nuRul nFe...

Saya adalah pengedar sah SHAKLEE dan pengamal produk Shaklee tegar (highly diciplined consumer) Blog ini lebih kepada perkongsian hasil kerja Make-up, pengalaman bershaklee, dan testimoni2 sendiri walaupun ada banyak sekali testimoni2 keluarga dan customer2 saya

Dr Shaklee adalah Orang Pertama Mencipta Vitamin dan Kajian Beliau Bertepatan dengan Alam Semulajadi, Beliau Percaya Apabila Sesuatu Itu Berharmoni Dengan Alam Semulajadi, lanya Adalah Baik Untuk Kesihatan

Nurul cnurul79@yahoo.com sms / whatsapp 013-5847882 Penghantaran Seluruh Malaysia

Jom dapatkan HARGA PROMOSI bersama saya Pengedar Sah Shaklee ■ Perunding Vitamin Shaklee secara Percuma & Penerangan cara makan Vitamin Shaklee dengan cara yang betul ■ Walk in dimana-mana Branch / HQ Shaklee diseluruh Malaysia dengan menggunakan ID No. 921401 untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee hanya RM65

Juga kepada anda yang ingin menambah pendapatan, anda boleh hubungi saya Saya akan masukkan anda dalam secret group InsyaAllah saya akan guide anda sebaik mungkin Jika betul-betul fokus dalam masa 3 bulan ke atas insyaAllah akan merasa income 4 angka

Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud,"

CEBURILAH KEGIATAN PERNIAGAAN KERANA DI DALAMNYA TERDAPAT 9/10 SUMBER REZEKI"(Al-Tirmizi)

Exchange LINK

Tuesday, October 28, 2014

Shaklee Effect : Menggunakan Shaklee dengan cara saya sendiri.

Baru-baru ini, saya telah membuat group gathering dan jemputan khas, of course ler leader saya Master Azlin dari Empayar SuccessSupermommies naungan Empayar Jutawan; PM Master Cery. Setiap dari kami dikehendaki memulakan bicara dengan bagaimana saya / kami boleh terjebak dengan Shaklee? Saya sendiri tidak sangka kerana sebelum tahun 2013, perkataan SHAKLEE pun saya tidak pernah tahu. 

Apakah Shaklee?

Shaklee merupakan peneraju perniagaan & pembuatan suplemen / vitamin semulajadi terulung di dunia, berusia lebih 55tahun, dan lebih 30 tahun di Malaysia. Walaupun begitu, selain suplemen, Shaklee juga mengeluarkan produk-produk lain. Boleh rujuk web Shaklee : www.shaklee.com.my



Adakah Shaklee halal?

Ya. Produk Shaklee Malaysia disahkan halal oleh Islamic Service of America yang merupakan badan diiktiraf JAKIM.

