 1 fibroid dan kebanyakkan mereka tidak pernah tahu atau tidak di diagnosis oleh mana-mana doktor ataupun accidentally dikesan semasa melakukan scan. (Rujukan: Life extension book : Disease prevention and treatment; 2003: Page 1569).

Dalam 99% kes uterine fibroid, ia adalah bukan jenis kanser.

Sehingga sekarang, tidak ada seorang doktor atau saintist yang pasti apakah yang menyebabkan uterine fibroid atau ovarian cycts ini berlaku. Anda tidak boleh menuding jari mengatakan rahim anda bengkak di sebabkan satu perkara sahaja. Sesuatu diet, produk atau apa-apa supplement.

Beberapa kajian jelas menunjukkan bahawa fibroid atau cyst berlaku disebabkan beberapa kombinasi faktor, di antaranya adalah kerana :

1. Hormon Estrogen yang berlebihan.

- fibroid atau cyst adalah ketumbuhan sel yang bergantung pada estrogen. Jika hormon estrogen dan progesteron dalam badan anda tidak seimbang, anda pasti berisiko untuk mendapat penyakit ini.

Keadaan seperti ini sangat ketara dalam mereka yang mengalami masalah PCOS yang boleh menyebabkan infertility.

Penggunaan pil perancang keluarga juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan estrogen dan boleh mengaktifkan fibroid atau cycts.

2. Lambakan xenoestrogen dalam badan.

Xenoestrogen adalah 'estrogen sintetik' yang terdapat dalam persekitaran (makanan, air, kimia dari industri pertanian dan penternakan).

Dalam kata lain, ia adalah estrogen palsu dalam badan. Ia boleh merangsang atau mengganggu fungsi estrogen dalam badan.

Dari mana datangnya xenoestrogen ini?

- phthalates (bahan dlm plastic atau getah)
- racun serangga (pesticides)
- tobacco by products.

3. Obesiti.

- Lemak berlebihan dalam badan akan mengaktifkan satu sistem yang kita panggil 'Endocanabinoid system'. Sistem ini akan mengganggu fungsi-fungsi hormon yang lain dan juga boleh menyebabkan silent inflammation atau radang yang tinggi dalam badan.

Ini bukan sahaja menyebabkan ketumbuhan, malah berisiko untuk mendapat pelbagai jenis kanser.

4. Genetik

- Jika anda mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit yang sama, anda juga boleh mempunyai risiko yang sama.

Apa tanda-tanda fibroid atau cyst?

Kebanyakkan wanita tidak mempunyai sebarang tanda. Tak sedar pun ia wujud dalam badan kita. Tetapi, jika ia semakin aktif atau membesar, ia boleh menunjukkan simptoms tertentu.

Antara simptoms-simptoms fibroid /cyst adalah :

- haid yang tidak teratur / berpanjangan
- sakit perut
- sakit ketika hubungan kelamin
- perut membuncit
- pendarahan abnormal

Perlukah operation?

Pada kebiasaannya, tidak memerlukan operation sekiranya ia tidak mengganggu dan tidak membesar. Tetapi Jika fibroid menyebabkan pendarahan yang berterusan, anda perlu melakukan pembedahan.

So? Macamana nak elakkan memandangkan kebanyakkan wanita berisiko?

Cadangan diet yang sesuai :

1. Elakkan makanan yang menggalakkan pertumbuhan fibroid seperti : Produk berasaskan tenusu, daging merah, makanan bergoreng, makanan dan minuman bergula, salt, kafein dan alkohol.

2. Buahan dan sayuran segar yang mengandungi banyak phytoestrogen. Plant estrogen ini membantu kestabilan estrogen dalam badan.

3. Makanan berserat tinggi boleh membantu mengurangkan estrogen berlebihan dalam badan - fecal estrogen meningkat. Ini menyebabkan fungsi estrogen dalam badan lebih stabil dan mengurangkan tahap xenoestrogen dalam badan.

4. Kawal berat badan

5. Tidak merokok atau menjadi perokok pasif.

Ok, ramai juga orang tanya : Soya produk tak bagus untuk wanita?

Banyak perbahasan tentang isu soya ini. Ada yang pro dan cont.

Beberapa kajian yang mengatakan wanita yang mempunyai fibroid tidak boleh mengambil soya kerana kandungan isoflavinoids Genistein dan Daidzein boleh menggalakkan estrogen aktiviti.

Kajian lain pula menunjukkan bahawa negara seperti Jepun yang mengamalkan pengambilan soya Sebagai makanan utama mempunyai kadar penyakit kanser rahim yang sangat rendah berbanding negara yang tidak mengambil soya langsung.

(Michael T. Et al, 2012), Candangan yang mengatakan pengambilan soya adalah tidak sesuai untuk wanita yang mempunyai cyst atau fibroid tidak tepat. Ini kerana isoflavinoid dalam soya mempunyai kesan estrogen yang berbeza pada sel-sel badan yang berbeza. Soy phytoestrogen tidak mempunyai kesan meransang sel fibroid tetapi ia mempunyai kesan'anti-estrogen' di mana ia membantu mengecutkan fibroid. Tetapi, pastikan sumber soya anda adalah dari jenis soya yang tidak dimodifikasi secara genetik (non-GMO).

