nuRul nFe...

Saya adalah pengedar sah SHAKLEE dan pengamal produk Shaklee tegar (highly diciplined consumer) Blog ini lebih kepada perkongsian hasil kerja Make-up, pengalaman bershaklee, dan testimoni2 sendiri walaupun ada banyak sekali testimoni2 keluarga dan customer2 saya

Dr Shaklee adalah Orang Pertama Mencipta Vitamin dan Kajian Beliau Bertepatan dengan Alam Semulajadi, Beliau Percaya Apabila Sesuatu Itu Berharmoni Dengan Alam Semulajadi, lanya Adalah Baik Untuk Kesihatan

Nurul cnurul79@yahoo.com sms / whatsapp 013-5847882 Penghantaran Seluruh Malaysia

Jom dapatkan HARGA PROMOSI bersama saya Pengedar Sah Shaklee ■ Perunding Vitamin Shaklee secara Percuma & Penerangan cara makan Vitamin Shaklee dengan cara yang betul ■ Walk in dimana-mana Branch / HQ Shaklee diseluruh Malaysia dengan menggunakan ID No. 921401 untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee hanya RM65

Juga kepada anda yang ingin menambah pendapatan, anda boleh hubungi saya Saya akan masukkan anda dalam secret group InsyaAllah saya akan guide anda sebaik mungkin Jika betul-betul fokus dalam masa 3 bulan ke atas insyaAllah akan merasa income 4 angka

Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud,"

CEBURILAH KEGIATAN PERNIAGAAN KERANA DI DALAMNYA TERDAPAT 9/10 SUMBER REZEKI"(Al-Tirmizi)

Exchange LINK

Friday, June 28, 2013

Bekalan Puasa dari SHAKLEE

Alhamdulillah. Tak lama lagi masuk bulan Ramadhan. Bahang Ramadhan semakin terasa. Tapi saya baru terhegeh-hegeh nak ganti puasa yang masih berbaki 1 hari...hu3. Di samping berpuasa menyahdosa menyuci jiwa, tubuh juga turut melalui proses menyahtoksin secara semula jadi. Teruslah bersama Shaklee untuk kekal bertenaga di bulan Puasa ini. 
 
Bagi saya, tak kira bulan Ramadhan atau tidak, Vitamin Shaklee sesuai untuk setiap lapisan masyarakat dan juga di waktu apa pun. Tapi memandangkan bulan puasa ni bulan yang cukup istimewa jadi kita taknaklah sakit teruk. Lagipun nak beribadah lebih banyak daripada biasa, nak rebut pahala berlipat ganda di bulan mulia. Vitamin ni adalah salah satu senjata perisai untuk segar bertenaga.
Jadi cadangan vitamin seperti gambar di atas memang sesuai untuk semua. .. ESP, Bcomplex, Vitalea, Performance Drink, Chewable Vit c, Alfalfa Complex, dan juga Nutriferon. Ini kira asas, tapi tak semestinya kena beli semua. Sila dapatkan nasihat daripada saya terlebih dahulu jika ingin membeli. Tak perlu beli semua last2 jadi perhiasan je, sebab saya sebagai  pengedar Shaklee akan mencadangkan mana2 vitamin Shaklee selain dalam gambar di atas yang lebih sesuai dengan anda dan keluarga anda.
 
Kalau saya, sahur ketika melakukan puasa ganti baru-baru ni, mesti minum segelas ESP + Performance Drink yang dibancuh bersama air suam sahaja. Lazat delicious sebab rasa cam vitagen. Vitalea makan ketika bersahur jika saya bersahur heavy. Kalau tidak saya sekadar minum ESP + Performance drink sahaja dan 2,3 biji kurma. Yang lain2 saya ambil selepas berbuka puasa dan sebelum tidur. Alhamdulillah, segar ceria sihat berpuasa bersama vitamin Shaklee. InshaAllah..

