nuRul nFe...

Saya adalah pengedar sah SHAKLEE dan pengamal produk Shaklee tegar (highly diciplined consumer) Blog ini lebih kepada perkongsian hasil kerja Make-up, pengalaman bershaklee, dan testimoni2 sendiri walaupun ada banyak sekali testimoni2 keluarga dan customer2 saya

Dr Shaklee adalah Orang Pertama Mencipta Vitamin dan Kajian Beliau Bertepatan dengan Alam Semulajadi, Beliau Percaya Apabila Sesuatu Itu Berharmoni Dengan Alam Semulajadi, lanya Adalah Baik Untuk Kesihatan

Nurul cnurul79@yahoo.com sms / whatsapp 013-5847882 Penghantaran Seluruh Malaysia

Jom dapatkan HARGA PROMOSI bersama saya Pengedar Sah Shaklee ■ Perunding Vitamin Shaklee secara Percuma & Penerangan cara makan Vitamin Shaklee dengan cara yang betul ■ Walk in dimana-mana Branch / HQ Shaklee diseluruh Malaysia dengan menggunakan ID No. 921401 untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee hanya RM65

Juga kepada anda yang ingin menambah pendapatan, anda boleh hubungi saya Saya akan masukkan anda dalam secret group InsyaAllah saya akan guide anda sebaik mungkin Jika betul-betul fokus dalam masa 3 bulan ke atas insyaAllah akan merasa income 4 angka

Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud,"

CEBURILAH KEGIATAN PERNIAGAAN KERANA DI DALAMNYA TERDAPAT 9/10 SUMBER REZEKI"(Al-Tirmizi)

Exchange LINK

Wednesday, January 29, 2014

Jaundis, haruskah bimbang antara Bahaya atau Tidak ?

Jaundis atau kuning adalah penyakit yang biasa dialami oleh bayi yang baru lahir. Dikatakan 6 daripada 10 orang bayi akan menghidap kuning setelah 3 hari kelahiran. 

Sel darah merah mempunyai jangka hayat tertentu. Setelah beberapa ketika, ia akan mati dan perlu diuraikan. Proses penguraian ini menghasilkan partikel yang dipanggil bilirubin. Bilirubin ini tidak larut air dan akan dihantar ke hati untuk diubah kepada larut air. Selepas itu, bilirubin akan dikeluarkan melalui air kencing dan najis. Sebab itu warna keduanya kuning.
 
Jaundis terjadi apabila terlalu banyak sel darah merah yang rosak / pecah dan diuraikan secara serentak dalam satu masa. Ini menyebabkan tahap bilirubin dalam darah meningkat sehingga dapat dikesan melalui warna kekuningan pada badan bayi.

Bahaya atau tidak? 
Menurut Dr Zubaidi Ahmad, kekuningan perlu dirisaukan sekiranya berlaku dalam masa 24 jam selepas kelahiran atau mungkin semenjak lahir. Ini menandakan organ hati bayi mempunyai masalah samaada jangkitan kuman atau kecacatan sejak lahir.
 
Sekiranya tidak dirawat dengan cepat, Kernicterus akan berlaku. Kernicterus adalah keadaan dimana serum bilirubin berlebihan dan menembusi lapisan otak bayi. Sekiranya tidak dirawat, ia akan menyebabkan kerosakan otak dan sawan. Selain itu gangguan pendengaran juga akan berlaku.

Haruskah saya bimbang jika anak saya jaundis? 
Bayi anda mungkin sihat jika : 
Bayi anda cukup bulan dan tidak berisiko untuk terjadi jaundis yang teruk.
Jaundis terjadi selepas 48 jam selepas lahir dan tiada peningkatan jaundis yang teruk.Bayi anda sihat dan aktif. Walau bagaimanapun, sila dapatkan pemeriksaan doktor untuk penilaian lanjut.
  
