Dapat dari seorang sahabat. Semoga bermanfaat untuk semua.
Ilmu ni dipetik dari isi segmen Ustaz Zaharuddin dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O (NLKO) Ahad lepas yang bertajuk "BAJET DIRI dan KELUARGA MENURUT ISLAM".
Antara initipati yang dapat dirumuskan adalah;
- Kos kehidupan semakin meningkat seperti BLR nak naik lagi dan GST akan dilaksanakan tahun depan (2015)
- Buat catatan expenses kita. Kalau sebelum ni kita take for granted, main bayar jer, lepas ni kena lah ada perancangan.
- Buat persediaan dari sudut hati terlebih dahulu. "KECUKUPAN" atau "TIDAK CUKUP" itu bergantung kepada jiwa kita sebenarnya,
- Ada orang pakai kereta biasa pun dah rasa 'cukup'. Tapi sesetangah orang, pakai kereta yang sama tapi masih rasa 'tak cukup', padahal dah mencukupi untuk bawa dia dari point A ke point B. Jadi, sebenarnya di mana "CUKUP" dan "TAK CUKUP" itu?
- Itulah barakah sebenarnya. Barakah inilah yang perlu kita raih untuk membuat perancangan kewangan khususnya bagi umat Islam.
- Lepas ada barakah, baru lah kita cerita bab pelaburan.
- Ada orang gaji 3k, dia rasa cukup sebab ketamakan dia tidak teruk. Dia tak nak pakai spec mata yang berjenama, tak sibuk nak beli jam yang terlampau mahal.
- Kena potong la kos-kos luxury selama hari ni.
- Nafsu perlu dididik supaya sentiasa rasa cukup.
- Duit pelaburan tak semestinya perlu datang daripada source yang lain daripada gaji (i.e side income). Boleh juga draw duit KWSP untuk switch tu Unit Trust.
- Tambah ilmu. Pelaburang yang paling baik adalah invest dalam diri / business sendiri. Contohnya nak melabur, tapi tak reti account, pergi lah belajar buat cashflow, etc.
- Siapa yang beristih=ghfar dan bertaubat, maka Allah akan tambah rezeki dia. Allah akan tambahkan harta-harta dia.
- Harta boleh bertambah dengan dua cara; kuantiti nya bertambah, dan rasa kecukupan tu bertambah.
- Lepas istighfar, bertaqwa.
- Siapa yang bertaqwa kepada Allah, maka Allah akan berikan dia rezeki dari sumber yang dia tidak ketahui. (ayat seribu dinar)
- Rezeki tak semestinya dalam bentuk duit. Kesihatan pun rezeki. Contohnya kita sebelum ni tak jaga pemakanan. Lepas kita doa, Allah datangkan kepada kita ilmu melalui kawan (contoh) yang pesan kat kita, 'Ini tak boleh makan, kolestrol tinggi etc'. Kita pun start diet. Kalau tak, kita dah kena sakit jantung. Tapi sebab ilmu tadi, alhamdulillah kita dah terhindar. Itu pun rezeki sebenarnya. Tapi kita jarang nampak benda-benda macam ni sebagai rezeki. Sebab kita asyik fikir rezeki=duit. Tu ada yang cakap, "Tak naik pun dalam account, penat aku istighfar".
- Sedekah. Boleh menghilangkan kecelakaan dan menambahkan rezeki. Nabi dah cakap takkan berkurang harta orang yang bersedekah.
- Bill Gates n Warren Buffett pun mengaku lagi banyak diaorang bagi, lagi banyak diaorang dapat.
- Selain sedekah, perbanyakkan ibadah-ibadah khusus. Bukan hanya nak dapat duit, tapi untuk rasa kecukupan. Solat hajat, solat dhuha, baca surah Waqiah, itu semua bukan untuk dapat duit semata-mata, tapi untuk 'rasa kecukupan'.
- Dan bila kita beriman dan bertaqwa, Allah akan bukakan pintu rezeki daripada langit dan bumi. Bukan daripada langit sahaja. Nak tunjuk, spiritual pun rasa cukup, fizikal pun akan cukup, insyaallah.