Walaupun ini adalah tahun pertama saya akan berpuasa dengan Shaklee, apa yang diceritakan oleh rakan2 niaga Shaklee yang lain, permintaan terhadap vitamin Shaklee di bulan puasa memang tinggi terutamanya di kalangan wanita hamil, wanita sedang menyusu, wanita yang nak anggun cantik ramping langsing berseri mulus tulus gebu menjelang raya. Bagaimana pula dengan golongan lelaki? Adakah anda juga nak berikan yang terbaik sepanjang berpuasa dan menjelang Syawal? Jika YA..hubungi saya untuk consultation percuma.

Shaklee id : [921401] 
Call.SMS : [013-4381929]
Whatsapp : [017-4387016]
Email : [cnurul79@yahoo.com]

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 



Wednesday, June 26, 2013

Tekanan Darah Tinggi - Tanda-tanda dan cara mencegah yang perlu kita ambil tahu

Credit : Fajridil
Apakah itu Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi?
Jantung anda bertugas sebagai alat mengepam dimana ia menguncup dan berehat. Aktiviti ini menghasilkan tekanan yang membawa darah keseluruh badan. Tekanan darah ini berbeza bagi setiap seseorang individu dan bacaannya juga berbeza.

Bacaan Tekanan Darah

Kategori
Sistolik

Diastolik
Normal
bawah 120
dan
bawah 80
Pre-hypertensi
120 - 139
atau
80 - 89
Hypertensi
140 dan keatas
atau
90 dan keatas
Hypertensi sistolik
160 dan keatas
dan

bawah 90


Mengapa penting mengukur tekanan darah secara berkala? 
Adalah mustahak untuk anda mengukur tekanan darah secara berkala bagi menentukan  samada tekanan darah anda tinggi atau tidak. 90% pengidap Hypertensi/Tekanan Darah
Tinggi tidak menunjukkan sebarang gejala manakala 10% lagi ada menunjukkan gejala.

Pengidap Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi berisiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung.Tekanan darah yang terkawal dapat mengurangkan kedatangan pesakit ke Klinik pesakit luar, kemasukkan ke hospital dan kematian akibat strok (angin ahmar) dan penyakit jantung.

Apakah kesan hypertensi/tekanan darah tinggi?
Diantara kesan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah:
  • Rasa tidak sihat yang menjejaskan fizikal dan mental serta memberi kesan kepada keluarga anda dan kerja anda.
  • Sukar memiliki polisi insuran baru dan anda akan dikenakan premium yang tinggi
Apakah penyebab Hypertensi/Tekanan Darah tinggi?
90% penyebab sebenar Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah tidak diketahui manakala
10% lagi adalah akibat penyebab sekunder iaitu akibat penyakit tertentu.

Adakah Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi diwarisi dari ahli keluarga?
Jika kedua ibu bapa anda mengidap Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi, 50% kemungkinan
anak-anak akan mewarisi penyakit Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi tersebut. Jika salah
seorang dari mereka mengidap darah tinggi, maka anak-anak mungkin mendapatnya.

Faktor Risiko yg menyebabkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi
  • Cara hidup tidak aktif
  • Umur melebihi 35 tahun
  • Merokok
  • Kegemukan
  • Paras kolesterol tinggi
  • Sejarah keluarga
  • Pengambilan alkohol yang berlebihan
  • Pengambilan garam yang tinggi
Tanda dan Gejala
  • Pengidap Hypertensi/Darah Tinggi kebanyakkannya tidak mengalami sebarang gejala
  • Kadang-kadang seseorang itu hanya mengalami gejala yang tidak spesifik seperti sakit kepala atau pening kepala
  • Sakit kepala boleh berlaku dalam kes Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi. Selalunya ianya berlaku di waktu pagi, bahagian belakang kepala dan rasa berdenyut (bergantung kepada tahap keterukan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi)
  • Untuk memastikan atau mengesahkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi, sila periksa tekanan darah anda di klinik berhampiran. Doktor anda akan menasihatkan berapa kerap anda perlu memeriksa tekanan darah.
Peringatan, jangan tunggu sehingga gejala timbul kerana ia mungkin telah terlambat

