nuRul nFe...

Saya adalah pengedar sah SHAKLEE dan pengamal produk Shaklee tegar (highly diciplined consumer) Blog ini lebih kepada perkongsian hasil kerja Make-up, pengalaman bershaklee, dan testimoni2 sendiri walaupun ada banyak sekali testimoni2 keluarga dan customer2 saya

Dr Shaklee adalah Orang Pertama Mencipta Vitamin dan Kajian Beliau Bertepatan dengan Alam Semulajadi, Beliau Percaya Apabila Sesuatu Itu Berharmoni Dengan Alam Semulajadi, lanya Adalah Baik Untuk Kesihatan

Nurul cnurul79@yahoo.com sms / whatsapp 013-5847882 Penghantaran Seluruh Malaysia

Jom dapatkan HARGA PROMOSI bersama saya Pengedar Sah Shaklee ■ Perunding Vitamin Shaklee secara Percuma & Penerangan cara makan Vitamin Shaklee dengan cara yang betul ■ Walk in dimana-mana Branch / HQ Shaklee diseluruh Malaysia dengan menggunakan ID No. 921401 untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee hanya RM65

Juga kepada anda yang ingin menambah pendapatan, anda boleh hubungi saya Saya akan masukkan anda dalam secret group InsyaAllah saya akan guide anda sebaik mungkin Jika betul-betul fokus dalam masa 3 bulan ke atas insyaAllah akan merasa income 4 angka

Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud,"

CEBURILAH KEGIATAN PERNIAGAAN KERANA DI DALAMNYA TERDAPAT 9/10 SUMBER REZEKI"(Al-Tirmizi)

Exchange LINK

Thursday, August 7, 2014

Susu Ibu Drop? Betul ke jika makan Antibiotik beri kesan ke atas penghasilan susu ibu?? Macamana nak buat?

Entry kali ni nak cerita tentang pil antibiotik dan kesan ke atas penghasilan susu ibu. Kebiasaannya kita dengar setiap ibu yang mengambil antibiotik, after seminggu mesti susu dia drop. Betul ker antibiotik sebabkan susu drop?? Secara umumnya pil antibiotik memberi kesan secara tak langsung, menjejaskan milk production. Mungkin ada yg OK tapi ada beberapa cases yang jumpa memang susu drop teruk.

Since baru-baru nih saya demam + batuk + selsema. Cukup 3 serangkai. Jadi saya tanya doktor sebab Doktor ada menyarankan untuk mengambil antibiotik. Kata doktor Antibiotik TAK mengganggu penyusuan!! Kena tengok apa antibiotik yang diambil. Apa kata mommies pula?!! jom share!!!  

Sedikit sharing dari teman-teman. >>credit to cery  

Case 1 : ni case last month. Pn Yenny dari langkawi. Saya dpat sms darinya. Katanya dia baru nak sembuh dari demam panas yang kuat sehingga masuk ward, dan doktor memberikannya pil antibiotik...then dia mengadu.. dia stress .. sampai menangis.. sbb susunya terus stop.. saya kata SABAR..itu sebahagian dari ujian Allah. InsyaAllah susu pasti masih masih ada, cuma perlu gandakan usaha. More stimulation. Kena rangsang lebih.. cth mcm kereta lama dah tak tersadai tak di start enjin. Jadi surelah amik masa nak panaskan enjin, bukan boleh masuk terus gear 5... kan?  

Jadi jika susu tiba2 drop teruk selepas mkn pil antibiotik, jangan panik... lakukan langkah berikut:  
  • mulakan kembali - PUMP secara efektif..if possible setiap 2 jam..(walau kluar 0.5 oz atau angin saje...pun kene teruskan pump..hari2 ye..ni namanya untuk stimulate/rangsang kembali. HARI-HARI, insyaAllah lepas 1-2 minggu. flow will back to normal. 
  • makan supplemen - bancuh ESP 3x sehari, dan yang lain2 (alfalfa (3x sehari, bcomplex, vitalea, vita C..mkn mcm biasa) 
  • kerap minum air - 2-3 liter sehari 
  • doa dan istigfar dan selawat. 
  • baca surah Al-Waqiah. Doa agar murah rezeki susu untuk anak kita.
  • RILEKS, feel happy....

insyaAllah, selepas 1-2 minggu.. pasti flow susu akan kembali normal. Alhamdulillah... selepas seminggu, SMS dari yenny - the milk back to normal.. itulah ganjaran buat ibu2 yang bersabar..dan saya mmg yakin pun yang yenny seorang ibu yang mempunyai semangat juang yang tinggi...mujur dia berfikir positif dan tak mudah putus asa...

Kawan-kawan bagaimana pula??  

