nuRul nFe...

Saya adalah pengedar sah SHAKLEE dan pengamal produk Shaklee tegar (highly diciplined consumer) Blog ini lebih kepada perkongsian hasil kerja Make-up, pengalaman bershaklee, dan testimoni2 sendiri walaupun ada banyak sekali testimoni2 keluarga dan customer2 saya

Dr Shaklee adalah Orang Pertama Mencipta Vitamin dan Kajian Beliau Bertepatan dengan Alam Semulajadi, Beliau Percaya Apabila Sesuatu Itu Berharmoni Dengan Alam Semulajadi, lanya Adalah Baik Untuk Kesihatan

Nurul cnurul79@yahoo.com sms / whatsapp 013-5847882 Penghantaran Seluruh Malaysia

Jom dapatkan HARGA PROMOSI bersama saya Pengedar Sah Shaklee ■ Perunding Vitamin Shaklee secara Percuma & Penerangan cara makan Vitamin Shaklee dengan cara yang betul ■ Walk in dimana-mana Branch / HQ Shaklee diseluruh Malaysia dengan menggunakan ID No. 921401 untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee hanya RM65

Juga kepada anda yang ingin menambah pendapatan, anda boleh hubungi saya Saya akan masukkan anda dalam secret group InsyaAllah saya akan guide anda sebaik mungkin Jika betul-betul fokus dalam masa 3 bulan ke atas insyaAllah akan merasa income 4 angka

Nabi Muhamad SAW bersabda yang bermaksud,"

CEBURILAH KEGIATAN PERNIAGAAN KERANA DI DALAMNYA TERDAPAT 9/10 SUMBER REZEKI"(Al-Tirmizi)

Exchange LINK

Wednesday, May 15, 2013

PCOS mengganggu kesuburan. Apa itu PCOS dan bagaimana mengatasinya!

Apa itu PCOS (Sindrom Ovari Berpolisistik) ?

Menurut Dr Hamid Arshat, pakar sakit puan. : Haid yang tidak teratur pusingannya, biasanya ini terdapat dikalangan wanita yang agak gemuk atau berlebihan timbang berat ikut ukuran tingginya. Ada juga berlaku pada wanita yang tubuh badanya sederhana atau kurus akibat daripada gangguan hormon yang berlaku secara semulajadi. Bagi mereka yang gemuk, cara untuk memulihkan kitaran haid secara normal ialah dengan mengurangkan berat badan tetapi bagi mereka yang normal atau kurus berat badannya, tidak perlu bimbang selagi ia belum berkahwin. Malah keadaan keluaran haid yang jaraknya panjang antara satu haid dengan satu haid yang lain, mungkin ada kesan baik terhadap kesihatan wanita tersebut. Tentang kesuburan, memang benar wanita yang haidnya tidak teratur dan lambat datang, memang kurang subur. Tetapi keadaan ini biasanya boleh diperbetulkan dengan beberapa kaedah rawatan kesuburan.
Menurut Perunding Obstetrik dan Sakit Puan Pusat Perubatan Pantai Cheras Dr. Suriati Akmal Mahari kitaran haid yg tidak menentu antara gejala menunjukkan seseorg wanita itu mungkin mengalami sindrom ovari polisistik (PCOS) punca lazim menyebabkan seseorang itu kurang subur.

"PCOS adalah satu keadaan penyakit sistem reproduksi yg berlaku ketidakseimbangan hormon dalam badan yg memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi. Kajian menunjukkan 90% wanita yg mengalami haid tidak teratur mengalami PCOS dan 30% yang tidak mengalamni haid langsung didapati mengidap PCOS. Ia adalah masalah paling lazim yg menyebabkan seseorang wanita itu gagal utk hamil, tetapi malangnya sehingga kini tidak ramai yg menyedarinya. Ia juga turut dikenali sebagai Stein-Leventhal Syndrome"

Setiap wanita dilahirkan dengan mempunyai sepasang ovari yang bertindak sebagai organ pembiakan utama. Fungsinya ialah mengeluarkan sel telur (ovum) pada pertengahan bulan kitaran (waktu subur). Pada masa yang sama, ia turut menghasilkan hormon-hormon tertentu seperti estrogen dan progesteron.

PCOS merupakan suatu keadaan di mana ovari membengkak disebabkan oleh ovum terperangkap di dalamnya dan tidak berkemampuan untuk menetas pada waktu subur. Apabila keadaan seperti ini berlaku, lama-kelamaan ovari akan membengkak dan akhirnya menimbulkan pelbagai jenis masalah kesihatan.

