Tinggal lagi sehari jer lagi untuk Umat Islam di Malaysia berpuasa dan seterusnya menyambut Hari Raya Aidilfitri (1 Syawal). Persiapan 'Aku' untuk diri sendiri!!!...Ermmmm...apa pun tak prepare...haishhhh..tak ler excited mana pun...Cam tak ader perasaan lak tahun nih berbanding tahun lepas....
Baju raya ---> tiada kurung moden atau kebaya tahun nih...pakai jer le jubah yang dah dibeli 6 bulan lepas. Merelik2 jubahnya...tuh yg tak pernah berpakai...
Kasut raya ---> tiada yang baru sebab dalam kereta ada 6 pasang yang jarang2 dipakai.
Tudung raya ---> tiada shawl moon dibeli sebab tak jumpa yang berkenan.
Kuih raya ---> kerepek pisang 3 kilo, biskut sampan 50 ketui ajer.
Lemang raya ---> hampir 10 tahun dah tak buat sendiri...beli 5 batang jer. Sejak berpindah ke perumahahan mmg tak pernah buat lemang. Kalau duk rumah kampong dulu..pasti buat...
Cuti raya ---> tak apply cuti extra. Bg peluang pada officemate yang jauh. Biarlah 'Aku' jaga office.
Langsir raya ---> tak pernah bertukar sejak 9 tahun lalu...hehehe..giler cantik lagi langsir rumah 'Aku' tu...tak nak membazir..langsirnya kat sliding door jer...alih2 kena selak gak nak kasi pencahayaan yang terang konon.
Duit raya ---> dah tukar nak bg kat anak buah...roper2nya..'Aku' dah ada 10 org anak buah...anak aku jer yang belum ada lagi..masih kat SYURGA.
Angpaw raya ---> PETRONAS punya angpau cantik sgt2...syg nak bagi kat orang especially budak2 kan...confirm tak sempat sampai pagar luar umah, dah kena buang...'Aku' bg angpau tesco jer ler erk...ha3....teruk punyer perangai kan...!!!
Yang pastinya setiap kali raya 'Aku' dan mak pasti buat rendang hitam paling tidak 3kg...Haaa..lebih kurang gini ler ropernyer rendang hitam Mak dan 'Aku'. Resipi turun temurun. Sekarang ni turun ke 'Aku' plak. Gambar ehsan google jer....so...pg2 sok tugas 'Aku' beli daging untuk dimasak dan seterusnya duduk bersila potong daging kat dapur sehinggalah ke sudah memasaknya. Memandangkan Mak 'Aku' ada darah tinggi, maka aku hanya beli daging ber'ais' jer ler tahun nih...selalunya daging segar...last year RM23 sekilo daging segar...fuhhhh...mahal beb...thn ni tak tahu ler baper RM plak kan...
Tak lupa juga biler aku dah pandai wat kuah kacang ayam yang sedap hingga menjilat jari...ha3...yo2 jer sedapnyer..tapi mmg sedap pun ..he3... boleh dikatakan setiap tahun menu ni wajib. Tahun ni tak tau cam ner..sama ada rajin ke tidak 'Aku' membuatnya. Tgk ler dulu cam ner...stok nasi impit ader lagi..tinggal nak beli kacang tanah jer lagi ngan 'Ayam'. Selalunya aku wat 2 ekor ayam...Klu rajin aku buat ler nanti...dalam kepala ni byk yang dipikirkan untuk masak. Meehoon SUP pun tersenarai..laksa pun tersenarai...finalize jer belum lagi..
Di kesempatan ini.. 'Aku' ingin mengucapkan selamat hari raya untuk uols semua yang rajin singgah ke blog usang tak berwarna warni ni...
Oh yer...Bisnes Shaklee tetap berjalan seperti biasa yer...seronok kumpul CASH
dari Shaklee setiap 14 hbln setiap bulan. Memang tak pernah putus duit
sejak berShaklee ni. Saper yang nak bagi 2-3k setiap bulan..betul tak...??? Nak belanja raya pun tak semput2...Saper2 yang nak
order Shaklee, sila2 roger yer.
LOL - Nurul.
No comments:
Post a Comment