Case 2 - ini another true story. luahan puan has... yang saya ambil dari blog kak N... buat renungan untuk ibu2 sekalian... mungkin selama ni kita cuma dengar kejayaan ibu2 yang menyusukan anak sehingga 2tahun tapi untuk capai kejayaan itu bukan mudah...dugaan demi dugaan kita hadapi..sesungguhnya Allah itu maha pengasih dan penyayang..  

Salam,
Pekaba Kak N? saya harap Kak N sentiasa sihat dan ceria2 selalu...
Kak N, tujuan email ni saya layangkan buat tatapan Kak N bukanlah utk mengganggu tetapi untuk berkongsi kegembiaraan...walaupun kadang2 saya hampr putus asa tetapi kata2 semangat dari kak N membuatkan saya bangkit kembali...  

selepas seminggu saya kene bengkak breast dan terpaksa makan antibiotik susu saya drop... saya stress sgt mase tu tp kepala ni sentiasa set yg stress akan menyebabkan susu saya makin kurang.. tetapi saya teruskan juga makan b complex dan vitamin2 lain seperti biasa...air masak 3liter sehari...doa dan zikir yang tidak putus2 saya amalkan...pesanan kak N sentiasa saya ingat dan pesanan itulah yg membuatkan saya bangkit kembali...walaupun masa yang diambil utk susu pulih kembali sediakala agak lama juga...tapi saya tabahkan hati dan kuatkan semangat..jadual mengepam saya 1 hari sampai 5kali...kalau sebelum ni 3kali sehari...kadang2 sedih juga bila pam hanya dapat susu sedikit shj...tapi saya percaya dan yakin yang susu saya sentiasa cukup untuk Haikal..

Saya up kan alfalfa dari 2biji sehari sehingga 6biji sehari...pagi lepas sarapan 2biji,tengahari 2biji dan malam 2biji sehari...dan hasilnya bukan ambil masa sehari susu terus up tetapi ambil masa seminggu juga untuk susu saya kembali banyak dan boleh buat stok EBM untuk bulan puasa...apa yang nak saya kongsikan dengan kak N satu hari tu jadual pam saya seperti ni..  

5.30am = 7oz
10.15am = 7oz
1.00pm = 5oz
4.00pm = 5oz
6.00pm = 4oz
total 28oz  
Syukur sgt masa hari tu saya dpt susu yang agak meriah. Selalunya 1hari hanya 20oz sahaja. Saya percaya Usaha dan Istiqamah itu penting doa dan solat 5 waktu mesti jaga. Itu yang saya pegang sehingga hari ini. Bulan Julai ni Haikal dah 1 tahun bermakna saya dah beri dia susu ibu selama 1tahun dan perjuangan saya masih berbaki 1tahun lagi... Mungkin selama ini saya cuma dengar kejayaan ibu2 yang menyusukan anak sehingga 2 tahun tapi untuk capai kejayaan itu bukan mudah.. Dugaan demi dugaan kita hadapi sesungguhnya Allah itu maha pengasih dan penyayang...
So selepas ni kalo ada yang susu drop anda tahu apa perlu buatkan?!!!  
BERUSAHA yer!!
Never.. never.. never.. Give-up !!



Wednesday, August 6, 2014

Anta sayang tak Rasulullah?

Just for sharing. Kepada yang masih merokok, tolong kuatkan semangat untuk berhenti merokok. Kepada yang tidak merokok, tahniah diucapkan, tapi tolong gunakan adab/ilmu untuk menasihati, jangan terlalu beremosi. Sebak baca cerita ni, sekadar nak berkongsi..
Kisah seorang petugas sukarelawan Gaza yang merokok:
Sehinggalah menjejak kaki di bumi Gaza apabila ditegur oleh seorang anggota Alqassam semasa pergi ke kem di Jabaliya.
Soalan pertama dia tanya.. "anta isap rokok tak?" saya jawab; hisap tapi di Malaysia. Di Gaza tak hisap lagi..
Lepas itu dia senyap dalam 3, 4 minit. Saya tunggu soalan yang seterusnya. Kenapa susah payah dia nak tanya soalan yang kedua. Mungkin dia takut saya akan terasa hati kalau dia tanya soalan yang seterusnya. Kemudian dia menarik nafas dalam-dalam baru dia bertanya semula. "Anta sayang tak Rasulullah?" Saya dengan pantas menjawab "mana mungkin tidak sayang. Mestilah sayang...!"
Dia kemudian memberi penerangan; "kalau sayangkan Rasulullah, kita tidak akan buat apa yang Rasulullah tidak suka buat. Rasulullah tidak suka kepada perkara-perkara yang merosakkan diri sendiri dan orang lain. Rasulullah tidak suka kepada benda-benda yang berapi dan yang mengeluarkan asap. Rasulullah tidak suka kepada bau-bauan yang busuk.."
Katanya lagi "agaknya kalau kita buat juga perkara-perkara yang Rasulullah tidak suka, Rasulullah sayang tak dengan kita??"
Saya senyap terus. Airmata mengalir. Berasa sebak dan pilu dalam hati. Selepas hari tu sehingga kini saya dah tidak menyentuh rokok. Sehinggakan orang nak suruh hulur kotak rokok pun saya tak mahu.

