nuRul nFe...

Saya adalah pengedar sah SHAKLEE dan pengamal produk Shaklee tegar (highly diciplined consumer) Blog ini lebih kepada perkongsian hasil kerja Make-up, pengalaman bershaklee, dan testimoni2 sendiri walaupun ada banyak sekali testimoni2 keluarga dan customer2 saya

Dr Shaklee adalah Orang Pertama Mencipta Vitamin dan Kajian Beliau Bertepatan dengan Alam Semulajadi, Beliau Percaya Apabila Sesuatu Itu Berharmoni Dengan Alam Semulajadi, lanya Adalah Baik Untuk Kesihatan

Nurul cnurul79@yahoo.com sms / whatsapp 013-5847882 Penghantaran Seluruh Malaysia

Jom dapatkan HARGA PROMOSI bersama saya Pengedar Sah Shaklee ■ Perunding Vitamin Shaklee secara Percuma & Penerangan cara makan Vitamin Shaklee dengan cara yang betul ■ Walk in dimana-mana Branch / HQ Shaklee diseluruh Malaysia dengan menggunakan ID No. 921401 untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee hanya RM65

Juga kepada anda yang ingin menambah pendapatan, anda boleh hubungi saya Saya akan masukkan anda dalam secret group InsyaAllah saya akan guide anda sebaik mungkin Jika betul-betul fokus dalam masa 3 bulan ke atas insyaAllah akan merasa income 4 angka

Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud,"

CEBURILAH KEGIATAN PERNIAGAAN KERANA DI DALAMNYA TERDAPAT 9/10 SUMBER REZEKI"(Al-Tirmizi)

Exchange LINK

Friday, December 20, 2013

Mengapa ASID FOLIK diperlukan?

Apakah asid folik?

Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu. Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin sarapan diperkuat dengan asid folik.


Mengapakah saya perlukan asid folik?

Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.

Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal. 

Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu. 

Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan, anda sudah boleh berhanti mengambil asid folik. Namun jika anda terus mengambil asid folik sepanjang kehamilan, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda ataupun bayi anda.


Berapakah jumlah asid folik yang saya perlukan?

Anda dinasihatkan mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari sebaik sahaja anda merancang untuk hamil. Kemudian, teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan. Baik juga jika anda makan makanan yang kaya dengan folat. 

Wanita yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub neural (NTD) mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat seorang lagi anak dengan kecacatan yang sama. Dalam kes ini, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. 

Jika anda mengambil ubat-ubatan tertentu, seperti yang dipreskripsi untuk mengawal epilepsi, doktor anda mungkin mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Ini kerana ubat-ubatan itu menghalang keupayaan badan anda menyerap asid folik.


Apakah sumber makanan yang terbaik?

Makanan yang kaya dengan folat adalah sangat baik bagi anda dan bayi anda. Makanan ini juga kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh anda berdua. Berikut adalah makanan yang kaya dengan folat: 

Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
  • bayam, 1 cawan;
  • kacang bendi, setengah cawan;
  • asparagus, setengah cawan;
  • lentil, setengah cawan;
  • hati, 1 keping;
  • 11 batang taugeh brussels;
  • kacang mata hitam, 4 sudu makan;
  • emping bran, 7 sudu makan;
  • germa gandum, 25g / 1 aun;
  • betik sederhana besar.

Makanan berikut mengandungi 50–100 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
  • brokoli kukus, 2 pucuk;
  • buah oren saiz besar;
  • nasi putih, setengah cawan;
  • oat, setengah cawan;
  • kacang merah, setengah cawan;
  • jagung saiz besar, 1;
  • biji bunga matahari, 1 aun.
Sumber lain yang mudah didapati termasuklah telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dalam tin dan ubi kentang tidak dibuang kulit. Ingatlah bahawa asid folik dalam makanan akan musnah jika terlebih masak, jadi masaklah dalam kuali bertutup dengan sedikit air sahaja. Cuba makan sayur-sayuran yang dicelur sebentar atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro ataupun mentah. 

