Kredit : Cikgu Mat
Hari ni just nak berkongsi persoalan yang sering bermain di dalam pemikiran para pengguna produk kesihatan Shaklee. Disertakan di bawah ini contoh soalan yang saya terima dari individu tertentu yang saya sembunyikan identitinya. Sebenarnya, ini juga merupakan salah satu soalan yang sering ditanya oleh pengedar Shaklee kepada saya kerana mereka sendiri tiada jawapan apabila ditanya oleh customer mereka mereka yang budiman.
Hari ni just nak berkongsi persoalan yang sering bermain di dalam pemikiran para pengguna produk kesihatan Shaklee. Disertakan di bawah ini contoh soalan yang saya terima dari individu tertentu yang saya sembunyikan identitinya. Sebenarnya, ini juga merupakan salah satu soalan yang sering ditanya oleh pengedar Shaklee kepada saya kerana mereka sendiri tiada jawapan apabila ditanya oleh customer mereka mereka yang budiman.
SOALANNYA
Salam tuan. Saya terjumpa blog tuan bila cari-cari tentang Shaklee sebagai MLM yang patuh syariah. Terima kasih atas perkongsian.
Salam tuan. Saya terjumpa blog tuan bila cari-cari tentang Shaklee sebagai MLM yang patuh syariah. Terima kasih atas perkongsian.
Sebelum ni pun saya dah baca-baca
(termasuk garis panduan MLM daripada Ustaz Zaharuddin & JAKIM). cuma
nak yakinkan lagi... sekarang dah tak ragu-ragu lagi pasal tu. Saya pun
sebenarnya pengguna Shaklee, cuma baru jer terbuka hati untuk turut
berbisnes.
Saya cuma nak tanya, apa pendapat
tuan, bila kita jual Shaklee seolah-seolah tak sokong ekonomi orang
Islam/ bumiputra. yer la, sebab Shaklee produk US.
Satu
lagi, penjual-penjual Shaklee ni dilihat macam tak sokong/tak amal
makanan-makanan sunnah (kurma, madu, habatussauda dsb) & lebih
menyokong produk US. Itu saja. Terima kasih.
JAWAPANNYA
1.
Pertama sekali, terima kasih kerana sudi mengunjungi blog yang serba
ringkas ini dan syukur alhamdulillah kerana tuan/puan dapat
menghilangkan keraguan dengan bacaan daipada blog saya ini. Terima kasih
sekali lagi.
2. Yang kedua, saya bukanlah
jurucakap yang dilantik oleh Shaklee di Malaysia ini. Jadi jawapan saya
adalah secara general sahaja mengikut pengetahuan dan bidang kepakaran
saya sahaja. Untuk jawapan yang dilengkapi data, sila emel atau hubungi
Shaklee untuk mendapat jawapan yang pasti dari pihak syarikat.
3.
Sebenarnya ini bukanlah soalan yang sukar untuk dijawab, tetapi kerana
sifat kebanyakan dari orang Melayu yang berfikiran negatif, bersikap
layu dan mempunyai penyakit dengki yang tak dapat diubati, maka soalan
begini menjadi isu besar kebanyakan daripada kita. Jika tidak percaya,
tanyalah usahawan-usahawan Melayu, ada tak sesiapa yang cuba menjatuhkan
perniagaan mereka? Jika ada, siapakah mereka? Jangan terkejut jika
jawapannya adalah ‘Melayu’ sendiri. Kedengkian orang Melayu sukar sekali
dikawal. TAPI soalan di atas adalah dikecualikan kerana saya yakin
persoalan ini ditanya semata-mata untuk menolak persangkaan orang ramai
terhadap produk Shaklee yang hebat ini.
4. Suka
untuk saya bertanya kembali, siapakah yang mengatakan bahawa para
pengedar Shaklee dan penggunanya ‘menolak’ makanan sunnah seumpama madu,
habbatus sauda’ dan sebagainya? Saya juga ingin mengetahui sekiranya
ada pengedar Shaklee yang memberi konsaltasi agar menghentikan
penggunaan makanan sunnah dan hanya menumpukan penggunaan produk Shaklee
kerana tidak ada seorang pun yang diajar untuk memberi konsultasi
seumpama itu.
5. Untuk pengetahuan semua, para
pengedar Shaklee sering berkongsi di dalam blog dan FB mereka tentang
resepi-resepi Shaklee dengan menggabungkannya dengan makanan sunnah di
atas. Tak perlu susah payah membelek, hanya rajinkan jari-jari anda
menaip di browser anda tentu anda akan berjumpa dengan pelbagai resepi
‘rahsia’ Shaklee. Hatta saya sendiri menggunakan resepi ESP yang
ditambah madu untuk mendapat kesihatan optimum. Ibu kepada pelajar saya
mencampurkan habbatus sauda’ dengan minumn ESP dengan harapan anaknya
cemerlang dalam pembelajarannya. Alhamdulillah, sekarang sudah 2 bulan
berlalu dan anaknya kini semakin cemerlang dalam setiap subjek yang
dipelajarinya.