Lagi info : 



Tuesday, August 5, 2014

Soalan yang patut anda tanya adalah Patut Beli EPO atau GLA Complex?

2 hari lepas saya share kat Facebook tentang pentingnya Asid Gamma-Linolenik (GLA) untuk cantik & langsing. GLA di kedai-kedai farmasi kebanyakkannya dijual dari sumber evening primrose oil (EPO). EPO memang sinonim dengan wanita

Soalan lazim: Apa beza GLA Dan EPO? Shaklee takde jual EPO?

Jawapan simple: EPO kaya dengan GLA. Borage juga kaya dgn GLA. Kebanyakkan GLA yang sedia ada di pasaran dihasilkan daripada EPO. Tetapi RAMAI YANG TAK TAHU kepekatan GLA berbeza dalam kedua-duanya. BORAGE mengandungi GLA dua kali ganda yang lebih tinggi dari EPO. Dari segi bioavailabiliti (kadar penyerapan) BORAGE juga adalah 3 kali lebih berkesan daripada EPO.

Soalan yang patut anda tanya adalah: Patut beli EPO atau GLA Complex Shaklee?
Anda buat keputusan sendiri. Apa yang saya boleh beritahu adalah GLA COMPLEX Shaklee menggunakan bunga borage sebagai bahan utamanya.

Lagi soalan HOT: Kenapa produk shaklee disebut GLA COMPLEX? Kenapa tak disebut minyak borage je?
Kerana kandungannya memang COMPLEX. Bukan sekadar borage. GLA Complex Shaklee mengandungi asid gamma linolenik (GLA) dari minyak borage, asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. Bioavailabitinya dibuktikan secara klinikal di mana ia mampu menyerap ke dalam sel dan tisu dengan lebih baik

Sekarang anda boleh jawab samaada nak EPO atau GLA Complex.
Anda nilaikanlah sendiri. Jadilah pengguna yang bijak. Jangan pening2.

Saya dan rakan-rakan saya yang cantik-cantik dan jelita semuanya memilih GLA Complex.

Ingat yer, GLA Complex bukan sahaja untuk wanita. Ia juga penting untuk kanak-kanak, remaja dan juga orang dewasa lelaki dan wanita.



Shaklee id : [921401] Pengedar Shaklee Perak 
SMS / Whatsapp : [017-4387016]
Email : cnurul79@yahoo.com
 LIKE Fan Page : PengedarShakleePerak 

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease



Friday, August 1, 2014

Idea TERBALIK yang kreatif !!!!

Sungguh kreatif insan yang wat benda alah ni. KREDIT untuk beliau. Disebabkan tak nak korang tertonggeng nak bacanya kat pc, maka dengan ini, saya kreatifkan dengan tolong menterbalikkan untuk korang mudah nak membacanya... :)..he3.. Lepas baca gambar pertama tu, korang baca lak yang gambar kedua tu yer. 

Selamat Membaca. 
Selamat Hari Raya. Pray For Palestin
 

Buat BISNES tidak seperti MAKAN GAJI

BEKERJA untuk BELAJAR.

Setiap hari pasti saya akan mengikuti satu sharing session (Online Secret Group) yang dianjurkan oleh leader2 Group JUTAWAN Shaklee yang amat berjaya. Antara salah satu sharing yang betul-betul membuatkan saya termenung dan mengelamun mengenangkan diri saya sendiri apabila menyentuk bab kerja makan gaji dan kerja sendiri. Saya antara sebahagian yang masih kerja makan gaji dan melakukan kerja sampingan untuk mencari pendapatan tambahan. Dalam erti kata lain, member-member cakap saya ni RAJIN mencari duit...ahakkksssss....masalahnya skrg, sape yang tak nak duit kan? Dengan duit macam2 kita boleh buat dan salah satu caranya digunakan untuk mencari saham di akhirat. Yang penting BACK to BASIC. Back to Allah.


Mentaliti Saya Dahulu dan Sekarang Ketika Makan Gaji
Bagi orang yang makan gaji, mentaliti dari segi rezeki yang dapat setiap bulan memang amat berbeza dengan orang yang membuat bisnes sendiri.

