Tajuk entry kali ni sama tak dengan ayat, JANGAN makan MEALSHAKE kerana Maltodextrin?? Cuma, produk jer yang berbeza.
Sebelum ini saya pernah post entry pasal Oat & Wheat yg menjadi kegilaan dan sebutan ramai. Tapi entry ni bukan nak cite pasal cookies ni. Nak cite pasal Maltodextrin. Bukannya aper, setiap kali Shaklee wat offer MEALSHAKE, pasti ada org yang terlebih bijak pandai dari Scientist Shaklee untuk menghentam kerana mengandungi Maltrodextrin. Bezanya, Oat & Wheat begitu menjadi kegemaran termasuk diri sendiri...huhuhu...Tak ader pulak entri khas yang nak menghentam @ mengutuk Oat & Wheat ni akan kandungan Maltrodextrin. Boleh refer kat belakang bungkusan dier eh.
Ok, disini sy nak bgtau terang2 yang saya tak menghentam oat & wheat ni. Takde yg salahnya makan oat tu.
Makan ler yer. Saya cuma nak membuka minda sikit biar terang lagi bersuluh. Sebelum tu, sukacita sy nak maklumkan bulan May ni PROMOSI MEALSHAKE. Buy 6 Free 1. kalau kena cara
boleh dapat FREE MEMBERSHIP.
Isu
Mealshake Shaklee yang dikatakan merbahaya kepada kanak-kanak sering
sahaja dibangkitkan. Kepada yang mempersoalkan isu selamat atau tidak, untuk pengetahuan anda Mealshake ini
sememangnya salah satu produk yang dihasilkan oleh Shaklee untuk kanak2
walaupun sebenarnya ia boleh diamalkan oleh orang dewasa.
Bagi yang masih belum kenal, Mealshake ini juga sebenarnya adalah multivitamin dalam bentuk serbuk yang mengandungi:
- 19 jenis vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh badan untuk tumbesaran yang sihat.
- merupakan sumber terbaik serat dan protein
- membekalkan kalsium harian yang diperlukan badan
- index glisemik rendah membuatkan glukosa dilepaskan secara perlahan-lahan dan teratur bagi kegunaan badan.
Jadi kenapa ada yang mengatakan mealshake tidak selamat untuk kanak-kanak?
Isu : Mealshake Shaklee ada maltodextrin
Isu utama
yang dikatakan adalah Mealshake Shaklee mengandungi maltodextrin di
dalamnya. Sebelum menuduh Mealshake ini tidak selamat sebaiknya kenalah
cek dan tengok dulu apa itu maltodextrin?
Maltodextrin adalah
bahan yang biasa digunakan dalam makanan yang diproses sebagai
"thickneker" atau "filler". Hakikatnya, maltodextrin adalah sejenis karbohidrat complex yang biasanya diekstrak dari beras, jagung, kentang , barli dan gandum.
Jadi maltodextrin bukanlah bahan kimia yang dihasilkan dalam makmal
atau kilang. Ia diekstrak dari makanan asas kita juga. Ia memang biasa
dijumpai dalam protein shake seperti Mealshake Shaklee sebab ia
diperlukan untuk bekalkan "glukos" dengan cepat kepada badan disebabkan
sifatnya mempunyai indexs glisemik yang tinggi.
BAHAYA KE TAK MALTODEXTRIN ni??
Apa itu Maltodextrin??
Maltodextrin adalah sejenis gula tiruan yang dihasilkan utk dimasukkan
ke dalam makanan. Pengilang biasanya menghasilkan maltodekstrin dari
tepung jagung, dan maltodektrin adalah kurang manis daripada dekstrosa.
Walaupun Pentadbiran Makanan dan Dadah menganggap kedua-dua gula ini
selamat untuk diambil, tp ianya perlu diambil secara sederhana. Jd jgn
la dihadap bende tu sampai tak ingt dunia ya..1 plastik tu skali hadap
je mmg tak bleh la...
Maltodextrin adalah polisakarida yang ringan dan mempunyai rasa yang
manis. Pengilang mengeluarkan gula tiruan ini dengan menggunakan asid
atau enzim yg diekstrak dari tepung jagung. Proses ini menghasilkan
rantaian glukosa sederhana panjang,juga dikenali sebagai dextrose.
Pengeluar makanan biasanya menggunakan maltodexrin sebagai bahan
tambahan makanan. Sesetengah individu mengalami tindak balas alergi
selepas mengambil maltodektrin. Reaksi alahan biasanya menghasilkan
gejala seperti ruam, asma dan gatal-gatal.
