nuRul nFe...

Saya adalah pengedar sah SHAKLEE dan pengamal produk Shaklee tegar (highly diciplined consumer) Blog ini lebih kepada perkongsian hasil kerja Make-up, pengalaman bershaklee, dan testimoni2 sendiri walaupun ada banyak sekali testimoni2 keluarga dan customer2 saya

Dr Shaklee adalah Orang Pertama Mencipta Vitamin dan Kajian Beliau Bertepatan dengan Alam Semulajadi, Beliau Percaya Apabila Sesuatu Itu Berharmoni Dengan Alam Semulajadi, lanya Adalah Baik Untuk Kesihatan

Nurul cnurul79@yahoo.com sms / whatsapp 013-5847882 Penghantaran Seluruh Malaysia

Jom dapatkan HARGA PROMOSI bersama saya Pengedar Sah Shaklee ■ Perunding Vitamin Shaklee secara Percuma & Penerangan cara makan Vitamin Shaklee dengan cara yang betul ■ Walk in dimana-mana Branch / HQ Shaklee diseluruh Malaysia dengan menggunakan ID No. 921401 untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee hanya RM65

Juga kepada anda yang ingin menambah pendapatan, anda boleh hubungi saya Saya akan masukkan anda dalam secret group InsyaAllah saya akan guide anda sebaik mungkin Jika betul-betul fokus dalam masa 3 bulan ke atas insyaAllah akan merasa income 4 angka

Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud,"

CEBURILAH KEGIATAN PERNIAGAAN KERANA DI DALAMNYA TERDAPAT 9/10 SUMBER REZEKI"(Al-Tirmizi)

Exchange LINK

Friday, December 20, 2013

Mengapa ASID FOLIK diperlukan?

Apakah asid folik?

Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu. Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin sarapan diperkuat dengan asid folik.


Mengapakah saya perlukan asid folik?

Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.

Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal. 

Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu. 

Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan, anda sudah boleh berhanti mengambil asid folik. Namun jika anda terus mengambil asid folik sepanjang kehamilan, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda ataupun bayi anda.


Berapakah jumlah asid folik yang saya perlukan?

Anda dinasihatkan mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari sebaik sahaja anda merancang untuk hamil. Kemudian, teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan. Baik juga jika anda makan makanan yang kaya dengan folat. 

Wanita yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub neural (NTD) mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat seorang lagi anak dengan kecacatan yang sama. Dalam kes ini, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. 

Jika anda mengambil ubat-ubatan tertentu, seperti yang dipreskripsi untuk mengawal epilepsi, doktor anda mungkin mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Ini kerana ubat-ubatan itu menghalang keupayaan badan anda menyerap asid folik.


Apakah sumber makanan yang terbaik?

Makanan yang kaya dengan folat adalah sangat baik bagi anda dan bayi anda. Makanan ini juga kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh anda berdua. Berikut adalah makanan yang kaya dengan folat: 

Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
  • bayam, 1 cawan;
  • kacang bendi, setengah cawan;
  • asparagus, setengah cawan;
  • lentil, setengah cawan;
  • hati, 1 keping;
  • 11 batang taugeh brussels;
  • kacang mata hitam, 4 sudu makan;
  • emping bran, 7 sudu makan;
  • germa gandum, 25g / 1 aun;
  • betik sederhana besar.

Makanan berikut mengandungi 50–100 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
  • brokoli kukus, 2 pucuk;
  • buah oren saiz besar;
  • nasi putih, setengah cawan;
  • oat, setengah cawan;
  • kacang merah, setengah cawan;
  • jagung saiz besar, 1;
  • biji bunga matahari, 1 aun.
Sumber lain yang mudah didapati termasuklah telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dalam tin dan ubi kentang tidak dibuang kulit. Ingatlah bahawa asid folik dalam makanan akan musnah jika terlebih masak, jadi masaklah dalam kuali bertutup dengan sedikit air sahaja. Cuba makan sayur-sayuran yang dicelur sebentar atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro ataupun mentah. 

Kredit :
Shaklee id : [921401]  
SMS / Whatsapp : [017-4387016]
Email : [cnurul79@yahoo.com
 LIKE Fan Page : PengedarShakleePerak

Jangan terima PENYAKIT dari mereka yang berpenyakit

Pernah tak dalam hidup kita, kita tersentap atau terasa dengan komen-komen pedas dari kawan-kawan, keluarga, anak buah, sedara mara, kawan sekerja atau dari mereka yang kita tak kenali. Maksud saya bukan komen membina tapi lebih kepada komen yang meruntuhkan pembangunan jiwa dan moral . Contohnya "ini semua sebab salah awak lah", "dia ni berniaga fikir untung duit jer bukan dia peduli atau ambil berat pasal kita pun", "awk bukan leader yang blablabla" dan banyak lagi komen2 pedas yang kadang buat hati kita tersentak.

Normal lah kita manusia biasa bukan malaikat, tu yang hati terkejut tu. Tapi satu sahaja pesanan saya, JANGAN TERIMA PENYAKIT. Mari saya cerita analogi yang saya baca dalam satu buku (Tak ingat tajuknya), katanya, apabila orang memberi komen yang berbaur negatif, ia umpama orang itu 'memberi penyakit' kepada kita. Ia seolah2 orang tu kata 'nah amiklah penyakit hati I'. Analoginya begini, katalah dalam kehidupan kita, orang datang batuk2 bersin2 depan muka kita, kita suka tak? Atau orang datang nak pindahkan virus penyakit kat kita. Kita terima ke tidak? Sudah tentulah tiada manusia pun yang nak terima virus apa jenis penyakit pun.. yer tak..??? Kalau terima bermaksud kita akan sakit lah..yer tak..???