Saya mula makan Shaklee sebab utama untuk repair skin yang bermasalah. Walaupun tak seteruk jerawat batu, saya mempunyai masalah kulit yang berminyak, kulit yang sedikit kasar berjeragat (ini menampakkan tidak awet muda) dan mudah naik jerawat serta meninggalkan parut. Haishhh..memang merimaskan kalau mempunyai masalah  cam ni kan. Sungguh sadis sebab pelbagai usaha tanpa jemu dilakukan. Selepas beberapa ketika nampak keberkesanan pada diri sendiri, saya mula berjinak2 dengan bisnes Shaklee kerana antara sebab2 utama di bawah;
  • Produk yang berkualiti dan berkesan : Set kulit (Vita C, Vita E dan Vita B) pertemukan saya dengan Shaklee dan terus jatuh cinta. Sign up FREE MEMBER dengan belian Promosi Collagen sebulan selepas itu. Lebih kagum bila saya ketahui setiap bahan di dalam produk Shaklee menjalani 350 ujian kontiminasi dan hanya bahan mentah dengan Gred A sahaja dibenarkan untuk produksi.
  • Tiada paksaan daripada UPLINE : Tipikal MLM di Malaysia adalah orang atas agak "pushy" kepada orang bawah dan ini tidak berlaku dalam bisnes Shaklee saya. Malah sangat terkejut mengetahui Shaklee adalah pelopor dalam bisness MLM kerana Leader saya, MASTER AZLIN sendiri tidak pernak memaksa saya untuk terjebak dengan bisness ini. Saya sendiri yang meminta dan menyerah diri untuk menjadi anak didik beliau. Walaupun kini saya sudah bergelar SUPERVISOR, saya masih lagi duduk di bawa ketiak beliau untuk belajar, belajar, belajar dan sentiasa belajar. :)
  • Sistem Bonus yang Adil : Shaklee sangat unik kerana kita boleh dapat bonus walaupun TIADA Downline. Anak boleh pintas upline pada bila-bila masa untuk dapatkan bonus yang lebih tinggi dan paling penting, Shaklee beri bonus pada siapa yang usaha lebih. Bukan goyang kaki atau mengkayakan orang atas. Usaha kena setimpal untuk dapatkan Wang Besar. Bisness Shaklee mengubah pandangan saya yang negatif tentang bisness MLM serta mengubah saya untuk lebih positif kepada perkara-perkara yang lain.
  • Bisness yang MUDAH dan boleh dilakukan di rumah : saya maksudkan MUDAH kerana peranan saya adalah untuk berkongsi/Sharing dengan ramai orang tentang keseronokan saya menggunakan Shaklee dengan cara saya sendiri. Boleh gunakan sebarang media sosial untuk berkongsi. Ini sangat sesuai untuk saya yang jenis sedikit pemalu bila berjumpa dengan orang. Jadi, gunakan semua platform dengan cara menulis. Duduk rumah tak ler goyang kaki je kan. Isi masa mana yang terluang. Asal ada internet, saya boleh bekerja walau di mana saya berada.
  • Konsep Kerohanian yang ditekankan : Saya tidak pernah jumpa group yang mementingkan tentang kerohanian. Kepentingan untuk bergantung kepada Allah dalam menjemput rezeki. Besar ertinya kepada saya kerana Shaklee mengingatkan kembali kepada konsep back to basic. Selama ni hanya membaca di dalam buku-buku. Kini saya sendiri mengamalkannya. SubhanAllah, MasyaAllah. Konsep kerohanian yang diterap itu membuatkan saya makin jatuh cinta. Memang luar biasa kerana banyak mengubah hidup saya. Lagilah saya suka buat Shaklee dengan sepenuh hati.
  • Sistem Sokongan yang Kuat : Walaupun kami semua berniaga produk yang sama, tetapi kami tidak bersaing. Bahkan kami saling berpimpin tangan untuk mendaki puncak. Bila sama-sama down, sama-sama kami akan saling menaikkan motivasi sesama kami. Menarik bukan??? Kalau bukan sebab bersama Shaklee, tak mungkin saya belajar tentang kanser untuk membatu pesakit kanser, seni dalam nutrisi untuk kesihatan dan macam-macam lagi. Bahkan Shaklee juga menjadi asbab untuk saya menuntut ilmu marketing dari pelbagai sumber yang kemudiaan membantu lebih ramai orang untuk membuat bisness online.
  • Mesra Kanak-kanak / Family Friendly Group : Pernah hadiri mana-mana seminar dan anak-anak boleh berlari dalam kelas tak??? Mungkin mustahil di tempat lain tetapi tidak dengan Seminar atau coaching class kami. Tidak perlu pening mencari pengasuh anak kerana kita boleh bawa anak bersama ke kelas. Ada aktiviti khas yang disediakan untuk anak-anak.