Apakah tanda-tanda bahaya yang patut saya perhatikan? 
Anda harus dapatkan pemeriksaan doktor segera sekiranya : 
  • Jaundis terjadi dalam masa 24 jam selepas dilahirkan.
  • Peningkatan kekuningan yang cepat.
  • Bayi anda mengalami defisiensi G6PD.
  • Anak anda terdahulu pernah mengalami jaundis teruk.
  • Bayi anda kelihatan tidak aktif dan tidak mahu menyusu.
  • Najis bayi anda kelihatan pucat atau air kencingnya menjadi pekat.
Rawatan terbaik bagi jaundice adalah dengan kerapkan bayi anda menyusu. Dalam susu ibu telah terhasil formula terbaik untuk anak melawan semua jenis penyakit temasuk jaundis. Ibu seharusnya mengelakkan pengambilan jamu dan makan makanan seimbang.

Rujukan:
Kementerian Kesihatan Malaysia
Dr Zubaidi Ahmad
Grup Nutrisi Remedi Alami Malaysia (GNRAM)



Shaklee id : [921401] Pengedar Shaklee Perak
SMS / Whatsapp : [017-4387016]
Email : cnurul79@yahoo.com
 LIKE Fan Page : PengedarShakleePerak

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Petua Atasi Bengkak Susu

Biasanya apabila sudah terjadi bengkak susu, cara mengepam payu dara tidak dapat menyelesaikan masalah. Seolah-olah saluran susu itu tersumbat hingga menyebabkan susu yang dipam tidak keluar. Hanya hisapan secara langsung daripada bayi sahaja dapat menghilangkan masalah bengkak susu.

Ingatlah bahawa payu dara bengkak adalah tanda yang positif, iaitu anda sedang menghasilkan susu untuk bayi anda. Masalah bengkak susu disebabkan oleh hormon lacta (hormone susu) banyak dihasilkan pada waktu tengah malam hingga ke subuh.

Cuba amalkan petua berikut apabila ibu mengalami masalah bengkak susu.
  • Pakailah coli menyusu yang memberi sokongan, termasuk pada waktu malam. Pastikan ia benar-benar padan dan tidak terlalu ketat.
  • Susukan bayi anda dengan kerap, iaitu setiap dua atau tiga jam, walaupun terpaksa mengejutkan bayi anda daripada tidur. Pastikan bayi menyusu daripada kedua-dua belah payu dara pada setiap penyusuan. Cuma pastikan sebelah yang pertama tadi telah dihisap sepenuhnya sebelum memberikan yang sebelah lagi. Pada sesi penyusuan yang berikutnya, mulakan dengan sebelah payu dara yang terakhir dihisap.
  • Mungkin sukar untuk bayi melekap pada payu dara ibu apabila areola, iaitu kawasan kulit gelap di sekeliling puting, sangat keras. Untuk memastikan bayi melekap dengan betul, perah dengan tangan atau pam susu keluar sehingga areola menjadi lembut.
  • Satu cara untuk memudahkan pengeluaran susu ialah dengan meletakkan tuala panas di dada, ataupun mandi dengan air suam sebelum memerah. Air suam mandian itu sendiri mungkin boleh menyebabkan susu keluar dengan sendirinya dan dapat melembutkan areola. Ini mungkin akan memakan masa. Sabarlah, dan teruskan mencuba!
  • Semasa bayi sedang menyusu, urut payu dara yang sedang dihisapnya perlahan-lahan. Ini dapat membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan turut melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payu dara.
  • Jika payu dara terlalu penuh dengan susu, menggunakan pam sekali-sekala untuk mengeluarkan susu berlebihan adalah elok dan tidak akan memburukkan keadaan. Penghasilan susu yang berlebihan hanya akan berlaku jika si ibu mengepam lebih daripada keperluan bayinya sedangkan bayi itu sudah menyusu dengan baik.
  • Menyikat payu dara yang bengkak (sikat menghala ke puting).
  • Sesetengah wanita mendapati, meletakkan daun kubis segar pada payu dara boleh membantu melegakan kesakitan, walaupun tiada bukti untuk menyokongnya. Daun kubis itu mungkin ada kesan penyejukkan tetapi ia tidak dapat mengubati penyebab sebenar payu dara bengkak iaitu susu tidak dikeluarkan daripada payu dara dengan efisien (buat sesekali sahaja kerana jika diamalkan selalu boleh menyebabkan susu kering).
  • Ambil cuka makan dan campurkan dengan air di dalam piring. Ambil kapas, celup dan sapu pada sekeliling payu dara. Jangan sampai terkena bahagian puting. Lakukan setiap hari sehingga tiada lagi masalah bengkak.
  • Ambil beberapa helai daun sirih dan disapu minyak zaitun di permukaan hadapan. Layur daun sirih tersebut di atas tudung periuk. Tekap pada payu dara bila daun agak-agak suam. Selain daripada melancarkan pengeluaran susu, ia juga mengurangkan rasa sakit bengkak.
  • Urut payu dara sedikit sebelum mengepam. Buat urutan membulat seperti pemeriksaan payu dara pada kawasan yang ada rasa berketul-ketul. 
 