Kredit :
Shaklee id : [921401]  
SMS / Whatsapp : [017-4387016]
Email : [cnurul79@yahoo.com
 LIKE Fan Page : PengedarShakleePerak

Jangan terima PENYAKIT dari mereka yang berpenyakit

Pernah tak dalam hidup kita, kita tersentap atau terasa dengan komen-komen pedas dari kawan-kawan, keluarga, anak buah, sedara mara, kawan sekerja atau dari mereka yang kita tak kenali. Maksud saya bukan komen membina tapi lebih kepada komen yang meruntuhkan pembangunan jiwa dan moral . Contohnya "ini semua sebab salah awak lah", "dia ni berniaga fikir untung duit jer bukan dia peduli atau ambil berat pasal kita pun", "awk bukan leader yang blablabla" dan banyak lagi komen2 pedas yang kadang buat hati kita tersentak.

Normal lah kita manusia biasa bukan malaikat, tu yang hati terkejut tu. Tapi satu sahaja pesanan saya, JANGAN TERIMA PENYAKIT. Mari saya cerita analogi yang saya baca dalam satu buku (Tak ingat tajuknya), katanya, apabila orang memberi komen yang berbaur negatif, ia umpama orang itu 'memberi penyakit' kepada kita. Ia seolah2 orang tu kata 'nah amiklah penyakit hati I'. Analoginya begini, katalah dalam kehidupan kita, orang datang batuk2 bersin2 depan muka kita, kita suka tak? Atau orang datang nak pindahkan virus penyakit kat kita. Kita terima ke tidak? Sudah tentulah tiada manusia pun yang nak terima virus apa jenis penyakit pun.. yer tak..??? Kalau terima bermaksud kita akan sakit lah..yer tak..???

Sama juga dalam kes ini, apabila kita 'terima' komen2 negatif dari golongan sedemikian, umpama kita menerima penyakit. Cuba tengok keadaan mereka yang sedang demam, sakit bukan dan rasa tak selesa 24jam. Sengsara ooo kalau demam panas, tu baru demam panas belum sakit lain yang arrghh... Sakit2 ni semua memang tak besttt. Sebab tu ada kata2 mengatakan hargai masa sihat sebelum datang masa sakit.

Jadi setiap kali kita membaca/mendengar sesuatu yang buat kita tersentap, cepat2 cakap pada diri.. 'aku takmahu terima penyakit ini'.. Jangan terima maksudnya, jangan reply atau balas. Susulilah dengan zikir dan istigfar.

Sejak dari itu saya tersenyum dan berikrar dengan diri taknak terima penyakit dari mereka2 yang berpenyakit hati. Kadang2 bila datang lagi orang hantar penyakit, cepat2 saya ingatkan diri tentang tips ini. Cepat2 saya cakap dengan diri.... kalau saya balas balik, bermaksud saya terima penyakit dia.. oh tidakk !!!!!! saya taknakkk hidup dalam keadaan 'sakit'...

Ingat yer, jangan terima penyakit2 yang orang keliling hantar ke anda, sebaliknya mari penuhkan cinta dihati, insyaAllah keajaiban pasti menanti hidup anda.


Shaklee id : [921401]  
SMS / Whatsapp : [017-4387016]
Email : [cnurul79@yahoo.com
 LIKE Fan Page : PengedarShakleePerak

Thursday, December 19, 2013

Nikmat dalam MEMBERI sangat AJAIB

Jadikan diri kita semanis gula, kemudian kita tidak perlu mencari lagi kerana semut (semua yang kau inginkan) akan datang sendiri kepada kita.  

Bertambah bilangan umur sebenarnya adalah tanda semakin kurangnya masa untuk kita membahagiakan orang disayangi dan berkurangnya masa kita untuk menabur bakti pada semesta alam.

