nuRul nFe...

Saya adalah pengedar sah SHAKLEE dan pengamal produk Shaklee tegar (highly diciplined consumer) Blog ini lebih kepada perkongsian hasil kerja Make-up, pengalaman bershaklee, dan testimoni2 sendiri walaupun ada banyak sekali testimoni2 keluarga dan customer2 saya

Dr Shaklee adalah Orang Pertama Mencipta Vitamin dan Kajian Beliau Bertepatan dengan Alam Semulajadi, Beliau Percaya Apabila Sesuatu Itu Berharmoni Dengan Alam Semulajadi, lanya Adalah Baik Untuk Kesihatan

Nurul cnurul79@yahoo.com sms / whatsapp 013-5847882 Penghantaran Seluruh Malaysia

Jom dapatkan HARGA PROMOSI bersama saya Pengedar Sah Shaklee ■ Perunding Vitamin Shaklee secara Percuma & Penerangan cara makan Vitamin Shaklee dengan cara yang betul ■ Walk in dimana-mana Branch / HQ Shaklee diseluruh Malaysia dengan menggunakan ID No. 921401 untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee hanya RM65

Juga kepada anda yang ingin menambah pendapatan, anda boleh hubungi saya Saya akan masukkan anda dalam secret group InsyaAllah saya akan guide anda sebaik mungkin Jika betul-betul fokus dalam masa 3 bulan ke atas insyaAllah akan merasa income 4 angka

Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud,"

CEBURILAH KEGIATAN PERNIAGAAN KERANA DI DALAMNYA TERDAPAT 9/10 SUMBER REZEKI"(Al-Tirmizi)

Exchange LINK

Tuesday, May 6, 2014

Pantang Larang ketika Berpantang

Ini khas untuk ibu-ibu yang bakal berpantang yer. Saya sokong 200% tips ni. Orang2 lama atau mak bidan dulu2 amat menitik beratkan pantang larang ini demi untuk menjaga kesihatan dan keupayaan tubuh badan. Meh kita share sama2 eh..semoga memberi manfaat untuk anda semua.
  • Dilarang Tidur tidak berbantal  : Tidur tidak berbantal akan mengakibatkan seorang yang berada dalam pantang akan mengalami sakit kepala. Ini juga berkemungkinan darak kotor sukar untuk keluar dan angin naik ke kepala menyebabkan sakit meroyan kepada ibu yang masih lemah. 
  • Memakai Sarung Kaki (Stokin) : Cara ini untuk menjaga agar kaki tidak sejuk dan dimasukki angin, jika angin menguasai badan, kesihatan ibu-ibu akan terganggu dan menjadi lemah. Memakai sarung kaki selama dalam pantang akan menjaga kesihatan ibu.
  • Jangan Duduk Mencangkung : Jika seorang ibu yang baru melahirkan duduk mencangkung akan menyebabkan rahim yang masih lemah itu terkeluar dan ini boleh mengakibatkan ibu-ibu tumpah darah.
  • Mandi Duduk Di Bangku : Ketika mandi hendaklah duduk di bangku, ini caranya untuk menjaga kesihatan peranakan. Dengan duduk di bangku, ibu-ibu tidak banyak mengeluarkan tenaga kerana ibu-ibu yang baru melahirkan masih dalam keadaan lemah.
  • Rapatkan Kaki Bila Tidur : Jika tidur hendaklahh merapatkan kaki. Cara ini untuk mempercepatkan peranakan sembuh semula.
  • Jangan Terlalu Aktif : Ibu yang baru melahirkan hendaklah duduk diam di atas tempat tidur selama seminggu. Ada baiknya jika ada pembantu yang boleh menguruskan bayi dan rumahtangga. Duduk diam ini untuk memulihkan tenaga yang telah hilang dan supaya badan benar-benar dapat berehat.
  • Jangan Makan Ubi-Ubian : Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan makan makanan dari jenis ubi-ubian seperti keladi, keledek dan ubi kayu kerana makanan ini boleh mengganggu pencernaan dan ibu-ibu mungkin terasa kembung dan sakit perut. Terutama ibu-ibu yang menyusukan anak kerana penyakit ibu boleh berjangkit kepada anak.
  • Jangan Tidur Di Waktu Matahari Naik : Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan tidur diwaktu matahari naik, ini boleh menyebabkan badan ibu bertambah lesu dan sakit-sakit, lebih baik ibu-ibu berjalan di tepi tingkap untuk mendapatkan cahaya matahari.
  • Jangan Tidur Waktu Senja : Ibu-ibu yang baru melahirkan dilarang tidur di waktu senja, kerana di waktu senja adalah masa syaitan berkeliaran, jika diamalkan mungkin fikiran ibu-ibu yang dalam pantang akan terganggu dan boleh menyebabkan penyakit gila.
  • Jangan Menjahit Pakaian Dan Membaca : Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang menjahit dan membaca, ini disebabkan keadaan fizikal yang lemah boleh menyebabkan ibu-ibu akan cepat mengalami rabun sebelum tua.
  • Tidak Boleh Keluar Rumah Waktu Senja : Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang keluar rumah waktu senja, waktu ini syaitan berkeliaran yang mungkin boleh mengganggu ibu-ibu yang lemah fizikal dan mentalnya.
  • Ibu Jari Tidak Boleh Terantuk : Ibu-ibu yang pantang hendaklah menjaga ibu jarinya supaya tidak terantuk. Pada satu-satu tempat, jika terantuk boleh menyebabkan ibu pitam atau bentan jika ibu itu seorang yang lemah.
  • Pantang 100 Hari : Ibu-ibu digalakkan berpantang 100 hari tidak boleh mengadakan hubungan kelamin dengan suami. Cara ini akan benar-benar memulihkan peranakan ibu-ibu dan kesihatan ibu-ibu.


Jika anda ingin mendapatkan set bersalin  / berpantang Shaklee, boleh hubungi saya bersama consultation aturan makan yang tepat.

Shaklee id : [921401]  
SMS / Whatsapp : [017-4387016]
Email : cnurul79@yahoo.com
 LIKE Fan Page : PengedarShakleePerak

No comments:

Post a Comment