Pandangan Saya.. (Bukan saya seorang malah ramai lagi ahli/pengedar shaklee yang kata camni.. :)

Join Shaklee tidak menjalankan bisness semata-mata kerana mendapatkan sesuatu (duit atau harta), tapi lebih kepada menjadi sesuatu. Contohnya kita tolong orang apa yang mereka kehendaki iaitu dengan menjual produk kesihatan ni, kita membantu orang ramai mendapatkan kesihatan yang baik. Keyakinan dan kepercayaan mereka, keutamaan kami. Yang nak jadi member pula, dapat menikmati beberapa keistimewaan bukan keuntungan semata2.
Alhamdulillah, dari sehari ke sehari kualiti diri saya, saya berusaha perbaikinya. Kita memang insan yang lemah, dan ia memberi banyak ruang untuk muhasabah. 

Menjadi saya, saya tidak pernah memaksa sesiapa untuk lakukan apa yang mereka tak mahu. Tapi sesiapa yang nak lakukan apa yang mereka mahu, serius, cekal, In Shaa Allah saya akan sedaya upaya membantu.

Ini bagi yang serius yer. Kalau anda serius dan berminat boleh LIHAT SINI.


Thursday, October 23, 2014

COURAGE / KEBERANIAN

Be the architect of change !!

Jom kita tengok diri sendiri ... Dah 10 bulan kita ditahun 2014 ni kan. Apa perubahan yang dah kita lakukan ?? Dah berubah ke kita atau kita masih sama di spot 6 bulan lepas atau mungkin 2 tahun lepas??

Tanya diri kita, Berani ke nak berubah ?? kita kena BERANI dulu jika nak berubah. Dah berani tapi takut .. Kene buat juga !!

Yang dah lepas tuh lepaskan. Takyah dok ingat lagi !!
Jom kita Start again !!


Cer klik link ni dengar apa Maria share tentang ‪#‎courage‬ 
 
Source : http://youtu.be/kJ5LDZZdISQ

Semoga bermanfaat.

Dinner Konvokesyen UTP ke 14 : First and Last !

Kenapa tajuk First and Last?? 

He3....biarlah rahsia, bak kata Dato' CT... Last nanti korang tau ler kenapa. Baca sampai habis yer... Yang penting, kita ENJOY!!!


As usual, setiap tahun memang saya akan jadi committee majlis konvokesyen UTP ni. Berbagai kerenah yang kita boleh lihat. Disebabkan tahun ni kami dijemput sebagai GUEST (table no 2) untuk Dinner bersama-sama Students dan Tun Mahathir, maka pelbagai persiapan perlu dibuat. Ada yang beli baju baru. Ada yang beli tudung baru. Ada yang request saya untuk CONTENG2 make-over muka mereka dan macam2 lagi la. Bila ramai geng, banyak ler kerenahnya. Dah namanya pun perempuan...Yer idok! Yang pasti, saya pakai jer mana yang ada. Tak beli per2 pun yang baru...he3...

Gara2 terjadinya satu peristiwa yang diluar jangkaan kami maka kami mengambil keputusan untuk bergambar. Nak wat cam ner kan. Demi nak menyejukkan hati yang agak sedikit kecewa ketika ini, maka kami semua mengambil keputusan bergambar sampai loya...kikikiki. Ni sebahagian sahaja gambar yang ada. Banyak lagi dalam kamera org lain...hu3.

 

Close up make over Cik Siti kita. Sesekali kena make-over, cantik Cik Siti ni. Sampai maknya tak kenal dier biler tgk gambar ni. Ni cik Siti yang cakap yer, bukan saya...hu3. Mata cik Siti ni kecik sebenarnya. Tapi bila ditunjuk gambar ni kat saya, besar lak nampaknya...ini bermakna makeover saya menjadi lah kan untuk menampakkan effect matanya sedikit besar..tahniah...tahniah..he3..
Cik Siti berselfie.
Ok...lepas penat bergambar jom kita balik. Lebih kurang jam 10.00 time tu. Pastu kami lepak kedai siam sambil melaram untuk makan sekali lagi...yang tak tahan nyer MEK tu boleh tanya kat kami2 ni, baru kelik umoh kenduri ker....hahaha...nak control ayu ler katakan dengan perut yang LAPAR, maka jawapan kami YES...he3.

