nuRul nFe...

Saya adalah pengedar sah SHAKLEE dan pengamal produk Shaklee tegar (highly diciplined consumer) Blog ini lebih kepada perkongsian hasil kerja Make-up, pengalaman bershaklee, dan testimoni2 sendiri walaupun ada banyak sekali testimoni2 keluarga dan customer2 saya

Dr Shaklee adalah Orang Pertama Mencipta Vitamin dan Kajian Beliau Bertepatan dengan Alam Semulajadi, Beliau Percaya Apabila Sesuatu Itu Berharmoni Dengan Alam Semulajadi, lanya Adalah Baik Untuk Kesihatan

Nurul cnurul79@yahoo.com sms / whatsapp 013-5847882 Penghantaran Seluruh Malaysia

Jom dapatkan HARGA PROMOSI bersama saya Pengedar Sah Shaklee ■ Perunding Vitamin Shaklee secara Percuma & Penerangan cara makan Vitamin Shaklee dengan cara yang betul ■ Walk in dimana-mana Branch / HQ Shaklee diseluruh Malaysia dengan menggunakan ID No. 921401 untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee hanya RM65

Juga kepada anda yang ingin menambah pendapatan, anda boleh hubungi saya Saya akan masukkan anda dalam secret group InsyaAllah saya akan guide anda sebaik mungkin Jika betul-betul fokus dalam masa 3 bulan ke atas insyaAllah akan merasa income 4 angka

Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud,"

CEBURILAH KEGIATAN PERNIAGAAN KERANA DI DALAMNYA TERDAPAT 9/10 SUMBER REZEKI"(Al-Tirmizi)

Exchange LINK

Monday, November 3, 2014

Simpul Biawak, Simpul Mengkarung, Cramp. Sama jer sakitnya.

Selalu tak kena simpul biawak??? Ada juga yang panggil simpul mengkarung. Ada juga yang panggil kejang kaki atau cramp. Ketiga-tiga istilah ni sakit yang sama jer sebenarnya. Tambahan pula bagi ibu yang mengandung. Memang selalu ler kawan2 yang mengandung dok bercerita pasal simpul2 ni. Sakit wooo...betul tak?? dan selalunya simpul2 ni kena waktu tidur. Aduiiii..sedap-sedap tidur, kena lak simpul2 ni. Itu menunjukkan badan kita kekurangan kalsium. Jenis yang tak suka pula minum susu. Biasanya berlaku di kalangan ibu-ibu hamil yang sudah meningkat tempoh kehamilan di sekitar trimester ke 2. Ketika ini pertambahan berat badan dan kaki terpaksa menyokong lebihan berat tersebut. Itu yang menyebabkan otot kaki penat dan mudah kejang atau cramp.

Itu kisah ibu mengandung. Seperti saya pula lain, selepas saya amalkan pengambilan Kalsium Magnesium (Ostematrik) keluaran Shaklee, telah memberi perubahan yang cukup positif pada jari dan kuku tangan kaki saya ketika berada lama dalam office yang berair-cond. Sebelum mengamalkan benda alah ni, hujung jari tangan mudah kebas dan kebiruan akibat sejuk. Member lain ok jer, saya yang terover sensitif. Tapi sekarang, simptom2 kebiruan dan kebas2 tu dah tak ada. Kuku pun pinkish2 jer...tak pucat lesi dan biru.

Kalau korang alami masalah yang lebih kurang sama cam saya dan selalu kena simpul biawak ni, boleh cuba ambil OSTEMATRIK ni. Murah jer dan tak setanding dengan kualiti nyer. HIGHLY RECOMMENDED tau. Lebih2 lagi ibu mengandung dan menyusu bayi. Bukan sebab sy menjual, tapi sebab keberkesanan tip top nya. Selain membantu mengatasi masalah kekejangan, ia dapat mengurangkan sengal-sengal badan, tidur yang lena dan melancarkan masalah sembelit. Tak yah ler korang nak teran beria2 bagai dan makan ubat sembelit bagai tu dari klinik. Telan jer makanan tambahan ostematrik ni. Settle!!! Jangan lupa FLUSH tau....he3....

 


Semoga perkongsian pengalaman saya ini bermanfaat untuk anda. 