Untuk pengetahuan anda, sindrom yang melibatkan gangguan endokrin atau hormon ini sering berlaku kepada lingkungan 15 hingga 20 peratus wanita di kalangan semua bangsa. Masa kini, sindrom ini kian meningkat di kalangan wanita Malaysia dan mencapai tahap yang membimbangkan kerana ia berupaya menjejaskan tahap kesuburan dan keupayaan mereka untuk hamil dan melahirkan anak. Beringatlah bahawa PCOS adalah sejenis sindrom dan bukannya penyakit kerana ia mempunyai pelbagai petanda dan simptom. Ia dapat dikenal pasti menerusi : 
Sumber - pama.karangkraf.com

1. Haid Tidak Teratur
Tanda biasa yang boleh menjadi petunjuk ialah kitaran haid yang tidak teratur. Biasanya wanita yang mengalaminya akan lambat datang haid atau kadang-kadang jarak antara haid menjadi begitu jauh sekali sehingga tiga atau enam bulan untuk datang haid yang berikutnya.

2. Obesiti
Peningkatan berat badan adalah salah satu lagi tanda lain bagi PCOS. Hal ini kerana kegemukan atau obesiti boleh menyebabkan pusingan haid tidak teratur dan menjadi punca masalah kesuburan kerana telur tidak dapat menetas dengan sempurna.

3. Hirsutism
Terdapat segelintir wanita mengalami pertumbuhan bulu seperti di muka, perut, kaki dan tangan yang disebabkan oleh hormon androgen yang berlebihan. Apabila ini terjadi, ia menandakan terdapat peningkatan hormon lelaki dalam darah wanita terbabit.

4. Ketidaksuburan
Masalah sebegini akan terjadi apabila folikel-folikel telur tidak dapat dibebaskan daripada ovari pada waktunya.

5. Tanda-tanda Lain
Ini termasuklah akantosis nigrikans (bahagian kulit tertentu berwarna gelap), kulit berminyak dan masalah kebotakan (corak lelaki).

Sehubungan dengan itu, bagi mana-mana wanita yang mengalami PCOS, mereka sangat berisiko untuk menghidap kencing manis akibat rintangan insulin yang tinggi, tekanan darah tinggi, sakit jantung, masalah berkaitan kolesterol, hyperplasia endometrium (lapisan di dalam rahim tebal), keguguran janin dan mengalami kesukaran untuk mengandung.

Walau bagaimanapun, sebenarnya PCOS boleh dikawal dengan melakukan beberapa langkah tertentu. Bagi yang disahkan mengalami sindrom ini, mereka perlu berusaha untuk mengamalkan pemakanan berkarbohidrat rendah serta kurangkan lemak dan gula. Malah, dengan melakukan senaman secara berkala dan mengurangkan berat badan sehingga 10 peratus sahaja pun, ia diyakini berupaya memperbaiki tahap hormon dalam tubuh.

Antara lain ialah dengan menggunakan pil perancang yang membantu mengurangkan hormon lelaki dan membuat kitaran haid lebih teratur. Sama juga halnya dengan cypeterone acetate yang digunakan untuk mengurangkan hormon lelaki dan hirsutism. Hormon progesteron pula diambil bagi mengeluarkan haid dan ubat diabetes iaitu Metformin boleh mengurangkan kerintangan insulin.

Penggunaan ubat subur untuk merangsang kesuburan pula adalah seperti clomiphene cutrate dan suntikan follicular stimulating hormone (FSH).

Malah dalam keadaan tertentu, pembedahan yang melibatkan prosedur laparoskopi iaitu menggerudi ovari dengan kauteri perlu dilakukan. Untuk khidmat nasihat lanjut, sila lah hubungi Dr Pakar Sakit Puan anda.

Kriteria PCOS
  • Oliovulasi/ anovulasi. 
  • Hormon lelaki (androgen/testosteron) berlebihan. 
  • Ovari polisistik di mana terdapat lebih daripada 12 folikel yang bersaiz antara 2 mm hingga 9 mm dan saiz ovari pula lebih daripada 10 sm.

Vitamin yang dicadangkan untuk mengatas masalah ini adalah GLA dan SET KESIHATAN KELUARGA / OPTIMUM

 
Kelebihan GLA Complex
  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid 
  • Membantu meningkatkan kesuburan 
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid) 
  • Membantu dalam menangani menopus 
  • Menguatkan kuku dan rambut 
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri 
  • Membantu menangani ekzema  
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid 
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri 
  • Menguatkan imuniti tubuh 
  • Memperlahankan proses penuaan (awet muda) 
  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung 
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi 
  • Mengawal kolesterol 
  • Untuk fungsi saraf 
  • Membantu menstabilkan hormon dalam badan dan mengatasi masalah kulit jeragat terutama bagi wanita selepas bersalin.
  • Mampu mengecutkan cyst
Shaklee id : [921401] 
Call.SMS : [013-4381929]
Email : [cnurul79@yahoo.com]
 
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.  

No comments:

Post a Comment