Semakin bertambah umur menjadikan kita semakin 'serius' menerima dan lebih menyayangi diri seadanya. Sebab dengan itulah kita mudah menerima dan menyayangi sesiapa sahaja disekeliling kita seadanya. Dengan itulah sesungguhnya penyembuhan terjadi.

Ketika kita menerima apa adanya, cinta semakin subur, kesyukuran terus mekar dan belas kasih semakin mendalam. Bahagia itu tidak boleh dilihat, tidak boleh didengar, tidak boleh disentuh. Tetapi dirasakan
 
Terima kasih buat anda yang tidak saya kenali namun sudi bertandang di blog saya walaupun seketika, walaupun hanya sesaat.

Terima kasih alam semesta yang dalam diam terus berbakti dan memberi manfaat kepada semua makhluk dengan penuh keikhlasan dan penuh khusyu'

Saya tak nafikan semulajadi manusia fitrahnya suka menerima. Tapi kita kena lakukan sesuatu sebelum kita boleh menerima tanpa henti. Beri disini berkongsi ilmu, senyuman, doa, consultation dan macam-macam lagi bentuk pemberian

Rata-rata yang kita lihat adalah menunggu untuk disuap, menunggu untuk menerima segala macam ilmu yang diinginkan, tetapi amat jarang untuk memberi terlebih dahulu. Jadi bagaimana hendak menerima tanpa henti jika hari-hari kita asyik menunggu untuk menerima sahaja.

Jadi apa kata tanam ini dalam diri iaitu "Jika kita suka menerima dengan banyak, maka kita perlu BERSEDIA UNTUK MEMBERI SEBANYAK-BANYAKNYA.."

Jangan tanya apa yang orang lain dah beri, tapi tanya diri sendiri, apa yang kita dah beri hari ini. 


Shaklee id : [921401]  
SMS / Whatsapp : [017-4387016]
Email : [cnurul79@yahoo.com
 LIKE Fan Page : PengedarShakleePerak

Wednesday, December 18, 2013

Terlebih jimat dan berbaloi sebab bersamaan 7 biji.

Sanggupkah anda menelan 7 biji buah oren sehari utk mendapat khasiat dan keperluan vitamin C untuk tubuh badan anda? Saya pasti jawapannya TIDAK.

Kenapa perlu memilih SR vit C Shaklee?
  • Kandungannya yang NATURAL, bukan SINTETIK 
  • Bertindak secara 'sustained release' dimana ia berfungsi secara perlahan untuk memenuhi keperluan tubuh badan selama 24 jam.
  • Rumusan yang unik di mana ia dilepaskan secara perlahan dan berterusan selama 5 jam
  • Tiada pembaziran kerana semua vit C digunakan dan dilepaskan secara berperingkat untuk keperluan tubuh badan.
  • 1 tablet mengandungi 500mg yang bersamaan dgn 7 biji setengah buah oren.
  • Vitamin yang natural TIDAK AKAN memberi kesan untuk jangka masa panjang. Selamat utk digunakan.

Mahalkah harga SR vit C ni? 

Jawapan saya TIDAK. Anda hanya perlu 'memperuntukkan' beberapa sen sahaja SEHARI untuk mendapatkan keperluan vit C untuk tubuh anda. Penjimatan berganda bila mana sebotol Vit C ini tahan untuk jangkamasa 6 BULAN! Wowww!

Rasanya ramai sudah orang yang tahu khasiat dan keperluan vit C untuk tubuh badan kita. Mengapa perlu tunggu lagi.

Jommm pilih vit C yg pastinya selamat untuk digunakan. Produk hebat, kesan hebat, harga hebat!

Shaklee id : [921401]  
SMS / Whatsapp : [017-4387016]
Email : [cnurul79@yahoo.com
 LIKE Fan Page : PengedarShakleePerak

Video Tulennya MINYAK IKAN OMEGA GUARD SHAKLEE.