Shaklee id : [921401] Pengedar Shaklee Perak 
SMS / Whatsapp : [017-4387016]
Email : cnurul79@yahoo.com 

LIKE Fan Page : PengedarShakleePerak 


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Friday, October 31, 2014

Bajet Diri dan Keluarga Menurut Islam

Dapat dari seorang sahabat. Semoga bermanfaat untuk semua.

Ilmu ni dipetik dari isi segmen Ustaz Zaharuddin dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O (NLKO) Ahad lepas yang bertajuk "BAJET DIRI dan KELUARGA MENURUT ISLAM".

Antara initipati yang dapat dirumuskan adalah;
  • Kos kehidupan semakin meningkat seperti BLR nak naik lagi dan GST akan dilaksanakan tahun depan (2015)
  • Buat catatan expenses kita. Kalau sebelum ni kita take for granted, main bayar jer, lepas ni kena lah ada perancangan.
  • Buat persediaan dari sudut hati terlebih dahulu. "KECUKUPAN" atau "TIDAK CUKUP" itu bergantung kepada jiwa kita sebenarnya,
  • Ada orang pakai kereta biasa pun dah rasa 'cukup'. Tapi sesetangah orang, pakai kereta yang sama tapi masih rasa 'tak cukup', padahal dah mencukupi untuk bawa dia dari point A ke point B. Jadi, sebenarnya di mana "CUKUP" dan "TAK CUKUP" itu?
  • Itulah barakah sebenarnya. Barakah inilah yang perlu kita raih untuk membuat perancangan kewangan khususnya bagi umat Islam.
  • Lepas ada barakah, baru lah kita cerita bab pelaburan.
  • Ada orang gaji 3k, dia rasa cukup sebab ketamakan dia tidak teruk. Dia tak nak pakai spec mata yang berjenama, tak sibuk nak beli jam yang terlampau mahal.
  • Kena potong la kos-kos luxury selama hari ni.
  • Nafsu perlu dididik supaya sentiasa rasa cukup.
  • Duit pelaburan tak semestinya perlu datang daripada source yang lain daripada gaji (i.e side income). Boleh juga draw duit KWSP untuk switch tu Unit Trust.
  • Tambah ilmu. Pelaburang yang paling baik adalah invest dalam diri / business sendiri. Contohnya nak melabur, tapi tak reti account, pergi lah belajar buat cashflow, etc.
  • Siapa yang beristih=ghfar dan bertaubat, maka Allah akan tambah rezeki dia. Allah akan tambahkan harta-harta dia. 
  • Harta boleh bertambah dengan dua cara; kuantiti nya bertambah, dan rasa kecukupan tu bertambah.
  • Lepas istighfar, bertaqwa.
  • Siapa yang bertaqwa kepada Allah, maka Allah akan berikan dia rezeki dari sumber yang dia tidak ketahui. (ayat seribu dinar)
  • Rezeki tak semestinya dalam bentuk duit. Kesihatan pun rezeki. Contohnya kita sebelum ni tak jaga pemakanan. Lepas kita doa, Allah datangkan kepada kita ilmu melalui kawan (contoh) yang pesan kat kita, 'Ini tak boleh makan, kolestrol tinggi etc'. Kita pun start diet. Kalau tak, kita dah kena sakit jantung. Tapi sebab ilmu tadi, alhamdulillah kita dah terhindar. Itu pun rezeki sebenarnya. Tapi kita jarang nampak benda-benda macam ni sebagai rezeki. Sebab kita asyik fikir rezeki=duit. Tu ada yang cakap, "Tak naik pun dalam account, penat aku istighfar".
  • Sedekah. Boleh menghilangkan kecelakaan dan menambahkan rezeki. Nabi dah cakap takkan berkurang harta orang yang bersedekah.
  • Bill Gates n Warren Buffett pun mengaku lagi banyak diaorang bagi, lagi banyak diaorang dapat.
  • Selain sedekah, perbanyakkan ibadah-ibadah khusus. Bukan hanya nak dapat duit, tapi untuk rasa kecukupan. Solat hajat, solat dhuha, baca surah Waqiah, itu semua bukan untuk dapat duit semata-mata, tapi untuk 'rasa kecukupan'.
  • Dan bila kita beriman dan bertaqwa, Allah akan bukakan pintu rezeki daripada langit dan bumi. Bukan daripada langit sahaja. Nak tunjuk, spiritual pun rasa cukup, fizikal pun akan cukup, insyaallah.
 