Apakah komplikasi(kesan buruk akibat penyakit) Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi?
Tekanan darah yang tinggi akan mengakibatkan bebanan kepada organ-organ dalam badan
dan boleh menyebabkan kerosakan. Diantara komplikasi/kesan akibat penyakit
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah seperti:
  • Otak - Serangan Stroke/Angin Ahmar atau Stroke ringan dan sementara (Transient Ischaemic Attack)
  • Penyakit jantung seperti : - Coronary Heart Disease, Congestive Heart Failure & Left Ventricular Hypertrophy
  • Komplikasi pada mata - Perdarahan dan kerosakan kepada kawasan yang sensitif dalam mata yang dikenali sebagai Hypertensive Retinopathy
  • Komplikasi pada buah pinggan - Kegagalan fungsi buah pinggang (paras serum kreatinin Microalbuminuria, Proteinuria).
  • Peripheral vascular disease seperti - Aneurysm & Kehilangan satu atau lebih denyut nadi

Apa yang perlu anda lakukan jika disahkah mengidap penyakit Hypertensive/Darah Tinggi?
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi anda boleh dirawat tanpa menggunakan ubatan 
  • Perlu mengubah amalan cara hidup anda
  • Amalkan permakanan sihat 
  • Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol 
  • Melakukan senaman berkala 
  • Kurangkan berat badan jika berlebihan 
  • Atasi tekanan secara berkesan 
  • Berhenti merokok
Kategori tekanan darah normal/optima
  • Galakkan amalan Gaya Hidup Sihat .
  • Dapatkan nasihat untuk berhenti merokok, pemakanan sihat dan aktiviti fizikal yang bersesuaian.
Pra Hypertensi
  • Amalkan gaya hidup sihat
  • Dapatkan nasihat untuk berhenti merokok, pemakanan dan aktiviti fizikal yang bersesuaian.
  • Periksa semula tekanan darah anda dalam masa setahun
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 1
Rawatan tanpa ubatan adalah rawatan utama
  • Anda perlu mengubahsuai gaya hidup
  • Amalkan pemakanan sihat - Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol dalam makanan
  •  Lakukan aktiviti fizikal yang teratur
  • Kurangkan berat badan jika berlebihan
  • Atasi tekanan secara berkesan
  • Berhenti merokok
  • Periksa semula tekanan darah anda mengesahkan tiada Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi
  • Jika anda disahkan mengidap Hypertensive/Darah Tinggi, sila ikut nasihat yang diarahkan
  • Dapatkan keterangan lanjut berkaitan Hypertesion/Tekanan darah tinggi
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2
Gabungan rawatan tanpa ubatan beserta pemberian ubatan diperlukan bagi merawat
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2
  • Amalkan gaya hidup sihat
  • Berhenti merokok
  • Mematuhi pengambilan ubat dan rawatan susulan
  • Prevent and treat complications early
  • Pengesanan komplikasi terutamanya : - Jantung, Ginjal & Mata
  • Dapatkan keterangan lanjut berkaitan Hypertesion/Tekanan darah tinggi
Kami prihatin, anda bagaimana ?? 
Call.SMS :: 013-4381929 | 017-4387016
Email: cnurul79@yahoo.com

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Sunday, June 23, 2013

Bakal DR memilih Profesional Photographer sebagai tunangnya

Wah..tajuk..ha3...job mekap yang baru nak di publish kan...

PHD Student ni namanya SHIMA dan Photpgrapher tersebut adalah RAHIM EWALK.

SHIMA vs RAHIM

Maka termeterailah pertunangan antara Shima dan Rahim E-Walk pada 8 June yang lalu. Seperti biasa, gambar adalah ehsan dari empunya diri. So pada sapa2 yang perlukan khidmat photographer di hari bersejarah anda boleh add FB beliau yer kat sini RAHIM EWALK.