Jika anda tidak dapat menahan sakit, anda boleh ambil ubat tahan sakit seperti paracetamol dengan nasihat daripada doktor.


Shaklee id : [921401]  
SMS / Whatsapp : [017-4387016]
Email : [cnurul79@yahoo.com
 LIKE Fan Page : PengedarShakleePerak



Monday, January 27, 2014

Saya cukup PELIK !!!!

Peliknya saya rasa ....

Saya cukup pelik bila org kata nak buat bisnes Shaklee tapi takut orang tak beli. Ramai sgt yang menjual dah katanya. Takde orang nak beli nanti...
---> Tapi saya lagi pelik kenapa bonus saya dari dulu tak pernah berkurang malah dah masuk club 4 angka beberapa bulan lepas. 4 angka tu plak bertambah setiap bulan. Pelik! Takde org beli ke? 

Saya cukup pelik bila orang ckp buat bisnes cam ni kena buang banyak masa pergi cari org ajak join, pergi meeting lewat malam dan sebagainya. Sama jer macam bisnes2 lain.
---> Saya lagi pelik sebab semua kami buat dihujung jari saja. Coaching, discuss semua melalui kemudahan internet. Paling best saya x pernah pun ajak orang join.So memang x susahlah. Pelik! 

Saya lagi pelik bila orang kata dia pernah buat bisnes sampai buat loan dan sampai sekarang tak habis-habis bayar lagi. Bukan untung tapi rugi yang datang.
---> Eh, saya rasa pelik sangat modal saya wat Shaklee ni rm65 je.Tu pon yuran seumur hidup. Duit yuran tu bonus pertama boleh cover dah malah lebih pon dapat. Ishhh, pelik sungguh! 

Saya sgt pelik bila orang tak yakin dgn bisnes ini. Takut bungkus katanya..
---> Saya sangat pelik dah 50 tahun Shaklee menapak kat Malaysia ni. Bukan calang2 company, international. Nak buat bisnes sudah tentunya kita kena cari company yang dah kukuh. 50 tahun dekat pasaran steady lagi... mmg pelik!

Secara jujurnya saya rasa lagi pelik kalau kita tak grab apa jua peluang bisnes yang ada. 9 per 10 dari sumber rezeki datang dalam bidang perniagaan. So memang tak pelik lah kenapa kita patut ceburkan diri dlm bidang perniagaan...

Wallahhua'lam..


Shaklee id : [921401]  
SMS / Whatsapp : [017-4387016]
Email : [cnurul79@yahoo.com
 LIKE Fan Page : PengedarShakleePerak



Wednesday, January 15, 2014

Kenapa Makanan Tambahan diperlukan dan Bolehkah makan banyak Vitamin?

Semakin canggih pembangunan perubatan, teknologi dan penemuan saintifiknya semakin meningkat kadar penyakit-penyakit yang membawa maut, seperti serangan jantung, kanser, kencing manis, darah tinggi dan sebagainya.

Ini bermakna perkembangan dan kecanggihan bidang perubatan tidak dapat menyumbang kearah pengurangan bilangan pesakit samada yang sedia ada mahupun yang baru. 

Kajian menunjukkan perkembangan teknologi perubatan hanya mampu memberi manfaat kepada mereka-mereka yang telah mengidap penyakit yang memerlukan rawatan dan perubatan yang lebih canggih dan selesa, tetapi dengan harga yang turut meningkat seiring kemajuannya.