Walaubagaimanapun, bersederhana adalah jalan yang terbaik. Cadangan pengambilan antara 45 - 90mg soy sehari.

Soya, nuts, flaxseed mengandungi phytoestrogen yang baik.

Nutrition supplement yang dicadangkan untuk anda yang mengalami fibroid atau cyst :
  • Lipotrophic factor spt Innositol dan Choline membantu detoxification estrogen - melancarkan pemecahan lemak dibahagian hati.
  • Immune enhancing nutrient - coQ10, vitamin c, vitamin e, selenium dan zinc
  • Omega 3 (EPA + DHA) - antiinflammasi.
  • Liver enhanced detox supplements - milk thislte, dandelion dan artichoke.
  • Vitamin B - membantu proses detoksifikasi (methylation) dalam sel hati.
  • Grape seed extract - strong antioxidant dengan ORAC yang tinggi
  • Green tea - powerful antioxidant

GLA boleh ke?
  • GLA adalah good omega 6 yang membantu mengurangkan randang dan membantu kestabilan hormon.
  • GLA dari minyak borage adalah yang terbaik berbangin dari EPO.
  • Minyak yang kita gunakan untuk menggoreng seperti minyak jagung, corn oil dan minyak sunflower juga mengandungi omega 6 tetapi minyak jenis ini lebih bersifat pro-radang dan menyebabkan keradangan.

Hati-hati dalam penggunaan minyak yg kita goreng, kerana ini antara sebab fibroid dan cyst boleh semakin membesar.
Semoga sedikit sebanyak memberi manfaat untuk kita semua.

Take care of your health.

Wanita - Anda Istimewa

Luv,

Dr. Malinda

Nak produce sesuatu masakan senang je. Google resipi, sediakan bahan, bancuh2 dan campak. Masakan siap. Contoh nk buat donut. Kejap je siap. Yer tak
 
TAPI
 
Suplemen shaklee tidak begitu. Tak bolih main campur2, bancuh2 kemudian tempek label Shaklee.. oh tidak.... Sebaliknya setiap produk yg dikeluarkn bukan sahaja ada clinical test, lengkap barisan saintis, jurnal, landmark study tapi fakta paling best BERTAHUN R&D dijalankan. Bertahun yer bukan sebulan dua. Contoh nutriferon amik masa 40thn. Haaaaaa..jenuh tunggu !!!  So bolih bayangkan kualitinya cam ner. Tu baru satu contoh, belum bagi contoh produk shaklee yang lain.
 
Teringat haritu perkongsian leader kat HQ Shaklee di Pleasanton. Mereka dikenalkan dengan barisan saintis yang terlibat dengan kerja2 penghasilan dan ujikaji produk. Setiap team lain task seperti team untuk produk jenis serbuk, untuk jenis tablet...dan mcm2 lg ..bukan main2 tu...

Kesimpulannya, terlalu banyak keistimewaan dan kelebihan. Fikir-fikirkanlah sendiri. Kalau saya ckp lebih-lebih, kata berat sebelah pulak.

#sayajualShaklee
#ShakleeEffect

Perangkap Ujian Psikometrik SPA Exam Penguasa Kastam

Assalamualaikum....

Wah...wah....wah...esok exam Penguasa Kastam kan???. Masih belum terlambat untuk korang menggali tips2 mencawab exam tu kan...Sini ada sedikit tips untuk menjawab seksyen Psikometrik nanti.

Dalam peperiksaan online yang baru dimulakan oleh SPA mengandungi 3 seksyen iaitu Pengetahuan AM, Penyelesaian Masalah dan juga seksyen baru iaitu Psikometrik. 

Ia lebih kepada ujian personaliti calon peperiksaan SPA. Seksyen C  iaitu Ujian Psikometrik mengandungi 200 soalan dan perlu dijawab oleh calon dalam masa 1 jam iaitu 60 minit. 

Pada seksyen ini lebih kepada soalan soalan perangkap yang boleh memerangkap calon dalam membuat keputusan. Soalannya tidaklah susah dan berbentuk ya atau tidak. Namun, kesannya kepada keputusan peperiksaan sangat besar.

Dalam peperiksaan Penguasa Kastam dikatakan seramai 85,918 orang calon dipanggil untuk peperiksaan online ini.Antara fungsi psikometrik ialah menapis calon agar memenuhi kriteria yang perlu ada pada seorang penjawat awam.

Wahhhh...ramai kan candidate yang layak. Mungkin korang antara yang The Best Among The Best!!!! InshaAllah rezeki tu ada di mana2 dan berpihak kepada yang terpilih sahaja.

GOOD LUCK !!!

Wednesday, September 3, 2014

Format Peperiksaan Penguasa Kastam W41 (06 September 2014)

Hi all;

Hari ni nak share Format Online Exam untuk Penguasa Kastam pula. Berkait rapat dengan entry semalam. Tips dan format ni saya ambil dari Infokerjaya Resources di mana saya adalah salah seorang subscriber untuk mendapatkan maklumat yang tepat sebagai rujukan sebelum2 ni. Jadi saya panjangkan perkongsian ini yang mungkin berguna untuk para candidate...
Format Peperiksaan Penguasa Kastam W41 ini mempunyai 3 seksyen yang baharu seperi berikut :

Seksyen A – Pengetahuan Am

Dalam seksyen ini, calon diuji pengetahuan berkenaan urusan perkastaman, bidang ekonomi dan kewangan, perdagangan antarabangsa, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, keselamatan negara, undang-undang, sosial, dasar-dasar kerajaan dan lain-lain perkembangan dalam negara dan luar negara.
Masa : 40 minit
Soalan : 50 (aneka pilihan)

Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut:

(i) Kemahiran Logik
Calon diuji dari aspek pengetahuan, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat.

(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data
Calon diuji dengan menggunakan pelbagai perangkaan dan data-data untuk dianalisis.

(iii) Konsep Matematik dan Akaun
Calon diuji dengan konsep Matematik dan Akaun, kemahiran numeric serta kuantitatif untuk mengukur kemahiran asas matematik, pemahaman konsep dan kebolehan berfikir secara kuantitatif.
Masa : 45 minit
Soalan : 40 (aneka pilihan)

Seksyen C – Ujian Psikometrik

Calon-calon dikehendaki menjawab item-item yang mengukur gagasan personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran.
Masa : 1 jam
Soalan : 200 (aneka pilihan)

Kalau uols berminat untuk mendapatkan Pakej Rujukan Peperiksaan Online Penguasa Kastam boleh dapatkan di SINI. atau Klik Gambar

Sharing is Caring!!!! 

http://penguasakastam.com/?aff_id=85&camp_id=1854


Tuesday, September 2, 2014

Tips Peperiksaan Penguasa Kastam 6 September 2014

Baru-baru ini SPA telah memanggil calon-calon Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41 untuk menduduki peperiksaan 6 September 2014 melalui SMS dan juga emel. Tahniah yer kepada sesiapa yang namanya tersenarai dalam jemputan tersebut. Sebelum ni jemputan untuk Penolong Penguasa Kastam. Apa pendapat korang dengan sistem peperiksaan online yang diadakan oleh pihak SPA kali ni? Sebab peperiksaan akan datang bukanlah kali yang pertama yer. Kepada yang berpengalaman sebelum ni, adakah anda berpuas hati? Entry ni, bukan nak buat survey ker apa ker...just nak share tips ngan korang2 yang akan menduduki peperiksaan tersebut. 
contoh soalan pengetahuan am matematik IQ ujian psikometrik peperiksaan penguasa kastam w41 300x157 CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN PENGUASA KASTAM W41

Panggilan peperiksaan kali ini juga adalah secara online dan diharapkan ianya berjalan lancar tidak seperti exam online sebelum ini. Terjadi kepada kawan satu office, dimana beliau dah menjawap soalan peperiksaan tersebut, malangnya bila keputusan keluar, nama beliau tidak tersenarai dalam database....Adakah GAGAL ? Adakah LULUS ? atau adakah beliau TIDAK menduduki peperiksaan tersebut? Tiada jawapan untuk soalan ni. Yang pastinya beliau memang telah menduduki peperiksaan tersebut.

Disini saya sharekan beberapa tips yang mungkin dapat membantu anda mensiap siagakan diri... :)

[Tips 1] Laptop dan internet mesti laju

Anda bakal jawab soalan secara online. Gunakan laptop atau komputer yang baru dan sambungan internet yang laju supaya anda tidak terputus sambungan semasa jawab soalan nanti. 

Apa terjadi jika komputer dan connection internet slow? Ya...anda mungkin perlu refresh kembali internet anda dan kemungkinan besar jawapan yang telah anda jawab akan hilang! Ia pernah berlaku kepada calon bagi exam yang lepas. Elakkan guna komputer pejabat jika anda menjawab soalan pada waktu pejabat. (Mungkin sebab ini yang terjadi kepada kawan saya)

Pinjam laptop rakan anda yang lebih terkini dan pastikan internet anda laju untuk elakkan anda buat kerja dua tiga kali.

Ingat...Masa anda sangat TERHAD!

[Tips 2] Dapatkan link dalam emel anda

Jangan guna link akses ke ruang menjawab soalan daripada e-semakan di halaman web SPA. Kerana pada waktu tersebut, ramai yang akan kunjungi e-semakan untuk dapatkan link pada waktu yang sama.

Trafik amat tinggi! Anda mungkin ambil masa yang lama untuk loading web tersebut sedangkan ada mereka yang lain telah mula jawab soalan.

Ini boleh buatkan anda gelisah. Solusinya, buka emel anda dan dapatkan link pautan akses pada emel yang dikirimkan oleh pihak SPA.

Ingat 2 perkara...

1. Laptop dan internet mesti laju
2. Dapatkan link dalam emel anda

Semoga tips ini memberi manfaat kepada anda.!!