Thanks SHIMA coz bekalkan akak 4 tupperware nasi minyak...sedappppppp!!!! Tergesa2 nak ke KL hantar anak buah balik sampai dibekalkan nasi plak dari family SHIMA... Semoga jodoh korang berpanjangan hingga ke JANNAH. Aminnn.

 
 
 
  

Berminat dengan hasil mekap saya. Boleh hubungi sy di talian 
Call.SMS : [013-4381929]
Whatsapp : [017-4387016]
Email : [cnurul79@yahoo.com]

Stabilkan Hormon dan Hilangkan Jeragat di Wajah

Antara vitamin yang palingbanyak dibeli daripada blog ini ialah Vitamin E with selenium and grape seed. Samada customer saya akan membeli set penyusuan (Set B) add-on Vitamin E, mahupun membeli set kecantikan kulit (Set D) ataupun hanya membeli Vitamin E sahaja. Vitamin terkenal dengan kecantikan dan juga dikenali sebagai vitamin cinta.

Namun, tahukah anda bahawa selain daripada Vitamin E itu sendiri, di Shaklee, ada satu lagi vitamin yang boleh membantu anda mendapatkan kulit yang halus, bebas minyak, bebas jeragat dan licin?

Ini dia vitaminnya - GLA Complex.

Dipendekkan cerita, jom baca entry ini plak (credit).
"Saya cuma tahu vitamin E , vitamin C dan B Complex adalah antara vitamin yang penting untuk dapatkan kulit yang cantik selain perlunya ESP untuk kulit yang lebih halus dan mulus.

Tetapi setelah 11 tahun dalam Shaklee, saya baru benar-benar jatuh cinta dengan GLA.

Ditambah baru ini saya pulang beraya dan berpeluang berjumpa adik beradik saya….salah seorang mereka baru menjalani pembedahan membuang hempedu. Maka antara vitamin yang saya bekalkan kepada beliau adalah GLA serta vitamin lain dan panduan yang betul pengambilan setiap vitamin.

Tujuan saya bekalkan GLA ialah agar ia membantu menstabilkan hormon adik saya terutama selepas kehilangan hempedu akibat adanya batu kecil. Selepas sebulan mengambil semua vitamin yang saya sarankan, paling jelas kelihatan ialah kulit wajah adik saya yang sebelum ini bertompok akibat jeragat atau bintik-bintik cokelat kini sudah tiada lagi. Muka adik saya kelihatan bersih dan berseri. Beliau yang dulu tidak rajin nak makan vitamin kini menjadi pengamal tegar vitamin Shaklee.

Saya dan suami kini sangat menyukai GLA selain tujuan utama kami mengamalkannya untuk membakar lemak semasa kita berehat ( tidur) kini ia lebih dari itu.

Bagi ibu-ibu yang mengalami masalah jeragat terutama selepas melahirkan anak, maka saya galakkan anda amalkan GLA Shaklee, ia membantu menstabilkan semula hormon anda dan insyaALLAH tiada lagi jeragat!

Walaupun ianya bukan lah masalah kulit yang kritikal tetapi kehadirannya membuatkan kulit kelihatan tidak sihat selain menjejaskan keyakinan diri individu."

Sila hubungi saya untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian dari saya sebagai Shaklee Independent Distributor anda. 

Harga pasaran bagi produk ini ialah RM91.25 termasuk pos, namun anda boleh mendapatkan harga yang cukup istimewa dari saya. Pastikan anda sms / whatsapp ke salah satu nombor dibawah.

Shaklee id : [921401] 
Call.SMS : [013-4381929]
Whatsapp : [017-4387016]
Email : [cnurul79@yahoo.com]

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Thursday, June 20, 2013

Ain sudah BERTUNANG.