Kenapa makanan tambahan diperlukan?
Umum mengetahui, untuk pencegahan penyakit-penyakit moden kini, sel-sel kita perlu mendapatkan zat-zat serta nutrien yang semakin sukar didapati dari amalan pemakanan gaya hidup moden kini. Kita lebih mementingkan keselesaan berbanding kesihatan kita.

Kehidupan moden, makanan segera yang berleluasa menjadi penyumbang utama masalah kesihatan moden. Mudah, ringkas, sedap, kenyang, tapi penuh segala bahan kimia iaitu pengawit, perisa, perasa, logam berat, tinggi gula, kolesterol dsb.

Kita mempunyai beratus trillion sel yang sedang bekerja didalam setiap sistem-sistem kita yang terdiri dari organ-organ dan tisu yang sedang membina kehidupan. Kesihatan kita bergantung kepada nutrien-nutrien yang diperolehi oleh kesemua sel-sel  tersebut. Mampukah nutrien-nutrien itu diperolehi dari sumber-sumber makanan kita hari ini?

Tahukah anda?
Ikan yang dibekalkan kepada kita dari Thailand, lndia dsb direndam di dalam ubat mayat yang dinamakan Formalin, supaya tahan lama? Ayam kita ialah anak ayam yang disuntik hormon dsbnya supaya cepat besar, pulangan segera. Sayur kita ialah sayur yang diselimuti racun serangga yang hebat hinggakan ulat pun tak berani makan. Sebab yang ulat tak makanlah yang mmpunyai harga, yang menjadi pilihan kita.

Buah-buahan kita yang telah disimpan lama, yang telah diawet dengan white chemical, yang kelihatan putih berkilat pada buah epal dan sebagainya. Dikatakan untuk sampai kepada kita makan masa berbulan-bulan.sedangkan vitamin mula hilang sejak ianya mula dipetik. Begitulah dengan apa saja yang disediakankepda kita hari ini seperti beras, gula, tepung, segala telah diproses secara kimia. 

Gula putih adalah kristal putih yang terhasil setelah proses membuang semua vitamin, molasses, mineral, protin, serat dan lain-lain kandungan yang berfaedah terkandung di dalam air tebu. Ia tidak terdapat di alam semulajadi, sangat merbahaya kepada manusia, malah tidak sesuai untuk dimakan. Bagi saya, gula putih adalah racun yang merbahaya.

Oleh itu, Kenapa Perlunya Makanan Tambahan.
  • Kerana kita tidak mampu untuk menternak ayam sendiri, menangkap ikan sendiri, tanam sayur sendiri, dsb? 
  • Sebagai pelopor dibidang vitamin, doktor Forest C Shaklee telah melihat jauh kehadapan dimana beliau telah menjangka bahawa di dalam dunia yang moden nanti, segalanya segera dan makanan segar sudah sukar diperolehi. Sebagai solusi nya, we suplement our foods and suplement becomes A Modern Solution To A Modern Problems sebagai Nutritional lnsurance.

Bolehkah Makan Banyak Vitamin? 
Sebenarnya kita dah lama kekurangan vitamin jadi kalau kita ambil vitamin-vitamin mengikut kuantiti seperti tertera dibotol , itu hanya memenuhi keperluan harian sahaja, sebab itu kalau kekurangan teruk kena ambik lebih, untuk menampung kekurangan yang lama.

Kenyataan yang biasa kita dengar ” ialah orang mati kerana kekurangan zat, bukan kerana terlebih zat.” 

Tetapi saya hanya mewakili vitamin jenama shaklee sahaja ye, kerana komitmen syarikat tentang 100% semulajadi dan penyerapan yang cepat iaitu dalam masa 30 minit segala nutrien yang tertera dilabel telah berada didalam darah bersedia untuk diserap, hasil keputusan ujian klinikal, The Shaklee Difference.




Shaklee id : [921401]  
SMS / Whatsapp : [017-4387016]
Email : [cnurul79@yahoo.com
 LIKE Fan Page : PengedarShakleePerak