Menurut banyak kajian di internet minyak ikan yang mengandungi campuran-campuran lain akan menjadi beku atau kelihatan mengeras jika disimpan didalam peti sejuk beku. Kandungan minyak ikan yang tulen akan tetap dalam bentuk cecair walaupun disimpan di dalam peti sejuk beku.

Jom kita tengok demo yang dilakukan secara peribadi oleh SID Shaklee.

Selain tulennya OMEGA GUARD, meh nak cerita sikit apa yang best sangat Omega ni.

OMEGA boleh buat badan kurus. Ini kerana omega mengawal rasa lapar dan membakar kolesterol dan lelemak berlebihan.
  • Omega kawal rasa lapar dgn mengawal paras gula dalam darah. 
  • Ambil omega bersama senaman akan membakar lebihan lelemak dengan lebih berkesan.
  • Omega membuang lemak badan yang tidak di ingini.

OMEGA juga mengandungi DHA sbnyak 120mg penting untuk perkembangan otak. Pengambilan oleh ibu hamil dan ibu menyusu akan mempengaruhi perkembangan otak bayi yg dikandung. Kanak2 juga memerlukan DHA secara terus kerana untuk IQ dan perkembangan minda.

Terbaik kan omega?

Shaklee id : [921401]  
sms.whatsapp : [017-4387016]
Email : [cnurul79@yahoo.com
 LIKE Fan Page : PengedarShakleePerak

Tuesday, December 10, 2013

Dulu tak suka, sekarang suka !

Mesti ramai yang suka membaca kan? Dan ramai juga yang hobinya bukan membaca. Termasuk ler sy...he3...mmg membaca bukan satu hobi yang tekun untuk diamati dan difahami. Tapi itu dulu. Kini tidak lagi. Kini, sy dalam proses mendidik hati dan menyusun masa untuk diisi dengan ilmu2 yang menguji minda dan mendidik hati. Ilmu-ilmu itu boleh diperolehi dari buku2 motivasi. Ini antara buku2 yang kini telah menjadi koleksi sendiri dan insha Allah akan bertambah dari bulan ke bulan. Kalau tak berkesempatan nak beli, saya akan pinjam di LIBRARY UTP, tempat sy bekerja.

Meh sini...nak sinopsis sikit psl buku2 di bawah. RECOMMENDED yer untuk dibaca. Kebetulan masa beli buku ni, sy beli MPH online ajer..less 20%. Sebab masa usha kat POPULAR, less hanya untuk member jer. Sy bukan member POPULAR. Ini best seller punya buku. Ajaibnya sedekah dan mudahnya menjemput rezeki adalah buku motivasi agama. Yang mampu sy bgtahu...mmg BEST !!!. Tips2 yg dibincangkan teramatlah mudah untuk diikuti dan difahami. Nak tau, kenala beli ek....

Begitu juga best seller The Secret. Untuk saper2 yang inginkan keajaiban dalam hidupnya, boleh lah dapatkan buku SECRET : The Magic by Rhonda Byrne.The SECRET ini ada 3 beradik sebenarnya. The Secret, The Power dan The Magic. Tapi sy ni terbalik. Baca The Magic dulu, kemudian The Power. The Secret belum lagi...Tak per ler..one fine day, sy akan dapatkan koleksi ni sepenuhnya untuk diri sendiri. Boleh dapatkan mana2 kedai buku yer...MPH, Popular. Jadi member POPULAR dapat less 20%.


Yang ni plak, buku koleksi dari library. Orang lain dah baca, saya baru nak membaca. huhuhu...Better late than never kan !! Nak tahu dari mana dapat ilham untuk baca buku2 ni? Sy dapat ilham dari Pn Diyana Tahir, eHati Coach. Sy ni salah seorang follower kat FB beliau. Setiap bait kata yang beliau kongsikan, memberi kesan yang mendalam untuk difikirkan, untuk dinilaikan dan untuk dipraktikkan. Bolehler jadi follower beliau lak pas ni yer klu uols berminat. Klik SINI

Jom kita pupuk minat membaca. Tiada istilah lewat untuk ubah attitude kiter. Sebelum ini saya pernah share post berkenaan ATTITUDE. Jika kita mengubah sikap kita, bermakna kita boleh mengubah nasib kita. Klik SINI. 