Kat dunia nie ramai orang yang boleh mekap. Setiap jurumekap ada cara masing2. Cam sy, sy lebih suka mekap yang nampak natural. Tidak terlalu nipis dan tidak terlalu tebal. Cuti sekolah yang lepas sy berpeluang untuk memberi khidmat mekap kepada beberapa orang pelanggan yang tinggal berhampiran dengan tempat tinggal saya, Bandar Seri Iskandar, Perak. Luar Perak mmg sy tak amik job. Minta maaf banyak2 yer...upah saya pun tak mahal. Rate luar bandar je dan ikut majlis yang diperlukan. Nak tau rate boleh rujuk sini

Kita layan yer beberapa keping gambar yang bukan sy snap. Kebiasaan yang sering berlaku kepada saya bile mekap orang, pasti gambar tidak diambil. Selalu sangat LUPA nak ambil gambo sebelum dan selepas. Pas tuh mula ler meminta-minta kat owner nak berkongsi sekeping dua gambar. Huhuhu.

Terima kasih kepada ayah Ain, En Ibrahim sebab saya ambil gambar ni dari FB beliau. He2...jangan marah nooo...

TAHNIAH AIN.

Pakej Ramadhan Cergas berpuasa dengan Mighty 3 Gems

Mighty 3 gems adalah satu program kesihatan Shaklee, kini dalam pakej Ramadhan yang cukup istimewa.
Terbahagi kepada 3 produk asas untuk pembekalan vitamin, zat galian, tenaga dan pengekalan bendalir badan iaitu Mealshake (perasa French Vanilla), Energizing Soy Protein atau ESP (perasa Vanilla) dan Performance Drink atau PD (perasa oren). Ketiga-tiga produk ini berperanan membekalkan nutrien dan keperluan harian tubuh agar terus bertenaga dan cerdas.

Sesuai untuk mereka yang tidak sempat bersarapan, dan minuman untuk bersahur dan berbuka puasa. Kalau tak sempat sahur pun (kes terbangun tinggal 5 minit nak imsak/15 minit nak Subuh), mighty 3 gems ini insya-Allah memadai untuk anda menjalani kehidupan Ramadhan seperti biasa.

Dan berbuka puasa dengan mighty 3 gems memberi anda tenaga untuk menunaikan ibadah selanjutnya iaitu solat Maghrib, Isyak serta terawikh dan ibadah2 lain seperti bertadarus.

Bagi ibu menyusu ia membantu ibu berpuasa sambil menyusukan anak.

Harga pasaran bagi produk ini ialah RM346.25 termasuk pos, namun anda boleh mendapatkan harga yang cukup istimewa dari saya. Pastikan anda sms / whatsapp ke salah satu nombor dibawah.

Shaklee id : [921401] 
Call.SMS : [013-4381929]
Whatsapp : [017-4387016]
Email : [cnurul79@yahoo.com]

Wednesday, June 19, 2013

Kenapa OPRAH suka SHAKLEE?

Ramai orang tidak tahu bahawa Shaklee digunakan oleh beberapa orang yang paling terkenal di dunia hanya kerana produk ini Amazing! White House dibersihkan dengan Shaklee, Oprah menggunakannya, The Olympic Pasukan Amerika Syarikat, NASA, dan ramai lagi! Mereka semua suka dengan produk SHAKLEE dan mahu menjadi sebahagian daripada komitmen Shaklee untuk mewujudkan sebuah planet yang sihat.

OPRAH
Oprah antara celebrity yang suka akan Shaklee. Malah Shaklee merupakan salah satu " OPRAH FAVORITE THING "


Shaklee id : [921401] 
Call.SMS : [013-4381929]
Whatsapp : [017-4387016]
Email : [cnurul79@yahoo.com]
Pengedar AKTIF Shaklee Negeri Perak

Thursday, June 6, 2013

Bekerja Dari Rumah dan Bisnes Online - Trend bekerja Masa Kini [Episode 1]

Alhamdulillah dapat saya menulis tentang bisnes online dari rumah berdasarkan pengalaman saya sendiri 'JUST DO IT" sempena Recognition MAY sebagai SUPERVISOR SHAKLEE. Selama tempoh 5 bulan saya berjinak secara manja-manja sahaja. Alhamdulillah....Hari bekerja, saya juga sibuk, menerima order dan menjawab soalan customer melalui Hp yang tak berapa nak canggih tapi bolehlah untuk WASAP..WASAP.!!! Dalam pada itu, ramai juga ibu-ibu di luar sana tak kurang juga yang bujang seperti saya, berminat menjalankan perniagaan shaklee ini secara online, tapi tak tau bagaimana..