Setiap bulan kita pasti akan mendapat gaji dan tidak pernah risau akan saat di mana duit tidak cukup. Kalau duit habis belanja bulan ini, ahhh tak pe, bulan depan dapat lagi, sekian hari bulan, apa susah !

Memandangkan saya dahulu dan sekarang masih seorang yang makan gaji, maka dengan ini saya bersetuju dengan pernyataan di atas. Apabila tetiba bulan ini saya terlebih belanja, saya tak risau yang duit akan habis sebab bulan depan pasti majikan saya akan bayar gaji. Cuma kena bijak mengagihkan ikut keperluan yang perlu diutamakan.

Namun atas sebab yang tertentu dan atas sebab minat dan matlamat yang tinggi untuk mengisi masa terluang dan mengubah ekonomi keluarga kepada yang lebih baik, kepada lebih FREEDOM, keluar dari COMFORT ZONE, saya membuat kerja sampingan.

Mentaliti Saya Sekarang Apabila menjana pendapatan online secara sampingan a.k.a Buat Kerja Sendiri
Kalau makan gaji kita tahu berapa banyak gaji yang kita dapat bulan tu. Kita MC ke, kita AL ke, kita tidur ker time kerja, gaji kita tetap dapat dalam jumlah yang sama pada bulan tu.
Tapi, kalau bisnes, kita tak tahu 'gaji' kita banyak mana bulan tu. Kena keluar dari ZON SELESA. Kena LAWAN RASA TAKUT yang bersarang dalam hati. Kena berjuang setiap detik. Tidak boleh putus asa. Kena bina KEYAKINAN diri yang tinggi. Ini semua makan masa yang panjang di mana ia memerlukan KESABARAN yang kuat dan berterusan. 
Setiap hari perlu ada USAHA, DOA, TAWAKAL. Nak tahu kenapa?  Sebab kita kerja untuk diri kita bukan untuk orang lain. Sebab tu lah, sesiapa yang eksaited nak mulakan bisness atau sedang berbisness tapi rasa lemau, tanya diri sendiri semula, kenapa KITA nak buat BISNES?  Listkan 30 SEBAB kenapa KITA NAK buat bisnes. Lagi banyak REASON yang kita senaraikan, LAGI LAMA kita boleh bertahan dalam bisnes yang kita pilih tu.
Kalau makan gaji, kita tak boleh terus kata nak resign hari ni unless cash saving dah berkoyan-koyan, bolehlah tender terus 24 jam. Berani ker??? Nak cuti pun tak boleh cuti terus, kena apply dulu dan tunggu approval. Kalau buat bisnes, nak cuti bila-bila pun boleh cuti. Nak rehat berbulan-bulan pun tak ada sapa nak marah. Marah kat diri sendiri jer ler kalau makan tak cukup...hu3...
Kalau buat bisnes, bila-bila kita boleh kata nak giveup, nak quit sebab bisnes kita. Cuma kalau kita give up kita quit, siapa yang rugi? Tentulah SENDIRI yang rugi. Betul tak?? Sebab tu orang yang buat bisnes ni 'COMEL' nya lain macam sikit. Sebab saya tengok rakan2 saya yang buat bisnes diorang ni 'COMEL' lain macam. Bersemangat kental, postif selalu, pendirian yang teguh. Dalam hatinya, kita tak tau cam ner perit jerihnya mereka (termasuk saya sendiri sekarang) untuk mengembangkan empayar perniagaan masing-masing.

Apa-apa pun, saya suka kedua-dua nya. Makan gaji ke, buat bisnes ke. Kedua-dua nya adalah ibadah dan ada manisnya tersendiri. Yang penting enjoy bersama keluarga tersayang. Saya dah rasa kedua-duanya. Kiranya skrg 14 tahun saya makan gaji DAN 2 tahun buat online bisnes Shaklee. Buat bisnes feelnya sungguh lain even part time. I love it so much. Dapat merasai semua masam, masin, pedas, manis, pahit, payau dll lg. Alah Bisa Tegal Biasa.


Sentiasalah Bersangka Baik Kepada-Nya 
Walaupuan saya ada dua pendapatan, satu tetap dan satu lagi tak tetap. Turun naik dalam perniagaan itu lumrah. Bersyukur dan redha atas kehendak-Nya, kerana ustaz sentiasa berpesan di dalam ceramah 
“Walaupun seteruk mana ujian yang kita hadapi di dunia, kita wajib bersangka baik yang percaturan Allah lebih baik daripada segala-galanya”.
  
Semoga status ini membantu kita semua untuk terus bangkit jika jatuh di tengah perjalanan dalam usaha membina empayar bisnes. BAGAIMANA? Hanya dengan BACK TO BASIC. InsyaAllah, jika CINTA dihati, keajaiban menanti...All is well

Wassalam :)