Shaklee id : [921401]  
sms.whatsapp : [017-4387016]
Email : [cnurul79@yahoo.com
 LIKE Fan Page : PengedarShakleePerak

Kenali VITA-LEA Shaklee, Multivitamins & Multiminerals yang HEBAT !


Keistimewaan Shaklee Vita-Lea Shaklee adalah multi-vitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia. Asalnya dikenali sebagai 'Vitalize-Mineral' dan disingkatkan sebutan kepada 'Vita-min', dan perkataan vitamin yang disebut kini asalnya dari Shaklee.

Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair (90 tahun dahulu) kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai Vita-Lea. Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang.
 

Tablet Vita-Lea ini disaluti dengan serbuk nutrisi spirulina. Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks, disebut sebagai 'Explo-Tab'. Ia merupakan tablet multivitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protin untuk penyerapan yang pantasoleh usus kecil.

Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65 %. Vita-Lea telah dipilih oleh Centre fo Science di Amerika Syarikat sebagai 'THE BEST MULTI-VITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000.

Shaklee id : [921401]  
sms.whatsapp : [017-4387016]
Email : [cnurul79@yahoo.com
 LIKE Fan Page : PengedarShakleePerak

Saturday, December 7, 2013

Anda perlukan OMEGA GUARD jika anda ....

Dah 7hb December, baru harini saya nak umumkan promosi bulan ni. Maaf lah yer, lambat beritahu sbb terlebih eksaited bila dengar bulan ni promosi Omega. Tapi dalam kata saya belum share kat blog, regular2 customer yang tahu melalui FB, dah order siap2. Masing2 ambil 2 botol sekaligus dan ada gak yang ambil 6 terus sbb buy 6 free 1 tauuu bulan ni... share2 lah dgn kwn2 dan famili. Tahun ni aje dah dua kali Shaklee wat promosi OMEGA.
Hari ni saya nak berkongsi fakta dibawah. Anda perlu mengambil Shaklee OmegaGuard sekiranya anda:  
  • Ibu hamil (perkembangan otak bayi dlm kandungan, kurangkan risiko lahir pramatang, dan mengurangkan alahan bayi slepas bayi dilahirkan)
  • Ibu menyusu (perkembangan otak bayi)
  • Kanak2 (Usia 0-6tahun adalah peringkat umur yang sangat kritikal dimana pertumbuhan otak yang pintar perlukan makanan yang kaya dengan asid lemak Omega 3, DHA dan EPA. Ia amat bagus utk sistem imunisasi kanak2, asma, eczema)
  • Individu yang ingin mengawal berat badan (omega 3 meningkatkan hormone Leptine yang mengawal selera makan dan membakar lemak lebih cepat)
  • Individu yang ingin meningkatkan kepekaan, daya ingatan dan kecekapan kerja 
  • Lelaki yang mementingkan kesihatan - memelihara dari penyakit jantung, strok, obesiti, kencing manis dan byk lagi
  • Wanita yg mementingkan kecantikan (flawless skin) dan kesihatan (tulang dan sendi) 
  • Shaklee OmegaGuard mengandungi Omega -3 yang kaya dgn DHA dan EPA. Omega 3 adalah asid lemak yang perlu tetapi badan kita tak dapat menghasilkannya maka ia perlu diambil dari diet harian
Kalau rasa anak you all senang demam, mudah mengantuk kat kelas, ada penyakit asma, alergy atau nak anak pintar, beli lah Omega ni untuk anak you all. Kalau rasa bukan utk anak, sila lah beli utk diri sendiri. Omega ni bagus untuk brain, untuk kulit yang cantik, untuk kesihatan sendi dan mengawal kolestrol. Kalau rasa sayangkan suami, hadiahkan lah untuk suami sebab Omega juga vitamin utama untuk orang lelaki. Hmm.... bunyi mcm saya paksa.. tapi sebenarnya takkk..... sbb kalau you all nak tahu, saya dah nampak dan rasa kesannya untuk diri sendiri dan mak saya. Bacaan kolesterol dan sel darah cantik kater Doktor. Bestttt sangat tu yg bersungguh nak you all beli.. haha....you all rasalah dulu.. tak kenal maka tak cinta.. yer tak...