Soalan lazim, “saya berminat nak dapat pendapatan sampingan dan buat bisnes online, tapi tak tau bagaimana.. Yang tau main facebook, tu memang terrer lah.. boleh bantu saya?’

Di atas merupakan soalan lazim customer pada saya. Bagaimana nak mulakan bisnes dari rumah. Bagaimana nak mendapatkan sedikit pendapatan tambahan bagi yang bekerja, dan bagi surirumah, sudah pastilah pendapatan lumayan sangat didambakan, demi membantu suami mahupun keperluan diri sendiri.


Mengimbas pengalaman saya sendiri, 2 tahun yang lepas saya telah mengusahakan perniagaan online secara part time. Macam-macam perniagaan yang saya jalankan, dan banyak blog juga yang saya lancarkan tapi semuanya suam-suam kuku dan akhirnya “bungkus”. Namun, saya tak pernah berputus asa sebab 2 tahun yang berlalu merupakan pengalaman saya, dan semua itu proses pembelajaran yang “amat mahal” dan tak dapat belajar di sekolah mahupun universiti.

Namun Alhamdulillah, December tahun lepas saya telah berkenalan dengan Shaklee secara online, dan membuat keputusan untuk serius bershaklee secara part time. Pada mulanya bertujuan untuk makan sendiri sahaja. Adore dengan COLLAGEN SHAKLEE..he3.. Saya tidak menyangka walaupun rank sebagai SUPERVISOR, tetapi ia memberi satu impak yang besar dan kepuasan kepada saya kerana income 4 angka tidak pernah diduga. Sebelum ini terlalu banyak bis AJL saya sertai seperti AMWAY, MARY KAY, NUTRIMETIC, TUPPERWARE, COSWAY dan ....banyak lagi.Rata2 perlukan saya renew keahlian setiap tahun..kebiasaanya memang sy akan terlupa untuk renew..huhuhu..SHAKLEE keahlian seumur hidup sebanyak RM65 sahaja. Sehingga kini sudah berganda-ganda balik modal yang saya sudah terima...begitu terharu rasanya dengan sambutan ke atas produk SHAKLEE yang saya terima dalam tempoh ini.

Dengan Shaklee, Allah telah pertemukan saya dengan group SUSUR GALUR JUTAWAN iaitu S2mommies yang 100% saya menimba ilmu secara online. Coaching secara online melalui FB, SMS, WASSAP, EMAIL dengan keluarga SHAKLEE yang lain. 24 jam online..dah cam 7E. Semuanya dilakukan secara online baik menjual produk mahupun berjumpa dengan usahawan baru yang berminat menyertai kami. Training juga dijalankan online, malah saya dan kumpulan saya dapat bermesyuarat secara online juga dalam “Group Tertutup Fb” yang hanya boleh diaccess oleh anak biz saya sahaja. Sambil berbaring2, sambil menggoreng ikan, sambil melayan TV...semua tuh boleh dilakukan dengan zaman serba canggih skrg nih. Sebab saya sendiri tak suka sangat nak bermeeting waktu malam.

Caranya? Melalui Facebook (Fb) dan blog. Tak tau menggunakan fb? Anda perlu memperlajarinya sebagai salah satu usaha untuk anda berjaya dalam bisnes online. Apapun bisnes yang anda lakukan, 2 medium ini sangat penting untuk menjamin kesinambungan bisnes anda berjalan dengan jayanya.