Sama juga dalam kes ini, apabila kita 'terima' komen2 negatif dari golongan sedemikian, umpama kita menerima penyakit. Cuba tengok keadaan mereka yang sedang demam, sakit bukan dan rasa tak selesa 24jam. Sengsara ooo kalau demam panas, tu baru demam panas belum sakit lain yang arrghh... Sakit2 ni semua memang tak besttt. Sebab tu ada kata2 mengatakan hargai masa sihat sebelum datang masa sakit.

Jadi setiap kali kita membaca/mendengar sesuatu yang buat kita tersentap, cepat2 cakap pada diri.. 'aku takmahu terima penyakit ini'.. Jangan terima maksudnya, jangan reply atau balas. Susulilah dengan zikir dan istigfar.

Sejak dari itu saya tersenyum dan berikrar dengan diri taknak terima penyakit dari mereka2 yang berpenyakit hati. Kadang2 bila datang lagi orang hantar penyakit, cepat2 saya ingatkan diri tentang tips ini. Cepat2 saya cakap dengan diri.... kalau saya balas balik, bermaksud saya terima penyakit dia.. oh tidakk !!!!!! saya taknakkk hidup dalam keadaan 'sakit'...

Ingat yer, jangan terima penyakit2 yang orang keliling hantar ke anda, sebaliknya mari penuhkan cinta dihati, insyaAllah keajaiban pasti menanti hidup anda.


Shaklee id : [921401]  
SMS / Whatsapp : [017-4387016]
Email : [cnurul79@yahoo.com
 LIKE Fan Page : PengedarShakleePerak

Thursday, December 19, 2013

Nikmat dalam MEMBERI sangat AJAIB

Jadikan diri kita semanis gula, kemudian kita tidak perlu mencari lagi kerana semut (semua yang kau inginkan) akan datang sendiri kepada kita.  

Bertambah bilangan umur sebenarnya adalah tanda semakin kurangnya masa untuk kita membahagiakan orang disayangi dan berkurangnya masa kita untuk menabur bakti pada semesta alam.

Semakin bertambah umur menjadikan kita semakin 'serius' menerima dan lebih menyayangi diri seadanya. Sebab dengan itulah kita mudah menerima dan menyayangi sesiapa sahaja disekeliling kita seadanya. Dengan itulah sesungguhnya penyembuhan terjadi.

Ketika kita menerima apa adanya, cinta semakin subur, kesyukuran terus mekar dan belas kasih semakin mendalam. Bahagia itu tidak boleh dilihat, tidak boleh didengar, tidak boleh disentuh. Tetapi dirasakan
 
Terima kasih buat anda yang tidak saya kenali namun sudi bertandang di blog saya walaupun seketika, walaupun hanya sesaat.

Terima kasih alam semesta yang dalam diam terus berbakti dan memberi manfaat kepada semua makhluk dengan penuh keikhlasan dan penuh khusyu'

Saya tak nafikan semulajadi manusia fitrahnya suka menerima. Tapi kita kena lakukan sesuatu sebelum kita boleh menerima tanpa henti. Beri disini berkongsi ilmu, senyuman, doa, consultation dan macam-macam lagi bentuk pemberian

Rata-rata yang kita lihat adalah menunggu untuk disuap, menunggu untuk menerima segala macam ilmu yang diinginkan, tetapi amat jarang untuk memberi terlebih dahulu. Jadi bagaimana hendak menerima tanpa henti jika hari-hari kita asyik menunggu untuk menerima sahaja.

Jadi apa kata tanam ini dalam diri iaitu "Jika kita suka menerima dengan banyak, maka kita perlu BERSEDIA UNTUK MEMBERI SEBANYAK-BANYAKNYA.."

Jangan tanya apa yang orang lain dah beri, tapi tanya diri sendiri, apa yang kita dah beri hari ini. 


Shaklee id : [921401]  
SMS / Whatsapp : [017-4387016]
Email : [cnurul79@yahoo.com
 LIKE Fan Page : PengedarShakleePerak

Wednesday, December 18, 2013

Terlebih jimat dan berbaloi sebab bersamaan 7 biji.

Sanggupkah anda menelan 7 biji buah oren sehari utk mendapat khasiat dan keperluan vitamin C untuk tubuh badan anda? Saya pasti jawapannya TIDAK.

Kenapa perlu memilih SR vit C Shaklee?
  • Kandungannya yang NATURAL, bukan SINTETIK 
  • Bertindak secara 'sustained release' dimana ia berfungsi secara perlahan untuk memenuhi keperluan tubuh badan selama 24 jam.
  • Rumusan yang unik di mana ia dilepaskan secara perlahan dan berterusan selama 5 jam
  • Tiada pembaziran kerana semua vit C digunakan dan dilepaskan secara berperingkat untuk keperluan tubuh badan.
  • 1 tablet mengandungi 500mg yang bersamaan dgn 7 biji setengah buah oren.
  • Vitamin yang natural TIDAK AKAN memberi kesan untuk jangka masa panjang. Selamat utk digunakan.

Mahalkah harga SR vit C ni? 

Jawapan saya TIDAK. Anda hanya perlu 'memperuntukkan' beberapa sen sahaja SEHARI untuk mendapatkan keperluan vit C untuk tubuh anda. Penjimatan berganda bila mana sebotol Vit C ini tahan untuk jangkamasa 6 BULAN! Wowww!

Rasanya ramai sudah orang yang tahu khasiat dan keperluan vit C untuk tubuh badan kita. Mengapa perlu tunggu lagi.

Jommm pilih vit C yg pastinya selamat untuk digunakan. Produk hebat, kesan hebat, harga hebat!

Shaklee id : [921401]  
SMS / Whatsapp : [017-4387016]
Email : [cnurul79@yahoo.com
 LIKE Fan Page : PengedarShakleePerak