Sebab tu pembeli yang bijak, diorang ambil kesempatan masa promosi ni. Grab promosi Buy 6 Free 1. Kalau yang bukan ahli terus FREE MEMBERSHIP klu beli omega set promosi ni. Dapat lak cash back bulan depannya. Paling koman pun diorang ambil 2 botol skaligus. Apa2 pun offer ni while stock last. Biasalah, Shaklee dah jadi fenomena kat Malaysia sekarang nih. Sedar2 jer dah OUT OF STOCK....


Shaklee id : [921401]  
sms.whatsapp : [017-4387016]
Email : [cnurul79@yahoo.com
 LIKE Fan Page : PengedarShakleePerak

Friday, December 6, 2013

Rahsia cantiknya Neelofa

Cerr....tengok Neelofa dalam rancangan "MELETOPSS".. cantiknya kulit dia..Bersih, licin dan berseri...Neelofa ni kalau tak make up pun cantik..tengoklah gambar dia kat atas tu..Tips kecantikan Neelofa di antaranya adalah minuman Collagen dan vitamin c...kalau nak dapatkan vitamin C semulajadi, Shaklee pun ada, Vitamin C sustained released 500mg yang "HOT" dan "MELETOPSS" dan Shaklee Collagen Powder yang berkualiti dan diekstrak dari sisik ikan merah.
Untuk rasa lebih sihat, kulit lebih muda menawan 

Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan. 

Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran. 

Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja.
 
 
Testimoni Collagen powder : 5 hari dah nampak kesan!!


Shaklee id : [921401]  
Call.SMS : [013-4381929] Whatsapp : [017-4387016]
Email : [cnurul79@yahoo.com
 LIKE Fan Page : PengedarShakleePerak

Masalah jerawat kronik?

Remaja dan jerawat memang sukar dipisahkan. Sebenarnya bukan remaja saja yang sering dilanda masalah jerawat, orang dewasa pun sama juga.  Masalah jerawat ni selalunya berpunca dari ketidaksatabilan hormon.  Jadi untuk mengelakkan masalah ini, amalkan GLA untuk kestabilan hormon. 

Macamana nak buat jika ada masalah jerawat yang kronik?  Saya salinkan testimoni seorang pelanggan yang hadapi masalh jerawat kronik, alhamdulillah beliau pulih dari masalah tersebut setelah konsisten mengamalkan supplement Shaklee.  Jom tengok apa supplement yang beliau amalkan!
SUMBER
Menakjubkan..!!!

Perubahan macam ni memerlukan pengambilan Vitamin-E Shaklee secara berterusan selama 3 bulan berturut-turut, bukannya ambil hari ni esok terus ok, atau ambil seminggu dah ok.... 

Mengapa perlu ambik masa sehingga 3 bulan, lama tu... mesti anda tertanya-tanya kan... sebabnya... sel-sel badan kita perlukan masa untuk pulih dan tempoh yang diperlukan sekurang-kurangnya 90 hari @ 3 bulan.

Dan for info, untuk merawat dan penyembuhan masalah kulit Yana yang berjerawat pada tahap sebegini tidak berlaku dengan pengambilan VITAMIN-E sahaja, dia turut mengambil VITAMIN C, ALFALFA dan MEALSHAKE.

Mari lihat peranan-peranan supplements dalam proses penyembuhan yang menakjubkan ini...