Kenapa saya katakan bisnes online trend bekerja masa kini? Dulu kita selalu mendengar cerita Irfan Khairi, bagaimana dia berjaya bergelar jutawan dalam usia yang muda. Tapi kini, saya dapat melihat ramai usahawan internet baru yang mencapai 3,4, 5 dan seorang rakan saya 6 angka SEBULAN, dengan menjalankan bisnes online. Siapa kata bisnes online tak ada masa hadapan? Full time mahupun partime. Hanya yang tahu, sanggup belajar dan tekad sahaja yang akan bertemu dengan kejayaan.

Jika anda masih bekerja, mulakanlah bisnes online anda secara part time [seperti saya], dan jika income bulanan melebihi pekerjaan tetap, tepuk dada tanya selera, adakah masih mahu bekerja ataupun menjalankan bisnes online dari rumah sepenuh masa. Jika anda surirumah, anda adalah kumpulan yang berpotensi besar untuk mengaut keuntungan dengan cepat. Sambil menguruskan anak-anak, anda boleh menjalankan bisnes anda tanpa mengganggu rutin harian.. Duit pun dapat, anak-anak juga membesar di depan mata.. Apa yang lebih menggembirakan hati seorang ibu bila dapat membesarkan sendiri anak-anak, di samping menyediakan keperluan kewangan mereka secukupnya.

Persoalan lagi, “bisnes apa yang saya mahu lakukan?”. Saya akan kupas mengenai isu ini dalam Bekerja Dari Rumah dan Bisnes Online - Trend bekerja Masa Kini [Part 2]. Berjumpa anda di lain masa..InshaAllah

Berminat menjalankan bisnes Shaklee? Sertai kumpulan saya dan anda akan dibimbing bagaimana menggunakan blog, Fb dan SMS Blast sebagai senjata pemasaran online paling berkesan dan personal coach juga diberikan jika anda serius berbisnes. Income? 3, 4 atau 5 angka, anda yang tentukan! Pilih leader yang tepat untuk menjamin kesinambungan bisnes anda berjalan dengan lancar, In sha Allah.

JUST DO IT FAST ACTION FAST RESULT

Wednesday, June 5, 2013

Hebat dan Menarik sepanjang JUNE 2013

Promosi Hebat dan Menarik sepanjang Jun '13 yang ditunggu-tunggu oleh para ibu. Mengapa? Kerana Meal Shake termasuk dalam Kiddy Set / Set Kanak-kanak Shaklee. Bagaimanapun, MealShakes bukanlah eksklusif untuk kanak-kanak sahaja tetapi UNTUK SEMUA GOLONGAN UMUR. Sebelum kita tengok siapa yang perlukan MealShakes, apa kata kita kenal dulu apa itu MealShakes.

Meal Shakes Shaklee menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk keperluan harian. Ia diperbuat daripada bahan semulajadi ; buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain. Lactalbumin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protein yang sangat berkualiti dan mudah diserap oleh tubuh dari peringkat bayi (selepas 1 tahun) hinggalah ke peringkat dewasa. Meal Shakes mengandungi pelbagai nutrisi seperti immunoglobulin, lactoferrin, bacteriolysin dan sebagainya.

MANFAAT UTAMA 
  • Nutrisi lengkap - menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh. Ia turut mengandungi lechitin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak. 
  • Kaya protein - kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah dan lain-lain anggota dalaman yang terbina daripada sel. 
  • Membantu tumbesaran - mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk membesar. 
  • Antioksida - memgandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan agen antioksida yang bertindak melawan jangkitan, radikal bebas dan melambatkan proses penuaan. 
  • Mengembalikan seri wajah - mengandungi Vitamin B yang lengkap , zat besi dan copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi kulit yang lebih sihat. 
  • Detoksifikasi - kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan daripada perut dan usus. 