6. Adakah dengan menggunakan Shaklee
bermaksud kita MENOLAK makanan sunnah? Jika jawapannya ya, maka semua
ubatan kesihatan patut kita minta kerajaan mansuhkan di hospital kerana
ubat kimia hospital adalah jauh lebih ‘haram’ hukumnya digunakan. Bahan
kimia di dalam ubat hospital jauh memberi kesan yang tidak baik kepada
badan jika nak dibandingkan supplement Shaklee yang juga seperti makanan
sunnah yang berasal dari sumber alam semulajadi.
7.
Bukankah al-Quran sendiri menyatakan,”Makanlah makanan yang halal lagi
baik”. Jika kita mempelajari ilmu Islam khususnya ilmu hadis dan
al-Quran, nescaya kita dapat fahami bahawa hadis adalah pentafsir kepada
al-Quran. Dalam kes ini hadis menyatakan dengan jelas makanan-makanan
sunnah itu sebagai contoh kepada makanan yang baik dan halal itu. Maka,
apa sahaja yang baik dan halal, nescaya hukumnya adalah harus dari segi
syarak.
8. Adakah jika menggunakan produk
Shaklee bermaksud kita menyokong Amerika?! Tergelak juga saya membaca
soalan ini. Sebabnya bukankah persekitaran kita sekarang hampir
keseluruhannya menggunakan produk keluaran Amerika dan sekutu-sekutunya
bermula dari pakaian, makanan, ubatan klinik dan hospital, perhiasan
rumah dan sebagainya. Adakah salah kita menggunakannya? Kita perlu faham
bahawa isu yang sebenarnya adalah adakah kita menyumbang kepada Amerika
dalam menggunakan kuasanya untuk memerangi Islam? Dalam makluman saya,
Shaklee langsung tidak tersenarai sebagai syarikat yang memberi
sumbangan secara langsung atau tidak langsung dalam membantu Amerika dan
sekutunya untuk memusnahkan negara-negara Islam tidak seperti Mc Donald
yang ramai sekali orang Melayu ‘bersantap’ di dalamnya dan syarikat
minuman Coca cola yang ramai juga Melayu menggunakannya. Ringkasnya,
jangan berlaku tidak adil terhadap sesuatu yang jelas. Yang jelas
memberi bantuan untuk membunuh umat Islam, tidak seorang pun berani
bangun bersuara, tetapi bagi yang tidak memberi bantuan secara jelas,
banyak pula gosip liar melingkunginya.
9. Jika anda ingin
menyokong ekonomi orang Melayu, memang inilah jalannya. Shaklee telah
meletakkan garis perniagaan yang jelas dan sangat menguntungkan dengan
modal serendah RM 75 sahaja dan ada pula free membership jika memenuhi
syarat tertentu. Tidak perlu simpan barang dan sebagainya. Paling
penting, bisnesnya adalah buat jangka masa panjang kerana bidang
kesihatan berkaitan manusia. Ada manusia, adalah pasarannya. Saya juga
merasakan tiada lagi produk kesihatan yang dibuat oleh bumiputera yang
dapat menyaingi produk Shaklee dari segi keberkesanannya dan ujian
klinikal yang telah diuji beratus tahun lamanya. Jika ada yang seumpama
itu, saya juga berminat untuk mengetahuinya.
10.
Jangan menyusahkan diri sendiri. Rasullah SAW bersabda di dalam
hadisnya yang mulia, Islam itu mudah. Jangan dipersempitkan dan jangan
pula menakutkan orang ramai daripadanya”. Bukankah Islam itu mudah dan
tidak menyusahkan umatnya dengan peraturan-peraturan yang tidak
sepatutnya? Mengapa pula kita menyusahkan diri kita dengan perkara yang
tidak sepatutnya?
Semoga pencerahan ini dapat
menyelesaikan pelbagai persoalan yang menyesakkan pemikiran anda sama
ada sebagai pengedar atau pun pengguna Shaklee. Sekian.
Shaklee id : [921401] Pengedar Shaklee Perak
SMS / Whatsapp : [017-4387016]
Email : cnurul79@yahoo.com
LIKE Fan Page : PengedarShakleePerak
Email : cnurul79@yahoo.com
LIKE Fan Page : PengedarShakleePerak
No comments:
Post a Comment