Kegunaan Maltodextrin
- Maltodektrin boleh membantu membekalkan ketahanan tenaga.
- Selain itu, maltodekstrin menambah kalori untuk minuman bagi para
atlit tanpa meningkatkan kepekatan gula. Atlet biasanya mengambil
maltodekstrin selepas latihan untuk menggantikan simpanan glikogen dalam
otot mereka dan menghalang pecahan protein otot.
- Industri makanan juga menggunakan maltodekstrin untuk meningkatkan tekstur untuk produk makanan yang dikeluarkan.
- Sucralose dan maltodekstrin digunakan untuk mengurangkan jumlah kalori yang terdapat dalam pelbagai produk
Ia adalah satu alternatif yang popular dan menarik untuk gula biasa
kerana ia menyediakan kemanisan dalam hanya sebahagian kecil daripada
jumlah yang anda perlukan untuk mendapatkan rasa yang sama dari gula
biasa. Ia murah untuk diproses dan boleh membantu anda mengurangkan
berat badan.
Secara umum, menurut Mayo Clinic pengganti gula dianggap selamat. Apabila
digunakan dalam jumlah yang sederhana , walaupun wanita hamil adalah
selamat menggunakan produk yang dibuat dengan sucralose . Maltodekstrin
merupakan ramuan semula jadi yang mudah dihadam dan mempunyai jumlah
kalori yang sama seperti karbohidrat gula, kira-kira empat kalori setiap
gram.
Pengilang boleh mendapat maltodekstrin dari mana-mana kanji. Di Amerika
Syarikat, pengeluar terutamanya menggunakan jagung, dan di Eropah,
mengeluarkan terutamanya menggunakan gandum. Malrodextrin yang
diperolehi dr Gandum boleh menimbulkan masalah kesihatan bagi individu
yang mempunyai penyakit Celiac kerana gluten yang terdapat dalam gandum
yang diperolehi maltodektrin. Walau bagaimanapun, dalam kebanyakan kes,
proses pengeluaran maltodekstrin sepenuhnya membuang protein daripada
gandum menyebabkan gandum yang diperolehi maltodektrin bebas gluten.
Maltodextrin boleh meningkatkan tenaga dengan mengekalkan tahap glukosa
dalam aliran darah anda, memberi otot anda sumber berterusan tenaga
semasa latihan. Disebabkan ia mudah diserap oleh badan, maltodekstrin
digunakan untuk meningkatkan berat badan, yang sangat bermanfaat untuk
pembina badan.
Jadi boleh ke makan Oat & Wheat tu??
Makan lah.. tapi berpada2 la.. sekadar kudapan di antara tempoh makan
berat sudah memadai. Dan untuk pengetahuan MEALSHAKE juga mengandungi
maltodextrin dan maltodextrin dlm mealshake diextract daripada jagung
yang bertujuan untuk binding antara vitamin dan mineral. Ianya sama sekali
tidak sama dengan maltodextrin dalam junk food sebab ianya diproses
secara semulajadi.
Jadi
harapnya terjawablah isu Mealshake tidak selamat ini. Pada saya
terpulang pada ibu itu sendiri. Kita yang menentukan baik atau buruk
untuk anak-anak kita. Bagi saya sendiri, memang saya amalkan Mealshake
ini untuk anak-anak saya. Apalah sangat sedikit sukatan Mealshake ini
berbanding dengan makanan segera yang ada di luar sana yang lebih buruk
kesannya kepada kesihatan anak-anak. Kadang-kadang ada ibubapa yang
terlebih concern dengan isu-isu macam ni tapi sedar tak sedar, bagi anak
makan macam-macam yang lebih tak elok drp Mealshake ni. ;)
Tapi, yang
bestnya tu.. dalam pada ada yang melalut mengatakan Mealshake tidak
selamat untuk kanak2, tapi tetapppp juga Mealshakes ini habis stoknya. Bulan ni PROMO Mealshakes yer. Kalau berminat boleh mesej saya. Ianya tidak dijumpai atau dijual di mana2 premis perniagaan mahupun farmasi hatta farmasi terkenal sekalipun. Nasihat saya, dapatkannya hanya dari pengedar berkebolehan SAHAJA dengan memberi cara makan mealshake yang betul dan cadangan pengambilan terbaik untuk kesan optimum. semestinya anda tak mahu wang dibazirkan jika tidak mendapat kesan yang sepatutnya kan?
Shaklee id : [921401] Pengedar Shaklee Perak