VITAMIN E : 
  • Melambatkan proses penuaan. 
  • Membantu mendapatkan tekstur kulit yang cantik, lebih muda. 
  • Sangat membantu untuk menghilangkan parut dan jeragat. 
  • Vitamin antioksidan.
  • Membaiki tulang, gigi dan tisu penyambung 
  • Membentuk kolagen yang penting untuk ketegangan dan kecantikan kulit 
  • Sebagai kuasa penyembuh

  • Sumber mikronutrient paling kaya
  • Membuat sistem badan berjalan lebih lancar 
  • Membantu melawaskan usus
  • Mengurangkan sembab, kelesuan dan masalah pencernaan
  • Membantu membaikpulih luka atau kudis 
  • Mengandungi vitamin B-complex, zat besi dan copper untuk membantu membentuk sel darah merah yang sihat dan memberi perubahan positif pada complexion kulit

So, say NO to anti-acne cream!
Kenapa ya? Sememangnya supplemen semulajadi lebih selamat!

Anda tahu tak bahaya sebenarnya bergantung pada anti-acne atau antibiotics nie?? Silap2 boleh sebab tak boleh pregant tau!! Hah nie saya petik dari skinimprovement.com

"Not all manufacturers of acne products with chemicals tell that in order to avoid side effects, such acne creams or acne pills can only be used for 2 - 3 weeks. Oral antibiotics should be used as a temporary measure in order to reduce the inflammation caused by acne bacteria. Prolonged use of antibiotics and steroids suppress the immune system of our skin. Weak immune system may lead to development of such skin disorders as rosacea and demodex.

In addition to anti pimple gels, lotions for zits, ointments and acne pills, the chemical industry offers variety of cleansing lotions containing alkali, alcohol and even acids. The cleansers with theses chemical substances are not safe and should not be used by acne patients. The alcohol and other chemical ingredients most often over dry the skin provoking the sebum glands to produce more sebum oil. Excessive production of sebum oil is one of the reason which causes acne. You should always wash acne prone skin with natural cleansers and lotions. "

Testimoni ini adalah pengalaman customer dan hasil dari setiap consumer mungkin berbeza. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut.


Untuk dapatkan produk kesihatan Shaklee, sila hubungi :

Shaklee id : [921401]   
Call.SMS : [013-4381929] Whatsapp : [017-4387016] 
Email : [cnurul79@yahoo.com

Thursday, December 5, 2013

Jika kita boleh mengubah SIKAP kita, bermakna kita boleh mengubah NASIB kita

Tips magika saya kongsi hari ini berkenaan sikap manusia dan tips ini SANGAT PENTING JIKA ANDA INGIN BERJAYA DALAM BISNES.

Kajian mendapati perubahan sikap dapat mengubah nasib seseorang. Sebenarnya tak perlu tunggu 1000 jurnal atau 1000 kajian kerana dah memang termaktub didalam kitab.  Terjemahan surat Ar-Ra'd ayat 11. ....إِنَّ اللَّهَ لا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ - ertinya: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ”

Sikap bukan sekadar melihat dunia tetapi bagaimana kita berhadapan (positif/negatif) atau bertindak balas sama ada dengan situasi atau tindakan orang lain. Ada orang mudah bersikap negatif. Ada yang senang untuk bersikap positif. Sebenarnya pilihan di tangan individu itu sendiri. Kita bebas memilih. Sebab itu pilihlah yang positif. PILIH untuk MENJADI OPTIMIS UNTUK PERCAYA PADA DIRI DAN ORANG LAIN. Kita perlu tahu sikap negatif menghasilkan kemurungan, kemalasan dan banyak lagi yang kurang baik.

Jadi apa yang kita boleh buat utk bersikap positif? Mulakan habit untuk MELIHAT YANG TERBAIK SETIAP PERKARA yang kurang menyenangkan hatta yang kecil sekalipun. Saya percaya kadangkala kita tidak boleh melihat perkara yang baik kerana kita terlalu fokus kepada masalah dan kesilapan. Jadi hati2 yer dengan sikap kita.

