nuRul nFe...

Saya adalah pengedar sah SHAKLEE dan pengamal produk Shaklee tegar (highly diciplined consumer) Blog ini lebih kepada perkongsian hasil kerja Make-up, pengalaman bershaklee, dan testimoni2 sendiri walaupun ada banyak sekali testimoni2 keluarga dan customer2 saya

Dr Shaklee adalah Orang Pertama Mencipta Vitamin dan Kajian Beliau Bertepatan dengan Alam Semulajadi, Beliau Percaya Apabila Sesuatu Itu Berharmoni Dengan Alam Semulajadi, lanya Adalah Baik Untuk Kesihatan

Nurul cnurul79@yahoo.com sms / whatsapp 013-5847882 Penghantaran Seluruh Malaysia

Jom dapatkan HARGA PROMOSI bersama saya Pengedar Sah Shaklee ■ Perunding Vitamin Shaklee secara Percuma & Penerangan cara makan Vitamin Shaklee dengan cara yang betul ■ Walk in dimana-mana Branch / HQ Shaklee diseluruh Malaysia dengan menggunakan ID No. 921401 untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee hanya RM65

Juga kepada anda yang ingin menambah pendapatan, anda boleh hubungi saya Saya akan masukkan anda dalam secret group InsyaAllah saya akan guide anda sebaik mungkin Jika betul-betul fokus dalam masa 3 bulan ke atas insyaAllah akan merasa income 4 angka

Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud,"

CEBURILAH KEGIATAN PERNIAGAAN KERANA DI DALAMNYA TERDAPAT 9/10 SUMBER REZEKI"(Al-Tirmizi)

Exchange LINK

Tuesday, June 24, 2014

TIDAK sesekali BERKIRA, banyakkan MEMBERI


Selalu kan kita dengar.. The more you give, the more you get back..

Sunnatullah.. Lebih banyak kita memberi, lebih banyak kita akan terima.. Even kita tak harapkan balasan pun, Allah akan bagi ganjaran yang terbaik untuk kita.

Kurangkan berkira dari segi hak kita.. Contoh bila kita berurusan dengan orang.. Ada balance RM2.. Kurangkan berkira.. Niatkan sedekah. Walaupun perkara kecil, tapi memberi impak besar kepada hati orang yang menerima.

Bila kita memudahkan urusan orang, tak berkira, orang pun akan senang nak berurusan dengan kita. Orang pun tak akan berkira dengan kita.

Jangan salah faham, kurangkan berkira jika itu hak kita. Tapi hak orang, JANGAN AMBIL MUDAH. Even hutang kita RM1, kita kena ambil berat sebab tu hak orang. Tak kiralah walaupun dia bonus berpuluh ribu atau jutawan sekalipun. Hak orang kena jaga. Biar kita lebihkan hak kita beri kepada orang, tapi jangan ambil hak orang lain.

Satu lagi.. banyakkan memberi. Yes.. memberi banyak bentuk.. Senyuman pun memberi.. Tapi sampai bila nak bagi senyuman je kan? Bagi duit satu bentuk yang dapat ubah hidup orang lain.. Walaupun sedikit, galakkan diri untuk sentiasa memberi..

Beri bukan tunggu bila dah kaya. Beri dari sekarang. Kalau dulu mampu bagi seringgit je, cuba up kan lagi kemampuan kita untuk memberi setiap masa. Jangan takut memberi.. TAK AKAN MISKIN ORANG YANG BERSEDEKAH!

Paling mudah, apa yang saya inspired daripada Prof Dr Muhaya.. setiap kali membeli, especially daripada peniaga-peniaga kecil.. Contoh orang jual goreng pisang tepi jalan.. Makcik tua jual sayur di pasar dll.. Cuba untuk bagi bayaran lebih daripada sepatutnya dan niat untuk sedekah. Contoh goreng pisang RM5, tapi kita bayar RM10..

Jom banyakkan memberi.. Bila kita mudahkan hidup orang, semoga Allah mudahkan hidup kita.. Semoga Allah letakkan harta kita di tangan, bukan di hati..

P/s: Sharing untuk secret group Inspirasi saya.. Share juga dengan kawan2 semua.. semoga bermanfaat... 

~ perkongsian dan peringatan untuk diri ini ~



1 comment:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))