SIAPAKAH YANG PERLU MENGAMBIL MEALSHAKES 
  • sesiapa sahaja boleh mengambil MealShakes kerana MealShakes bukanlah ubat tetapi ianya makanan tambahan dalam bentuk susu yang lengkap dengan khasiat, dan rasanya vanilanya juga lazat. 
  • anak-kanak yang kurang berat badan, memilih makan atau tidak mahu makan makanan berkhasiat. 
  • Kanak-kanak yang mudah diserang jangkitan seperti demam, selesema dan batuk. 
  • Kanak-kanak yang tidak fokus dalam aktiviti pembelajaran (disarankan ambil Set Kanak-kanak). 
  • Kanak-kanak yang mengalami masalah penghadaman dan sembelit. 
  • Kanak-kanak yang menghidap asthma dan alergi (disarankan ambil Set Kanak-kanak). 
  • Kanak-kanak yang baru belajar berpuasa. 
  • Ibu mengandung yang mengalami morningsickness atau tidak lalu makan. 
  • Ibu mengandung dan menyusu yang berpuasa. 
  • Orang dewasa yang tidak sempat bersarapan dengan makanan berkhasiat. 
  • Orang dewasa yang mengalami masalah kurang berat badan (disarankan ambil bersama Vita-lea dan B-Complex) 
  • Orang dewasa yang melakukan kerja-kerja berat, tidak memenuhi jadual makan yang betul atau terlalu sibuk (disarankan ambil Set Mighty 3 Gems -MealShakes, ESP dan Performance Drink) 
  • Orang dewasa yang baru pulih daripada sakit (Set Mighty 3 Gems) 
  • Orang tua yang uzur, sakit, susah mengunyah dan tiada selera makan
Nota: MealShakes hanyalah makanan tambahan. Pastikan anak anda makan makanan berat sekurang-kurangnya 3kali sehari dan barulah ditambah dengan memberi mereka MealShakes. MealShakes tidak berperanan menggantikan semua hidangan makanan dalam diet harian anda. 

SEDAPKAH MEALSHAKES? 
Itulah persoalan pertama yang saya fikirkan masa pertama kali nak order MealShakes dulu. Saya pun bertanya pada kawan-kawan yang telah pun mencuba MealShakes pada anak-anak mereka. Semuanya memberikan feedback yang sangat positif. Ada anak yang tak suka makan, sudah tidak memilih makan, ada yang kerap sakit sejak dihantar ke nursery pun sudah jarang sakit, yang sembelit pun dah ok, dan mereka semua kata MealShakes sedaaaaap sangat.

Sememangnya MealShakes sangat sedap. Aroma vanilanya sangat memikat. Boleh dipelbagaikan resipi seperti ESP. Boleh rujuk sini untuk pelbagai resipi. 

Bagi kanak-kanak, anda boleh bancuh MealShakes ke dalam susu mereka (yang tidak panas), suam-suam ok..kerana tidak mahu khasiat MealShakes musnah. Rugilah nanti. Boleh juga ditambah ke dalam jus atau minuman lain, ikut citarasa anak anda. Ada juga ibu-ibu yang rajin, buat ais krim MealShakes. Bertuah anak mereka!

PROMOSI
Promosi Jun 2013 ini adalah beli MealShakes 6 canister percuma 1 canister. Macam tak mampu je kan? Nanti dulu..apakata anda pakat-pakat dengan kawan sepejabat atau dengan adik-beradik anda, cukup 6 canister dah boleh dapat 1 percuma. Tentu je harga jadi lebih murah. Jika anda buat tempahan dengan saya, atau guna ID Shaklee saya 921401, anda akan dapat harga diskaun yang lebih hebat!

Taknak beli 6? Tak jadi masalah...boleh beli 1 dengan harga istimewa juga.

Untuk maklumat lanjut keahlian, pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah, boleh berhubung dengan kami melalui;
 
Shaklee id : [921401] 
Call.SMS : [013-4381929]
Whatsapp : [017-4387016]
Email : [cnurul79@yahoo.com]
LIKE Fan Page : PengedarShakleePerak
 
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.