Monday, October 14, 2013

Adakah vitamin semasa mengandung menyebabkan bayi besar?

Jawapannya adalah salah.. Antara risiko yang boleh menyebabkan baby terlampau besar adalah jika ibu mengandung mengalami kencing manis, keturunan ataupun ibu mengalami pertambahan berat badan yang terlampau banyak semasa mengandung. Namun, jika doktor mengatakan baby dalam keadaan sihat walaupun anda masuk kategori berisiko berbayi besar, janganlah risau. Asalkan sentiasa monitor dan lakukan regular check up termasuklah jaga pemakanan harian. Vitamin sebenarnya untuk meningkatkan kesihatan ibu dan bayi sepanjang tempoh mengandung sehinggalah saat melahirkan dan bukan punca bayi besar.


Mengikut Dr Hamid Arshat lagi,

Kajian terbaru menunjukkan benih lelaki keseluruhannya merosot, kurang aktif dan kurang daya bercantum dengan telor perempuan. faktor2 penyebab ialah stress atau tekanan hidup, makanan yg tak seimbang dan kurang berzat, fast dan junk foods, pencemaran udara , pendedahan pd toksins, kegunaan terlalu banyak alat elektronik, phone, laptop dll, kurang exercise dan tidak cukup rehat dan tidor. Perlu ubah cara gaya hidup kepada yang sihat dan seimbang.

Dengan kesedaran bahawa cara hidup dan pemakanan mempunyai faktor yang besar dalam kesuburan dan perlu dititik beratkan sejak dari peringkat awal merancang untuk hamil, beberapa vitamin turut dicadangkan untuk membantu meningkatkan kesuburan. Boleh rujuk entry Makanan Untuk Kesuburan

No comments:

Post a Comment