Thursday, October 30, 2014

2 Perkara ini sangat berbeza kepada orang bisnes

Nota dari Pn Ainon ABS
Kepada orang bisnes, 2 perkara ini; businessman dan salesman sangat berbeza:

ILMU
Belajar menjual menghasilkan Duit ada di sini.
Belajar membangunkan bisnes menghasilkan Kekayaan ada di sini.

TUGAS
Salesman : Dia mencari pembeli.
Pengedar : Dia ini businessman. Dia membuka channel. (Kira bina rangkaian/network)

MINDA / FIKIR
Minda businessman, lain. Minda salesman, lain.
Banyak salesman berjaya menyalin-kulit dari seorang salesman dia berubah menjadi businessman. Dari ular lidi menjadi anak naga!

CAWANGAN / CHANNEL / BRANCHES
Mempunyai banyak salesman akan menjadikan kita boleh kaya.
Mempunyai banyak channel pula akan menjadikan kita boleh kaya-raya.

Pilih mana yang anda nak jadi?! Sebenarnya sama je konsep MLM dgn bisnes lain. #sayajualshaklee vs #sayabisnesshaklee . Berbeza bukan, seperti yang dinyatakan diatas. Apa-apa pun buat sehabis baik jangan sekerat jalan. 

Fight For What Makes You Happy.






Wahai WANITA : Kenapa pentingnya KITA mengambil GLA

Wanita sangat memerlukan supplement bagi memenuhi keperluan nutrien seharian. Maklum sajalah, wanita ni berbeza daripada lelaki. Wanita alami pelbagai kitaran seperti mengandung, kitaran haid, menyusu, menopause dan seumpamanya. Saya nak kongsikan sedikit testimoni pengguna yang amalkan GLA Shaklee. Jom baca!


Antara fungsi GLA:
  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Membantu meningkatkan kesuburan
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
  • Membantu dalam menangani menopus
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • Membantu menangai ekzema
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  • Menguatkan imuniti tubuh
  • Memperlahankan proses penuaan
  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • Mengawal kolesterol
  • Untuk fungsi saraf

Ramai yang bertanya tentang produk EPO Shaklee, mendorong saya untuk berkongsi tentangnya. EPO atau English Primrose Oil, dibuat dari sejenis bunga bernama English Primrose, sekian lama digunakan untuk menyelesaikan masalah wanita dan sakit sendi. Hinggakan nama EPO disalah-sangka sebagai nutrien macam DHA, EPA, etc. EPO sebenarnya minyak dari bunga english primrose.

Dalam minyak english primrose ni mengandungi GLA (gamma-linolenic acid) dan minyak inilah yang berguna untuk selesaikan beberapa masalah tersebut. GLA ini juga terkandung dalam bunga borage yang digunakan sebagai bahan utama dalam GLA Complex Shaklee.


Jadi, apakah perbezaan antara EPO dengan borage oil? Borage oil mengandungi GLA yang lebih tinggi dari EPO iaitu sebanyak 25% berbanding 10% GLA dalam EPO. Kelikatan GLA yang lebih tinggi terbukti lebih baik untuk membantu dalam beberapa masalah kesihatan seperti PMS, arthritis, malah ekzema.
Bukan itu saja, GLA Complex Shaklee mengandungi Vitamin E dan minyak biji bunga matahari yang kaya dengan asid lemak Omega-6. Daun borage juga dikatakan galactogogue yang bagus (dalam GLA Complex Shaklee bukan daun, tapi biji bunga borage). Borage oil juga digunakan pada akhir kehamilan untuk mematangkan serviks. 

Semoga perkongsian ilmu ini bermanfaat untuk anda. 


Shaklee id : [921401] Pengedar Shaklee Perak 
SMS / Whatsapp : [017-4387016]
Email : cnurul79@yahoo.com 

LIKE Fan Page : PengedarShakleePerak 


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease