nuRul nFe...

Saya adalah pengedar sah SHAKLEE dan pengamal produk Shaklee tegar (highly diciplined consumer) Blog ini lebih kepada perkongsian hasil kerja Make-up, pengalaman bershaklee, dan testimoni2 sendiri walaupun ada banyak sekali testimoni2 keluarga dan customer2 saya

Dr Shaklee adalah Orang Pertama Mencipta Vitamin dan Kajian Beliau Bertepatan dengan Alam Semulajadi, Beliau Percaya Apabila Sesuatu Itu Berharmoni Dengan Alam Semulajadi, lanya Adalah Baik Untuk Kesihatan

Nurul cnurul79@yahoo.com sms / whatsapp 013-5847882 Penghantaran Seluruh Malaysia

Jom dapatkan HARGA PROMOSI bersama saya Pengedar Sah Shaklee ■ Perunding Vitamin Shaklee secara Percuma & Penerangan cara makan Vitamin Shaklee dengan cara yang betul ■ Walk in dimana-mana Branch / HQ Shaklee diseluruh Malaysia dengan menggunakan ID No. 921401 untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee hanya RM65

Juga kepada anda yang ingin menambah pendapatan, anda boleh hubungi saya Saya akan masukkan anda dalam secret group InsyaAllah saya akan guide anda sebaik mungkin Jika betul-betul fokus dalam masa 3 bulan ke atas insyaAllah akan merasa income 4 angka

Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud,"

CEBURILAH KEGIATAN PERNIAGAAN KERANA DI DALAMNYA TERDAPAT 9/10 SUMBER REZEKI"(Al-Tirmizi)

Exchange LINK

Friday, August 1, 2014

Buat BISNES tidak seperti MAKAN GAJI

BEKERJA untuk BELAJAR.

Setiap hari pasti saya akan mengikuti satu sharing session (Online Secret Group) yang dianjurkan oleh leader2 Group JUTAWAN Shaklee yang amat berjaya. Antara salah satu sharing yang betul-betul membuatkan saya termenung dan mengelamun mengenangkan diri saya sendiri apabila menyentuk bab kerja makan gaji dan kerja sendiri. Saya antara sebahagian yang masih kerja makan gaji dan melakukan kerja sampingan untuk mencari pendapatan tambahan. Dalam erti kata lain, member-member cakap saya ni RAJIN mencari duit...ahakkksssss....masalahnya skrg, sape yang tak nak duit kan? Dengan duit macam2 kita boleh buat dan salah satu caranya digunakan untuk mencari saham di akhirat. Yang penting BACK to BASIC. Back to Allah.


Mentaliti Saya Dahulu dan Sekarang Ketika Makan Gaji
Bagi orang yang makan gaji, mentaliti dari segi rezeki yang dapat setiap bulan memang amat berbeza dengan orang yang membuat bisnes sendiri.

Setiap bulan kita pasti akan mendapat gaji dan tidak pernah risau akan saat di mana duit tidak cukup. Kalau duit habis belanja bulan ini, ahhh tak pe, bulan depan dapat lagi, sekian hari bulan, apa susah !

Memandangkan saya dahulu dan sekarang masih seorang yang makan gaji, maka dengan ini saya bersetuju dengan pernyataan di atas. Apabila tetiba bulan ini saya terlebih belanja, saya tak risau yang duit akan habis sebab bulan depan pasti majikan saya akan bayar gaji. Cuma kena bijak mengagihkan ikut keperluan yang perlu diutamakan.

Namun atas sebab yang tertentu dan atas sebab minat dan matlamat yang tinggi untuk mengisi masa terluang dan mengubah ekonomi keluarga kepada yang lebih baik, kepada lebih FREEDOM, keluar dari COMFORT ZONE, saya membuat kerja sampingan.

Mentaliti Saya Sekarang Apabila menjana pendapatan online secara sampingan a.k.a Buat Kerja Sendiri
Kalau makan gaji kita tahu berapa banyak gaji yang kita dapat bulan tu. Kita MC ke, kita AL ke, kita tidur ker time kerja, gaji kita tetap dapat dalam jumlah yang sama pada bulan tu.
Tapi, kalau bisnes, kita tak tahu 'gaji' kita banyak mana bulan tu. Kena keluar dari ZON SELESA. Kena LAWAN RASA TAKUT yang bersarang dalam hati. Kena berjuang setiap detik. Tidak boleh putus asa. Kena bina KEYAKINAN diri yang tinggi. Ini semua makan masa yang panjang di mana ia memerlukan KESABARAN yang kuat dan berterusan. 
Setiap hari perlu ada USAHA, DOA, TAWAKAL. Nak tahu kenapa?  Sebab kita kerja untuk diri kita bukan untuk orang lain. Sebab tu lah, sesiapa yang eksaited nak mulakan bisness atau sedang berbisness tapi rasa lemau, tanya diri sendiri semula, kenapa KITA nak buat BISNES?  Listkan 30 SEBAB kenapa KITA NAK buat bisnes. Lagi banyak REASON yang kita senaraikan, LAGI LAMA kita boleh bertahan dalam bisnes yang kita pilih tu.
Kalau makan gaji, kita tak boleh terus kata nak resign hari ni unless cash saving dah berkoyan-koyan, bolehlah tender terus 24 jam. Berani ker??? Nak cuti pun tak boleh cuti terus, kena apply dulu dan tunggu approval. Kalau buat bisnes, nak cuti bila-bila pun boleh cuti. Nak rehat berbulan-bulan pun tak ada sapa nak marah. Marah kat diri sendiri jer ler kalau makan tak cukup...hu3...
Kalau buat bisnes, bila-bila kita boleh kata nak giveup, nak quit sebab bisnes kita. Cuma kalau kita give up kita quit, siapa yang rugi? Tentulah SENDIRI yang rugi. Betul tak?? Sebab tu orang yang buat bisnes ni 'COMEL' nya lain macam sikit. Sebab saya tengok rakan2 saya yang buat bisnes diorang ni 'COMEL' lain macam. Bersemangat kental, postif selalu, pendirian yang teguh. Dalam hatinya, kita tak tau cam ner perit jerihnya mereka (termasuk saya sendiri sekarang) untuk mengembangkan empayar perniagaan masing-masing.

Apa-apa pun, saya suka kedua-dua nya. Makan gaji ke, buat bisnes ke. Kedua-dua nya adalah ibadah dan ada manisnya tersendiri. Yang penting enjoy bersama keluarga tersayang. Saya dah rasa kedua-duanya. Kiranya skrg 14 tahun saya makan gaji DAN 2 tahun buat online bisnes Shaklee. Buat bisnes feelnya sungguh lain even part time. I love it so much. Dapat merasai semua masam, masin, pedas, manis, pahit, payau dll lg. Alah Bisa Tegal Biasa.


Sentiasalah Bersangka Baik Kepada-Nya 
Walaupuan saya ada dua pendapatan, satu tetap dan satu lagi tak tetap. Turun naik dalam perniagaan itu lumrah. Bersyukur dan redha atas kehendak-Nya, kerana ustaz sentiasa berpesan di dalam ceramah 
“Walaupun seteruk mana ujian yang kita hadapi di dunia, kita wajib bersangka baik yang percaturan Allah lebih baik daripada segala-galanya”.
  
Semoga status ini membantu kita semua untuk terus bangkit jika jatuh di tengah perjalanan dalam usaha membina empayar bisnes. BAGAIMANA? Hanya dengan BACK TO BASIC. InsyaAllah, jika CINTA dihati, keajaiban menanti...All is well

Wassalam :)


No comments:

Post a Comment