Lebih2 lagi jika anda berniaga, SALAH SATU ASAS KEJAYAAN DLM BISNES adalah bagaimana sikap anda setiap hari. BERHENTI MENYALAHKAN orang lain mahupun persekitaran. Tidak ada orang lain yang boleh mengubah hidup kita melainkan kita sendiri. Percayalah, ditengah-tengah kesulitan pasti ada peluang. Jika kita boleh mengubah sikap kita, bermakna kita boleh mengubah nasib kita.


Untuk dapatkan produk kesihatan Shaklee, sila hubungi :

Shaklee id : [921401]   
Call.SMS : [013-4381929] Whatsapp : [017-4387016] 
Email : [cnurul79@yahoo.com

Rahsia Kejayaan

Jika anda seorang businessman/businesswoman, tak kisahlah apa jua perniagaan anda, amalkanlah rahsia ini. Kunci kejayaan yang akan membawa anda ke dunia magika. Sebenarnya apa yang saya kongsikan ini bukan lah rahsia lagi. Telah terang dan nyata sebagaimana Allah firmankan dan janjikan didalam Alquran, bukan saya reka2.

Rahsia #1 :
BERSYUKUR 
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepada mu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat."- Surah Ibrahim 14:7
 
Rahsia #2 : 
MEMBERI dan terus MEMBERI
"Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan 7 tangkai, pada setiap tangkai ada 100 biji. Allah melipat gandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas, Maha Mengetahui [261]

Nampak mudah je dua amalan rahsia di atas, tapi dalam realiti hidup, amat berat untuk didik hati untuk dijadikan amalan. Disinilah perlunya istiqamah. Perlunya disiplin, komitmen mendidik hati untuk bersyukur dan untuk terus memberi. Selagi kita ada di dunia, KITA ADALAH ORANG YANG BERADA YANG SENTIASA BOLEH MEMBERI. Ada mcm2 bentuk pemberian contohnya tenaga, doa, senyuman, harta, hatta apa jua info yang kita post di facebook juga satu pemberian. Tapi post2 yang positif lah, bukannya post meroyan. Itu menambah caj2 penyakit hati nanti.

Ingat yer, sebaik-baik manusia ialah manusia yang paling banyak manfaat pada orang lain. Moga kita tergolong dalam kelompok itu. Dan kalau nak berjaya dalam hidup, tirulah orang-orang berjaya. Ikutan yang terbaik ialah Nabi Muhammmad SAW. Baginda banyak memberi dalam hayatnya. Kita pun kena banyak memberi untuk diri, masyarakat dan alam sekitar. Berilah kerana Allah, bukan kerana manusia.

Dah tahu rahsianya? So apa lagi, jom kita sama-sama praktikkan. Bangun pagi, kena senyum dan bersyukur. Kalau rasa sukar nak senyum dan rasa banyak masalah masih tak dapat diselesaikan, cubalah rileks tarik nafas dalam-dalam. Cuba ambil pen dan kertas, listkan 7 sahaja apa nikmat yg anda ada pagi ini seperti nikmat pancaindera, udara, nikmat iman, islam, ada rumah, ada kenderaan, ada anak2 masih hidup, ada pakaian....haa.. mmg tak akan cukup sekeping kertas. Cuba bayangkan orang lain yg lebih teruk keadaannya. Jadi senyum dan bersyukur lah sebagai amalan harian.

Semoga perkongsian pagi ini bermanfaat buat semua..
 
SUMBER ASAL 

Untuk dapatkan produk kesihatan Shaklee no 1 di dunia, sila hubungi :

Shaklee id : [921401]  
Call.SMS : [013-4381929] Whatsapp : [017-4387016]
Email : [cnurul79@yahoo.com
 LIKE Fan Page : PengedarShakleePerak