 
  

Ok...kul 11 kami dah sampai rumah masing2. Dinner habis kul 12....ooo..ooo..cam ner tu yerk...?

Ok, bye. ;)

Thursday, October 2, 2014

Minyak naik, pendapatan isi rumah dinafikan! Apa kata Tuanku Sultan Perak?

"Beauty with brain".

Sekali lagi rakyat dipaksa telan tanpa pilihan sementelah pengumuman kenaikan harga minyak sebanyak RM0.20 sen bagi RON95 bermula 02.10.2014. Seperti mana rakyat Kelantan berbangga dengan sultannya, begitu juga saya sebagai rakyat Perak. Menjunjung kasih, Tuanku Sultan Nazrin Shah. Sejujurnya, I'm not anti-government tapi please lah peka masalah rakyat. The government of the day must take serious view to overcome this.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah hari ini mengingatkan Putrajaya supaya berhenti menafikan kewujudan kekayaan tidak sama rata di negara ini dan sedar kesusahan hidup dan kemiskinan juga boleh menyebabkan kegiatan rasuah.

Dalam ucapannya, baginda memetik angka menunjukkan pendapatan rendah di kalangan majoriti isi rumah di Malaysia, sambil berkata mereka yang bertungkus lumus memenuhi keperluan hidup terdedah dengan rasuah pada skala kecil.

Baginda berucap pada majlis ulangtahun ke-47 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini, di sebalik perbahasan mengenai pengumuman Putrajaya baru-baru ini mendakwa purata pendapatan isi rumah rakyat melebihi RM5,900.

Sementara mengambil maklum yang rasuah juga wujud di kalangan pegawai berpangkat tinggi di sektor awam dan swasta akibat sifat tamak mereka, Sultan Nazrin berkata rakyat golongan bawahan ada yang melakukan kerja kedua bagi menampung keperluan keluarga demi mengelak terjebak dalam rasuah. Ini akhirnya akan menjejaskan produktiviti mereka di tempat kerja, titahnya.
"Inilah hakikat senario semasa di dalam negara. Bilangan yang tergolong dalam kategori ini akan semakin bertambah jika formula berkesan tidak diperkenalkan terutama memberikan fokus kepada aspek-aspek perumahan, makanan, pengangkutan serta khidmat kesihatan dan rawatan perubatan yang kosnya semakin hari semakin meningkat.

"Negara tidak boleh berada dalam minda penafian akan realiti sebenar yang sedang berlaku," titahnya.

Baginda memetik laporan Model Ekonomi Baru yang menunjukkan 80% isi rumah di negara ini berpendapatan kurang RM5,000 sebulan dan 40% berpendapatan kurang RM2,000 sebulan.

Ia juga menunjukkan 78.6% pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berpendapatan kurang RM3,000 sebulan.

Sementara itu, titahnya, tahap keupayaan pelaburan di kalangan majoriti bumiputera boleh dimanifestasikan melalui simpanan Amanah Saham Bumiputera di mana 75% daripada penabungnya memiliki purata tabungan hanya RM611 seorang.

Sultan Nazrin bertitah, data itu sangat membimbangkan dalam usaha negara mencapai taraf negara maju dengan sasaran pendapatan per kapita RM48,000 setahun pada tahun 2020.

Katanya, keadaan itu umpama penyakit yang memerlukan rawatan serius.

"Ia bukan sakit tekak yang bersifat sementara, boleh diubati dengan gula-gula strepsil. Ia penyakit sosial yang serius, memerlukan rawatan intensif daripada doktor dan pakar bedah sosial, memerlukan formula perubatan dari farmasi sosial yang berupaya merangka dasar sosial yang komprehensif lagi holistik untuk dilaksanakan," katanya.